Followers

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

sentiasa ada...

Ahernya, janji saya hanya tinggal janji...
kikiki...
untuk jd blogger spt dulu mmg susah
tuntutan masa yg sgt2.........................
tak ada perkataan yg sesuai nak gbr kan keTIDAKcukupan masa 24 jam
kalau ada 30 jam pun belum tentu cukup
itu la kehidupan
sentiasa nak lebih
tak pernah berterima kasih
setiap kali diberikan kemudahan buat kita
esok Sabtu, tp aku masih perlu ke sekolah
haizzzzz...~
budak2 kesayangan punya pasal

Tuesday, January 18, 2011

Kemitingan bersama mereka yang pertama...~

Assalamualaikum...

lama benar tidak meninggalkan cerita 'bulak' di sini...yerrrrr....
azam baru katanya sebelum ni nak berbelog segala
tapi no action...~ hehehhehe....~ maafkan saya Encik Belog

Btw, hari ni 18 Januari 2011 banyak perkara bermakna berlaku pada hari ini iaitu pada tarikh tersebut...~ ada yg manis, ada yg pahit.... semua rasa ada....~ ;)

pagi tadi kemitingan
hmmm....sangat teruja sebenarnya
kerana bakal menerima pelbagai arahan dan tugasan
sungguh saya teruja
bekerja dengan mereka aka senior yg sememangnya otai
dalam bidang ni menyebabkan aku berusaha nak dapatkan ilmu yg bermanfaat daripada mereka
apa yg terkurang, jadikan tauladan dan pengajaran

walaupun agak lambat sampai ke kemitingan tu
tp ada lg yg datang lambat daripada aku
huhuhu...
aku risau nah kalu sungguh aku yg paling lewat
alhamdulillah, banyak ilmu yg aku dapat hari ni
yg dipelajari dan perlu diperbaiki utk meningkatkan kualiti diri sendiri
tidak mengecewakan dan rasa berbangga kerana berpeluang bekerja bersama mereka

respect dengan budaya yg cuba diterapkan oleh Ketua aku
both of them excellent!
mereka berusaha utk mempelbagaikan usaha berbanding menjadi pak turut spt sesetengah org
yakin dengan keputusan dan penilaian yg dibuat sendiri
akhirnya sebulat suara bersetuju dgn pendapat beliau
walaupun pada permulaannya idea dan pandangan beliau kurang dipersetujui oleh yg lain
beliau tetap mempertahankan apa yang dia rasa yakin dan betul dan patut dilakukan
biarkan yg lain membuat perkara yg mereka dah terbiasa buat
biar kita buat yg luar biasa dari yg lain
biar semua belajar dan dapat ini adalah utk kebaikan anak didik kita dan juga diri kita sendiri


bukan satu tugas yg mudah
walaupun mula2 rasa neves, tp mereka-mereka banyak membantu
walaupun menerima tugasan pelbagai
tp kena sentiasa POSITIF dan OPTIMIS
kerap berlatih dan dilakukan secara berterusan
insyaAllah, aku akan terbiasa melakukan tugas2 tersebut
tanpa rasa janggal
dan
tidak perlu menyusahkan kawan yg banyak membantu dan terkadang
beliau boleh suda digelar sebagai KAUNTER PERTANYAAN aku...
wakakaka....~

TERIMA KASIH TEMAN KERANA BANYAK MEMBANTU!


 belajar la teman2 sehingga ke liang lahad
tidak rugi ilmu dituntut ikhlas dari hati
kerana ia bekalan satu-satunya yg kita tinggalkan dan sebarkan utk dikongsi dengan yg lain
tp tuntutlah dgn ikhlas bukan dari rasa takbur dan riak
kerana keberkatan suatu ilmu itu penting
untuk masa sekarang dan juga masa depan

tamat suda masa utk ngerepak
mahu selesaikan tugasan yg masih belum selesai
^_^

selebihnya perkara yg aku maksudkan awal2 tadi
esok lusa la pulak eh
hehe...~

sekadar perkongsian ilmu utk d sharing mereng
ambil iktibar

memang sesetengah org sukar utk menerima sesuatu pembaharuan
belum mencuba tp sudah berputus asa
kerana sering melakukan perkara yg sudah biasa dilakukan
terkadang nikmat yg diperolehi tidak akan datang bergolek
kerana apa yg penting ada PROSES dan PENGALAMAN sepanjang perubahan tersebut sedang dilakukan
sekiranya dapat outcomes +ve, alhamdulillah..teruskan pelaksanaan...
tp sekiranya dapat outcomes yg -ve, ambil iktibar, cari punca silapnya dan cari jalan penyelesaian mengenai perkara tersebut agar sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa... ^^

USAHA, DOA dan TAWAKAL tanpa jemu pasti membuahkan hasil...insyaAllah...~

Sunday, May 17, 2009

Currently Watching...

Beberapa hari ni asyik layan DVD sajork saya punya kerja... Tp malam2 hari sahaja occay.. Siang2 hari saya sangat la tidak larat. Ekceli aku layan 2 dvd ni --> Twilight & Boys Over Flowers.

Lama dah tak buang tabiat layan cita2 ni semua semenjak tidak lagi memegang status penganggur tegar. haha... (aku sangat rindukan zaman itewww ^_^). Tp kali ni biar penat dan letih mana pun balik koje, aku menggagahkan diri switch on lappy yg telah berjasa besar terhadap aku tp amatlah hampeh apabila beliau sangat slow mengalahkan siput sedut. Erm, aku rasa siput sedut pun tak slow sangat mcm ni. hihi... (sowie my dear lappy, aku tetap sayang ko walaupun ko slow...) utk nengok cita2 kat ni.

Twilight ni aku dah brapa kali layan pun aku tak tau dah. Nengok bbrp kali pun aku rasa mcm tak busan. (Pasal baru tengok kot, tu yg tak boring). DVD ni budak yg bernama noi tolong belikan kat Sarikei. hehe...tima kasih noi.


DVD Boys Over Flowers ni pulak aku mintak Cik Not yang tolong belikan. Tima kasih jugak utk beliau. Aku rasa ni la buat pertama kali sepanjang aku layan drama dlm cd yg aku beli/donlod, cita ni la yg paling lambat aku habiskan (sehingga ke hari ni pun, saat aku taip entry ni, aku hanya baru abiskan 18 episod daripada 25 episod. tu pun aku byk skip pasal nak abes cepat...hehe... kat tengah2 konflik byk...tu yg tak syok). Lepas tu pulak, subtitle DVD cita ni ya ampun...bersepah2 la dia punya translation. Aku ingatkan aku punya bhs inggeris lagi teruk, rupanya subtitle cita ni lagi teruk dia punya BI. huhu... Punyalah aku gagahkan diri utk memahami apa yg dalam cita tu cakap dgn subtitle yg sedia ada kat situ. Kalau subtitle BI dah sebegitu rupa, apa lagi la subtitle yg BM punya. Lagi rambu ramba.... huhu... Mintak2 la cita lain tak senasib dgn DVD ni. Kalau la berterusan hasilkan buah tangan subtitle mcm ni, hancoooo... hancooo... kata original, tp subtitle nya...??? -- tak nak kumen lebeyyy... wakaka --





Notes:
++ dari dulu lagi gian ngan drama/pilim korea, jepun, taiwan. Siap beli rak lagi simpan suma CD yg dibeli dan di'burn'. Byk jugak berabes ngan benda alah tu... CD diutamakan, makan dikemudiankan. Tu yg sekarang terasa sangat tak ada bajet pasal dah byk diabeskan ke arah CD2 ni semua. hihi... jgn tiru aksi ini ye adik2... (adik2 sahaja occayyyy!!!)

++Congratez to Hafiz yang baru dinobatkan sebagai juara AF musim ke-7 semalam


++Selamat hari guru utk semua cikgu di seluruh dunia especially my mummy!!! u're olwez the bes mom!!!




PEACE NO WAR!!!

Sunday, March 22, 2009

pilim2!!!

Kalau orang kat luar sana sibuk layan sinetron Indonesia, aku pulak sibuk searching2 cerita/movie dari Filipina.. Mmg dah lama tak layan buah tangan dari negara itu. Entahlah, dulu sblm sibuk zaman sinetron ni selalu la jugak drama tagalog dihidangkan utk santapan rakyat kita. Wahhh, mmg bes sangat la masa tu lebih2 lagi kalau hero & heroin dia Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Lepas tu pulak ber'genre' cintan cintun ni... Phewww...mmg tak lepaskan peluang. Drama diorang yg aku layan mati-matian ialah Sanay Wala Nang Wakas! Haahh...gilosss sadis mampos aku layan cerita tu. Lepas tu ada pulak yg diterbitkan dalam bentuk VCD, hahhh, aku beli jugak! bongok tol kan.. Sanggup perabis duit beli benda alah tu. Dan sekarang koleksi tu sedap je duduk dlm rak tingkat aku yg berhabuk...uhukk..uhukkk...(berdebu siot!)

Sampai la hari tu tangan ni gatal searching2 kat youtube dan terjumpa la satu pasangan yg kerap digandingkan dlm drama/movie mcm EchoTin ni iaitu Mark Herras dan Jennylyn Mercado!!! Wahhh, aku suka! aku suka! *clap3*. Kalau bab2 mcm ni rajin je aku nak study dan searching2 kat gugel. Hahh! Rajin2!!! Antara movie diorang:

1. Let the Love Begin
2. Say That You Love
3. Blue Moon
4. Eternity, dll


+ Mark Herras & Jennylyn Mercado +


Aloo...shuit..shuit ^_^

(Kalau baca info yg ada kat internet ni, dulu diorang ni pernah couple, tp lebih kurang setahun lebih je. Lepas tu masing2 bawak haluan masing2. walaupun mcm tu, mereka masih digandingkan dalam drama/filem. Sayang sangat. pasal both of them sangat cute. kira couple yg kiut la. hehe~~~ tp nak buat mcm mana, putus gak.)

Erm, aku pun apa lagi. Pulun la pulak search kat uTube! Hahh! Susah2! mmg tak jumpa kat uTube! Cara terakhir donlod ialah guna torrent! Yeahhh!!! Berjaya!!! Walaupun SLOW yg AMAT, ku gagahkan utk donlod juga cerita diorang. Bes! Lakonan yg sungguh berkesan!

Setakat ni aku dah donlod 2 movie iaitu Say That You Love Me dan Blue Moon. (2 lagi in progress). Dua cerita ni mmg kontra, berbeza dan mereka berjaya bawak watak tu dgn baik sekali. Sekarang ni dah tak banyak cerita tagalog diputarkan di stesyen televisyen kita kerana lambakan sinetron dari Indon. Nak siarkan mcm mana, ruang utk drama tempatan pun payah dapat tempat, lepas tu kalau nak bawak lagi cerita dari negara2 luar....lagilah susah drama tempatan nak bertapak. (Pendapat peribadi saya. abaikan sekiranya ia tidak benar). Tp kalau free2 tu, layan la buah tangan daripada Mark dan Jenn ni. Bes!!




Saturday, December 13, 2008

Cinta Rasa Mocca

Aku baru abes layan telefilem indonesia yg bertajuk "Cinta Rasa Mocca"... Erm..ada apa dengan cerita ni sampai aku nk masukkan dlm blog aku? Sebenarnya tak adalah sampai aku tertunggu2 tercongok depan tv semata2 nak tengok cerita ni tadi, tp gara2 blackout tadi kejap aku shut down aku punya laptop then mula mencari makanan kat dapur. Eh2, tiba2 elektrik ada balik.. Tp malas pulak nak on laptop balik (pasal laptop aku skrg ni sgt2 lembap --> dh lama x format, pastu berat dan mulalah buat hal...sengal!). Boring2, aku on tv then tuka la channel 121 (astro). Tengok tajuk terpampang depan tv "Cinta Rasa Mocca" pastu baca info, erm...sinopsis cerita tu mcm x besh je...(hehehe...) tp aku layan je la cerita tu... Dan tak sangka, cerita tu berjaya memikat aku untuk terus setia ngan channel tu pada 10 minit yg pertama! Haha...bukannya ada magic apa pun kat cerita tu, cuma...cuma...ah, korang tengok la sendiri (tp aku dah check kat youtube, sehingga hari ni 13hb 12, tak ada siapa2 lagi yg upload cerita tu kat sana). Pada yg dah tengok tu, ok la tu. hehe...

Sebenarnya tak adalah apa yg bes sangat pasal cerita ni. Nak aku bagi preview tak? wakaka... korang cakap tak nak pun, sukati aku la... aku nak bagi preview ke tak... (n even tak ada yg menjawab pun, aku tetap taip gak kat sini...ekeke). Actually aku nk letak la gbr pelakon cerita tu kat sini, tp buat pertama kalinya saya gagal mendapatkan sebarang informasi mengenai pelakon mahupun gbr utk telefilem tu (aku tak ambik pot sangat masa awal2 cerita tu stat tadi, dats y aku tak tahu nama pelakon cerita ni).

INTRODUCTION
Cerita ni mengisahkan mengenai seorang gadis buta bernama Risa (digambarkan sebagai seorang gadis yg lawa dan comey) berkenalan dengan seorang lelaki yg bernama Krisna (digambarkan sbg seorang lelaki yg macho --> erkk dia tak macho sangat pun bagi aku [boleh ignore kalau tak setuju]). Perkenalan pertama mereka bermula d sebuah kedai roti/kek (smthg like dat larhh). Si Risa ni nk beli roti Mocca, tp dah tak ada stok..pastu kebetulan pulak Krisna ni ada kat kaunter nak bayar roti2 yg dia beli (roti Mocca yg last tu, Krisna yg beli). Atas dasar perikemanusiaan dan gentlemen nya, Krisna pun menawarkan roti Mocca yg ada kat dia tu kat Risa. Selepas perkenalan singkat tu, diorang pun mulalah berkawan, rapat n terus kapel...


Ok, kat sini aku masih rasa cerita ni biasa2 je...rasa mcm nak tuka channel pun ada lagi... tp sabar, tahan jiwa, tahan tangan supaya jgn tkr channel. Tp kan, tiba2 muka lelaki aka Krisna tadi jadi muka lelaki lain pulak (jadi tak hensem pulak --> gigi jongang, pastu ada parut besar gila kat atas kening) but still Risa mention his name as Krisna.. apa punya cerita ni? aku tak faham... Tak apa..tak apa, aku teruskan usaha aku utk terus tengok cerita ni... Beberapa minit kemudian.... LORHHHH... rupanya lelaki yg hensem tadi adalah bayangan yg Krisna (ori) bagi kat Risa supaya si Risa ni tak tahu yg sebenarnya dirinya huduh...huhuhu...

Cukup satu jam aku tengok cerita ni, pastu sampai la cerita ni tamat! wakaka...hebat cerita ni kerana berjaya membuatkan aku tak online tenet... Ok, sambung balik pasal cerita tadi. Pastu suatu hari, ditakdirkan si Risa ni dah dapat mata yg sesuai utk dia maka si Krisna ni risau tak mau2. Dia risau mcm mana nak berdepan ngan Risa bila Risa dah boleh melihat nanti. Dia risau sbb dia takut Risa ni tak boleh nak terima rupanya yang buruk tu.

Dipendekkan cerita, lepas je Risa operate mata, mmg si Krisna tak berani nak mengaku dirinya d depan Risa bahawasanya dirinya adalah Krisna sebaliknya menyamar jadi kawan kepada Krisna. Krisna lak bagitau kat Risa yg dia ke Bali atas urusan kerja. So, apa yg Risa boleh buat? tunggu je la Krisna balik (tunggu kucing bertanduk... wakaka... padahal org yg dia tunggu dah ada kat depan mata). Sepanjang tempoh tu, Krisna buat la plastic surgery baiki gigi jongang dan jugak parut huduh kat muka dia. Sampai suatu masa tu (muka Krisna dah elok), Krisna still tak nak mengaku yg dia adalah Krisna. Risa bengang terus mintak putus ngan Risa tp atas bantuan kawan diorang (which is this guy yg krisna ori imagine kan utk Risa ms Risa masih buta) ahernya Krisna bersama semula dengan Risa. Erm...ada beberapa perkara yg membuatkan aku BERFIKIR bila tengok cerita ni...

1. cinta tak kenal paras rupa (tp betul ke masih wujud istilah tu sekarang)
2. soalan ni utk lelaki kat luar sana --> kalau korang seburuk krisna, adakah korang akan buat plastic surgery jugak utk pmpuan yg korang syg semata2 nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ngan pmpuan tu?
3. aku percaya cinta sejati mmg wujud dalam setiap diri manusia...tp ingat, cinta pada yg maha Esa jgn sesekali kita lupa ;)
4. kalau dah sayang + cinta, muka buruk mana pun tetap lawa + hensem jugak kan...

OK, kat sini aku nak hightlight kan beberapa baris ayat dlm cerita ni yg aku rasa, AKU SUKA... (jiwang bagai gak aku ni) ---> dari dulu2 lagi mmg mcm ni...wakaka... tp aku edit sikit2 la ayat dia pasal aku dah ingat2 lupa ayat tu mcm mana.

1. "....aku sudah terbiasa mencintai kamu..."
2. "...seperti Mocca, kalau kita tak betul2 menyukainya maka kita takkan suka terhadap rasa mocca, dan begitu jugalah cinta..." (smthg like dat la, sungguh aku tak ingat...--> yg penting, maksud sampai)
3. "...aku terima kamu apa adanya..."

wahhh...jiwang..jiwang... (wakakaka...!!!!)

okeh, sekian terima kasih...

Wednesday, December 3, 2008

Koizora menyebabkan aku tak cukup tido

Hari ni aku mmg sangat2 letih...huhu... tak tahu nak start cerita dari mana ni. Erm, petang tadi lebih kurang pukul 3.30 p.m. aku sampai ke rumah ku yg tercinta d saratok. Actually aku baru balik dari kuching selepas 3 hari ada kat sana. Kalau nak diikutkan, spatutnya cousin aku yg lebih letih dari aku pasal aku duduk je kat seat belakang padahal dia yang driving from kuching to saratok (it takes 5 hours to arrived at my kamponggg..).

Aku ni sebenarnya kurang tido pasal semalam aku maraton layan drama jepun...haha... hobi yg dah lama aku tak buat (especially ngan spupu ku ---> cik apah a.k.a. usu). Opss, sblm lupa tajuk drama tu KOIZORA. Awalnya aku malas ar dulu nak layan drama ni pasal tak abis donlod yg torrent punya. Episod yg ada kat aku sekarang aku donlod dari salah satu web muvi streaming, so kualiti video itu sangatlah tidak memuaskan hati saya --> muka pelakon blur, translation pun mcm tak berapa nak bes jehhh..hihi. Yang abes donlod from torrent pun cuma episod 1 je. Tetapi memandangkan aku tak tahu nak buat aktiviti apa, so nak tak nak aku layan la jugak episod 1 cerita tu. Bengong gila cerita ni!!! Bukan bengong apa, bengong pasal aku takleh nak tunggu yg torrent abes donlod...CERITA NI MMG BES GILA2!!!

Kalau nak diikutkan, aku dah tengok cerita ni yg movie version. 1st time aku tengok yg muvi version ni, tak adalah meninggalkan kesan sangat kat dalam kepala otak aku ni. Tapi bila aku tengok muvie ni utk kali yg kedua, kotak tisu kat sebelah aku! Waaa...keparat tol! Apsal cerita ni sedih sangat??!! Membazir air mata aku je!! (Sapa suruh ko nanges?! padan muka ko yarn). Sorotan daripada kejadian cerita ni bes, aku pun mula men'searching2' koizora versi drama pulak. Semuanya ada 6 episod...parah jugak jiwa aku nk donlod sebanyak tu kat web tu. Mana tak nya, dah la IE aku selalu error, tp cuma IE je yg leh donlod muvi kat site tu. Nak tak nak, kena usaha gak pasal aku nak tengok yg drama version punya.

Sambung balik pasal koizora versi drama tadi, disebabkan jalan cerita setiap episod makin menarik aku putuskan nak buat maraton...wakaka!!! Tp aku tak mampu nak bertahan pasal jam sudah menunjukkan ke angka 4.15 a.m. Aku bermonolog dalam hati "kalau la aku tak tdo jugak jam ni, mau nye aku liat nak bangun pagi esok!! dah2, shut down laptop pegi tdo...!!"."Tp, aku nak tengok cerita ni lagi!"..."dah2, tak duli. ko mesti tido jugak! Sekarang!!!" huhu...korang fikir aku ada pilihan lain tak? erm, tak nampak dah jalan lain. Nak tak nak, saya pun membaringkan diri dan tido dengan lena sampailah keesokan paginya... (tp aku bangun pagi tu, ok je..tak liat pun..haha). Tp yg teruknya, AKU KENA FLU!! A'ah, aku lupa nak story. Layan cerita koizora ni kena ada kotak tisu kat sebelah. Disbbkan cerita tu la aku kena masalah pembawakan... pembawakan flu. Padahal aku tak ada pun bersin2, jauh sekali penghidap resdung yg kronik. Ish, dah la membazir air mata aku, pastu membazir cecair yg tak berapa nak likat dalam hidung aku. (Pengotor!!). Bangun je pagi tadi, aku terus dapat flu dan sepanjang perjalanan ke Saratok aku mengerohhh je..(hahaha... ngantuk punya pasal!).

~~OKlah, sedikit preview mengenai cerita KOIZORA ni~~

--muvie version--
[Haruma Miura as Sakurai Hiroki, Yui Aragaki as Tahara Mika]

--versi drama--
[Seto Koji as Sakurai Hiroki, Mizusawa Elena as Tahara Mika]

Seperti yg aku cakap tadi, Koizora ni ada movie & drama version. Sebenarnya aku lebih suka yg movie version.. Kenapa? hihi...korang kena layan sendiri. Cerita ni sangat bes! Cerita ni ofkos bertemakan centa...lop...leb...! haha!!! Alamak, malasnya nak buat preview cerita ni. Korang search sendiri la kat google bleh tak? hue3x... k la, aku try stoli moli sikit. Cerita ni mengenai Tahara Mika seorang gadis yg tak pernah berkapel (even she has a cute face n beautiful oso...tp aku rasa both of the heroin more to cute larhh...--> personal opinion saya sahaja. boleh ignore kalau tak setuju). Suatu hari tu, atas beberapa perkara yg tak disengajakan takdir telah mengubah hidup Mika apabila Hiro hadir dalam hidup dia. Memang Hiro ni very caring la kat Mika ni...so touching!! (ada lagi tak lelaki mcm Hiro ni? aku nak sorang...har..har...har...:P). Last2 diorang kapel walaupun ada beberapa halangan yg cuba memisahkan diorang, tp cinta mereka kuat..sampailah takdir betul2 menguji cinta mereka apabila Hiro disahkan menghidap penyakit kanser (alahai, syg kan? dah la ensem, caring lak tu...tp berpenyakit. ish..tak bes tol!). Kalau sebelum ni Mika pernah keguguran anak diorang, their love still getting more stronger and stronger (betul ke bi aku? lantak la...aku nak guna ayat bm je tadi, tp geli la pulak..hahaha, paham2kan la sendiri ye). Tp penyakit ni betul2 membuatkan Hiro nekad nak break ngan Mika (bayangkan sebelum ni, mcm mana Hiro protect gila2 kat Mika, pastu tiba2 nak putus hbgn ngan Mika, mcm mana Mika nk terima?? KOJAM BETOL!). Nak tak nak, Mika kena terima gak pasal Hiro dah tak nak pedulikan dia lagi (sebenarnya Mika tak tahu Hiro ni ada kanser). Tp sblm Hiro kojol, Mika dapat tau gak penyakit Hiro dari Nozomu (besfren Hiro). So, sebelum mati tu sempat jugak la Hiro ni merasa cinta Mika semula.

Layan la sendiri cerita ni, sbb sangat bes dan tidak rugi utk menengoknya dan tidak rugi apa2 juga sekiranya anda tidak melayan cerita ni. Sukati korang la kan, takkan nak paksa2 pulak. Dahlah eh, aku nak layan koizora episod 3 - 6 dulu. Prepare sekotak tisu jap...dan layanzzzz~~~

ps: hopefully boleh tido awal mlm ni...

utk usu: byk2kan bersabar di Terengganu kerana banjir yg melanda d sana. Semoga usu sihat walafiat dan ibuk sentiasa doakan yg terbaik utk usu. Jago dirik bait2 keh usu...chaiyokkk!!! mis u lot, usu~~~

Saturday, November 29, 2008

Olivia dah abesss...

Akhirnya Sinetron Olivia telah melabuhkan tirai penamatnya dengan jayanya...!!! Tak tahulah kot2 korang pun layan ke tak sinetron ni...tp aku suka sangat ngan sinetron ni sbb storyline sinetron ni lain daripada sinetron lain kot... Ala, korang layan la sendiri, baru korang tau lain macam mana yang aku cakap tadi. Actually, sinetron ni dikatakan dikatakan sama/mirip dengan salah satu movie emputeh ---> she's the man (aku donlod dah, tp x sempat nk layan lagi..hehe), tp aku ada view sikit2 dan mmg sinetron ni mirip ngan movie tu... Aku tak nak komen lebih2 pasal tu, nnti korang tengok la sendiri (tu pun kalu korang nak ar..hihi)

Aku preview sikit la sinetron Olivia ni kat sini... Sinetron ni mengisahkan tentang seorang pmpuan yang bernama Olivia, dia ni suka sangat ngan bola sepak. Dah namanya pmpuan pastu minat bola pulak tu, kaum lelaki yg mental dia tak berapa nak penuh, telah memandang rendah terhadap kemampuan pmpuan untuk main bola sepak dan Olivia merupakan salah seorang daripada mangsa diskriminasi jantina dalam game tu... Even balak dia sendiri meremehkan bakat Olivia dalam bola sepak...bla..bla..bla... Bermulalah episod penyamaran Olivia menjadi cowok a.k.a lelaki yang bernama Ruben (nama abang kembar dia dlm sinetron ni) untuk menyertai team bola sepak Justine. Kebetulan pulak, si Olivia dah tangkap cintun dengan si Justine tu... Macam2 kejadian yang berlaku sepanjang Olivia menyamar sebagai Ruben dan sinetron ni berakhir dengan happy ending...

Selama aku layan sinetron ni, mmg kepala aku biol tahap power rangers la..haha... Gelak, marah, bengong, sengal, geram, semua perasaan tu ada la... Sebab tu kena layan sendiri cerita ni. Aku rasa aku suka sinetron ni, 1st pasal cerita ni love story (jiwang aku ni..). Sebab yg kedua pulak, pasal cerita ni tak ada sangat campur tangan mak bapak hero dan heroin. Kalau kita tengok sinetron indon sekarang, majoriti mesti ada kisah mak bapak yg masuk campur dalam kisah percintaan anak2 diorang. Kalau masuk campur suka kat hero/heroin tu tak apa, aku boleh terima lagi...ni tak, hasad dengki, materialistik dan semua yg jahat sewaktu dengan nya la.. Pastu sedap2 pulak buat mcm2 plan nk pisahkan hero/heroin then jodohkan ngan lelaki/pmpuan yg diorang suka... hissshhhh... Aku fed~up sangat disogokkan dengan jln cerita yg mcm tu... Letih mulut ni mengutuk diorang (hahaha...bongok kan, padahal tu cerita je...LOL). Sebab yg ketiga pulak, cerita ni tak dimasukkan unsur2 tahyul, ala yg ada pari2 tu semua, jin dan ntah apa2 lagi ntah. Eiii...aku tak leh la...bosan dengan cerita yg macam tu...!!! Sebab yg seterusnyaaa....korang pk la sendiri...haha...

Kat bawah ni aku upload kan sikit ending sinetron ni.. Video ni aku donlod dari youtube tp tak tahu nak bagi credit kat siapa pasal diorang pun upload from peng'uploader' yg lain jugak...hehe... Tak apalah, bagi credit kat 1st peng'uploader' yg upload sinetron ni la.

Ending Sinetron OLIVIA


--this video credited to caremz--
(4shared & youtube)

Nak layan episod lain? Rajin2 la search kat youtube...hehe... ^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin