Followers

Wednesday, December 16, 2009

Update emosi...?

Tak ada idea + malas sentiasa menyebabkan blog aku terbengkalai ntah apa2. Sangat tidak "kongang" utk berblog seperti dahulu...hehe... Sekadar luahan hati dan beberapa hari ni asyik angguk2 geleng2 kepala, rasa terpanggil pula (yerrrr....perbahasan apa kah? wakaka...) nak meluahkan apa yang terbuku dalam kepala hotak aku ni.

Beberapa hari ni, aku tetap layan fesbuk seperti biasa dan baru hari ni setelah sekian lama alam frenster aku balun ntah ke mana (lama tak layan la maksod nyaaa...) aku cuba layan balik benda alah tu. Sekadar check2 apa yang patut... Hurmm, presentation dah tamat, asaimen pun tinggal beberapa kerat je lagi, so konon nya nak cakap ada masa la nak layan gambar2 dalam fesbuk dan frenster.

Persoalan yang bermain-main dalam kepala aku: Betul ke perubahan tu benar-benar bagus untuk diri sendiri dan semua orang atau langsung tak berubah adalah lebih bagus?

Sebenarnya kan, tak ada apa-apa isu pun. aku saja je nak rumitkan benda yang remeh. Cuma sekadar membiarkan kepala ni berfikir sedikit daripada terperuk dengan pressure asaimen yg tak berkesudahan.

Pasal manusia ni, wallahualam... Pahala dosa masing-masing tanggung sendiri. Kita tetap manusia biasa. Beberapa hari sebelum ni aku penah mengeluarkan satu statement --> manusia tetap tak akan berubah sampai bila-bila masa.

Kenapa aku keluarkan statement sedemikian? Perangai budak nakal, kalau dah nakal sampai ke sudah pun mmg tetap akan nakal. Nak ubah macam mana pun, sampai bila-bila pun takkan berubah. Siapakah yg dimaksudkan? Biar aku sahaja yg tahu... Aku anggap saja, kita tetap manusia biasa. Biarlah...

Lepas tu, masa belek-belek album lama dan baru dalam fesbuk/frenster... Macam-macam adaaaa~~~ hohohohhh... Ada kawan yang aku dah lama kenal, ada jiran yang selama ni tak penah bertegur sapa kini sudah mula menjalinkan ukhwah persahabatan, ada yang langsung tak kenal buat-buat kenal, dan macam-macam adaaaaa..

Kadang-kadang melalui laman sosial sebegini la aku boleh tahu macam-macam perkembangan orang di sekeliling aku. Ada yang sudah berumahtangga, beranak pinak, hehehe... dan haruz la ada yg masih single mingle jingle bell...ngiahaha~~~ mcm aku! Tettttttttt! Kadang-kadang yang tak enak nya bila kita tengok perubahan seseorang yang kita kenali suatu ketika dulu bukanlah seperti yang kita lihat pada ketika dulu...tp berubah menjadi dirinya seperti hari ini...

--> Aku anggap saja, kita tetap manusia biasa. Biarlah <--
(Sesuwai ka noksss...???)


Takut sebenarnya utk menyatakan komen atau pandangan, kerana aku pun tetap manusia biasa.



Hidup ni sesuatu yang singkat tetapi sesingkat mana pun ia, isilah ia dengan hati yang ikhlas dan nawaitu lillahi Ta'ala.. InsyaAllah, semoga Dia sentiasa merahmati kita...




Nota Palaktut:
+ berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah...
+ berubah sebaliknya, renung-renungkanlah...
+ AKU PUN MANUSIA BIASA JUGAK...beringat-ingatlah...(sesama kita)


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin