Followers

Saturday, January 31, 2009

tekak perit...otak menjerit!!!

Salam utk semua...


Uhukkk...uhukkkk...
[mejin jak sora aku tengah batokkkk]
tang merinsak jak bunyi batok ya tek



tp siyes aie, sekarang ni tekak aku rasa sangat perit
pedihhhh

rasa mcm dh bengkak kat dlm tekak aku ni


UBAT??!!

dah mcm2 ubat aku makan



jumpa doktor pun dah



beli ubat dari farmasi pun dah


beli ubat dari kedai apek pun dah

ahernya aku give up!
aku makan ni je laaaa...

segala mcm jenis ubat aku dah cuba
last2 td aku terjumpa satu artikel pasal kandungan berbahaya dlm ubat batuk
nak tahu detail lagi pasal artikel tu
sila klik di sini --> aku sik suka batok

tp jgn encik2, cik2, puan2, tuan2, datok2, daten2 risau
bukan semua ubat batuk berbahaya
yg penting, jumpa dan mintalah nasihat daripada doktor2 yg sah & halal sijil nya
agar tidak menyusahkan kita d kemudian hari

uhuukkkk...uhuuukkkk...
ahh, aku batuk lagi...


"jagalah kesihatan anda"


notes:
++ hujan..hujan..uhukkkkk..uhukkkk...
++ esok cuti! yeayyyy!!!! ^_^
++ title tu sajeje bg gempak sikit
++ entry kali ni sekadar byk gbr hiasan

Tuesday, January 27, 2009

Kawan, Teman dan Sahabat

Salam ukhwah...

"Berkawan biar beribu, berkasih biar satu..."

Erm, entah kenapa aku rasa mcm nak sembang pasal topik KAWAN, TEMAN dan SAHABAT. Sejauh mana pentingnya seorang kawan atau sahabat atau teman dalam hidup seseorang manusia? Erm...apa pendapat aku ehhhh..?


Mungkin ada d kalangan korang yg baca blog ni dah ada jawapan kepada soalan tu td. dan mungkin jugak ada yang masih menggaru kepala korang yg x berapa nk gatal tu memikirkan jawapan soalan tu. So, kat sini masing2 dah ada pendapat & pandangan korang masing2 kan.

Ok, kalau soalan tu diajukan kepada aku, rasanya aku akan ambik masa yg lama jugak nak fikir jawapannya. penting sangat ke kawan atau teman atau sahabat dalam hidup ni? Ishhh...nk ulang berapa kali soalan ni sebenarnya. aku sendiri pun tak tahu. kenapa eh perkataan "atau" perlu diletakkan d antara perkataan kawan - teman - sahabat? Erm...byk soal lak aku ni...

"Pada pendapat aku, seorang kawan tak sama dengan seoran
g teman dan teman takkan sama dengan seorang sahabat. kenapa aku cakap mcm tu? erm....kenapa ehhhh?"

Kita mungkin lebih ramai kawan...kawan sekolah, kawan satu kuliah, kawan jarak jauh, kawan d alam maya (internet-ala yg chatting2 tu) dan mcm2 lagi la. kawan ni la yg sembang2, lepak2 jln2 kat pasaraya, buat keje sekolah/asgment sama2...

Lepas tu, kita jugak mungkin ramai teman. mungkin teman yg satu bilik dgn kita, teman g kedai beli barang, teman yg dgr masalah kita...

"Erm...sahabat? bila masuk bab ni, aku jd susah sikit nk jawab. apa ciri2 yg ada pada seorg sahabat? ok, bagi aku...ssorg yg bergelar sahabat mampu menerima diri kita seadanya. Buruk baik sama ada dari segi zahir & batin kita, dia boleh terima. itulah namanya sahabat. Sahabat takkan membeza2kan kita dengan org lain kerana dia tahu, itu adalah diri kita. bukan hipokrit atau sengaja dibuat2, tp itu adalah kita. Bila kita senang, dia akan gembira utk kita, dan apabila kita susah, dia masih rapatkan dirinya utk kita dan sama2 bersedih utk kita. Bukan bersedih utk semakin menjatuhkan kita, tp bagi dorongan dan sokongan utk kita. Walaupun kadang2 dia x boleh nak bagi solution kpd pblem kita, tp mngkin dia boleh menjadi pendengar kita yg terbaik. Seorang sahabat jugak lebih banyak memberi daripada menerima. Dan yg paling penting, seorang sahabat akan sentiasa dan saling mengingatkan kita sekiranya kita terlupa dan membetulkan di mana silapnya kita."

Erm...apa lagi ciri2 yg ptt ada pd seorg sahabat eh? Ala, susahnya nk fikir! Mungkin byk lagi kot ciri2 yg ada pada seorang yg bergelar sahabat, tp cukup la aku senaraikan yg ni je. lain2 korang fikir la sendiri.

So kat sini, penting ke tak penting ke seorang kawan atau teman atau sahabat bagi korang, korang fikir la sendiri. tp bagi aku, aku sangat memerlukan ketiga2nya, bukan tamak, tp inilah kehidupan. hidup akan sunyi kalau kita hilang salah satu daripadanya...

Oklah, suka aku nk ingatkan kat sini...dah nama pun pendapat, so tak ada siapa yg betul siapa yg salah. yg penting kita tau apa yg betul dan baik utk diri kita. segala yang baik tu, kita jadikan teladan dan yg buruk tu kita jadikan tauladan & iktibar, utk kita betulkan diri kita, biar kita berpijak di bumi yg nyata.


"Kalian yg aku rindu..."


Sebelum undur diri, aku mohon maaf kepada kawan, teman dan sahabat aku sekiranya aku ada terguris hati korang. aku ni pun manusia biasa jugak, tak sempurna mana pun. jd kalau TERkecik hati korang, TERmarah ke, ape ke, yg aku sendiri tak sedar. Lagipun susah sebenarnya nak puaskan hati org ni. Ermmm...lagi satu, mungkin kadang2 aku x ingat korg, tp insyaAllah, aku takkan pernah nak lupakan korang. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.


Notes:
++ ini adalah entry ulangan dlm blog fs aku
++ bukan kerana tiada idea, tp kerana teringat pasal ssorg. so, entry ini sangat berkait rapat dgn apa yg aku alami hari ini...

++ aku pun manusia biasa jugak, kalau boleh aku nk ingat semua kawan, teman dan sahabat aku. tp mungkin kadang2 aku bz dgn rutin harian, maka...TERlupa salah satu daripada korang. maafkan aku...
++sekadar entry boring lagi utk hari ini...sekian

Monday, January 26, 2009

| Andai ku tahu... |

Andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

Walaupun hari ini hujan, otomatikli suhu badan pun sejuk2 gigil la jawabnya. tp td, lepas aku dengar lagu ni utk background music satu iklan dlm tv, cepat je tangan aku terus selak2 laptop dan selongkar lagu2 yg penuh dlm laptop aku. suhu badan pun tiba2 bertukar jd panas2 gigil. gigil2 jugak, tp rasa sejuk jd panas. Pehhh, kuat jugak pengaruh lagu ni kat aku. mcm ni la pe'el org byk dosa mcm aku ni...hihi... jgn pulak sesiapa terasa, aku cakap aku yg byk dosa, okaayyyy... tak mengata dan mengutuk sesiapa. masing2 mkn cili, masing2 buat dosa, masing2 tanggung dosa, masing2 ada kubur sendiri. ngeh..ngeh... ^_^

Yesterday is a history
Today is a gift
Tomorrow is a mystery


have a nice day

Di hari Gong Xi Fa Cai

Pagi tadi elok je cuaca...panas pun panas. boleh jugak keringkan kain baju semua. Petang2, hujan la pulakkkk. Neway, setiap tahun baru cina pun mmg hujan rasanya kan.. A'ah, bercakap mengenai perayaan, Gong Xi Fa Cai utk semua masyarakat China cina yg menyambutnya. Semoga kesejahteraan sentiasa bersama anda semua.


Aku teringat pulak kawan2 yg berbangsa cina satu sekolah ngan aku dulu. Di manakah kalian sekarang? Tp yg pasti, aku tahu kalian sekarang masing2 sudah berkeluarga berjaya dan berkerjaya. Aku rindu nak belajar bahasa cina ngan korang, aku rindu nk dgr gosip2 artis taiwan/hong kong ngan korang, and i miss all the things that we have spend together. Harap2 boleh gathering sekali lagi dgn korang semua. May God bless all of us!

Gong Xi Fa Cai
2009

Sunday, January 25, 2009

bbq manok! hohoho...~~~

Mcm mana nak lahirkan sebuah entry yg menunjukkan si penulis tu tengah gembira? Kena tulis perkataan "hahahaha...~~~" byk2 ke? ataupun ada cara yg lebih plastik realistik? Ah, aku ingin sungguh menghasilkan entry spt blogger2 yg aku kagumi. siapakah beliau itu? KAMU! Ya! Anda yg sedang membaca entry ini...

Okeh, semalam aku dan fems aku buat bbq kat umah mak saudara aku. Hihi...hari ni, esok dan lusa public holiday...!!! Syiokkk maaa... Pastu boleh pulak bbq sekeluarga mlm td, bes! Walaupun mummy & buk O kurang sihat, tp tetap "menggagalkan" "menggagahkan" diri bbq sama2.

hohoho...sodap3x...

krew2 yg bertungkus lumus
+ pgx shooter sik ntu bertugas mlm tek +



manok tengah berjoget
+ ala2 panas2 lagu ifa raziah gitu +


TADAAAA...!!!
DAH SIAP


makan time!!!




Ini adalah sampel yg sesuai utk peribahasa
"habis isi tulang dibuang"
(di edit sikit utk kesesuaian masa dan latar tempat)
-ada kaitan sik owww??-



Bokeh pertama saya!!!
hoho...saya sempat belajar bokeh daripada pgx shooter --> hajiejump
pomot henpon yg telah byk berjasa sepanjang berhijrah menuntut ilmu
nokia 6288 seyyy...



Masih lagi satu entry boring yg saya hasilkan hari ini. Tetapi saya gembira sekurang2nya hari2 saya tidak lagi se"daring" se "boring" sebelum ini. ^_^

Notes:
++ semoga mummy dan Buk O cepat bait dari demam...
++ kat luar masih hujan...huhu...lebat aieeee...

Friday, January 23, 2009

busan...

Hohoho... dah seminggu blog saya terbengkalai. Mengapa? Alasan terlalu bz sudah klise dan tidak boleh diguna pakai. tp sungguh, saya terlalu bz utk berblog sekarang (tp kalau kat tempat kerja aku disediakan kemudahan internet, apa yg akan terjadi? hohoho... saya pasti akan menjadi snakeholic -- wakaka.. ada dlm kamus tak perkataan tu? gasak jak lahhh..)

Dlm tempoh masa seminggu ni, mcm2 benda berlaku dan ofkos anything oso can happen. betul tak? Ok, utk tempoh seminggu ni rasanya satu peristiwa sahaja yg aku cuba nak hyLyte kan kat sini. Perkataan peristiwa tu sesuai ke tak eh? Ala, janji kita sama2 faham dah la kot... wakaka...

Neway, tanggal 22hb Januari saya telah selamat melalui bbrp ujian. Bukan ujian hiv, upsr, pmr, spm, stpm mahupun paper julai, tetapi ujian memandu. Apa yg aku nak banggakan sangat lepas dapat lesen ni? maaf eh tuan2 dan puan2 sekalian, bukan niat d hati nk beriak, bertunjukkan segala... tp sekadar memanjat setinggi kesyukuran kerana aku dh lulus ujian memandu!!! hihihi... (utk sesiapa yg mmg dah pro bab2 memandu kereta ni, sekiranya anda terbaca entry ini, saya tahu kalian pandai. so tak payah mencebik bibir dan mengkritik mengenai entry ini. kerana jujurnya saya mmg baru mendapat lesen memandu dan bahawasanya saya tahu anda pandai memandu).


Saya tidak berjaya snap gbr yg menarik
pgx shooter --> hajiejump juga tidak kelihatan
saya peras...
dan peras lagi
tiada gbr menarik utk d masukkan ke dalam blog yg semakin usang dan suram ini
uhuukk..uhuukkk....7x
maka, utk halwa mata semua
sila scroll ke bawah (tiru ayat blogger tegar & hebat)

Lokasi: belakang tepekong
Tarikh: 22hb Januari 2009
Masa: 0730 - 1500
Acara: Ujian memandu
Left to right: wani, haliza (dedeq), me (yarn)
-antara peserta pada acara tersebut...wakaka-

Mummy, i want my vios nowwwww...!!! weeeee...!!!


okeh, entry kali ni nampak mcm bangang sikit. maaf utk semua. free2 nnti, kita ketemuan lagi. wakaka...ayat apakah itu...???

Notes:
++ingat lg tak sblm ni aku pernah mempersoalkan tentang mcm mana entry aku sbln akan dtg? --> klik d sini sekiranya anda tidak hengat. tak sangka lak entry aku lepas sebulan daripada tarikh dlm entry tu semakin lama semakin bosan dan membangangkan.
++aku busan!!!
++have a nice day utk para bloggers sekalian... ^_^

Saturday, January 17, 2009

noi, aku, jiejie, makan dan kenari beliau

Idea mari... Idea mari...

baru bbrp jam lepas, aku, noi dan jiejie balik dr SB aka Sugarbun... Biasalah, noi balik kampung nak jugak sekali sekala melepak. Aktiviti yg aku sgt2 rindukan especially melepak dgn noi lor.. Kalu jiejie tak rindu pun tak apa. Dh tak tahan sgt rindu kat dia, korg tgk je la kelapa sawit mesti korang dan2 tak rindu dia dah... (hihi, jiejie...ampunkan patik)

Berlainan pulak dgn si noi ni. Susah nk jumpa dia pasal dia kerja kat Sarikei walaupun sekarang ni ambik masa 45 minit je dari Sarikei ke Saratok. Cuma sekarang ni noi senang sikit nk balik sini pasal boleh pakai keta "biey" dia...

+ budak sebelah tu bz driving tekan "klas", tukar gear segala, tp budak sorg tu bz layan sony ericsson K810i +
--tidakkkkkkk!!! sabar C905!!!--


Manyak syiokkk ma naek kereta tu... (kpd owner kereta ni 62**, sekiranya anda ada membaca entry ini, sila tahan pernafasan anda. jgn smpai kembang kuncup). tp siyesly, aku suka bhgn dlm kereta tu. even nampak crowded, tp aku selesa... Tak tahu pasal apa, mungkin aura org tengah syok2 bahagia berkapel kot...hihi.. ;) --> aura noi & kenari beliau la....

+ bahagia nya aku tgk seri muka kawan aku yg sorg ni.. mklm la tengah asyik masyuk berkapel + -- noi, where is encek B???-- uhukkk..uhukkk...

Tamat cerita pasal kereta, kapel dan lain2 yg sewaktu dgn nya... Erm, tak snap byk gbr pun. Entahlah, aku dah kureng rasa pulak nk ambik gbr2 ni semua. Lebih2 lagi lepas aku layan K810i empunya noi... mummy, nk C905 boleh sik???? 2K mummy...!!! huhu...

Layan je la 3 keping gbr ni... actually kami tak ada gbr bertiga 'org' la pulak...wakaka! ayat apakah itu...? kerana gbr bertiga 'org' itu telah d delete oleh cik jiejie gara2 bengang dgn nasi yg telah d tanak d dapur... (tau kan apa itu "tanak"??? ke aku salah ni???)

Dan hari ini, aku makan dan makan lagi, lagi makan, lagi2 makan...dan terus makan kerana hidup utk makan...!!! yeahhh..yeahhh..!!!

+ menu cik jiejie +

+ knp wajah cik jiejie pucat lesi semacam erkk... +
ah, saya tahu puncanya

+ cik jiejie melayan tekak yg kehausan +

Notes:
**pemes pulak cik jiejie dlm entry kali ni...
**aku harap lain kali kita leh gathering ke spaoh pulak... seperti yg cik jiejie harapkan...
**tp tu la, aku nak pegi ngan kenari ni.... (attn to cik nonoi okeyyy & kenari beliau)

wan_hazel daripada kad?? ermm....

Selamat hari Sabtu utk semua. Kat luar masih hujan, bilalah matahari nk muncul...? Kain baju yg tak berjemur tu "wangi2" syahdu je menusuk ke hidung...

Neway, tak nak cerita pasal hari hujan ni. Cerita pasal hari hujan pun takkan habes sampai besok, sbb mmg tak ada starting pun utk cerita2 pasal hujan segala. Ni, aku dapat kad lagi hari ini dari seorang budak nakal yg tomel2 tp berjiwa rumantik beraroma juwa2 gitu... larikkkkkk!!! (tiru ayat bro oon lok).

Cang...cang...cangggg...~~~

Setinggi penghargaan utk dik Wan Hazel kita yg sudi meng'create'kan kad yg cumil ala2 gitu utk kmk org.

Pesan kmk ngan ktk wan:
1. belajar rajin2. peluang dah ada, grab then usaha...doa boh lupak
2. perjalanan hdup masih pjg kecualilah kehendak Allah s.w.t. yg sudah tersurat. terokai dunia tok dgn lbh byk benda2 yg meaningfull drpd mikey benda yg meaningless... (mun x phm, boh paham)
3. jgn sia2kan hrpn org tua ktk, krn kita tok anak nya...hormat & jgn 'entingai'. insyaAllah, restu & doa sidak sentiasa ada dgn kita
4. berkawan biar berjuta...tp bergerek/berbini biar satu... (jaga2 ktk mun nk berbini 4. haha~~ jgn alu lupak ngn bini tua ktk...wakaka)
5. Senyum sokmo!! dan Ingat Allah s.w.t selalu k... :)

**aieee, blog aku dah dwi-bahasa. alahhh, paham2 sendiri la...
**pandai pulak nk motivasi segala kat blog ni. tp tak pandai pun nk motivate diri sendiri...
**cukup2 la...nnti2 la sambung balik...

have a nice day u'olssss...!!!

Thursday, January 15, 2009

entry banjir jugak -_-

Assalamualaikum...

Sebenarnya, aku sangat bosan bila menghapdet entry yg berkisarkan mengenai "bosan, letih, tak larat & banyak kerja". tp kan, aher2 ni mmg aku selalu sangat mengeluh...nak buat mcm mana. Menganggur lama sangat kot, sbb tu jadi mcm ni. Semua habit yg membuang masa dah menjadi tabiat & amalan. Sekarang ni, padan muka aku... Slow sangat nk 'pikap' ngn keja skrg.

Neway, hari ini aku baru balik dari Kuching atas urusan kerja. 11hb lepas aku berangkat dari Saratok ke Kuching dgn bas. Biasalah, sekarang aku lebih syiokkk naek bas.


+dlm bas sorg2...hehe...+
--masa ni dah hujan, sgt sejorrrkkkkk--


Nak d jadikan cerita, mcm para bloggers lain jugak yg dok sibuk menghapdet entry mereka dgn cerita2 mengenai banjir, sblm sampai Serian air dah melimpah kat atas jalan raya. Aku dah mula naik risau, dh la pegi sorg2. Sebenarnya tak ada apa2 risiko berbahaya pun pada masa tu, dan yg paling teruk pun, bas tu terpaksa patah balik atau pun redah air tu terus. tp aku sempat lagi fikir yg bukan2...aku ingat semua family aku. mak aku, ibuk O, sepupu junior aku, ahhh...semua la senang. Fikiran aku sasau semacam je, "pasni takleh dah nk jmpa mak aku, bapak aku, buk O, ahhh...aku tak kawen lagi!! mcm mana ni???!!!"


+ aku tak pasti nama tempat ni, tp lokasi ni terletak sblm smpai Serian +

Tp kan, elok je bas tu redah air yg melimpah kat atas jalan raya tu...wakaka. Mklm la, bas kan tinggi. Lain la kalau kereta2 tu semua...mmg diorg terpaksa berhenti daripada meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, walaupun jln tu 'jem' kejap, tp aku selamat sampai d kuching pd pukul lbh kurg 2.30 pm. hohohohoho...erm..ada jodoh, kawen la...


+ gbr bertarikh 12hb Jan, lbh kurg pukul 6.00 pm +
d sekitar bandaraya Kuching
the photoz was taken by KBIENG (tq bieng)
-bieng, mun info salah padah ngan ku...hehe-

Friday, January 9, 2009

ala kadar...



Eherm...eherm... testing 1, 2, 3, ...

Pertama sekali aku nk panjat setinggi2 kesyukuran, krn akhirnya dpt jugak aku hapdet blog utk kesekian kalinya... Sblm ni asyik gagal je menyinggah utk men'drop' bbrp baris ayat, tp mmg aku tak larat. Balik umah, nk makan pun tak lalu pasal letih sgt2 (mana tak nya, balik pun mlm2 --> afta opis hrs smbg balik kerja). kalau tak direct sambung pun, balik umah jap pastu g keja balik...

Haduuhhhh, nampak mcm gila kerja tp hakikat nya kerja yg gila kot pasal byk sangat. hahaha~~~ Nasib badan, baru masuk kerja dah mcm2 report utk department aku kena submit. Segala rekod2 ada yg ada yg dlm sistem tu aku boleh tahan lagi (walaupun bukan fully aku yg buat pun...hihi... pasal sblm aku masuk, assistnt gue yg buat kan). tp yg part benda2 yg terpaksa d compile secara manual, itu yg aku tak tahan... nk check lagi satu hal, pastu nak compile based on tarikh satu hal... Bertimbun dgn mcm2 file ada kat meja aku. nak tahu mcm mana nak buat benda2 ni semua? meh, kerja kat dpartmnt aku...hehe~~ ^_^

-yang dah separuh siap-

Hari ini, semua report2 tu dh pun d submit... Aku syukur sgt2, tp result mcm mana? haha~~ aku tak nak fikir. yg penting, report tu completed dan ikut semua prosedur apa yg diorg nak. Lepas submit semua report tu, aku dah bertekad... "ari tuk aku mesti pulang ekot jam opis hr. apo ku dalek, aku nk pulang awai wak..." --> perlu translate ke bahasa yg d fahami umum ke? hihi... ok2, aku translate.. ("hari ni aku mesti balik ikut jam office hr. aku peduli apa, aku tetap jugak nak balik awal") --> tang perasan jak bunyi ayat tuk...lahkelolo...

--> Ahernya, aku berjaya balik awal hari ini!!! <--
~~yeayyyyyy!!! yipppyyy!!~~

Dan aku dah tak marah2 mcm hari2 sblm ni yg aku balik lewat semua... Pressure yg amat, pastu dgn letih nya pulak... Betul ke aku boleh tahan ngan pressure mcm ni??? eherm...buat masa ni, mmg aku tak ada jawapan. dlm kepala aku skrg, aku nk lunaskan utang ptptn...hue3x "jgn biarkan diri anda diselubungi hutang" hohoho...


entry yg ala kadar ni pun dah cukup kot... sekurang2 nya aku hapdet jugak daripada aku tak hapdet langsung... Bosan jugak bila aku bukak blog aku, asyik2 entry yg sama je aku baca (yg pasal tagged2 tu semua). Neway, ahad sampai khamis depan aku akan ke kuceng... hoho... jgn jelus pembaca yg budiman sekalian... aku sedang berjuang utk masa depan aku... wakaka!!!


notes:
++tak sempat aku nk snap gbr semua file yg dh siap compile...huhu...
++bbrp hari ni, aku asyik TERtinggal hp dlm ofis. tu yg terlepas ambik gbr2 bes...

Saturday, January 3, 2009

Kepada Sesiapa Yang Nak Tag aku, batalkan niat anda...

Berdasarkan tajuk kat atas tu, aku dah bagitau awal2 eh... Sesiapa yg rasa nak tag aku, silakan... tp tu la, mintak maaf saya tidak akan menjawab tag2 anda... dan ini adalah tag terakhir yg akan saya buat. Sekian, terima kasih...

** mmg boleh je aku nk ignore benda ni, tp memandangkan saya pernah berkata dan melafazkan bahawa saya akan jawab tag ni, maka saya terpaksa merealisasikan kata2 saya. Kelak d anok pembulak... hihi... enufff!!! Dengan segala hormat walafiatnya, penganugerahan tag ini diterima daripada miszatiey86. Terima kasih diucapkan kepada beliau. [Maaf, intro panjang]

notes: soalan ini adalah dlm bahasa sarawak dan disaruk ngan kakar saratok. so, sapa2 yg rasa dirik nya bukan org sarawak, sila rujuk kamus bahasa sarawak yg terdapat d perpustakaan yg berdekatan.

SOKLAN UJIAN PTK 2009...SOKLAN BOCO.. ^_^

Rules soalan tok ada 2 bahagian... Duak2 bahagian yg ada subjektif. So, ktk org sikda pilihan jawapan a, b, c atau d. Semua jawapan sik perlulah mok urei pjg lebar gilak, ok! dah tauk nak, jum kita mula...

*** PART 1 ***

1. Kitak ada rahsia sik?
J: ado urg sikdo rahsio kah??? pelik aku soklan tuk... --> sik mok jawab!

2. Kitak mok bergerek ngan olaki yg mudak dari umo ktk kah?
J: mun dh jodoh ado kito madah sik mok???? sigie gik soklan pelik --> malas jawab!

3. Kitak sukakah pergi kolej??
J: Kolej? erm...aku sik pernah belaja ge kolej kohhh...sik pernah meraso belajar kat kolej.. mandey aku tuk sik la tinggi ni... --> sik dpt nk d jawab!

4. Pa polah kitak mun ada duit sejuta?
J: i) byr utg ptptn ii) byr segala2 utg iii) VIOS iv) balance eh utk mak dan aku sendiri

5. Adakah kitak sanggup bercinta dgn kawan ktk mpun?
J: soklan tuk agik!!! Tolong la jgn menentang takdir Tuhan --> bak dialog lam cito ayat2 cinta "Jodoh itu Rahasia Allah s.w.t."

6. Nak ni lebih bagus, rasa dicintaikah atau mencintai urg?
J: erm...duak2 pun bagus...

7. 5 igek lagu kesukaan ktk?
J: aku list kan kat bawah:-
i) sakura - rossa
ii) takdir cinta -rossa
iii) Ku cinta apa adanya kamu - BBB
iv) kenangan terindah - samsons
v) bestfriends - kiroro
**yah, byk lagu cinta nek ehhh!!! lahkelolo ehhh!!!

8. Mun urg nk d suka ktk dah ada urg lain, apa akan ktk polah?
**soklan tuk sgt kojammm!!! aku pernah alami!!! demmmm!!! (aku tiru lagi word blogger tegar --> xboh mention namo!)
J: mun aso sik mok sakit ati, jgn la suko gik...tp aku ingat lagu kump. ungu --> cinta dlm hati... mungkin aku pio kali. erm...simpan jak la raso suko & cinta dlm hati...

9. 5 igek rancangan tv plg ktk suka?
J: sik tauk gilak dh rancangan lam tv lepas berlaku rombakan dlm aktiviti harian aku --> sik dpt nk d jwb

10. Ktk ada apa2 yg d sesalkn dlm hidup?
J: ado tp idup jgn pandang belakang. pk utk maso dpn jak...walaupun terpakso melalui bbrp kekesalan lain juak --> TERPAKSA OKEEYYYYY...

11. Ktk akan jd mcm ktk nektok kah mun ktk (kononnya) d lahirkan semula?
J: sik tauk, sik pernah terfikir pun sbb aku tauk pk smpey pecah palak pun sikdo guno. this stupid thing wouldn't happen pun. SIK AKAN!!!

12. apa wish yg ktk maok masa tok?
J: siyes eh, aku sik paham soalan tuk --> IGNORE!!!

13. ktk rasa apa jenis insan yg tagged ktk ya?
J: comel dan sgt comel ^_^ --> not the bodek2 thingy!!!

14. Mun d berik pilihan, ktk sanggupkah jd "bujang tp kaya" atau sanggup "berkahwin tp idup miskin"?
J: Mun di berik kah??? erm...aku sik mok d berik pilihan mcm tuk --> ignore lagi!

15. apa kaler kesukaan ktk?
J: Hijau, ijo, hijo, e-jo, green

16. Ktk sanggup berkorbankah demi sebuah hubungan?
J: soalan sik jelas. hbgn apo? bukan semo jenis hbgn memerlukan aku jak yg berkorban nak --> aku nak ignore juak

17. Mun lah ktk jatuh cinta ngan duak org sekaligus, nak ney d pilih ktk?
J: nerimak diri aku seado ehhh...mcm lagu "ku cinta apa adanya kamu - BBB" tp mun duak2 boleh nerimak diri aku, both of them shud prepare themselves utk perassss... (waaa, aku teringin memeraskan orgggg....jgn marah ya kaum adam d luar sana)

18. 3 igek perkara yg teringin ktk mok polah tp sik dapat2?
J: byr utg ptptn, byr utg, anta mak pegi haji, balas budi mak apak, C905!!!!

19. Siapa mangsa tagged ktk yg seterusnya???
J: Layak kah aku nak tagged org mun aku mpun dh merik warning jgn ngetagged aku gik? ahhh... sukati ktk urg...nk jawab atau sik nak...aku list jak la namo urg nak d tagged
i) wan_hazel (wpun ktk udah jwb soalan tuk kmk aso, jwb udik! wakaka)
ii) adik neny (samo kes mcm hazel)
iii) bro onggon (mok bro onggon jwb tag kah ooo)
iv) nor shila bt ahmad/yusoff (NOT, HANG KENA JAWAB SOALAN NI!! KALU TAK, AKU MAJUK..SOB3X)

*** PART 2 ***
(byk na juak soalan tuk tek, aku aso tuk la entry plg pjg aku...makan page alu jak soalan ptk tuk)


1. ktk urg sarawak kah? belah ney?
J: aok, mun ndak ni ku pandey kaka tuk dik? belah batu belah batu betungkup! wakaka...

2. apa jenis bahasa sarawak yg ktk pandey berkelaka?
J: raso eh, plg ketara aku plg sik pandey kaka melano...

3. rasa2 ktk, ada berapa kaum d sarawak tuk?
J: nang aku banggo kerno berada d label sarawakian, tp maaf aku namena sik tauk ado brp kaum d sarawak tuk. byk gilak2

4. apa makanan d sarawak plg ktk suka?
J: laksa sarawak & mi kolok --> pedih tiba2 jak perut aku tuk....

5. Penah mkn manok pansoh sik?
J: penah lohhhh...aieee ehhhh soklannnn

6. penah makan linut sik?
J: ignore jak oww...

7. penah mkn ulat mulong sik?
J: jgn kan makan, nangga jak aku dah sik mok!!! eeeiiii

8. penah ngabang d umah pjg sik?
J: sik tp nk meraso juak mun ado urg ajak

9. bahagian ney gik d sarawak yg belum ktk smpey?
J: belen la antaro bhgn penah d smpey ngn belum d smpey

10. mun d berik pilihan, d daerah/bandar ney ktk mok diam d sarawak tok dan kenak?
J: saratok ku yg tercenta!!! tanah tempat tumpahnya darahku...

11.pd pdpt ktk, apa kelebihan sarawak tok berbanding ngn semenanjung?
J: sik mok komen. terbangkit isu sensitif lak --> IGNORE

12. ktk rasa apa kekurangan sarawak berbanding ngn smnjung?
J: WE ARE MALAYSIAN...sik perlu nk d bezo2

13. apakah perkara/benda yg sinonim dgn sarawak? maksudnya bila sebut jak perkara/benda ya, terus urg akan teringat sarawak??
J: kek lapis sarawak (dah ado namo sarawak kat belakang ehh...wakaka)

14. apa komen ktk terhadap urg yg tagged ktk ya?
J: soalan berulang, sila rujuk jawapan d soalan bhgn A no. 13

15. sapa mangsa tagged ktk seterusnya?
J: angoi ehhh...soalan berulang, sila rujuk jawapan d soalan bhgn A no. 19

SOALAN TAMAT

notes:
++tuk la soalan tag yg plg pjg/byk aku penah nemu..nasib malang
++aku sik mok jwb soalan tag agik!!!
++ngiluk palakku eh...

Friday, January 2, 2009

!@#$%^&*()_+=[]\|? *sigh*

Assalamualaikum...

Sebenarnya, agak susah utk aku ceritakan dlm bentuk penulisan ni. Tapi, disebabkan aku rasa aku sangat perlukan nasihat dan pendapat para bloggers sekalian (walaupun blog aku ni tak la se'gleme' bro onggon --> aie, ada juak nama ktk bro onggon, merepekmeraban mcm en. macha, anny bersama koleksi kesayangan dan si hubby nya, buah tangan yg sangat kreatif dari miak nama oon, si wan hazel yg sinonim dgn kedondong segala, dan beberapa nama para blogger lain yg gleme dan d sukai ramai). Mintak maaf, kerana memberi kredit terlebih dahulu nama2 para blogger tegar yg amat saya kagumi.

Nak start mcm mana ehhh...


Direct to da poing-poing la senang...

Aku sangat bengang dengan sesetengah perangai manusia yg suka sangat menjadi "ular jadian"... Masalah "ular jadian" ni mmg dah satu hal, lepas tu ada pula manusia yg suka sangat ambik kesempatan atas kebaikan yg kita bagi. Aku sendiri tak faham dengan perangai manusia. Sungguh...! Kadang2...erm, tipu la kadang2... Sbnrnya hampir tiap2 masa aku fikir, kalau diikutkan, mungkin aku sendiri pun tak terkecuali daripada menjadi salah seorang yg aku cakap tadi --> "ular jadian" dan ambik kesempatan atas kebaikan org lain.

Kalau boleh aku tak nak la menunding jari kat sesiapa, sbb aku tahu apa2 hal yg berlaku pun mmg kelemahan setiap perkara tu datang daripada diri aku sendiri. Leadership skills saya berada pada tahap yg terbawah sekali... Aku nak marah, aku nak merungut, aku nak sepak, aku nak terajang diri aku sendiri tp aku tahu, aku buat pun semua ni, bukan nya boleh selesaikan masalah aku waima sebesar hama pun. Tahap motivasi dalam diri aku makin lama makin low tp stress pulak makin high yg amat. Buat masa sekarang, sungguh aku tak ada penyelesaian... Anda bagaimana? (pinjam label darkk25 jap...)


Entry ni d tulis bukan nak marah diri sendiri atau org lain ke apa ke...tp sekadar utk ringankan stress dlm kepala aku (walau tak membantu langsung pun). Jadi, kepada sesiapa yg sudi baca entry kali ni aku ucap terima kasih kerana anda telah pun berjaya menghabiskan bacaan anda untuk entry ni. Kalau sudi2 tu, tinggalkan yarrkkkdussshhhh, sekurang2nya boleh jugak "smash" & membantu aku meringankan sakit kepala yg aku hadapi aher2 ini.

(source: http://www.icn.ch/matters_stress.htm)


notes:
++jujurnya, baru aku faham kenapa ustazah aku marah sangat masa aku dan 5 org kawan aku x masuk kelas dia, kami sibuk2 update rekod buku kat library (walaupun x dpt arahan drpd librarian utk update rekod tu)... Last2 kena tangkap jugak! Padan muka kami kan?!(free2 nk ustazah sakit hati, dhlah nk spm...hue3x)

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru!!!

Selamat Tahun Baru 2009
&
Selamat Tahun Baru 1430


Bila aku bukak je blog, tgk kat kotak "Borak-borak Corner" aku, ada msg dari adik Wan Hazel... Suh ambik kad tahun baru...

Tadaaaaa

+Thanx to Dek Wan Hazel 4 da nice card+
^_^

Tak sangka pulak tahun baru pun dapat kad, hehe...takde la, biasanya aku, kalau kad2 segala ni dpt masa hari raya, besday, dan kad ucapan tahniah bagai je. hehe...tp tak apa, dek wan telah menambahkankan koleksi kad utk aku...terima kasih lagi sekali...

Ermm, mesti skrg ni dlm blog para blogger sibuk mengulas, memulas, mengular (ha3x adakah???) mengenai AZAM TAHUN BARU. Aahh...tak ada idea nk tulis apa ni.....!!

Azam tahun baru? Sibuk2 je org ngan azam baru segala... Aku ada ke azam tahun baru? Azam lama dah tercapai ke? Sekarang ni senang cakap, setiap bangun tido pagi2 apa yg ter'imagine' dlm kepala aku dan yg terlafaz kat mulut aku, itu adalah azam aku... So, hari2 ada azam... He3x...biar tahap motivasi utk buat sesuatu perkara tu lebih tinggi berbanding dgn azam yg dibuat pada tahun baru 1hb Januari setiap tahun baru... Masa tu je la sibuk2 tanam azam, lepas tu buat ke tidak... Aku tak kata kat org lain, tp pengalaman aku sendiri.

Haha...aku ingat lagi, dulu rajin sungguh aku menulis diari segala, lepas tu luahkan segala yg terpendam kat hati --> SETOPPPP!!! JANGAN MERAPU CIK YARN, SAMBUNG BALIK PASAL AZAM!

ye la...ye la...nk cerita la ni. Jangan kaco!

Masa hujung tahun baru mulalah buat list dlm diari mengenai azam baru...pastu hujung tahun yg seterusnya mengadu pulak kat diari, "azam tahun ni tak tercapai lagi..." alahai, penat tenat...

So, bagi aku biarlah hari2 kita berazam. Jgn tahun baru je sibuk buat azam baru, pastu azam ke mana, kita ke mana... Sebaiknya bangun tido pagi, niat dlm hati perkara yg kita nak buat hari ni, insyaAllah...kalau kita sungguh2 dan usaha, Allah s.w.t sentiasa di sisi kita. Amalkan selalu yea anak2... (aku ingat lagi pesan seorang pakar motivasi tu) hehe ^_^

~~Selamat Tahun Baru 2009 dan Selamat Tahun Baru 1430~~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin