Followers

Saturday, May 30, 2009

sentap kerana encik Mesin



-Gambar hiasan dari Encik Google-


Apakah nama mesin di atas? Mustahil ah tak tau... Ada punat tekan2 tu pastu ada tempat masuk kad keluar duit tu semua sah2 la mesin atm atau nama penuh beliau dalam bahsa inggeris "Automated Teller Machine". Aku bukan nak ceritakan tentang biodata beliau, tp aku saja2 nak promot beliau ni sikit.

Ok, dah nama pun mesin.. so, mesin ni untuk memudahkan kita ambik duit dan tak payah la nak isi borang dan main kenyit2 mata ngan orang yg jaga kaunter kat mana2 institusi kewangan tu. Dengan kata lain, makwe/pakwe beliau yang menjaga kaunter pun takde la risau2 kalau korang ngorat pakwe/makwe diorang kalau pegi bank.

Tp kan, yang buat aku selalu sentap dan nangesss (tiru ayat sarimah ibrahim jap) bila ada orang tu kata ambik duit je, tp ya ampunnnnn!!! kena ambik masa sampai 10 minit!!! (kadang2 sampai 20 minit pun ada!!!) padahal mesin tu suh pilih bahasa, masuk no. pin, pastu pilih nak kuar duit tanya baki tu sume, tu jeee... diulangi ITU SAHAJAAAA..! tp ape ke hal sampai ambik masa 10 minit tu semua... aku punya la bengang! siyes aku buat dah eksperimen (betul ke perkataan ni?), aku ambik duit tak sampai pun 5 minit. ada jugak yg sama spisis ngan aku, tak hambek masa yg lama pun, cuma yg aku pelik sstengah orang tu....ishhh..!!! kalau kena yang berbaris sampai 20 orang pastu darab ngan 10 minit sorang, tak ke sentap dan nangesssss...???!!!

Ambik duit punya pasal kadang2 jadi malas nak singgah atm, tp bila ingat tak ada duit...kena hadapi ngan senyuman jugak. Ahhh..PLASTIK!!!

Notes:
~ dah stat musim cuti skolah..banyak ah "surat saman" kat atas lemari tu... tp bukan aku punya... hehe.. surat saman adalah kad undangan perkahwinan ye tuan2 dan puan2 sekalian. tiap2 hari lor mak aku pekena lauk daging... suka la tu... huhu... "jaga2 sket, puan tu high blood..." ^_^

~ tahniah gak utk kawan aku yg kawen masa cuti ni.. Semoga jodoh korang berpanjangan hingga aher hayat.

Monday, May 25, 2009

Senarai masalah semasa ditemuduga

Antara kelemahan-kelemahan/kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan semasa ditemuduga:


1. Tidak menjawab kehendak soalan panel penemuduga


Jujurnya, saya sendiri kerap melalukan kesalahan sebegini. Pengalaman occayyy..!!! (haha...) penemuduga tanya pasal Dato' CT aku pulak jawab pasal Datuk K. Memang cari pasal bukan? Dengan beranggapan bahawa mereka berdua memang saling berkait antara satu sama lain, namun sekiranya soalan bertanyakan mengenai karier Dato' CT, tolong la jgn pulak sengaja nak cover line atau pun nak tunjuk diri memang tau sangat2 pasal kehidupan rumahtangga mereka berdua. Dah sah2 anda langsung tidak menjawab soalan. (nama sekadar hiasan sajorkkk)


2. Gagap

Sebenarnya perkara ini anda sendiri pasti tidak mengenali dan tahu bahawasanya diri anda gagap. Jelas sekali kelemahan sebegini kerap dilakukan oleh kita tanpa kita sedari. Tidak segan kah anda apabila penemuduga bertanya soalan sebegini kepada anda:


"daripada apa yang saya lihat sepanjang sesi ini, anda mempunyai masalah gagap. Untuk menjadi salah seorang daripada ahli kami, sekiranya anda menghadapi masalah sebegini, bagaimanakah cara untuk anda meyakinkan pengguna terhadap produk yg kami perkenalkan?"


Memang ayat pertama daripada kenyataan tersebut agak kejam, tetapi itulah hakikatnya. Sekiranya anda sendiri sebagai penemuduga ataupun pengarah bagi sesuatu firma, pasti anda tidak memerlukan seseorang yang tidak mampu meyakinkan kepada pengguna mengenai produk yg anda hasilkan di pasaran. Tahap keyakinan seseorang boleh dilihat melalui cara percakapan dan kelemahan paling besar kita yang ditemuduga adalah masalah gagap menjawab soalan daripada panel penemuduga.


3. Ungkapan "Maaf tuan/puan/cik/datuk/daten, saya tak tahu/saya tak ingat"


Sudah terang lagi bersuluh! Nampak sangat tak buat ulangkaji, tak buat rujukan dan tak buat homwerk. Main hentam sajorkk. Datang2 temuduga, kompiden la penemuduga tu takkan tanya pasal Rukun Negara. Alaaa...kacang dowww! Takkan Rukun Negara tak tahu beb! Aku bukan anak Malaysia kalu tak tahu...

Ikut suka hati korang la nak kompiden gila2 agak2 soalan yg mcm tu. Tak sedar kah anda bahawa diri anda terlalu bongok utk teka2 soalan yg bakal ditanya oleh panel penemuduga. TAK SALAH nak observe dan select soalan2 tertentu, tp jgn fikir terlalu mudah. Ya memang benar, tak mustahil untuk penemuduga bertanya mengenai Rukun Negara, tp fikirlah dgn lbh realistik supaya tidak mengambil terlalu mudah mengenai soalan2 yang bakal mereka ajukan. Sentiasa set kan di kepala, penemuduga pasti boleh bertanya apa jua jenis soalan yang kadang2 mmg tak tercapai akalmu utk difikir dan dijawab. Maka, harus la kita observe dan buat homwerk bukan sahaja utk benda2 simple, tp cuba utk berfikir sehingga tak tercapai akal ku... (wahh!!! fikirlah sendiri. kalau rasa tak sesuai, boleh amend sendiri apa tindakan yg harus dibuat).


4. Kurang Yakin

Betul! Ini pengalaman! Apabila penemuduga dapat mengenalpasti bahawa anda nampak seperti kurang yakin (postur badan membongkok je, gelak asyik tutup mulut kontrol cun, asyik dok ulang2 PARDON), mau nye tak penemuduga kenakan korang. Yaaa!!! Sampai diorang suh nyanyi lagu. Dalam hati korang mesti akan kata "aku ni nak jadi pengarah syarikat ni, tp apsal dia macam nak buat audition akademi fantasia pulakkk??!! ah, aku memang cun. peduli hape, aku nyanyi ala2 Dato' Siti gitewww!!! <-- ini unsur hiperbola sahaja".

So, sekadar berkongsi tips hasil daripada pembacaan dalam sumber maklumat alam maya ni, masuk2 je korang dalam bilik temuduga tu, tegur la penemuduga dengan kompiden tetapi beradab. Duduklah di kerusi yang disediakan di hadapan panel apabila disuruh dan jangan lupa utk mengucapkan terima kasih. Setiap kali panel bertanya soalan, jangan tergopoh gapah menjawab soalan yang diajukan semata-mata utk menunjukkan betapa terer nya dan berpengetahuannya diri kita. Ambik masa sejenak utk memikirkan jawapan yang kepada soalan yang diajukan.

Dah nama pun fikir utk tempoh sejenak, jd jangan la korang fikir sampai sejam dua jam ataupun tak keluar2 langsung daripada bilik tu. Walaupun sudah berfikir utk tempoh masa tertentu namun masih tidak kompiden dengan jawapan tu betul ke tak, perkara yang perlu dilakukan... jawab la soalan panel tersebut dengan penuh yakin tanpa memikirkan dan menunjukkan bahawa jawapan anda itu adalah salah dan tidak masuk akal langsung. Selain daripada jawapan yg betul/tepat, sebenarnya panel penemuduga lebih banyak mengambil poin sejauh manakah keyakinan anda utk menjawab soalan tersebut. Penemuduga mahu melihat kita yang lebih banyak bercakap berbanding daripada mereka bertanya sepuluh soalan tp korang jawab satu sajorkkk... Cekadak bebenor la kalau dah sampai tahap tu.


5. Menipu

Sah2 neraka jahanam la tempat mu! wakaka... okey2, tak payah la nak menipu kalau kamu dah ada kilang belacan sendiri siap buat francais lagi. haaaa... berkata jujurlah kerana sesungguhnya panel penemuduga ni, tengok korang gagap2 jo nak jawab soklan, pastu tengok mata korang yg "keceng-keceng" (wakaka...sumpah sume mesti tahu perkataan ni) diorang dah tahu dah korang BULAK a.k.a KACAK. hehe...


6. Lemah berbahasa Inggeris

Yang ni aku rasa paling KEJI occayyy!!! Setakat nyanyi lagu Britney Spears, Lady Gaga, PCD, Akon tu aku tau laaaa... tp kalau suh cakap on the spot, mati laaaaa.....

Belajar la speaking london everyday ye anak2. masa ni la aku rasa sangat2 rugi masa aku sekolah dulu tak ada PPSMI. Sebab tu la sekarang ni aku sangat menyokong PPSMI, sbb tak nak budak2 nanti bila dah besar jadi mcm aku...wakaka... tak reti ah speaking london nihhh...

Tak ada ulasan panjang2 untuk yg ni. Bab ni tak ada sesiapa yang boleh bantu melainkan diri kita sendiri yang nak berubah utk menjadi lebih pandai dan lebih berilmu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku cuma senaraikan ni je la dulu, kerana antara 6 list ni ada di antaranya berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga melalui pembacaan daripada blog2 blogger2 yang sedia ada. Tapi itu la, manusia bukannya perfect sangat. Dalam kesempurnaan tu, pasti ada silap yang kadang2 kita sendiri tak sedar kita telah buat. Apepun, beware of yourself laaaa...hihi...

RAJIN-RAJIN BUAT HOMEWORK SEBELUM PEGI INTERVIEW


GOOD LUCK!



Notes:
** Sekiranya bercanggah daripada pemahaman saya, sila betulkan. Kita berkongsi sama-sama apa yang kita tahu dan apa yang orang lain patut tahu. SHARING IS CARING maaaa.... Terima kasih. ^_^




PEACE NO WAR!!!


Friday, May 22, 2009

gila kuasa dan keoptimisan

Sebelum aku taip entry ni, sempat jugak aku "melompat-lompat" blog. adakah istilah saya betul? Ikut suka la... Lama sungguh saya tidak mengapdet blog kerana dilanda kebizian dengan kerja. Well, minggu ni sekali lagi aku berdepan dengan masalah baru yg berpunca daripada user yg amat aku kagum dan orang yg sentiasa membuatkan aku rasa sentiasa berterima kasih terhadap beliau. Tak sangka, beliau itu kini pula yg semakin memporak perandakan hidup saya. oh, bukan hidup... tp porak perandakan keharmonian suasana kerja saya. Sungguh aku tak sangka2 bahawa beliau sangat kejam...kejam...kejam!!! Macam gila kuasa pun ada.

Bila timbul masalah mcm ni la membuatkan aku rasa mcm nak tukar profesion... cari kerja lain yg lebih harmonis (ada ke? hihi). Aku tengok orang lain keja, happy je. Mcm tak ada masalah. hahaha... pemikiran macam budak2 kan. Ya, aku mengaku, diri aku ni mmg seorang loser...!!! Big Loser ekceli!

Tp masa aku lompat-lompat blog tadi, aku singgah la blog cik tehais dan aku baca la entry dia yg bertajuk I'M LOSER kalu tak silap. Dipendekkan cerita, aku baca la komen2 yg dihantar oleh blogger2 yg singgah kat entry tu. Salah satu komen yg aku nak hylite kan kat sini:



"lumrah manusia, dek.. kita hanya nampak benda baik yang orang dapat, tapi tak nampak nikmat yang kita ada, tapi orang lain nampak."
**Su iJamm**
(aku tak ingat dah format A.P.A tu mcm mana, aku tulis je la mcm ni)



to Su ijam:
terimak kasih su iJamm, kato2 ktk sangat mendorong kamek utk menjadi lebih positif walaupun nang susah nak menjadi seorang yg optimis.







PEACE NO WAR!

Sebelum aku taip entry ni, sempat jugak aku "melompat-lompat" blog. adakah istilah saya betul? Ikut suka la... Lama sungguh saya tidak mengapdet blog kerana dilanda kebizian dengan kerja. Well, minggu ni sekali lagi aku berdepan dengan masalah baru yg berpunca daripada user yg amat aku kagum dan orang yg sentiasa membuatkan aku rasa sentiasa berterima kasih terhadap beliau. Tak sangka, beliau itu kini pula yg semakin memporak perandakan hidup saya. oh, bukan hidup... tp porak perandakan keharmonian suasana kerja saya. Sungguh aku tak sangka2 bahawa beliau sangat kejam...kejam...kejam!!!

lumrah manusia, dek.. kita hanya nampak benda baik yang orang dapat, tapi tak nampak nikmat yang kita ada, tapi orang lain nampak.

Sunday, May 17, 2009

Currently Watching...

Beberapa hari ni asyik layan DVD sajork saya punya kerja... Tp malam2 hari sahaja occay.. Siang2 hari saya sangat la tidak larat. Ekceli aku layan 2 dvd ni --> Twilight & Boys Over Flowers.

Lama dah tak buang tabiat layan cita2 ni semua semenjak tidak lagi memegang status penganggur tegar. haha... (aku sangat rindukan zaman itewww ^_^). Tp kali ni biar penat dan letih mana pun balik koje, aku menggagahkan diri switch on lappy yg telah berjasa besar terhadap aku tp amatlah hampeh apabila beliau sangat slow mengalahkan siput sedut. Erm, aku rasa siput sedut pun tak slow sangat mcm ni. hihi... (sowie my dear lappy, aku tetap sayang ko walaupun ko slow...) utk nengok cita2 kat ni.

Twilight ni aku dah brapa kali layan pun aku tak tau dah. Nengok bbrp kali pun aku rasa mcm tak busan. (Pasal baru tengok kot, tu yg tak boring). DVD ni budak yg bernama noi tolong belikan kat Sarikei. hehe...tima kasih noi.


DVD Boys Over Flowers ni pulak aku mintak Cik Not yang tolong belikan. Tima kasih jugak utk beliau. Aku rasa ni la buat pertama kali sepanjang aku layan drama dlm cd yg aku beli/donlod, cita ni la yg paling lambat aku habiskan (sehingga ke hari ni pun, saat aku taip entry ni, aku hanya baru abiskan 18 episod daripada 25 episod. tu pun aku byk skip pasal nak abes cepat...hehe... kat tengah2 konflik byk...tu yg tak syok). Lepas tu pulak, subtitle DVD cita ni ya ampun...bersepah2 la dia punya translation. Aku ingatkan aku punya bhs inggeris lagi teruk, rupanya subtitle cita ni lagi teruk dia punya BI. huhu... Punyalah aku gagahkan diri utk memahami apa yg dalam cita tu cakap dgn subtitle yg sedia ada kat situ. Kalau subtitle BI dah sebegitu rupa, apa lagi la subtitle yg BM punya. Lagi rambu ramba.... huhu... Mintak2 la cita lain tak senasib dgn DVD ni. Kalau la berterusan hasilkan buah tangan subtitle mcm ni, hancoooo... hancooo... kata original, tp subtitle nya...??? -- tak nak kumen lebeyyy... wakaka --





Notes:
++ dari dulu lagi gian ngan drama/pilim korea, jepun, taiwan. Siap beli rak lagi simpan suma CD yg dibeli dan di'burn'. Byk jugak berabes ngan benda alah tu... CD diutamakan, makan dikemudiankan. Tu yg sekarang terasa sangat tak ada bajet pasal dah byk diabeskan ke arah CD2 ni semua. hihi... jgn tiru aksi ini ye adik2... (adik2 sahaja occayyyy!!!)

++Congratez to Hafiz yang baru dinobatkan sebagai juara AF musim ke-7 semalam


++Selamat hari guru utk semua cikgu di seluruh dunia especially my mummy!!! u're olwez the bes mom!!!




PEACE NO WAR!!!

Wednesday, May 13, 2009

karangan panjang lagi...rugi kalu baca....

Semalam bos aku baru buat penilaian dan bagi markah utk prestasi aku sepanjang berkhidmat kat "situ" utk tempoh masa lebih kurang 4 bulan lebih (wahhhh..alhamdulillah, dah 4 bulan aku keja...). tima kasih bos sbb bagi markah yg mcm cekadak hampeh. aku tau dia kedekut sikit bab2 bagi markah penilaian ni (letih woooo aku...ada org tu, sesedap rasa je bes duduk kat ofis, main2 ngan lappy, layan tenet dari 8.00 pagi smpai 5.00 petang, dibelai oleh airCond) okeh, enufff!!! aku tak kata sapa2. aku cuma cakap org tu...siapakah org itu? wakaka...no kumen!!!

Baru kejap tadi, aku check smthg utk satu benda. Erm, benda apakah itu? hehe... Aku dapat panggilan temuduga. Aku sebenarnya takotttt... hati aku ni berbelah bagi. nak pegi, tak nak pegi...nak pegi, tak nak pegi... aku bukan tak suka keja kat sini.. mmg dah terlebih suka. maklumlah, kat tempat sendiri pulak tu, tinggal serumah dgn mak, kadang2 tak cukup duwet, ade gak orang sapot (wakaka... malu2... --> aku cakap kadang2...aku bayor, takkan tak bayor dow!)... nah, apa lagi yg aku carik. tak cukup sorga ke tu???!!! tp...tp...tp...aku perlukan sesuatu yg menjanjikan masa depan yg cerah utk jangka masa panjang. Bila2 aku boleh kena buang keja kat situ. tp tu la... byk benda yg aku pertimbangkan.


Nanti2 la fikir lagi. aku nak rehatkan otak kejap. letih dah keja satu hari ni.


Dari pagi tadi aku kena prepare staf deployment. huhu...sampai ke petang baru siap. well, keja aku bukan cuma duduk depan pc je mcm sstgh orang (sorga kan korang...?) huhu... aher2 ni aku selalu lambat turun keja. Pasal apa? Tak cukup tdo...asyik tdo lewat sajork.. --> Twilight punya pasal ah ni!!!! cita ni sangat BES! tima kasih utk Zie yg pomot cita ni kat blog beliau.

Bila lambat masuk keja, punch card pun asek 8.00 lebih2 sajorkk.. hadoihhhh!!! Memandangkan member aku dah selamat melahirkan anak beliau sebelum subuh pagi tadi, maka tugas2 beliau terpaksa kami buat sendiri (waaaa...baby, kembalikan mama mu utk kamekkk...). Tahniah to Nor sbb dapat baby baru (1st baby lagikkk...hehe). Maka, pagi tadi sampai ke tengah hari, aku belajar la cara2 nak key in benda alah yg member aku selalu buat tu. huhu... haaaa..!!! boleh punnnn!!! wakaka... --> sapa suh tak belajar masa beliau masih ada dulu....? padan muka aku! hakhikkk...

Erm, tengah hari tadi dapat berita baik daripada user. Siapakah user yg saya maksudkan? hihi...user yg paling susah d handle kini telah menjadi kamceng dgn KAMI-KAMI... (kenapa "kami" itu diganda dua?) no need to eksplen here. td dia dah bagi balik report yg kami submit minggu lepas. huhu...setakat ni, deduction utk bulan ni masih selamat. tak tahu la pulak masa dah buat verification nanti. huhu...sabar2... mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Tuhan. amin....

Ekceli, kat tempat keja aku tu pihak user tengah renovate buat additional building utk setiap building. Makanya, bos aku ni mcm tau2 pulak remind aku pasal SNF, VF ni semua. apakah itu? Saya sendiri baru nak belajar dengan beliau. Mungkin suatu hari nanti akan d update kat sini. dan mungkin jugak tidak (mengikut keadaan mood saya sekiranya saya rajin berfikir utk dimasukkan dalam entry sini. so, tak nak promise apa2.

Masa ni aku sangat2 perlukan ruang utk berfikir. tp otak ni mcm malas la pulak nak berfikir. hihi... apo ke heiii?? *sigh* aku sangat letih...betul2 letih...harus aku minum pati ayam Brand... (buang tebiat nak mampos, lagi gumok baru tau!!!). cukup saya merapu. Assalamualaikum...


Notes: Semalam tersengaja jumpa Encik B. alahhh, sengaja bukan pasal apa...bincang pasal kerja sajork. tak sempat nak menggatal...

Sunday, May 10, 2009

Hari ini hari ibu...apa yg aku sembang ngan beliau? terjahhhh!!!

Pagi tadik, bangun2 jak tdo terus mandik n layan tv mcm biaso. Tengah layan tv, tiba2 hp mak berbunyi --> i love u, muahhh (mak canggeh, ringtone pun harus canggeh. hihi...)


Mak: Aih, do urg ucap happy mothers day...
Aku: erm, sapo?
Mak: sik tauk eh. sik ngelalo mak nomboi tuk
Aku: sapo jak anta eh. sikdo aku nganta msg madah happy mothers day. mak dah do depan mato tuk
Mak: antik lok, mak nanyak lok sapo urg nganta. malam tadik ado juak urg nganta
Aku: Banyak na wak anak mak owh. setauk ku, aku sorang tuk jak anak mak
Mak: hahaha..besoleah, ruk tauk ngan mak...kau sik ngucap, urg ngucap ngan mak
Aku: Adeh, pandei ehhhh...hahhh tuk.... ---> HAPPY MOTHER'S DAY MAK!!! MUAHHHHH!!!!



Utk semua mak2 di seluruh dunia, selamat hari ibu!!!
(mun urg lain boleh ucap ngan mak, sikkan la aku sikleh ucap ngan pemegang2 status mak di dunio tuk)
hehe....


Semoga mak happy dan ceria selalu...
Semoga mak sentiasa dilindungi Allah s.w.t
Semoga mak sayang aku selalu... ^_^
Sayang makkkk!!!


Notes:
++ tajuk entry tuk, eksyen jak lebey...wakaka...


PEACE NO WAR BEBEH!

Friday, May 8, 2009

karangan panjang, tak payah baca...

Kawan skola aku merangkap rakan sekeja aku, hari ni dah selamat masuk maternity ward. alahai, sunyi sekalsss suasana ofis hari ni. Semalam dilanda kebizian susun dan compile semua report. Ekceli, report department aku dah lama aku siapkan. yg problem nya report department lagi satu lak yg wat nangesss.. Lebih sentap bila toner photostate machine pulak abes. sampai merah2 muka bos aku tahan stress.. hik3x kalau la...aku cakap --> "kalau" kami staf dia ni yg stress mcm dia, kompem tak jalan dah operation. well, tak nak kumen lebeh...nanti aku kena banned dan gaji aku d potong (wakaka...cover...cover).

Due date report tu kena submit ialah semalam, tp memandangkan our user pun dilanda kebizian yg amat, dia sangat considered dgn permasalahan kami (oh, terima kasih kepada beliau. sekarang beliau dah kamceng ngan my department. hopefully utk selama2nya. tak nak ah buat pblem ngan dia. tak pasal2 kang aku yg menDERITA). Makanya, report kami selamat dihantar lebey kurang jam 9.00 pagi tadi. Sesedap report tu semua siap, kawan aku pulak admitted maternity. Alhamdulillah, selamat segalanya... Tunggu baby tu je lagi tengok dunia ni. Takde mama dia, susah gak kami nak siapkan report bulan ni. Lepas ni, cuti 2 bulan aku tak tahu la siapa nak tlg prepare report2 tu semua nanti.

Banyak perkara berlaku dalam tempoh masa seminggu ni. Berdepan dengan masalah staf yg tak putus2. Ekceli, pblem aku lebih banyak kepada masalah staf aku daripada masalah dengan user. Mungkin dek kerana aku ni baru kerja, dan beliau2 tu dah lama kerja dan berpengalaman, beliau2 fikir beliau boleh memperlekehkan saya? Oh tidak sama sekalsss... Saya tengah berusaha utk menjadi lebih baik! Yg aku mintak, beliau2 fikir lah sendiri. Manusia ni bukannya makin lama makin kosong, tp makin lama makin berisi. Sekali mata pen dah berjalan dan menari2 lagu dangdut, beliau harus tahu di mana beliau perlu beridiri utk mempertaruhkan nasib dan diri masing2. Kerana sabar manusia pun ada batasnya, dan tahap kemunasabahan tindak tanduk seseorang bukan terletak pada kebodohan hasad dengki yg dangkal tp pada kebijaksanaan otak yg perlu berfikir. Weh mari, kita sama2 menjadi yang terbaik! Terbaik utk diri kita dan terbaik utk operation kita!

"Aku tak perlukan orang yg malas bekerja!"







PEACE NO WAR!!!



Notes:

++ aku dah warning awal2 tak yah baca, kan dah bosan...takpe, amek la pengajaran ni utk dijadikan tauladan...

Thursday, May 7, 2009

bingung apakah?

Sebenarnya dari semalam lagi aku tak sedap hati. Pasal apa? Bingung pasal pblem tempat keja, mungkin takde la seteruk ni kot. Risau pasal gaji tak naik? Erm, plis yarn...jgn demand. Syukur la ko dapat keja tu.

ok2, aku mmg syukur (alhamdulillah...)

Balik kerja tadi pun aku masih risau. Seperti biasa, selepas selesai menyegarkan diri, slow2 aku carik balik beberapa helai majalah tu. Majalah yang membuatkan aku bingung!
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Katalog Hand Bag!!!




Plisss!!! Lip me alonnnn!!~~~~



YARKKKDUSHHHH!!!!

Saturday, May 2, 2009

ada apa dgn k770i?

Nak info/tips menarik dan berguna? hehe...maaf, blog aku ni ada info2 kosong sajork. Kata dunia yarnnnn... ;P. Memandangkan hari ni hari pekerja, maka nya saya tidak bekerja di ofis yg sengal itu (tp bawak fail bertimbun balik umah...boleh dianggap cuti gak ke?) hihi... so, bila tak kerja, keluar dgn mummy la kompem nyaaa... Erm, masa singgah "soping", segan la pulak nak snap gbr.. pastu singgah kedai makan, tgn ni mula la gatal2 tekan2 kiped Encik k770i ni

|
|
|
\/





Ahernyaaaa....

+
+
+
+








Ni pulak gambar masa aku singgah umah mak cik aku...
+
+
+


Sebenarnya, tak ada apa2 pun yg aku nak tonjolkan. cuma aku rasa gambar2 kat atas tu mcm cantek je. hehe...


yang ni pulak gbr yg paling aku tak suka...mcm2 posisi cahaya dah aku cuba, tp still kualiti gambar ni mmg sangat hampehhh. nang adooo!!!





(erm...tang padah jak ndak handei snap gbr hacakkk...!!! hehe)


Ok, berbalik kepada tajuk asal entry ni. aku tak ada jawapan bertaip kat sini. Sila lihat hasil yg aku snap tu, lepas tu nilaikan lah sendiri. hehe...
(maaf, introduction wengg..wengg..sket)


^_^




PEACE NO WAR BEBEH!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin