Followers

Showing posts with label favourite. Show all posts
Showing posts with label favourite. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Magnum!

Eskrem Magnum, paborito ko!!! Setakat ni cuma pernah merasa yg classic, almond dan 1 lagi lupa dah. Tp seriously, teringin nauuuu nk merasa yg WHITE tuh!! Saratok nan hado lagi. ;(

Saturday, May 5, 2012

Sabtuday di rumah lagi

Salam dan selamat sejahtera everyone!!! ;)

Whoaaa.. 
ujong minggu biasanya aku jarang jugak stay kat umah
buhsan katanya 
padahal kerja mencanak

tp hari ni aku buat keputusan 
better duduk kat umah
sambil layan satu kitab

yerrr...~
kitab apakah?



Seharian aku mengadap buku ni adjer
Serius aku tak layan dah benda lain
semua perasaan ada masa baca buku ni
hahaha..~

kiranya pakej lengkap!
yg pasti
Kitab Terfaktab 2
REALISTIK!

Tak rugi RM20 aku tahu!

Nak tahu kandungan buku ni, sila review kat blog dorang
klik link kat bawah ni hoccay! ;)


Have a blast wiken yuwols!!! ;)

Saturday, April 28, 2012

Spagheti Yummy!

Tajuk yg agak drama!
haha

Semalam singgah makan kat Sugarbun
lama tak singgah sana since melantak di Wadira adjer


Ni menu yg mak aku order
Spagheti kuah kacang namanya

rasanya so-so
to be honest aku tak pandai sangat makan benda alah ni
tp kuah nya sedap

dulu masa masih belajo
duk umah sewa dulu
pernah belajar dari kawan aku mcm mana nak masak kuah spagheti ni
simple dan senang nak ingat
berlagak gila boleh ingat gitu gitu tanpa menyalin apa apa
sekarang ni aku lupa mcm mana tah nak buat
 bole ja nak buat
tp aku main masuk ja semua
(okei, berlagak lebei)

so semalam aku sudu la dua tiga kali dlm pinggan mak aku
mmg tak boleh blah makan benda ni
then aku bedal kuah dan ayam goreng dalam tu

btw, orang kata spagheti adalah salah satu contoh masakan org malas? erkk?
rilekk.. chill... chill...
jgn marah
haha...~
orang yg kata tu, bukan akulah...

lariiiiiii...~

Manusia akan berubah! Bukan janji, tapi pasti! ;)

Salam dan selamat everyone ;)

Tajuk ujong tu aku pinjam tagline penerbit filim terkenal Mr. David Teo
jgn la pulak ada yg mintak royalti pas ni 
gara gara pinjam tagline kan?
haha...~

Manusia berubah? 
no big deal
konsep simple dan mudah nak ingat
tp bukan semua org akan faham
perubahan apa yg dibawakan
dan perubahan mcm mana yg org lain alami

tp bagi aku
as long as perubahan tu tak membawa kpd kemudaratan
mengapa takut utk berubah kan?

well
mengenali seseorang juga akan menyebabkan kita akan berubah
Okei, ini aku tak tipu!
aku sendiri mengalami nya 

manusia mungkin boleh bersikap dan membuat keputusan dgn mudah
menghakimi org lain umpama diri sendiri tu sempurna sangat
tolonglah eh..~

kalau sempurna sangat
KITA TAKKAN PUNYA MASALAH DENGAN ORG LAIN
itu kesimpulan yg aku boleh buat

perubahan yg mematangkan diri dan pemikiran itu penting
kematangan itu bukan diukur dr segi bilangan umur
tp diukur melalui pengalaman dan pemahaman seseorang
(okei, itu pendapat aku)

bukan nak kata aku ni matang
tp aku terkadang meluat, menyampah sampai nak termuntah tercirit pun ada
mengaku diri tu matang sangat

oh HELLow..

berhenti membenci orang
dan belajar menyayangi orang di sekeliling itu boleh dianggap matang
mula belajar menilai diri sendiri berbanding mengata org itu juga satu kematangan
menerima hakikat belajar dr kesilapan itu juga satu kematangan
mencarut? depends on the situation kot.. haha

ada yg carut itu matang
tp ada carut itu sangat menunjukkan kebudak budakan

to be honest
berhenti terlalu mudah menghakimi org lain
kita bukan bagus sangat sampai nak kata semua org sukakan kita
kalau la aku boleh berhenti dr muntah tercirit dgn mereka yg perasan bgs dan matang ni kan bes? hehe

aku bukan nak berkongsi tentang teori kematangan
sekadar cakap kosong ja kot
haha

baiklah
aku paling tak reti buat penutup karangan
serius!
yg aku tahu ada word "KESIMPULANNYA"
itu dah kira penutup la
tp aku tak ada kesimpulan utk entry ni

ada kesinambungan barangkali?
entah.
babai :)

Life must go on... Blog juga perlu diteruskan...

Salam everyone!
wah, norway sangat emputeh bagai

Sebelum ni ada yg tanya
kenapa nak tutup blog segala
aku bagi jawapan retis
homai..~

cukuplah
blogging mmg dah jd full time job aku masa menganggur dulu
sekali pun aku cuba buat blog baru
aura nya tak sama dengan blog lama ni
serius!

rasa rasanya jadi seperti diri yg asal dulu kan bagus
lebih jujur
kalaupun sering jujur tu banyak org salah menilai
dan terkadang tak hargai langsung nilai jujur yg kita berikan

^^

hidup ini singkat
kenapa nak stress kan kepala dengan hal hal yg tidak enak
Hadapi semuanya dengan senyuman
bukan ka itu lebih molek

happy happy olwes!

and have a blast wiken!



Pesanan Penaja: lama tak buat update bergamba...~ ;) kesabaran yuwols!!!

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 
buat semua rakan blogger, facebook, twitter, dan yahoo messenger

"semoga lebaran kali ini memberi ribuan makna
dan memberi rahmat keberkataan dari yang maha Esa
untuk kita semua"
amin...~

Monday, August 15, 2011

peperiksaan!!!

Musim peperiksaan da bermula lagi...~ kemalasan meraet kertaih pasti bermaharajalela lagi...~ btw, skema jawapan aku idak siap lagi...~ hahaha...~ lagi dan lagi...!!!

hapo punyo malaih laaaa...~ takpa2...aku nak hapdet status fb, twitter phewittt, dan belog dulu...pastu baru layan meroyan buat skema jawapan segala...~ okies..~

"utk anak2, semoga berjaya ya sekalian...~ doa saya sentiasa ada utk kalian yg belajar dan ikhlas menuntut ilmu..~ amin..~"

salam..~ (^_^)V

Monday, December 6, 2010

Long Distance Trip?

Assalamualaikum


Salam kefagian... ;)
Tiba sudah hari Isnin dan esok Selasa yang panjang bakal dilalui
InsyaAllah, bakal bercuti bersama keluarga
Kali ni benar-benar berbeza daripada percutian biasa

_____________________________________________________________

Kenapa?

  1. Pertama kali long distance trip [bukan sebarangan long distance driving kali ni....huhu... Doakan semoga aku dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang percutian kali ni eh... ;)]

Meet My New Look!!! ----> my dear Purplish Blog ;) and Miss NoName ;p

Assalamualaikum...


CIK YARN / NONAME

(satu kemestian gambar memainkan feranan yang fenting!)
;p


Apapun...kali ni
Tiba-tiba hati ni terbukak kembali nak memblog
Sekadar hanya utk suka-suka
Macam dulu jugak
Sebahagian daripada hobi

(^_^)

tapi banyak benda yang telah berubah
sesuai la dgn tema kali ni kan?

NEW LOOK?

dan kelihatan sangat purple!


kenapa ungu?

Sunday, October 24, 2010

dunia baru cik yarn

Assalamualaikum...


"Heaven oh pasal lama dah tak update blog... Malas + skill bercerita dah merudum + over layan fb + perubahan jadual harian, merupakan antara sbb blog di anak tiri kan..~"

PERTAMA
pasal encik stroberi, lupakan saja
sudah tamat sebelum bermula
hehe...~
anggap la tak ada jodoh nak jumpa kot ;P

Saratok - Kuching - Saratok - Kuching
jauh sangat kot
Kesimpulannya, stroberi hanya tumbuh segar d ladang yg sejuk jerrr...
"Tanah Panas" alamat masam la jadi nya...~
(dipetik daripada teori sains pertanian cik yarn)

Monday, September 27, 2010

Sembilan Benang...~


Kalaulah rasa itu masih ada
Pasti ‘kamu’ dan ‘aku’ ternanti-nanti hari esok
Kalaulah rasa itu masih ada
Pasti ‘kamu’ dan ‘aku’ saling ada untuk ‘aku’ dan ‘kamu’

Kehadiran ‘kamu’, ‘aku’ anggap anugerah terindah daripadaNya
Memberi rasa yang indah tak terduga oleh ‘aku’
Kini ‘kamu’ menjauh meninggalkan ‘aku’
Tanpa sebab dan alasan ‘aku’ terus merindu

Kalaulah benar rasa kasih yang ada pada ‘kamu’
Terimalah ‘aku’ apa adanya seperti mana ‘aku’ menerima ‘kamu’
Seperti mana ‘aku’ menganggap‘kamu’ anugerah kurniaanNya buat ‘aku’
dan seperti mana tulus ikhlasnya rasa kasih ‘aku’ hanya untuk ‘kamu’

Doa ku tadah mohon petunjuk yang maha Esa
Andai benar ‘kamu’ bukan untuk ‘aku’
Hapuskan rasa rindu ini dan semua rasa yang ‘kamu’ berikan suatu ketika dulu
dan temukan sang adam ‘aku’ buat ‘aku’ dan si hawa ‘kamu’ untuk ‘kamu’
Namun andai benar‘kamu’ memang tercipta untuk ‘aku’
‘aku’ mohon dariNya agar kuatkan rasa itu dalam hati ‘kamu’
Untuk menjemput ‘aku’ dalam hidup ‘kamu’
(ameen~~~)



always pray for your happiness

Monday, July 26, 2010

air masak/air mineral/air suam/"skyjuice"

Assalamualaikum wbt


Soalan utk hari ini:
"berapa kali kah anda minum air masak/air mineral/air suam/"skyjuice" pada hari ini?"

ah, soalan tu tak penting
errr...banyak kebaikan/kelebihan dan kehebatan dengan mengamalkan air putih jernih tersebut
salah satunya adalah utk kecantikan dalaman uolssss
haha~~ google jek, banyak dah info berkenaan magic nya air jernih ni
sebolehnya elakkan pengambilan air berais..
kenapa?
salah satunya risiko apabila kita mengambil minuman berais semasa makan, ia akan melambatkan proses pencernaan di dalam perut kita
(wahhh..mak google je noksss)


ekceli aku ni pun bukanlah peminum "skyjuice" tegar yerrr uols
sekadar d pinggiran jerrr


tp bila mengenangkan krisis kekurangan gula semakin berleluasa sekarang ni
di tambah pulak dah dekat nak bulan posa dan raya
maklumlah, raya2 kan kena buat kek, biskut segala
so, jimat2 la sikit gula tu iyeee

(alasan tu noksss..!!)


sekarang ni aku dah start "berjinak-jinak" ngamal minum air suam segala
mmg bagi org mcm aku yg gemar manis2 ni
tekak rasa mcm nak terbakar pasal kena nahan minum air teh LIPTON
tp kena disiplin jugak
biasakan diri minum air suam
T_T


selain air suam
aku mula balek ngamal "greeN tea"
tabiat lama yg udah lama dipencenkan dan di delete dlm memori aku
tp sekarang, kena minum balik
toksin mencanak dlm badan nih



errrr...Japanese Green Tea ye nokss...
brand lain2 yg mahal2 tekak aku takleh blah
tak sodapppp!!!

yg ni lain dari yg lain
hehehe...
(kutuk la nak kutuk pun, aku tak minum brand yg korang minum)
-dah tekak aku, nak buat mcm mana-

antioksidan tinggi katanya
so, sila amalkan utk kesihatan dalaman anda
(yg taknak, sila abaikan saranan saya)


seterusnya...

apo ko bondo nih?



SE Tumbler aku daaaa...
apo jadah eh tumbler ni?

bukak jek katalog COSWAY
kompem ado!
menukarkan sumber air ion-ve ke +ve ke apo ke bondo
aku malas nak ambek tau
tp mmg aku ngamal yg ni sblm nelan air mineral

camno?
tuang je air mineral dalam ni lbh kurang 20 minit
pastu minum seperti biasa
badan sihat
minda cerdas
agaggaa...
(aku tak nak jamin apa2...nak tau kehebatan beliau, try ah sendiri)




Mcm gini la sumber2 yg aku telan hari2
(ecececehhhh...padahal baru 2 3 hari ni)
-maklumlah, kesedaran sivik tu lambat nak bersivik-
ahaha~~~

ahaaa..selain benda alah ni
cuba amalkan setiap pagi dan mlm sblm tdo
telan satu sudu besau madu lebah
utk apa?
kesihatan katanya
ahahaha~~~



p/s: dah banyak minum air, menjawab la kalian "bersahabat" dengan jamban aka toilet...agagagaga~~~~


wassalam

Sunday, July 25, 2010

TERletih

Assalamualaikum wbt


tak ada apa yg menarik utk d kongsi cerita bbrp hari ni
entah kenapa hari ini rasanya ada sedikit TERletih
ahaha~~~

hmm...
aku rasa mcm nak ubah smthing
apakah?
something lorhh

bukan blog aku la
tentu-tentunya tentang aku oh
sesuatu yg bernama "TABIAT"

buat masa sekarang tak boleh nak cerita panjang
bbrp hari nanti mungkin akan sharing jugak sama kamu encik Blog


oh ya~~~
apakah khasiat madu lebah?
hmmm...kejap lagi akan mohon pertolongan encik Google pulak


tiba2 rasa ingin berkarya semula
menulis cerpen?
boleh?
too many tanda soal (?)
yang terkadang aku tak sendiri tak punya keyakinan nak menjawab


buat kawan2 yg berada diperantauan dan dah memulakan sem baru
belajar elok2
jgn asek ingat kampung halaman yg terchenta ni sajork
sekarang ni biar aku yg "HOME SWEET HOME" puas2
ahahaha~~~


wasalam

Tuesday, July 6, 2010

anda yang baru

Salam semuanya....
=]

semenjak jd "penduduk tetap" kat umah
fesbuk je la jd "peneman"

errrr...
bosan gak sebenarnya
so, mode rajin membaca udah d switch on
gitu...





mcm gitu la tajuk nya
bukan novel segala
tp sebuah buku motivasi

biasa la tu
motivasi merudum ke angka negatif
motivasi itu perlu
agar mood motivasi kembali ke angka positif
ehek

(konon nya la tek)


since udah sharing tajuk buku
nak gak sharing apa yg aku udah baco



(buku: Anda Yang Baru, Ahmad Faizal Mohamad Yusup)


ehek
saya juga tidak sesempurna mana
tp tak salah saling mengingat
yang terkadang punya dosa sendiri tak tertanggung
=]


baca buku ni mmg terkadang sentap
tp siyes doh
BES!

ada masa tu singgah la library ke
kedai buku ke
selak2 buku motivasi
tak salah laburkan sikit wang tu utk bahan berilmu bukan?

aduiii...

cukup la
migrain menyerang dgn cemerlang lagi


wassalam

Thursday, July 1, 2010

1 Julai 2010 sesi berkenang-kenang...(entry emosi, sila abaikan) sekali sekala buat tajuk panjang2 pun bes jugak...

Assalamualaikum wbt


1 Julai 2009
yerrr...tarikh keramat tu uols

memulakan kehidupan baru
tak boleh toleh belakang lagi
status sebagai seorang pekerja?
tamat sudeh d situ
ehek

bermula episod baru
perjalanan cik yarn
=)

bukan senang nak buat keputusan merantau lagi sekali
otak dah beku + tepu
kena bukak balek buku2
duduk exam yg terkadang buat aku "senget"


tadaaaa...





touch
klik
agagaga

dah jadi pelajar semula
setelah puas diterengak, dianok dan dimarahi oleh bunda saya
ahernya saya ridhoo
hihihi...
kat uni ni
ada 5 subjek/program yg dikendalikan
ada la lebih kurang dua ratus tujuh puluh lebih
jumlah pelajar yg mendaftar kat sini


(nota atas ni salah satu subjek killer utk sem 2)


neway banyak nau onak duri nak skor subjek ni
wallahualam
hanya aku dan Dia yg tahu
Alhamdulillah, berbaloi nah ngan dugaan yg ditempuhi
skor berapa tek? paham2 uols lorrrr...
agagaga~~~


maka bermulalah pengembaraan cik yarn
hermmm...mentelaah, belajo dan belajo
kenangan tol
malam2 buat nota segala
konon study
padahal dalam kelas
aku mcm hampeh
terhangguk2 nahan ngantok




gambar kat atas ni pulak subjek fevret
(^_^)v
still, subjek utk sem 2 jugak yg aku hylite kat sini
alhamdulillah dapat skor baek punye utk sbjek ni


ekceli
subjek utk sem 1 aku tak berapa nak catch up sangat
result pun ala kadar je la jawab nya
sem 1 adalah sem yg agak2 TAF bagi aku
pressure sangat tak ada la jugak
kalau nak d bandingkan dgn pressure ms sem 2

lagipun masa sem 1 study utk final pun mmg sangat2 pasif
tertonggeng sana
tertonggeng sini
sakit kepala kena hafal fakta
(otak aku ni lemb*p sket)
hihihi


dan utk kesekian kali nya masa sem 2
aku buat study grup dgn kawan2
teknik belaja seumur idup aku tak penah aplikasikan
yarabi...
Tuhan je tau betapa bersyukur nya aku
dapat grup study yg mcm diorang


Mina
Kak sue
izzah
kak yana
kak shafiqah
kak miem
jah
along
leanna

"terima kasih buat kalian"



tadaaaaa



gambar kat atas ni
menu malam terakhir kitorang study grup rasanya
bes sangat2
happening
walaupun saat aher, kepala ni dah rase biol
tp tetap bes
agagaga



tamat kisah exam, belaja, tension segala
masuk pulak alam latihan mengajar



mcm gini la ghoper nye buku rekod persediaan mengaja nyerrr
sekarang ni elok je atas almari aku sebelah ni
(hihihi)
rosak + punah dah
tebal dohhh!!!


sblm menjalani latihan mengajar d sekolah
dan menamatkan sesi pembelajaran di uni
kursus BIG telah dijalankan dengan jayanya
di Lake Bris Resort
rasanya itu adalah aktiviti terakhir kami berkumpul beramai-ramai
kerjasama dan sikap positif waima negatif
semua ada
but
i juz love u olssss...!!!

here sum pics to share
momen yg takkan dapat luput dari ingatan
setahun yang lalu




(rindu mau outing bersama kalian lagi)


(1 Malaysia gitu)
malay, iban & chinese
ketiga2 nya asal dari sarawak
masa ni kenangan main bowling
my 1st time eva
mak tak penah pegang bola bowling tu noksss
agagaga
tak masuk sini, tak merasa la nak join aktiviti cenggini





I MISS U GURLS!!!

bab snap gambo
mereka ini adalah champion
(jangan marah cik mai)
wakaka





tamat sudah pembelajaran di sini


bermula pulak episod baru
sekali lagi dalam hidup cik yarn


wat a life

kenangan di sana
bila d ingat kembali
banyak sangat pahit manis
rasanya cukup la kot kenangan tu semua
tak salah utk dikenang semula
tp biarlah kenangan yang manis
yg pahit2 tu...sakit oh!

1 Julai 2010

harap2 lepas ni semua perkara akan jd lebih baik dari tahun sebelumnya
insyaAllah

Ya Tuhan
TERIMA KASIH ATAZ JALAN HIDUP


wassalam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin