Program: Diet Hour
Anjuran: MakChantek Sdn. Bhd.
Terma & Syarat:
- Oat itu harus
- Ucapkan selamat tinggal kepada semua "Unhealthy Food"
- Katakan TIDAK kepada NASI
- Kerap melakukan aktiviti senaman ringan
- Rajin makan buah-buahan dan sayuran
(seperti yg telah dipersetujui oleh MakChantek)
--wakaka--
Oat! Aku dgr tiga huruf tu pun perut aku dah naik mual. siapa cakap oat sedap? persoalannya betul ke oat tu sedap? yarkkk...!!! siyesly, aku mmg sgt tak suka makan/minum oat mentah2 mcm tu, walaupun dimasak dlm perlbagai jenis makanan utk dibuat lauk. tak sedappp!!! tp kalau dibuat biskut, siyess dohhh SEDAPP!!! raya tahun lepas aku buat dgn tangan aku sendiri (tp ikut majalah occayy), betul sedap. rangup je biskut tu...(tiba2 kecur air liur saya...--> gulpp)
tp bulan Oktober dan November lepas, aku menjadi pengamal oat yg tegar. setiap hari dalam satu hidangan aku mesti ada oat. Kawan aku punya pasal la, terpengaruh punya pasal. dulu beliau ni boleh dikatakan hampir2 bersaiz somel spt saya (sayyaaa??) --> ok2, aku ngaku! tp semenjak beliau melanjutkan pelajaran beliau di salah sebuah institusi tempatan, beliau telah nekad utk diet! mungkin perasaan utk tukar status somel kepada lawa melonjak2 akibat daripada transformasi perubahan persekitaran. hehe~~~ rasa ingin tahu saya semakin membuak2, mcm mana beliau boleh menurunkan berat badan dgn begitu +ve sekali. --> tak puas hati! tak puas hati!. diringkaskan cerita, beliau pun memberi jawapan yg cukup ringkas "aku mkn oat je dan pantangkan nasi". erm...beliau turut mendisiplinkan diri beliau supaya turut melakukan aktiviti senaman ringan yg boleh mengeluarkan peluh.
dgn drastiknya aku berfikir, kalau beliau boleh kenapa tidak saya?! why not saya mencuba? lagipun oat is a healthy food. d cuba bagai pun takkan mendatangkan efek -ve. so, dijadikan cerita November sampai Disember saya mula mengamalkan diet spt beliau. Ya, diet yg berasaskan OAT. sedap tak sedap, nak lakukan transformasi diri kenalah telan walaupun rasanya sangat tidak sedap. (maaf ya penggemar oat, saya mmg tak suka rasa oat) Hasilnya? mungkin diet tu bukan utk aku kot. hahahaha~~~ takde la...mak cik saya cakap dah takde dah lemak2 ko menggeleber lagi...wahhhh!!! tp ingat ye kawan2, kena rajin joging tau. takde maknenye kalau tak lakukan aktiviti yg mengeluarkan peluh. kang lemak2 korang tersumbat pularkkkk... tak lama aku amalkan diet ni pasal dah masuk alam pekerjaan, time makan dan minum aku dah bersepah2. tak ikut dah pantang larang pasal kalu ade je member ajak pegi makan, aku rembat je. asal aku lapa je, aku ajak member aku pegi kantin. aku dah tak boleh nak ikut lagi jadual diet oat aku. hehe~~~
selain diet oat, aku penah jugak cuba diet air (disarankan kepada mereka2 yg gumok air - gumok ni ada mcm2 jenis. gugel la sendiri eh). aku dapat maklumat ni melalui laman web. penulis berkenaan menyatakan bahawa dgn hanya meminum air mineral/masak bergelen2, tanpa menyekat makanan dapat mengurangkan berat badan. Ini kerana air tersebut akan menyebabkan kita kerap membuang air kecil di mana proses membuang kecil ni lebih kurang seperti mana kita mengeluarkan proses perpeluhan. bagi yg kurang berpeluh, boleh lah mengamalkan meminum air masak/mineral supaya kerap membuang air kecil. lagipun bukan apa, korang kerap buang air kecil bermakna dari tempat duduk korang nak ke toilet akan menyebabkan anda bergerak dan hal ini turut dianggap sbg senaman. aku dah cuba, tp aku tak suka! haha!!! asyik buang air kecil je, 2 hari je aku leh tahan. huhu!!!
So, utk program Diet Hour di atas bukanlah anjuran pihak2 Earth Hour ataupun Hour2 yg sewaktu dgn nya, tetapi ia telah dianjurkan oleh MakChantek Sdn. Bhd. --> fik, sedap ah nama company ni!!! Well, kepada kalian yg sudi mengikuti program ni bolehlah register nama dgn En. Fik NBE (itulah nama beliau). dan utk En. Fik, bila eh kena hantar report kesihatan???
Apapun, jagalah kesihatan anda! u deserve to live in ur own healthy life!(owh, inggelis saya bertaburan, maafkan saya)
Notes:
** apsal aku kerap guna perkataan transformasi? haha~~~ pengaruh AF7? ah tidak...!!!