Followers

Tuesday, March 31, 2009

Surat utk mu...


Hai...


1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8
3- nk taw ekh?erm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)
13- tgl cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k.


Sunday, March 29, 2009

Oat & Diet Hour?!!

Program: Diet Hour
Anjuran: MakChantek Sdn. Bhd.


Terma & Syarat:
  1. Oat itu harus
  2. Ucapkan selamat tinggal kepada semua "Unhealthy Food"
  3. Katakan TIDAK kepada NASI
  4. Kerap melakukan aktiviti senaman ringan
  5. Rajin makan buah-buahan dan sayuran

(seperti yg telah dipersetujui oleh MakChantek)
--wakaka--


Oat! Aku dgr tiga huruf tu pun perut aku dah naik mual. siapa cakap oat sedap? persoalannya betul ke oat tu sedap? yarkkk...!!! siyesly, aku mmg sgt tak suka makan/minum oat mentah2 mcm tu, walaupun dimasak dlm perlbagai jenis makanan utk dibuat lauk. tak sedappp!!! tp kalau dibuat biskut, siyess dohhh SEDAPP!!! raya tahun lepas aku buat dgn tangan aku sendiri (tp ikut majalah occayy), betul sedap. rangup je biskut tu...(tiba2 kecur air liur saya...--> gulpp)

tp bulan Oktober dan November lepas, aku menjadi pengamal oat yg tegar. setiap hari dalam satu hidangan aku mesti ada oat. Kawan aku punya pasal la, terpengaruh punya pasal. dulu beliau ni boleh dikatakan hampir2 bersaiz somel spt saya (sayyaaa??) --> ok2, aku ngaku! tp semenjak beliau melanjutkan pelajaran beliau di salah sebuah institusi tempatan, beliau telah nekad utk diet! mungkin perasaan utk tukar status somel kepada lawa melonjak2 akibat daripada transformasi perubahan persekitaran. hehe~~~ rasa ingin tahu saya semakin membuak2, mcm mana beliau boleh menurunkan berat badan dgn begitu +ve sekali. --> tak puas hati! tak puas hati!. diringkaskan cerita, beliau pun memberi jawapan yg cukup ringkas "aku mkn oat je dan pantangkan nasi". erm...beliau turut mendisiplinkan diri beliau supaya turut melakukan aktiviti senaman ringan yg boleh mengeluarkan peluh.

dgn drastiknya aku berfikir, kalau beliau boleh kenapa tidak saya?! why not saya mencuba? lagipun oat is a healthy food. d cuba bagai pun takkan mendatangkan efek -ve. so, dijadikan cerita November sampai Disember saya mula mengamalkan diet spt beliau. Ya, diet yg berasaskan OAT. sedap tak sedap, nak lakukan transformasi diri kenalah telan walaupun rasanya sangat tidak sedap. (maaf ya penggemar oat, saya mmg tak suka rasa oat) Hasilnya? mungkin diet tu bukan utk aku kot. hahahaha~~~ takde la...mak cik saya cakap dah takde dah lemak2 ko menggeleber lagi...wahhhh!!! tp ingat ye kawan2, kena rajin joging tau. takde maknenye kalau tak lakukan aktiviti yg mengeluarkan peluh. kang lemak2 korang tersumbat pularkkkk... tak lama aku amalkan diet ni pasal dah masuk alam pekerjaan, time makan dan minum aku dah bersepah2. tak ikut dah pantang larang pasal kalu ade je member ajak pegi makan, aku rembat je. asal aku lapa je, aku ajak member aku pegi kantin. aku dah tak boleh nak ikut lagi jadual diet oat aku. hehe~~~

selain diet oat, aku penah jugak cuba diet air (disarankan kepada mereka2 yg gumok air - gumok ni ada mcm2 jenis. gugel la sendiri eh). aku dapat maklumat ni melalui laman web. penulis berkenaan menyatakan bahawa dgn hanya meminum air mineral/masak bergelen2, tanpa menyekat makanan dapat mengurangkan berat badan. Ini kerana air tersebut akan menyebabkan kita kerap membuang air kecil di mana proses membuang kecil ni lebih kurang seperti mana kita mengeluarkan proses perpeluhan. bagi yg kurang berpeluh, boleh lah mengamalkan meminum air masak/mineral supaya kerap membuang air kecil. lagipun bukan apa, korang kerap buang air kecil bermakna dari tempat duduk korang nak ke toilet akan menyebabkan anda bergerak dan hal ini turut dianggap sbg senaman. aku dah cuba, tp aku tak suka! haha!!! asyik buang air kecil je, 2 hari je aku leh tahan. huhu!!!

So, utk program Diet Hour di atas bukanlah anjuran pihak2 Earth Hour ataupun Hour2 yg sewaktu dgn nya, tetapi ia telah dianjurkan oleh MakChantek Sdn. Bhd. --> fik, sedap ah nama company ni!!! Well, kepada kalian yg sudi mengikuti program ni bolehlah register nama dgn En. Fik NBE (itulah nama beliau). dan utk En. Fik, bila eh kena hantar report kesihatan???

Apapun, jagalah kesihatan anda! u deserve to live in ur own healthy life!

(owh, inggelis saya bertaburan, maafkan saya)



Notes:

** apsal aku kerap guna perkataan transformasi? haha~~~ pengaruh AF7? ah tidak...!!!

krohhhh....kroohhhh...

Wakaka
aku ngantok!
jom, layan mata jap

krohhh...krohhhh....
-_-



Saturday, March 28, 2009

aku kalah!!!

Hari ini aku buat silap lagi...! Maaf, entry kali ni masih spt mood semalam. Gara2 tersilap letak BULAN MAC dlm surat yg aku buat, td kecoh kat ofis aku. Ya Allah, rasa bersalah nya aku... Aku nak jawab apaaa kat bos akuuuu?? Nak jawab apa dgn customer aku? hahhh...pasti bising isnin ni. aku tak boleh nak imagine mcm mana dahhh... mistakeee!!! mistakkeee!!! Betul2 rosakkan mood hujung minggu aku.


aku salah
aku bersalah
aku disalahkan
aku menyalah
aku kalah!!!




Friday, March 27, 2009

what i need...???

Hari ini saya pakai baju merah lagi...!!!
Guess what?!!!
Saya dapat komplen lagi...!!!

Mood saya pada hari ini sangat tidak ok
i'm crying...
again and again
-_-
*sigh*

sangat penat menjadi warga hipokrit
hari2 tambah dosa
dosa sblm ni yg dah berbakul2 aku tak tahu nak angkut pegi mana

cukup
saya perlukan masa
saya perlukan rehat
saya ingin jadi org yg pentingkan diri sendiri
tak perlu nak fikirkan ttg org lain

.: syhhh :.
^ noktah ^





Wednesday, March 25, 2009

prizen aku kah itewww??!!!

Pagi ni aku pergi kerja mcm biasa. tak ada gundah gulana, tak ada keceriaan, tak ada perasaan... yg ada cuma biasa2 sajorrkkk... Aku cuba utk mengekalkan diri aku supaya sentiasa menjadi diriku. tak cuba utk mengubah kat mana2 pun ciptaan Tuhan yg diberi kepada aku.



Ah, maaf...ni gbr 13 Mac lepas...pagi tadi tak sempat nak snap gbr. maklumlah, sibuk melantak...biar tak lapa...tak apa, memandangkan aku pakai baju yg sama aku letak la jugak gbr ni...ala, kata sama...tak ubah ciptaan Tuhan...kan sama muka 13hb dgn 25hb... (waaa...i'm wearing the same kurung...!!! --> well i'm not dato's CT or Erra Fazira waima Syanie sekali pun sampai baju kurung tak boleh d ulang pakai...) ingat ye adik2 kakak2 abg2 dato'2 daten2 sekalian, aku hanya manusia biasa yg kurang mampu... (harus itewww...)

Sampai ofis, mcm biasa aku pun menge'punch' kad aku... dari pagi sampai la ke tengah hari... aku tetap jalankan tugas aku mcm hari2 biasa...

pegi site --> buat inspection --> tegur2 tong sampah --> main2 mata ngan perimeter drain --> main cak2 dlm toilet --> back to my ofis : ni sebahagian je, ada lagi yg lain, tp tak perlu nak senaraikan kat sini.
(akceli, like dis la my daily routine... rindok kerja tok. sapa mok apply tek? padah jak. mun ada kosong, kelak aku kontek. nolong kontek jak la...lain2 d luar bidang saya).



tadaaaa!!!!



ada prizen!!! siapa yg bagi erkk...???

today is not my bufday!!!

april fool? mustahil...bukan 1 April lagi

hari ibu? I'M SINGLE occayyy!!!

valentine day?! dah masuk bulan Mac...

aku terus-terusan mem'brainstorm'


bukan...bukann...
tak mungkin ex-BF aku ni yg bagi prizen comel
ni




hahhh, BF aku yg ni kot bagi hadiah tu...





tp...

tak apa...tak apa...
aku pose ah dulu...


clickk...clickk..









bak siniii!!! tu hadiah kawen aku!!!!

clickkk...clickk!!!



Notes:
** Prizen tu hak milik Pn. Lailatul la...aka ex-skulmet & sekarang satu tmpt keja ngn aku... prizen drpd our big boss from Kuching, special for her wedding... (kawen lama dah, baru sekarang dapat prizen...hehehe~~~)

Sunday, March 22, 2009

Support Earth Hour!!!




Ehem...ehem....
Apa pendapat kalian bila baca dialog yg ada dlm kotak kat atas tu? haaahaaa...gbr blur, korang nampak ape je? hehe~~~

Tadi masa aku asyik masyuk mencari idea, tiba2 sorang mamat BUZZ kat ym box aku. Ah, aku ingatkan mamat ensem mana la yg main buzz2 pulak. check2, alohhhh...peras kawe! EN. CAT!!! kihkihkih...

ok2, tak peras pun. beliau ni ex-Coursemate aku dulu la...peras amende nyeee... Dia buzz, pasal suh aku sapot Earth Hour...



So, kawan2 semua...mari kita sama2 sokong usaha menyelamatkan bumi kita daripada perubahan pemanasan bumi yg melampau sekarang ni. Cara utk menyokong usaha murni ni byk tp yg sekarang ni antara yg termudah, termurah dan mcm2 ter lagi la, klik je kat www.earthhour.org pastu klik butang sign up kat situ. daftar lah eh...free jekkk...kata usaha murni... =) dan jgn lupa, padam kan lampu anda pada 28hb Mac ni bermula dari 8:30pm (selama sejam je) nak padam selama2nya pun tak pe... kata sokong...~~~




pilim2!!!

Kalau orang kat luar sana sibuk layan sinetron Indonesia, aku pulak sibuk searching2 cerita/movie dari Filipina.. Mmg dah lama tak layan buah tangan dari negara itu. Entahlah, dulu sblm sibuk zaman sinetron ni selalu la jugak drama tagalog dihidangkan utk santapan rakyat kita. Wahhh, mmg bes sangat la masa tu lebih2 lagi kalau hero & heroin dia Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Lepas tu pulak ber'genre' cintan cintun ni... Phewww...mmg tak lepaskan peluang. Drama diorang yg aku layan mati-matian ialah Sanay Wala Nang Wakas! Haahh...gilosss sadis mampos aku layan cerita tu. Lepas tu ada pulak yg diterbitkan dalam bentuk VCD, hahhh, aku beli jugak! bongok tol kan.. Sanggup perabis duit beli benda alah tu. Dan sekarang koleksi tu sedap je duduk dlm rak tingkat aku yg berhabuk...uhukk..uhukkk...(berdebu siot!)

Sampai la hari tu tangan ni gatal searching2 kat youtube dan terjumpa la satu pasangan yg kerap digandingkan dlm drama/movie mcm EchoTin ni iaitu Mark Herras dan Jennylyn Mercado!!! Wahhh, aku suka! aku suka! *clap3*. Kalau bab2 mcm ni rajin je aku nak study dan searching2 kat gugel. Hahh! Rajin2!!! Antara movie diorang:

1. Let the Love Begin
2. Say That You Love
3. Blue Moon
4. Eternity, dll


+ Mark Herras & Jennylyn Mercado +


Aloo...shuit..shuit ^_^

(Kalau baca info yg ada kat internet ni, dulu diorang ni pernah couple, tp lebih kurang setahun lebih je. Lepas tu masing2 bawak haluan masing2. walaupun mcm tu, mereka masih digandingkan dalam drama/filem. Sayang sangat. pasal both of them sangat cute. kira couple yg kiut la. hehe~~~ tp nak buat mcm mana, putus gak.)

Erm, aku pun apa lagi. Pulun la pulak search kat uTube! Hahh! Susah2! mmg tak jumpa kat uTube! Cara terakhir donlod ialah guna torrent! Yeahhh!!! Berjaya!!! Walaupun SLOW yg AMAT, ku gagahkan utk donlod juga cerita diorang. Bes! Lakonan yg sungguh berkesan!

Setakat ni aku dah donlod 2 movie iaitu Say That You Love Me dan Blue Moon. (2 lagi in progress). Dua cerita ni mmg kontra, berbeza dan mereka berjaya bawak watak tu dgn baik sekali. Sekarang ni dah tak banyak cerita tagalog diputarkan di stesyen televisyen kita kerana lambakan sinetron dari Indon. Nak siarkan mcm mana, ruang utk drama tempatan pun payah dapat tempat, lepas tu kalau nak bawak lagi cerita dari negara2 luar....lagilah susah drama tempatan nak bertapak. (Pendapat peribadi saya. abaikan sekiranya ia tidak benar). Tp kalau free2 tu, layan la buah tangan daripada Mark dan Jenn ni. Bes!!




Friday, March 20, 2009

.: kebelakangan kesakitan :.

Duhhhh!!!
"Aku dilanda kesakitan kebelakangan"
Sakit belakang tuk aiee...

Bengkok jak tulang belakang aku tuk kah?
Ah, sik ku mok jd bongkok yg amat time gik mudak tuk

Aku mok panadol 'eksten' plisss!!!


Thursday, March 19, 2009

OMG!!!!

Pagi tadi pergi kerja mcm biasa cuma sedih sikit pasal tak leh nak pegi kerja naik encik Sitam saya... aku merinduimu Sitam ku... =( kenapa aku tak pakai Sitam pegi kerja? kerana ada minah2 yg menyengalkan telah menyakiti hati owner si Sitam....hehe...

Mood aku hari ini, takde la tak ok dan tak la pulak ok sangat2.. Apapun meeting berjalan dgn lancar hari ini, deduction pun tak banyak. alhamdulillah... boleh la bernafas dgn ruang yg lebih luas hari ini... (haha...shud noe the meaning for every single word..wakaka) - tenkiu bosss!!!

Tp dalam asyik masyuk tak kena deduction, ada la sorang minah ni timbulkan isu yg tak patut2 sehinggakan aku sendiri tak sampai hati nak nyatakan isu yg dia utarakan masa perjumpaan tadi. punyalah aku bengang tahap otromen! Kalau benda tu dibincangkan antara aku, dia dan bos aku je, aku tak kisah dan apalah guna perkataan "negotiate" kalau kita sendiri tak gunakan. ni tak, depan pengarah tu!!!! mau tak 50 inci kulit muka aku tebal...!!! mana aku nak letak muka??!!! Si*l beng*ng!!! Baru nak berada kat zon selesa sikit hari ini, minah tu pulak buat hal. panas berapi bongok!!! Lepas tu boleh pulak dia siap bela diri putar belitkan apa yg dia cakap masa perjumpaan tadi di depan staff aku semata2 nak tunjuk yg dia tu baik la, aku ni jahat la... porrahhhh...staff aku pun tahu la awak tu siapa....

Kontrol jiwa... Kontrol hati...

Sebenarnya tak ada pekdah pun aku nak sakit hati ngan minah tu, tp tu la... org dah kerja penat2, dia suka suki nak main tuduh2 staff aku tak buat kerja... Kalau nak kutuk aku tak apa, ni mengata staff aku tak buat kerja. Aku lebih percayakan staff tu buat kerja daripada dgr tuduhan dia. Fikir2 la wahai si minah.... Satu je la peringatan utk aku sendiri, rezeki ni kalau kita tak reti nak jujur dgn diri sendiri, rezeki pun tak sudi nak menghampiri kita. (mungkin pasal tu kot bulan lepas byk deduction, pasal aku selalu merungut letih dgn kerja berlambak...hahaha) - lantak la labuuuu...

Kepada sesiapa yg jenis pembelit, cepat2 la pulang ke pangkal jalan.. tak payah nak sibuk2 jaga periuk nasi orang. Sama2 kita ni cermin diri sendiri... kalau rasa diri tu dah buat kerja dgn betul, buktikan... tak payah nak bising2 masa perjumpaan sedangkan benda yg remeh yg boleh dibincangkan di luar....

Fuhhhh....lega....

Cheowww!!!


Notes:

** OMG, aku ngerepak kah? aku anok urg kah? yahhh...yahhh...ndak ku mok!!! sukati saya la...BLOG SAYA!!!



Wednesday, March 18, 2009

Good Luck!!!

2moro is the day
"validation meeting"
Good luck for myself

also

Good Luck for my bestfwen tea_zarra
Good Luck for our young, wink2 & sweet2 sista SyFazidawaty
(both of them will present their final year project tomorrow)

- harap2 hari esok adalah hari terbaik utk kita dan utk semua -


Monday, March 16, 2009

hidup ni takde la complicated mana...

Mlm ni aku sempat berbloghopping... bukan shopping occayy.. gaji tak masuk lagi, mana boleh nak merenyam shopping shoppeng ni semua. ok, bukan cerita shopping yg aku nak putar belitkan kat sini. dlm aku korek satu per satu blog yg aku jumpa, bermcm2 story yg blogger ni ceritakan. yg paling menarik minat aku apabila ada d kalangan blogger yg bercerita sepenuhnya mengenai rahsia hati mereka. lebih kurang mereka ni anggap blog ni mcm diari peribadi mereka la. kalau diikutkan pun, mmg la blog ni boleh dikatakan diari elektronik tempat utk menceritakan/mencurahkan cerita/berita harian si penulis.

erm..bila aku fikir2 balik kan, boleh ke seseorang yg kuat berahsia mempunyai blog nya sendiri?

Jawapan nya: BOLEH

kalau tak cerita pasal diri sendiri, cerita la pasal lain larhhh!!!



tp kalau ikutkan aku, aku lebih suka kepada blog yg berinformasi, lawak & ada catatan harian penulis. yg penting ia membuat aku berfikir dan tahu apa yg aku tak tahu sebelum ni. (hehe... maaf, saya tak pandai nak hasilkan blog sedemikian walaupun saya sukakan blog spt yg dinyatakan td). di sini aku bukan nak demand segala, tp aku cuma nak jawab soalan yg aku fikirkan sendiri tadi...wakaka.... soli da moli uolss...hehe~~~

kepala aku berdenyut2...pening yg amat! MIGRAIN DTG LAGI!
satu hari ni aku byk habiskan masa termenung kat ofis. huhu... tak ada mood nak keja hari ni. tp...saya harus hadapi semuanya dgn senyuman...


Notes:
** i will attend my 3rd VCM meeting....!!! goshhh... hrp2 deduction tak mcm bulan sblm ni. aminnn...
** tajuk kat atas tu eksyen sajorkkk... (tp aku rasa, hidup aku mmg complicated...wakaka)





Sunday, March 15, 2009

kawen...? aku kah?


Kawen? bukan aku yg kawen, tp adik besfwen aku yg kawen! alo lahhh... alhamdulillah, dah bertemu jodoh si adik, si kakak bila lagi?? ekeke... (soh bis lok laja ho bieng...!!! :D)

Malangnya, masa aku "pengilan" --> berkunjung ke rumah pengantin td, tak sempat nak jumpa pengantin. huhu~~~ sedis la pularkkk.. tak sempat nak bergambar sakan ngan pengantin :( tp nasib baik ada ehsan daripada hajiejump... (makseh hajiejump)


Sila scroll ke bawah utk layan gbr




- kakak penganten nun di hujung sana (berbaju hijau) -


- wah, enteprem... tak sempat nak jumpa penganten, aku rembat pelamin dulu ah :D -


- cik jue, cik yarn, cik inae, cik jiejie -
(abaikan yg tidak berkenaan)


Tadaaaaa!!!!
(this photo was credited to hajiejump)





Tahniah buat En. Adli & Pn. Siti
Semoga berbahagia hingga akhir hayat
(amin)




Saturday, March 14, 2009

my bored day again...~~

Such a bored day today...


Bangun pagi2, lepas tu pegi kerja pukul 7:40 am
(sabtu pun kena kerja dow! turun awal2 pagi punch card punya pasal ah. dah bbrp kali aku punch lewat - ada 'geng' pun bukannya nak tlg punch utk aku..huhu~~~ nasebbbb... tak apa, buat la selalu. korang ajar aku utk jd mcm korang jugak sebenarnya. wakaka)

Ingatkan nak balik keja awal pasal tak ada bos. hehe~~~ (eh, aku pun dah masuk 'warga ular' ke? tak2...jgn salah sangka. aku cuma dilanda kemalasan bekerja di hari sabtu. wakaka - boleh kira tak masuk warga tu tak? lantak la labuuuu)


12:10 pm aku balik jugak
tak larat dah nak menunggu. lagipun aku dah bajet siap nak gunting rambut yg semakin memberat kat kepala aku ni di tambah pulak dgn beban yg ada dlm 'palotak' aku ni...berat sehhh!!! tp balik umah, nak makan dulu. dari pagi tadi aku tahan lapar, maklumlah jenis pemalas bawak bekal... huhu (padan muka aku!)


Siap gunting rambut semua, aku bawak pulak mak aku pegi kedai cuci keta... ofkos nak naikkan sikit seri enche' sitam ku... pegi 1st kedai ..tuttt... ni, maklumlah nak bantu golongan kita sendiri yg nak meniaga ni, tp boleh pulak pekerja kat situ cakap waterjet diorang rosak! aku bengang! kita nak tlg majukan bisnes diorg, tp diorang tak nak majukan bisnes diorg. aku pelik la, tahu kan benda tu rosak pegi la baiki. last2 pergi la ke kedai cuci keta yg aku pegi sblm ni. service pun baek punyeee..murah pun murahhh...

Elok lepas basuh, wajah langit pun bertukar warna... nasib badan... basuhan utk kali kedua la pulak sitam aku pasni. KOMPEM UJAN!!! sudehhhhhh!!!! mmg ujan pun!

dah..dah.. layan af7 jap. promotion kemain lagi, siap wat tagline "satu transformasi akan berlaku". huhu...50 minit dah aku tengok, tak ada apa pun yg special... hehe~~ (this is my personal opinion okeyyy...nobody can comment on my words... - occayyyy)

cheow



Thursday, March 12, 2009

sot + ngeng = ngok

Hari ini aku masih dilanda kemalasan... Perasaan ingin mencari pekerjaan lain semakin menggelegak dalam diri aku. tp bila difikirkan balik, ramai lagi yg menganggur kat luar sana. lebih2 lagi yg jenis terperap mcm aku ni, lagilah 'lombep' nk dapat kerja yg boleh memenuhi kriteria yg aku idamkan. Kalau nak disenaraikan kriteria kerja yg memenuhi kehendak aku, mmg la sangat kurang sopan dan tidak elok utk dipertontonkan di sini. erm, nak kata aku ni terlalu demand dlm memilih pekerjaan, mungkin aku boleh termasuk dlm kalangan tu kot. tp aku cuba sebaik dan berusaha sehabisnya, biar la aku sedar diri. bersandarkan keputusan yg tak seberapa dan belajar tak setinggi mana, aku patut bersyukur dgn apa yg telah tersurat utk aku. okeh, utk entry kali ni, aku nak rasa keluar sikit dari kepompong aku. maksud aku biar aku bebas utk menulis apa yg aku rasa tanpa pedulikan kata2 org lain di sekeliling.

Persoalannya: BOLEH KE AKU?? wek..wek..wek...

Sbg salah seorang warga penghutang ptptn, pasti aku idamkan gaji beribu2 ringgit, mana lagi nak bayar bulanan kereta? wahhhh...gaji2.. --> bos, up kan gaji aku boleh x? huhu...

kalau la aku boleh baca dialog tu di hadapan bos aku, rasa2nya ada perubahan tak? kalau la dialog tu boleh merubah hidup aku menjadi lebih mewah, alangkah bahagianya... tp kalau la dialog menyebabkan aku hilang pekerjaan? waaaaaaaaaaaaaa...!!! simpang malaikat 44!!! syuohhh...syuohhh....

tak apa, kita merapu dgn lebih panjang lagi... mlm indah ini kita tak patut sia-siakan dgn kerja2 yg kurang berpekdah (adakah berblog segala ini adalah berpekdah? hahh, korang ada jawapan korang...jgn kutuk atau maki hamun aku. aku hanya jurutaip biasa yg tidak berkelulusan menaip tp suka menaip - maka berblog ini membuat aku gumbira yg amat.

ah, sblm ni aku pernah cakap aku tak reti guna wordpress. dah menjadi!!! aku berjaya...!! haha, tp tak update lagi...bz punya pasal dow!!!

sambung balik pasal dialog tadi...


aku pernah jugak ushar2 berapa gaji org2 yg penah pegang 'jawatan' aku tu. wahhhh, 'bersih' gila otak aku... jahat kan? hehe.. ala, sajeje nak tau... sekadar menambah pengetahuan. mana la tahu boleh masukkan dlm resume utk column expectation salaries.. merasa la jugak gaji mahal (free2 diorang tak hambek ko yarn!!!) haha~~~

SAH! SAH! mewah siot!!!

aku? masih bergelumang dgn hutang
yg takkan tahu kesudahannya
oh ptptn
(zalimnya engkau!)

aku rindukan zaman2 belajar dulu
belanja la sepuas hati
enjoy sana
enjoy sini
huha sana
huha sini
tak ada masalah

yg ada, masalah assignment yg tak berkesudahan
sehinggalah tamat blaja
tp sekarang telah masuk ke fasa baru
aku masih tercari2 zon selesa aku sendiri





dah..dah..
aku dah malas
ingat tadi nak hasilkan entry yg pjg berjela
tp aku tak berjaya
kerana mata aku sudah mengantuk
aku pun dah ketandusan idea
lagilah malas nak buat ayat


jgn biarkan hidup anda dibebani hutang!
wakaka

cheow!!!



Tuesday, March 10, 2009

adakah merah se"gah" warnanya...?

Hari ini mula kerja seperti hari2 kerja biasa. maklumlah, hari ini hari selasa dan semalam tak kerja pasal public holiday (maulidur rasul). Maka, turun kerja hari ni membawa rasa ceria membara di dada (wah giteww)... maklumlah, dah cuti 3 hari (termasuk sabtu ahad). Bangun pagi tadi tak bajet lagi nak pakai baju kaler apa. ekceli, aku ni ada perangai pelik sikit. entahlah, kiranya aku katagorikan sbg "instinct" la kot. Aku rasa baju merah tak bagus utk aku. tp tu la, aku positifkan diri tak nak fikir yg bukan2 dan percayakan qada' & qadar, maka pagi tadi aku pun buat keputusan utk pakai baju kaler merah.

Kenapa aku ada instinct yg pelik mcm tu? Erm...

Pertama
Aku pakai baju berona merah masa masuk meeting dgn our major customer. ofkos utk validate our deduction fees. entah mcm mana, masa meeting tu bermcm2 isu department aku dibangkitkan. tak pasal2...kenapa ntah??!!! Bengang jugak la...pasal aku budak baru lagi.. lepas tu bermcm2 isu yg dibangkitkan. mmg sangat susah dan sangat segan pada waktu itu... aku terkial2, hanya Tuhan yg tahu perasaan aku.

Moral
  1. tak kira budak baru ke, budak yg tak ada pengalaman kerja ke, yg pntg hari demi hari kita kena improve dan belajar sstu. learning process berlaku continously dan takkan berakhir walaupun telah tamat belajar dip ke, degree ke waima phD sekalipun... --> so, silap aku sendiri yg malu dan segan nak bertanya dgn org yg lebih byk pglmn berbanding dgn aku sendiri.
  2. Jgn pakai baju kaler merah

Kedua
Buat kali keduanya, kebetulan aku pakai baju yg fully merah (nasib baek kasut & hand bag tak merah...wakaka). dan tak sangka kebetulan kali itu pun turut membawa kepada nasib malang aku di mana aku dimaklumkan bahawa cara utk fill our daily report fully salah dan dan tak ikut format!!! (actually kami isi ikut format yg dikehendaki dlm form tu, cuma tu la manusia... memandai buat undang2 sendiri dan ikut sangat nafsu pendengki. yg jd mangsanya, kami la...) --> tak apa..tak apa.. customer is always ryte~~. cara isi form tu, sebenarnya ikut ajaran yg aku dpt masa training dekat pihak atasan aku. and the trainer oredi inform me, i shud ask my ...tut... ttg cara nak isi form tu pasal diorg yg check benda2 tu semua. tp tu la...malas nak cerita lebih, yg penting aku tahu aku kena layan karenah kebudak-budakan manusia...

Moral
  1. Jgn la jd manusia pendengki
  2. Jgn pakai baju kaler merah

Ketiga (hari ini)
Aku pakai baju mcm budak ni pakai la...

(sekadar gambar hiasan - budak ni tak ada kena mengena eh...)

haaa, tak ke merah tu. dan maka dengan rasminya, department aku dpt 2 (dua) KOMPLEN!!!! means, ready to face deduction again!!!

Moral
  1. Adakah merah se si*l itu???!!! Dah tu nak buat mcm mana, aku byk baju merah takkan tak nak pakai kot?!
  2. Anggap la semua tu kebetulan... percaya pada qada' & qadar... (muhasabah diri ni sbnrnya...)


Monday, March 9, 2009

sekerat jalan....

Salam maulidur rasul utk semua umat Islam...

bangun pagi tadi, aku terus tersentak (wah, jarang2 saya menggunakan perkataan ni). tp sungguh, aku tak iron lagi baju2 kerja aku!!! Esok dah nak kerja... nak tak nak, dlm keadaan paksa rela aku turutkan jugak meng'iron' baju2 kurung aku yg bertimbun (maklumla, bajet iron tu utk 2 minggu...mau tak bertimbun). dalam syok2 gosok baju2 tu, mummy pulak ajak pegi Roban (pasal
dia mengajar kat sana) ambik barang2 dia yg tertinggal kat sekolah tu. lebih kurang sejam, kami sampai kat umah semula pastu sambung gosok baju2 aku yg terbengkalai sekerat jalan (org tua2 pantang sungguh kalau kerja dibuat separuh2 mcm aku ni...huhu~~~ diorang cakap tak elok buat kerja tak abes.. nnti kawen pun separuh2 jugak --> hisshhh, simpang malaikat 44!) tp tu la, percaya qada' & qadar yea adik2, abg2, kakak2 sekalian.

petang2 pulak sesedap rasa je keluar balik ngan family aku --> hishh, tudung e_kean punya pasal la ni. haha~~~ nak beli la kunun2 nya...pastu abes gak RM24 aku beli tudung tu. kalu ku turutkan hati, nak je aku letak balik tudung tu, takmo beli...paham tak kenapa aku tak nak beli? well, rasanya bukan aku sorg perempuan yg punya simptom mcm ni...hehe~~~

erm...aku sajeje taip cita bosan kat sini... nak imbas balik je, apa antara aktiviti boring yg aku telah buat hari ni... kalau nak suh aku senaraikan aktiviti2 boring yg aku buat, mmg tak cukup 5 pages. tp yg paling top aktiviti boring aku hari ini ialah GOSOK BAJU...!!!

Hurmmm...gbr kat bawah ni apa cerita?


ala, tak ada lain la...tuntut utang la tu. mentang2 aku utang byk! aku bayar dah la wei...bulan lepas...ekeke...baru bayar ok, pasal baru keja...hihi..

oK kawan2 sekalian, jgn lupa byr ptptn okey...nanti tak pasal2 tak boleh nak pergi luar negara pasal pasport kena tahan...hehe~~~


Notes:
++ aku sendiri pun tak faham kenapa aku nak guna tajuk kat atas tu...



Sunday, March 8, 2009

wordpress...??!!!

Wakaka~~~
aku hambek masa aku utk explore wordpress!!
ternyata, aku mmg jahil ttg wordpress...!!!

siyes, aku tak reti nak post entry guna wordpress
nampak sangat tak bagi aku bermigrasi segala
dah! aku letih!
tak mau dah explore lagi

lenkali la pulak...

apa yg berubah? aku? salah org kot...

Blog saya sudah lama tiada gambar bes
Hobi saya yg dulu rajin snap gbr
dan sehingga skrg, saya amat merindui hobi itu

kesibukan kerja membatasi segala2nya
kadang2 masa utk diri sendiri juga turut terabai
aku rindukan entry aku yg dulu2

no stress
no pressure
no smoking worries of deduction fees (ofkos i hate dat word)

but full of blossom
(sukahati saya la nak puji entry sendiri..wakaka..)


ZAMAN DAH BERUBAH
tp sampai sekarang aku masih tak maju2

"APA KESSS!!!!"




smile is the beginning of friendship

Bes tak tajuk entry ni? (sila abaikan kalu tak bes) Eherm...mcm mana aku nk mulakan eh? senyuman ni ada byk maksud, tp mksd yg paling ringkas, mudah dan smart "senyuman melambangkan keikhlasan hati seseorang". (sumber: kamus dewan yarn terbitan 8, bab 8, m/s 8)

Ekceli, topik ni mudah je. hari2 mcm2 ragam manusia kita boleh tengok. mcm aku sendiri, setiap hari buat routine inspection, so bila dah berada dekat site, bermcm2 manusia yg aku jumpa. Ada yg kenal kita, eksyen buat2 tak kenal. yg buat2 kenal pun ramai jugak. tp tak apa, itulah kehidupan. Apa la salah nya kalau berselisih ke, bertentang mata ke, kita ringankan senyuman di mulut kita. Benda2 mcm ni bukannya menjadi kesalahan dan menjadi beban di bahu kita. Org tak mintak pun kita ni dibayar utk senyum. Sebaliknya insyaAllah, kita akan dapat respon yg lebih positif daripada org yg kita hulurkan senyuman tu. dan yang lebih penting manalah tahu dia akan mendoakan kesejahteraan utk kita semua..? siapa tahu kan...

Renung2kan:

1. senyum kepada org yg kita tak kenal, suatu hari nanti mungkin menjadi sahabat kita

2. senyum kepada org yg kita kenal, suatu hari nanti persahabatan itu akan menjadi lebih akrab

3. senyum kepada org yg kita tak suka, suatu hari nanti mungkin dia akan menjadi org yg kita suka

4. senyum kepada org yg kita suka, suatu hari nanti mungkin dia akan menjadi org yg istimewa di hati kita


Senyum tu bukan la satu perkara yg merugikan. malah penting utk diamalkan, biar kita tidak diselimuti dgn sifat sombong dan yg sewaktu dgn nya... hoho...





Saturday, March 7, 2009

lapar aihhh...

Sekarang jam tepat menunjukkan angka 7:28 pm
lapar tak?
....tak....???

aku lapar...
jap g hapdet

malas hapdet tp rajin pulak nak menaip...

Mula2nya aku fikir, rasa mcm malssss nk hapdet. tp mata tak ngantok, maka harus saya menghapdet. Actually, setiap 7hb pada bulan pertama setiap bulan deptmnt aku (2 dptmnt) dan 3 lagi lain dptmnt kena hantar full report utk bulan sudah. Means, after 7th dgn rasminya our report is not valid dan bermakna kami tak submit our report (full deductions la denggg...--> i hate dat word!!!).

nak bagi report tu complete dan tak ada cacat cela sangat la memerlukan kesabaran tahap impak maksima. tak complete dan tak cantek, maka anda free2 akan d deduct okey... --> faham ya anak2...??? secara tidak rasminya kertas yg bertimbun2 dan kami yg sentiasa bermandikan kertas walaupun nampak leceh dan remeh namun ia merupakan "nyawa" kami. bayangkan, 1 kertas tu hilang... sen akan dikurangkan... sehingga mcm sstengah kes boleh mnybbkan pengurangan sen sehingga mencecah ribuan...!!!

bukan itu yg aku nk hylyte kan...wakaka...

sebenarnya, tadi ada la apek tu...marah2 kat aku
(apek tu aku kalerkan merah, tanda protes marah la kononnya)
mentang2 mood dia tak ok
sesedap rasa manja2 main baling2 buku kat aku
siap tunjuk schedule keja lagi

ewah...ewah...
suka suki dia
ingat nak layan & jaga mood dia sorg
abes tu kami ni yg berhempas pulas
tak fikir pulak mood kami ni

tp tu la org kata
"customer is always right"

siyes, aku tak suka perkataan tu
bukan semua customer betul!!!
dan hal ini sangat membengangkan diriku
ahhh..ayat apakah itu

cukup utk mlm ni..
esok2 sambung lagi...
hehe~~~
(masih kecut perut lagi ni bila ingat peristiwa kena maki tadi)

Soalan utk hari ini: apakah cara efektif utk menjadi seorang yg kalis maki?



Sunday, March 1, 2009

| s.i.t.a.m saya |

Dari pagi tadi wajah langit asyik kaler kelam je.... tahu kan apa dia wajah langit? tipu ah tak tau. tp en. sitam kotor sangat, warna sampai dah tak naek seri. hiperbola tak? ekeke... ah, tensen yg amat!

Situasi 1
Pusing2 kat pasar, aku pun menyarankan kat bonda aku yg aku nak kasi en. sitam ni naek seri sikit. tak padan ngan gelap, pastu kotor pulak...sian sitam... tp si*l tol, aku lupa hari ni ahad, byk pulak kedai cuci keta tutup (mcm la byk sangat kedai cuci keta kat sini). hehe... ada yg open n available pun, servis tak baek. aku mmg tak layan...hehe...

last2 jumpa jugak kedai yg dicari...

Situasi 2
Mak cik aku suh aku amek kazen aku pulak, dia tusen tution kat taman bla..bla.. (sori, aku x ingat nama).

Nade'er (bukan nama sebenar): yarn, kenak pintu tuk sikpat dibukak? (yarn, knp pintu keta ni takleh bukak?)

ah, aku cuak!!! takkan pasal aku cuci keta kat situ terus keta aku turut dilaknat! ah, siapa yg ped*j*l harta aku? (harta ke...?? ekekeke). Sumpah, pasni aku tak pegi dah kedai tu lagi --> hati aku yg bermonolog geram

Situasi 3
Yarn: pok, pohai keto i sikpat bukak pintu kah? pas di anta kedey basuk keto tadik, alu rusak pintu keto i. manas i tuk. aso nk molah reformasi sik tapok2 i ngan kedey yo!!! (pok, knp dgn keta aku? pintu takleh dibuka lepas hantar kdai cuci keta tadi. rosak la pintu keta aku. aku geram ni, rasa mcm nak buat reformasi terang tak berhendap kat kedai tu!!!) --> "Pok" adalah kata nama...

Kesimpulan
Sbb tu la org suh baca buku manual dulu sblm pakai/guna apa2 barang elektronik / mesin dan yg sewaktu dgn nya. ni tak pasal2 free2 dpt dosa maki hamun sumpah seranah kat kedai cuci keta tu...

Sekarang si Sitam aku dah kembali ke seri asal nya...


Sekian

Notes:
++ knp pintu tu takleh bukak dari dlm? kaji ah sendiri...rasanya semua kereta ada lock dia sendiri kat pintu tu...haha~~
++ en. macha, dah tau ke kenapa keta tu dinamai sbg s.i.t.a.m? hehe~~~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin