Followers

Showing posts with label dpli. Show all posts
Showing posts with label dpli. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

1 Julai 2010 sesi berkenang-kenang...(entry emosi, sila abaikan) sekali sekala buat tajuk panjang2 pun bes jugak...

Assalamualaikum wbt


1 Julai 2009
yerrr...tarikh keramat tu uols

memulakan kehidupan baru
tak boleh toleh belakang lagi
status sebagai seorang pekerja?
tamat sudeh d situ
ehek

bermula episod baru
perjalanan cik yarn
=)

bukan senang nak buat keputusan merantau lagi sekali
otak dah beku + tepu
kena bukak balek buku2
duduk exam yg terkadang buat aku "senget"


tadaaaa...





touch
klik
agagaga

dah jadi pelajar semula
setelah puas diterengak, dianok dan dimarahi oleh bunda saya
ahernya saya ridhoo
hihihi...
kat uni ni
ada 5 subjek/program yg dikendalikan
ada la lebih kurang dua ratus tujuh puluh lebih
jumlah pelajar yg mendaftar kat sini


(nota atas ni salah satu subjek killer utk sem 2)


neway banyak nau onak duri nak skor subjek ni
wallahualam
hanya aku dan Dia yg tahu
Alhamdulillah, berbaloi nah ngan dugaan yg ditempuhi
skor berapa tek? paham2 uols lorrrr...
agagaga~~~


maka bermulalah pengembaraan cik yarn
hermmm...mentelaah, belajo dan belajo
kenangan tol
malam2 buat nota segala
konon study
padahal dalam kelas
aku mcm hampeh
terhangguk2 nahan ngantok




gambar kat atas ni pulak subjek fevret
(^_^)v
still, subjek utk sem 2 jugak yg aku hylite kat sini
alhamdulillah dapat skor baek punye utk sbjek ni


ekceli
subjek utk sem 1 aku tak berapa nak catch up sangat
result pun ala kadar je la jawab nya
sem 1 adalah sem yg agak2 TAF bagi aku
pressure sangat tak ada la jugak
kalau nak d bandingkan dgn pressure ms sem 2

lagipun masa sem 1 study utk final pun mmg sangat2 pasif
tertonggeng sana
tertonggeng sini
sakit kepala kena hafal fakta
(otak aku ni lemb*p sket)
hihihi


dan utk kesekian kali nya masa sem 2
aku buat study grup dgn kawan2
teknik belaja seumur idup aku tak penah aplikasikan
yarabi...
Tuhan je tau betapa bersyukur nya aku
dapat grup study yg mcm diorang


Mina
Kak sue
izzah
kak yana
kak shafiqah
kak miem
jah
along
leanna

"terima kasih buat kalian"



tadaaaaa



gambar kat atas ni
menu malam terakhir kitorang study grup rasanya
bes sangat2
happening
walaupun saat aher, kepala ni dah rase biol
tp tetap bes
agagaga



tamat kisah exam, belaja, tension segala
masuk pulak alam latihan mengajar



mcm gini la ghoper nye buku rekod persediaan mengaja nyerrr
sekarang ni elok je atas almari aku sebelah ni
(hihihi)
rosak + punah dah
tebal dohhh!!!


sblm menjalani latihan mengajar d sekolah
dan menamatkan sesi pembelajaran di uni
kursus BIG telah dijalankan dengan jayanya
di Lake Bris Resort
rasanya itu adalah aktiviti terakhir kami berkumpul beramai-ramai
kerjasama dan sikap positif waima negatif
semua ada
but
i juz love u olssss...!!!

here sum pics to share
momen yg takkan dapat luput dari ingatan
setahun yang lalu




(rindu mau outing bersama kalian lagi)


(1 Malaysia gitu)
malay, iban & chinese
ketiga2 nya asal dari sarawak
masa ni kenangan main bowling
my 1st time eva
mak tak penah pegang bola bowling tu noksss
agagaga
tak masuk sini, tak merasa la nak join aktiviti cenggini





I MISS U GURLS!!!

bab snap gambo
mereka ini adalah champion
(jangan marah cik mai)
wakaka





tamat sudah pembelajaran di sini


bermula pulak episod baru
sekali lagi dalam hidup cik yarn


wat a life

kenangan di sana
bila d ingat kembali
banyak sangat pahit manis
rasanya cukup la kot kenangan tu semua
tak salah utk dikenang semula
tp biarlah kenangan yang manis
yg pahit2 tu...sakit oh!

1 Julai 2010

harap2 lepas ni semua perkara akan jd lebih baik dari tahun sebelumnya
insyaAllah

Ya Tuhan
TERIMA KASIH ATAZ JALAN HIDUP


wassalam

Saturday, May 15, 2010

Untuk mu C.I.K.G.U

Assalamualaikum w.b.t

"Buat semua insan yang bergelar guru di Malaysia"


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapu pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

(Dipetik dari karya Allahyarham Usman Awang 1979)


Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik aku sehingga aku menjadi seperti hari ini. Istimewa buat mak tersayang, galakan dan 'paksaan' mu agar aku mengikut jejak langkahmu adalah hadiah teristimewa daripada mu untuk ku...hehe~~~

kepada guru-guru aku dari sekolah rendah sehingga la menengah, terima kasih untuk segalanya. Untuk kawan-kawan satu sekolah yg dah jd warga pendidik, dan kawan2 dpli Julai/09 UUM, jd la guru yang baik erkkk...heheheh~~~


"Selamat Menyambut Hari Guru"
16 Mei 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati semuanya

amin


wassalam

Wednesday, May 12, 2010

DPLI

Assalamualaikum w.b.t

Kepada sesiapa yang apply DPLI baru-baru ni, anda dah boleh check status intebiu anda
Sila klik --> DPLI untuk check status anda

Kepada kawan-kawan yg ada apply, dan dah check status korang
TAHNIAH kepada yang berjaya dapat interview
kepada yg tak berjaya, jangan kecewa boleh cuba lagi kalau ada ambilan baru

tak dapat kali ni, tak bermakna rezeki kita pun tamat mcm tu sajork
masing-masing di antara kita ada rezeki masing-masing
yg penting jangan putus asa untuk berusaha mencuba

Kalau nak dikongsikan mcm2 cerita atau pengalaman rakan2 yg penah apply dpli ni
bukan senang utk di antara mereka sampai ke tahap skarang ni


Cerita 1:
Lepas grad, keja tak tentu masa...beliau pun apply DPLI, lepas sehingga ke tahap interview sajork.. Tengok muka beliau bercerita, jelas sangat menggambarkan dia betul2 kecewa sbb tak dapat dpli. alhamdulillah, 3 bulan kemudian beliau ditawarkan jawatan Pegawai Hal Ehwal Ekonomi...

Cerita 2:
Lepas grad, jd GSTT selama 3 tahun. Apply DPLI sehingga 4 kali dan kali keempat tu baru berjaya mcm sekarang... 3 kali apply hanya lepas sehingga ke tahap interview sajork



Alhamdulillah
inilah yang dinamakan rezeki masing-masing
terpulang pada diri kita sendiri utk memikirkan
bagi yang berjaya, usaha la bersungguh-sungguh
dah dapat peluang ni, hargailah ia
kerana ramai lagi kat luar sana
yang mengharapkan peluang seperti anda diberikan kepada mereka

kepada mana2 kawan-kawan yang tak berjaya ke tahap interview
jangan kecewa dan berputus asa
usaha dan usaha lagi
insyaAllah
ada la rezeki kalian

GOOD LUCK to all my dearest fwennsss...!!
^_^

wassalam

Tuesday, May 11, 2010

Kenangan Bersama SMKKMT lagik

Assalamualaikum w.b.t


Yerrrr...tengok tajuk entry kat atas
"KENANGAN" katanya
dalam duduk tercongok je kat umah
ari ni belajar ilmu baru
ilmu edit gambo
(maklumlah, aku ni buta tuli banyak bab2 edit gambo ni)
lazly, gambo ni la yg terhasil



Again, tak ada tingkatan 1C dalam gambar di atas
entah kenapa tiba2 rindu pulak kat diorang ni
hahaha
rindu apa?
rindu nak membebel kat diorang
ada ka patot?

Balek umah ni nak membebel kat sapa pun aku tak tau
hahaha
"kejeron" apakah?
suka suki nak membebel

banyak ilmu baru aku belajar semasa mengajar mereka-mereka ini


"speechless"

wassalam

Sunday, May 9, 2010

sadis

Assalamualaikum w.b.t

entah kenapa aher2 ni suka sangat layan lagu cekgu2 ni
(wah..cekgu2 gitu!)
dan sekarang ni, update blog sambil layan "lilin seorang guru" nyanyian kumpulan in-team

dengar cita senarai posting utk kpli 2009 udah keluar
jangan kau, kau, dan engkau tanya aku betul ke idak
aku dapat tau pun dari wall fesbuk kawan aku
tak sabar gak nak tunggu posting ni

kenapa?

sbb hari2 pegang kalkulator, bila amik purse pedih perot nengok purse koshhhonnggg...


sadis mode on

!@#$%^&*()_!@#$%^&*()_!@#$%^&*()_

~wassalam~

Sambungan entry semalam...

Tengok tajuk dah tau
semalam marathon aku pblish 3 entry sekali gus pasal student aku masa prac ari tu
kalo ikutkan, aku ngaja 4 kelas
tp semalam ada 3 kelas sajork gamba ngan budak2 ni
satu2 nya kelas yg tak ada ialah tingkatan 1C

ekceli ari tu lupa nak snap gamba ngn diorang
so, satu kenangan langsung pun tak ada ngan mereka

"1C, maafkan sy ea...nak ambek gamba masa lain sebelum saya abes ari tu pun da tak sempat. korang pun dah bz ngan exam"

satu-satunya kelas yg aku ajar elektif 2 : ekonomi rumah tangga...hihi...

aku yg buta menjahit pun kene blajo menjahit gara-gara subjek ni

apapun, terima kasih jugak utk semua tingkatan 1C perempuan...semoga kalian terus berjaya!!!

Kelas ni pun salah satu kelas yang kerap lecturer/guru pembimbing datang nengok aku mengajar...dan mereka ini sangat sporting membantu menceriakan pnp...hihihi

tenkiu ^_^

Saturday, May 8, 2010

Bersama tingkatan 2C

Kali pertama menjejakkan kaki kat sekolah untuk latihan mengajar
kelas pertama yang aku masuk adalah tingkatan 2C

kelas ni ada seramai 40 orang pelajar
20 orang lelaki
20 orang perempuan
very der....balance...
hihihi
ni la kelas pertama paling ramai aku pegang





Paling sakit kepala bila semak nota & latihan kelas ni
bukan apa, ramai bebenau
tp dalam 40 orang tu bukan semua anto pun
nak saya listkan nama tak kelas 2C???
hehe~~~

walaupun mcm gitu, diorang ni baik
bagi kerjasama yang baik masa aku kena observe
terima kasih semua

untuk budak muka mcm cina tu
lain kali, masa cikgu mengajar, jangan asyik salin nota kawan
dengar cikgu mengajar kat depan
(^_^)v


hah, kat atas ni contoh yang baik...
masa nak snap gambo tu
suka suki jek peace tutup muka aku


at laz, hambek...
out terossss
kena halau





Tingkatan 2C:
terima kasih atas kerjasama kalian
semoga berjaya dalam peperiksaan
teruskan usaha
jangan mudah putus asa
sentiasa merancang untuk berjaya!!!
Good Luck!!!

p/s:
terima kasih kepada sesiapa yang bagi hadiah kat saya ari tu...saya amat hargainya. Terima kasih utk semuanya...~~~

Kenangan bersama 1A1...



♥♥♥♥♥


Tingkatan 1A1
Elektif 4 Perdagangan dan Keusahawanan
Jumlah Pelajar: daripada 12 kepada 15 orang

sebelum berlaku perubahan sebelum ni
aku mengajar 12 orang je dalam kelas ni
semua budak perempuan yang amek elektif 4 ni


Nih gamba ngan cik Aqilah
sebelum ni dari 1A2, sekarang naek 1A1
sempat ngaja dia utk dua kelas sajork
pastu diorang sebok ngan exam OTI1



well, i mark her word
"satu-satunya pengawas dalam 1A1"
so, saya takkan lupa tu aini
(^_^)



Salah seorang penghuni 1A2 yang berpindah ke 1A1 jugak
kehadiran dia ni menunjukkan perubahan positif dalam suasana P&P aku berbanding dengan yang sebelum ni
apakah? biarlah jd rahsia saya ea suzana... ^_^
kekalkan prestasi tu
perjalanan masih jauh, teruskan usaha anda



haaa...si tinonet tomei ni panggei Dyana je
sejibik mcm nama kawan aku kat uni dulu
kerap maen fesbuk
sangat terharu dengan soalan yg dia tanya kat aku semalam masa chat kat fb chat
apakah? biar aku dan dia je tau

Sempat gambo sorang2 dengan diorang ni je...yang lain2 tengah sebok buat benda alah kat bawah ni...


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥



sorang-sorang nak tulis nama kat papan tulis
tulis la nama korang
nanti tak la saya lupa
saya kan salu "lupa daratan"
wawawawa~~~


tadaaaa~~~



Inilah muka2 yang tiap2 minggu aku tatap
semasa P&P berlangsung
ada jek yang tunjuk muka --> bosan, ngantok, blur, tak paham dan khusyuk penuh perhatian

haha..mcm2 ada korang ni kan




Untuk semua budak perempuan 1A1:
teruskan cipta kejayaan
kita bukannya sentiasa berada di atas
kadang-kadang kita leka kerana sentiasa berada di atas
sehingga lupa untuk tunduk ke bawah semasa menuntut ilmu
usaha dengan ikhlas, sentiasa amalkan persaingan sihat antara kalian
Good Luck!!!

harap2 dalam PMR nanti dapat A untuk sbjek yang saya ajar tu ea...~~~
maaf andai ada termarah ke apa
jujurlah pada diri anda k...
all the bes!!



p/s:
terima kasih kepada semuanya...tak lupa jugak kepada yg bagi hadiah kat saya tu, terima kasih ea...amat saya hargai... ^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin