Followers

Showing posts with label farewell. Show all posts
Showing posts with label farewell. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Sembilan Benang...~


Kalaulah rasa itu masih ada
Pasti ‘kamu’ dan ‘aku’ ternanti-nanti hari esok
Kalaulah rasa itu masih ada
Pasti ‘kamu’ dan ‘aku’ saling ada untuk ‘aku’ dan ‘kamu’

Kehadiran ‘kamu’, ‘aku’ anggap anugerah terindah daripadaNya
Memberi rasa yang indah tak terduga oleh ‘aku’
Kini ‘kamu’ menjauh meninggalkan ‘aku’
Tanpa sebab dan alasan ‘aku’ terus merindu

Kalaulah benar rasa kasih yang ada pada ‘kamu’
Terimalah ‘aku’ apa adanya seperti mana ‘aku’ menerima ‘kamu’
Seperti mana ‘aku’ menganggap‘kamu’ anugerah kurniaanNya buat ‘aku’
dan seperti mana tulus ikhlasnya rasa kasih ‘aku’ hanya untuk ‘kamu’

Doa ku tadah mohon petunjuk yang maha Esa
Andai benar ‘kamu’ bukan untuk ‘aku’
Hapuskan rasa rindu ini dan semua rasa yang ‘kamu’ berikan suatu ketika dulu
dan temukan sang adam ‘aku’ buat ‘aku’ dan si hawa ‘kamu’ untuk ‘kamu’
Namun andai benar‘kamu’ memang tercipta untuk ‘aku’
‘aku’ mohon dariNya agar kuatkan rasa itu dalam hati ‘kamu’
Untuk menjemput ‘aku’ dalam hidup ‘kamu’
(ameen~~~)



always pray for your happiness

Thursday, July 1, 2010

1 Julai 2010 sesi berkenang-kenang...(entry emosi, sila abaikan) sekali sekala buat tajuk panjang2 pun bes jugak...

Assalamualaikum wbt


1 Julai 2009
yerrr...tarikh keramat tu uols

memulakan kehidupan baru
tak boleh toleh belakang lagi
status sebagai seorang pekerja?
tamat sudeh d situ
ehek

bermula episod baru
perjalanan cik yarn
=)

bukan senang nak buat keputusan merantau lagi sekali
otak dah beku + tepu
kena bukak balek buku2
duduk exam yg terkadang buat aku "senget"


tadaaaa...





touch
klik
agagaga

dah jadi pelajar semula
setelah puas diterengak, dianok dan dimarahi oleh bunda saya
ahernya saya ridhoo
hihihi...
kat uni ni
ada 5 subjek/program yg dikendalikan
ada la lebih kurang dua ratus tujuh puluh lebih
jumlah pelajar yg mendaftar kat sini


(nota atas ni salah satu subjek killer utk sem 2)


neway banyak nau onak duri nak skor subjek ni
wallahualam
hanya aku dan Dia yg tahu
Alhamdulillah, berbaloi nah ngan dugaan yg ditempuhi
skor berapa tek? paham2 uols lorrrr...
agagaga~~~


maka bermulalah pengembaraan cik yarn
hermmm...mentelaah, belajo dan belajo
kenangan tol
malam2 buat nota segala
konon study
padahal dalam kelas
aku mcm hampeh
terhangguk2 nahan ngantok




gambar kat atas ni pulak subjek fevret
(^_^)v
still, subjek utk sem 2 jugak yg aku hylite kat sini
alhamdulillah dapat skor baek punye utk sbjek ni


ekceli
subjek utk sem 1 aku tak berapa nak catch up sangat
result pun ala kadar je la jawab nya
sem 1 adalah sem yg agak2 TAF bagi aku
pressure sangat tak ada la jugak
kalau nak d bandingkan dgn pressure ms sem 2

lagipun masa sem 1 study utk final pun mmg sangat2 pasif
tertonggeng sana
tertonggeng sini
sakit kepala kena hafal fakta
(otak aku ni lemb*p sket)
hihihi


dan utk kesekian kali nya masa sem 2
aku buat study grup dgn kawan2
teknik belaja seumur idup aku tak penah aplikasikan
yarabi...
Tuhan je tau betapa bersyukur nya aku
dapat grup study yg mcm diorang


Mina
Kak sue
izzah
kak yana
kak shafiqah
kak miem
jah
along
leanna

"terima kasih buat kalian"



tadaaaaa



gambar kat atas ni
menu malam terakhir kitorang study grup rasanya
bes sangat2
happening
walaupun saat aher, kepala ni dah rase biol
tp tetap bes
agagaga



tamat kisah exam, belaja, tension segala
masuk pulak alam latihan mengajar



mcm gini la ghoper nye buku rekod persediaan mengaja nyerrr
sekarang ni elok je atas almari aku sebelah ni
(hihihi)
rosak + punah dah
tebal dohhh!!!


sblm menjalani latihan mengajar d sekolah
dan menamatkan sesi pembelajaran di uni
kursus BIG telah dijalankan dengan jayanya
di Lake Bris Resort
rasanya itu adalah aktiviti terakhir kami berkumpul beramai-ramai
kerjasama dan sikap positif waima negatif
semua ada
but
i juz love u olssss...!!!

here sum pics to share
momen yg takkan dapat luput dari ingatan
setahun yang lalu




(rindu mau outing bersama kalian lagi)


(1 Malaysia gitu)
malay, iban & chinese
ketiga2 nya asal dari sarawak
masa ni kenangan main bowling
my 1st time eva
mak tak penah pegang bola bowling tu noksss
agagaga
tak masuk sini, tak merasa la nak join aktiviti cenggini





I MISS U GURLS!!!

bab snap gambo
mereka ini adalah champion
(jangan marah cik mai)
wakaka





tamat sudah pembelajaran di sini


bermula pulak episod baru
sekali lagi dalam hidup cik yarn


wat a life

kenangan di sana
bila d ingat kembali
banyak sangat pahit manis
rasanya cukup la kot kenangan tu semua
tak salah utk dikenang semula
tp biarlah kenangan yang manis
yg pahit2 tu...sakit oh!

1 Julai 2010

harap2 lepas ni semua perkara akan jd lebih baik dari tahun sebelumnya
insyaAllah

Ya Tuhan
TERIMA KASIH ATAZ JALAN HIDUP


wassalam

Wednesday, May 12, 2010

Doa

Assalamualaikum w.b.t


"Tuah ayam nampak di kaki
Tuah manusia, siapa yang tahu"

yerrrr..
tudia...

sebelum anda meneruskan bacaan anda, slik klik --> AKU NAK NOKIA X6. tapi sekiranya anda nak me'nyetop'kan bacaan anda, sila teruskan juga bacaan anda (paksa rela gitu!)

fine...
masa aku kat terengganu baru2 ni utk menjalani latihan mengajar
aku selalu TERfikir dan BERfikir
tak sangka betol aku boleh sampai terengganu lagi
mcm orang kata, jodoh tu kuat lagi kat negeri terengganu darul iman
ceaaaahhh....gitu sangat!

aku suh klik link kat ats tu pasal nak ajak anda sama2
flashback tentang TER dan BER yg aku cakap td

kalau ada yg perasan kat entry yg aku link kan td
naluri aku kuat mengatakan
mungkin disebabkan AYAT TERAKHIR dalam entry to yg menyebabkan
jodoh aku mmg betol2 kuat dengan terengganu

tak sangka, masin gak mulut ni iye
jd pada siapa yg masih ingin mengekalkan "jodoh" anda di sesuatu tempat waima dengan pasangan anda sekali pun
sentiasalah berdoa
kan kata2 tu pun sebahagian daripada doa anda


ada seseorang penah ajar kat aku
setiap pagi
bangun sahaja dari tidur
ucaplah alhamdulillah
berdoalah dan tetapkan matlamat yg hendak dicapai pada hari ini
"lillahita'ala"
insyaAllah, yg kat atas tu akan permudahkan urusan kita


nota kaki:
siyesss..aku nak nokia x6...
dan dengan siyes nya jugak aku cakap, biarlah aku kat sini je bersama family tersayang...takmo dah duduk jauh2 dengan family lagi... :D



♥ ♥ ♥ ilovesaratok poreba lova ♥ ♥ ♥


Wassalam


Tuesday, May 11, 2010

Kenangan Bersama SMKKMT lagik

Assalamualaikum w.b.t


Yerrrr...tengok tajuk entry kat atas
"KENANGAN" katanya
dalam duduk tercongok je kat umah
ari ni belajar ilmu baru
ilmu edit gambo
(maklumlah, aku ni buta tuli banyak bab2 edit gambo ni)
lazly, gambo ni la yg terhasil



Again, tak ada tingkatan 1C dalam gambar di atas
entah kenapa tiba2 rindu pulak kat diorang ni
hahaha
rindu apa?
rindu nak membebel kat diorang
ada ka patot?

Balek umah ni nak membebel kat sapa pun aku tak tau
hahaha
"kejeron" apakah?
suka suki nak membebel

banyak ilmu baru aku belajar semasa mengajar mereka-mereka ini


"speechless"

wassalam

Sunday, May 9, 2010

Sambungan entry semalam...

Tengok tajuk dah tau
semalam marathon aku pblish 3 entry sekali gus pasal student aku masa prac ari tu
kalo ikutkan, aku ngaja 4 kelas
tp semalam ada 3 kelas sajork gamba ngan budak2 ni
satu2 nya kelas yg tak ada ialah tingkatan 1C

ekceli ari tu lupa nak snap gamba ngn diorang
so, satu kenangan langsung pun tak ada ngan mereka

"1C, maafkan sy ea...nak ambek gamba masa lain sebelum saya abes ari tu pun da tak sempat. korang pun dah bz ngan exam"

satu-satunya kelas yg aku ajar elektif 2 : ekonomi rumah tangga...hihi...

aku yg buta menjahit pun kene blajo menjahit gara-gara subjek ni

apapun, terima kasih jugak utk semua tingkatan 1C perempuan...semoga kalian terus berjaya!!!

Kelas ni pun salah satu kelas yang kerap lecturer/guru pembimbing datang nengok aku mengajar...dan mereka ini sangat sporting membantu menceriakan pnp...hihihi

tenkiu ^_^

Saturday, May 8, 2010

Kenangan bersama 1A1...



♥♥♥♥♥


Tingkatan 1A1
Elektif 4 Perdagangan dan Keusahawanan
Jumlah Pelajar: daripada 12 kepada 15 orang

sebelum berlaku perubahan sebelum ni
aku mengajar 12 orang je dalam kelas ni
semua budak perempuan yang amek elektif 4 ni


Nih gamba ngan cik Aqilah
sebelum ni dari 1A2, sekarang naek 1A1
sempat ngaja dia utk dua kelas sajork
pastu diorang sebok ngan exam OTI1



well, i mark her word
"satu-satunya pengawas dalam 1A1"
so, saya takkan lupa tu aini
(^_^)



Salah seorang penghuni 1A2 yang berpindah ke 1A1 jugak
kehadiran dia ni menunjukkan perubahan positif dalam suasana P&P aku berbanding dengan yang sebelum ni
apakah? biarlah jd rahsia saya ea suzana... ^_^
kekalkan prestasi tu
perjalanan masih jauh, teruskan usaha anda



haaa...si tinonet tomei ni panggei Dyana je
sejibik mcm nama kawan aku kat uni dulu
kerap maen fesbuk
sangat terharu dengan soalan yg dia tanya kat aku semalam masa chat kat fb chat
apakah? biar aku dan dia je tau

Sempat gambo sorang2 dengan diorang ni je...yang lain2 tengah sebok buat benda alah kat bawah ni...


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥



sorang-sorang nak tulis nama kat papan tulis
tulis la nama korang
nanti tak la saya lupa
saya kan salu "lupa daratan"
wawawawa~~~


tadaaaa~~~



Inilah muka2 yang tiap2 minggu aku tatap
semasa P&P berlangsung
ada jek yang tunjuk muka --> bosan, ngantok, blur, tak paham dan khusyuk penuh perhatian

haha..mcm2 ada korang ni kan




Untuk semua budak perempuan 1A1:
teruskan cipta kejayaan
kita bukannya sentiasa berada di atas
kadang-kadang kita leka kerana sentiasa berada di atas
sehingga lupa untuk tunduk ke bawah semasa menuntut ilmu
usaha dengan ikhlas, sentiasa amalkan persaingan sihat antara kalian
Good Luck!!!

harap2 dalam PMR nanti dapat A untuk sbjek yang saya ajar tu ea...~~~
maaf andai ada termarah ke apa
jujurlah pada diri anda k...
all the bes!!



p/s:
terima kasih kepada semuanya...tak lupa jugak kepada yg bagi hadiah kat saya tu, terima kasih ea...amat saya hargai... ^_^

Monday, August 31, 2009

Friendship....

Bila ek friendship day?

Bulan Ogos kan...


Tp bagi sesetengah orang yg tahu menghargai erti sebuah persahabatan dan erti kawan sebenar, rasanya bagi mereka hari2 pun friendship day


"Friends are like a stars
You cannot see them often
But you know they are there"


To all my besfwen de' saratok
aku rindu ktk semo
(aku rindu korang)

Semoga persahabatan kita utuh
Kekal hingga aher hayat

(gambar ni aku amek dari blog Cik YanZam1619)

ni la design baju masa upper 6 dulu
kawan2 yg sangat happening & sporting
tak pernah masam2 muka
lalalala~~~
happy selalu



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52!


Notes:
==> saat-saat kritikal mcm ni la aku selalu teringat kat korang semua (kawan aku la)
==> bukan setakat kritikal...saat tak berapa nak kritikal pun aku sentiasa ingat korang....kawan2, doakan semoga aku tabah dan kuat ^_^

Sunday, June 28, 2009

Bye bye home....

Ok Selesai sudah packing beg. Berat dohh! Mau tak lebih dari 15kg... Erm, akan di update kemudian mengenai ni semua.

Esok akan ke Kuching dan lusa akan fly ke destinasi yg dituju.. ke mana? alaaa...eksyen ar tak tahu tu. haha.... ok2, aku assume tak ada yg tahu. Ok, me akan ke Alor Setar. Lepas ni mungkin akan terbengkalai la blog ni utk tempoh masa yg aku sendiri tak tahu sampai bila. Tunggu dan lihat sahaja.. Mintak2 la dapat on9 kat sana nanti. So, kepada semua blogger2 yg rajin singgah blog aku yg tak seberapa ni, doa2kan aku, semoga semua berjalan dengan lancar nanti. ===> mintak2 la setahun ni cepat abes yeee... ^_^ hoho...


Notes:
==> olsss, kita jumpa di Kedah occayyy..!!!
==> wish me ol da bes!
==> gonna miss my mom, ol my family, umah ku sorga ku ini, n opkos Encik Sitam!!!



GOOD LUCK CIK YARN!!!

Nak packing barang...tapi..... hati tak kompiden neyyyy...

Otak kosong... @_@
barang2 aku semua tak packing lagi. Huhu... kemalasan melanda diriku lagi. Yeppp, aku la manusia paling-paling-paling-.....-paling malas nak packing barang. Ekceli ikut situasi la... Kalu nak ke tempat lain, mmg aku liat sangat2 nak packing baju tu semua. Tp kalu nak balik ke tanah tumpahnya darahku...huhu... jgn kan sehari sblm fly, 2 mnggu sblm balik pun aku dah stat packing barang. SUNGGUH! INI BUKAN COBAAN! INI BETOL2!


Hari ni mak cik aku masak kari sotong... urm, sodapppp... biasa nya kalu nak pegi jauh & pegi utk tempoh masa yg lama mmg mak cik aku suka masak makanan sodap2...! siyes dohhh, tak tipu. Ini la yg buat aku sentiasa rindu kat umah. Makanan jugak yg aku ingat... hoho...

Setahun otak ni tak ngadap buku2, nota2 tu semua... alih2, kena ngadap balik. Hehe... sbnr nya aku rasa mcm tak kompiden dgn diri aku sendiri. Aku risau aku tak boleh buat... tak kompiden nak duduk kat meja exam balik... hadoihhh..mati la makkkk..!!!

Kena carik kaset2 motivasi la kalu mcm ni.... mintak2 semua berjalan dengan baik... okeh, yg baek2 aje ye anak2 sekalian.


Erm, sblm packing barang kena ambek mood elok2 dulu...
jom mari jom kita tdo!!!





Notes:
==> jd student balik ke aku? hihi... tua sudah diriku... (tiba2 terasa diriku begitu evergreen...) wakaka...
==> psstt... psstt..tengah hot ngan cikgu2 yg menyewa kat atas umah ni... Suka buat bising, jalan hentak2 kaki semua. Menci! Menci! Menci! Balun ngan penyapu kang baru tau!!! Siyes doh aku nak buat! ingat aku suka kooo2 sekalian??!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin