Followers

Showing posts with label zero. Show all posts
Showing posts with label zero. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

Spagheti Yummy!

Tajuk yg agak drama!
haha

Semalam singgah makan kat Sugarbun
lama tak singgah sana since melantak di Wadira adjer


Ni menu yg mak aku order
Spagheti kuah kacang namanya

rasanya so-so
to be honest aku tak pandai sangat makan benda alah ni
tp kuah nya sedap

dulu masa masih belajo
duk umah sewa dulu
pernah belajar dari kawan aku mcm mana nak masak kuah spagheti ni
simple dan senang nak ingat
berlagak gila boleh ingat gitu gitu tanpa menyalin apa apa
sekarang ni aku lupa mcm mana tah nak buat
 bole ja nak buat
tp aku main masuk ja semua
(okei, berlagak lebei)

so semalam aku sudu la dua tiga kali dlm pinggan mak aku
mmg tak boleh blah makan benda ni
then aku bedal kuah dan ayam goreng dalam tu

btw, orang kata spagheti adalah salah satu contoh masakan org malas? erkk?
rilekk.. chill... chill...
jgn marah
haha...~
orang yg kata tu, bukan akulah...

lariiiiiii...~

Manusia akan berubah! Bukan janji, tapi pasti! ;)

Salam dan selamat everyone ;)

Tajuk ujong tu aku pinjam tagline penerbit filim terkenal Mr. David Teo
jgn la pulak ada yg mintak royalti pas ni 
gara gara pinjam tagline kan?
haha...~

Manusia berubah? 
no big deal
konsep simple dan mudah nak ingat
tp bukan semua org akan faham
perubahan apa yg dibawakan
dan perubahan mcm mana yg org lain alami

tp bagi aku
as long as perubahan tu tak membawa kpd kemudaratan
mengapa takut utk berubah kan?

well
mengenali seseorang juga akan menyebabkan kita akan berubah
Okei, ini aku tak tipu!
aku sendiri mengalami nya 

manusia mungkin boleh bersikap dan membuat keputusan dgn mudah
menghakimi org lain umpama diri sendiri tu sempurna sangat
tolonglah eh..~

kalau sempurna sangat
KITA TAKKAN PUNYA MASALAH DENGAN ORG LAIN
itu kesimpulan yg aku boleh buat

perubahan yg mematangkan diri dan pemikiran itu penting
kematangan itu bukan diukur dr segi bilangan umur
tp diukur melalui pengalaman dan pemahaman seseorang
(okei, itu pendapat aku)

bukan nak kata aku ni matang
tp aku terkadang meluat, menyampah sampai nak termuntah tercirit pun ada
mengaku diri tu matang sangat

oh HELLow..

berhenti membenci orang
dan belajar menyayangi orang di sekeliling itu boleh dianggap matang
mula belajar menilai diri sendiri berbanding mengata org itu juga satu kematangan
menerima hakikat belajar dr kesilapan itu juga satu kematangan
mencarut? depends on the situation kot.. haha

ada yg carut itu matang
tp ada carut itu sangat menunjukkan kebudak budakan

to be honest
berhenti terlalu mudah menghakimi org lain
kita bukan bagus sangat sampai nak kata semua org sukakan kita
kalau la aku boleh berhenti dr muntah tercirit dgn mereka yg perasan bgs dan matang ni kan bes? hehe

aku bukan nak berkongsi tentang teori kematangan
sekadar cakap kosong ja kot
haha

baiklah
aku paling tak reti buat penutup karangan
serius!
yg aku tahu ada word "KESIMPULANNYA"
itu dah kira penutup la
tp aku tak ada kesimpulan utk entry ni

ada kesinambungan barangkali?
entah.
babai :)

Life must go on... Blog juga perlu diteruskan...

Salam everyone!
wah, norway sangat emputeh bagai

Sebelum ni ada yg tanya
kenapa nak tutup blog segala
aku bagi jawapan retis
homai..~

cukuplah
blogging mmg dah jd full time job aku masa menganggur dulu
sekali pun aku cuba buat blog baru
aura nya tak sama dengan blog lama ni
serius!

rasa rasanya jadi seperti diri yg asal dulu kan bagus
lebih jujur
kalaupun sering jujur tu banyak org salah menilai
dan terkadang tak hargai langsung nilai jujur yg kita berikan

^^

hidup ini singkat
kenapa nak stress kan kepala dengan hal hal yg tidak enak
Hadapi semuanya dengan senyuman
bukan ka itu lebih molek

happy happy olwes!

and have a blast wiken!



Pesanan Penaja: lama tak buat update bergamba...~ ;) kesabaran yuwols!!!

Tuesday, November 30, 2010

♥ Cinta si Encik Pembaziran ♥

nothing to share here...~

mmm...~ kekeringan idea ni suda....
kenapa ni ba...???
adoihhh...~

mungkin kerana suda kurang membaca ni...~
huyeahhh... Cik Yarn dilanda penyakit "M" sekarang...
M.A.L.A.S ohhhh...!!!

Friday, June 25, 2010

nokia mobile codes

Assalamualaikum wbt

semalam masa godek2 satu laman web drama cita jepun, aku terjumpa gamba kat bawah ni





Pastu mula searching2 kat google
ekceli ni bukan benda baru
tp bagi aku yg agak2 tak berapa nak update ngan dunia teknologi ni (lalala...)
haruslah aku dilanda "ke-sakai-an"
boleh???

sblm ni mmg aku tak amek 'pot' pun ngan benda alah ni
tp pas aku nengok cita jepun "Yukan Club" on air 1997
(bes tp fail kes siasatan diorang tak sehebat Kindaichi Shonen no Jinkebo)
ada satu scene tu, tunjuk pakai kod bar mcm kat atas tu

1. paparkan kod
2. snap
3. click
4. downloading progress
5. tadaaaa....kuar gamba...or apa2 yg dah dikodkan

hurmmm...semudah itu bukan???
tak payah usung lappy ke hulu hilir
tp bawak gadget kecik pun dah memadai
canggeh....

tp still
aku buta lagi
mcm mana nak pakai benda alah ni
aku dah try install bar code reader ni kat fon
tp paham2 je la
kamera fon aku masih tahap bongok alang2 lagi

nak anto kedai, siyes oh aku malas
(masih ada warranty noksss...tp still mak malas...)
sila tiru resam malas saya
kalau mau gagal dalam hidup
wawawa

kesimpulannya, nak tau pasal mobile codes ni
searching2 la sendiri ek
aku tak ada jawapan
ngeh3x


pssstttt, bagi sesiapa yg nak share info pasal mobile codes ni, rajin2 la anto komen ye...siyes oh, aku nak menambah ilmu ni. tp bg sesiapa yg malas nak taip komen ke ape ke, tima kasih gak sbb sudi dengar repekan saya...



wassalam
^_^

Saturday, May 1, 2010

muhasabah diri...

Rasa mcm dah lama tak menulis karangan panjang kat blog aku... Tanggal 30 April aku jd penganggur tegar semula...setegar mana, aku sendiri tak tau. Lebih kurang 10 bulan (dari Julai 2009 hingga April 2010) banyak pengalaman pahit manis yang telah dikumpul...

Agaknya entry kali ni berunsur sentimental dan emo terlebey sikit kot...haha~~~ nak tau seterusnya, lanjutkan bacaan anda...kalau dah start boring, hehe~~ "kalih" sajork ke page lain...

Sementara lepak sorang2 kat tepi KFC di LCCT ni, haruslah aku kebosanan tahap baladewa! So, bes gak kalo nak muhasabah diri di tempat mcm gini... muekeke..~~~ (hari2 pon mmg kena muhasabah diri...insaf katanya..)

Senang tak nak jadi seorang guru?
(ada sorang student tanya soalan bonus ni kat aku)
Ada mcm2 jenis guru
guru yang baik
guru yang berdedikasi
guru yang berilmu
guru hanya pada nama
dan lain-lain lagi
*anda yang mana?*


"Kami guru Malaysia,
berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putra putri negara kita..."


terngiang2 meremang bulu roma kalo dengar lagu ni
hevatttssss bukan?!

aku tak ada ulasan selanjutnya mengenai remang2 segala ni
tp yang aku tau, nak jd guru
sama seperti profesion yang lain jugak
pertama sekali perkara harus ada ialah ---> MINAT!

so, tepuk dada tanya selera
tanamkan cita-cita sejak dari kecik lagi
tentukan matlamat, kenal pasti bakat dalam diri anda
tetapkan lapangan mana sesuai untuk diri anda
insyaAllah berjaya!

jangan sia-siakan usia muda anda
bak kata encik adnan sempit: di mana ada usaha, di situ ada highway

kepala dah pening...idong dah berair, mata dah menyepet,
idea zero...belon lambat lagi nk fly to kuching
haiyohhhhh...wat a boring~~~


p/s: pelajar saya dari SMKKMT, gambar sudah d upload d fb saya...yang lain2 akan d upload kemudian...biar saya tengok "heaven" (umah) saya dulu, barulah mood nak meng'upload' tu beranak pinak...


Selamat menempuh peperiksaan!!!

Thursday, March 18, 2010

botben mcm haramzzzz!!!

Fire!!!
nak je aku balun
rendam dalam toilet
benda alah ni!




Seminggu buat hal muka tak besalah
at laz, hati panaz
aku call gak celcom careline



Nasib baik yg menjawab nya baek hati (gituuuuu!!)
dan malam ni, aku boleh online dengan aman...

Tuesday, February 2, 2010

Semuanya keranaaaa....~~~

1. broadband buat hal...asyik problem sajork beberapa hari ni...aku tak faham...
2. kesuntukan masa...banyak masa di abeskan kat sekolah...relief, keluar, masuk, keluar, masuk, report ntah ke mana...
3. nak siapkan report, maklumat pulak tak pernah2 cukup...mintak dicukupkan, tp tak tercukup...entah, aku tak tahu nak guna ayat apa dah...
4. Berfesbuk...aku tak ada masa utk berfesbuk? itu kebenaran palsu...walaupun payah nak dapat line internet, tp sedaya upaya aku akan log in fesbuk biarpun terpaksa menggunakan hp...thanks to n85...
5. sakit kepala, sakit hati, sakit kepala lutut, sakit tulang belakang...semuanya sakit menyebabkan aku tak sabar nak abeskan 3 bulan ni cepat secepatnya...
6. AKU NAK BALIK KAMPUNG...SARAWAK TANAH AIRKU...
7. OmSicK!!! OmSicK!!! OmSicK!!!


GUD LUCK YARN!!!

Saturday, October 17, 2009

Wohhh Penyakit

Sabtu yang biasa2 saja... Cuti hujung minggu ni sangat sunyi, Pn. Miemie merangkap roomate aku ke JB utk berjumpa dgn hubby beliau (Selamat pengantin baru buat Pn. Miemie ek, beliau selamat diijabkabulkan pada 4 Oktober lepas. Semoga bahagia hingga akhir hayat ^_^). So, tinggal la aku sorang2 kat bilik ni. Kosmet yg satu aras ngan aku lak, ramai jugak yg balik kampung.. Maklum lor, kampung dekat2 sajork.. yg tinggal kat aras ni cikgu cekgi yg duduk jauh2 je la...

Aher2 ni banyak beno penyakit yg menyinggah kat aku...aku pun tak paham. Vit C? sebetoi nah aku telan... (sedap toi yg chewable lak tu...waikiki)

Petang Khamis lepas tiba2 badan menggigil...perut tiba2 menggelegak... diarrhoea la jawab nya... dari petang sampai la ke malam aku menggigil kesejukan... (x pernah2 aku off kipas dalam bilik ni...huhuhu)






Ahaaahhh...gbr ni pulak, nampak tak anak panah kaler merah tu... sangat somel jerawat itu bukan?? yaaaa...dan sekarang apabila beliau sudah membengkak, kesomelan beliau semakin terserlah!!! Dah la tuan jerawat tu tak somel mana, pastu ditambah bengkak jerawat yg sangat durjana itu... bukan tak nak guna ubat2 jerawat, tp risau bengkak makin menjadik... lebih2 kulit aku ni jenis sensitif... (wohhhh...lama gak nak rawat kulit muka menggerutu ni dulu...wakaka)

Waktu mcm2 penyakit singgah kat diri ni kan, mcm2 hal yg kita fikir... (aku la...tak tau la org pun fikir apa yg aku fikir). Time mcm gini la kita fikir nak ssorang jaga kita... ahahhh!!! dats the big...big...poinggg!!! Tp setakat ni, saya sangat rindu kan mak saya di kampung halamanku yg tercenta... Beliau adalah doktor terbaik saya... Semasa saya sakit, beliau yg ambik berat pasal saya... Semasa saya demam beliau usapkan kain tuala basah d kepala saya... Khamis lepas pun asyik telefon tak mau2 bila dapat tau aku sakit... (dah la anak dia ni jenis liat nak jawab fon time sakit...hehe...--> sorry mama)

What ever it is, she is the best mom in my world!!!

Alhamdulillah, sekarang aku dah beransur sihat...cuma jerawat ni masih berbekas kat pipi yg sangat gebu ni (wakaka...)

Saturday, September 12, 2009

Kad Raya

Assalamualaikum... lebih kurang dah 3 minggu umat Islam berpuasa. Haiyohh!!! asek kira hari jek aku ni kan... Nak buat mcm mana, rindu umah punya pasal...ngiahaha!!! aku tau, ramai lagi student luar negara sana yang tak balik, sedangkan aku pulak duk dlm Malaysia pun nak balik bagai nak rak!! Over bukan??? Yeppp!!! aku mmg over sehhh!!! Sapa tak over nak balik??? bukan aku okeyhhh!!! Apa2 je la...yg penting, tak lama lagi nak balik...yea..yea *sooka...sookaaa*

Okeh, bukak jek blog pagi ni..teros dapat kad raya... Kat fesbuk & frenster pun dah ramai yg bagi... tima kasih kepada sesiapa yg masih sudi nak bagi kat aku *free, mau ko tak bagi* kalo pos, tahun ni aku mmg tak buat...hehe~~~ bajet tak lepas lak tahun ni nak ber kad raya segala. SMS jek la ek kawan2 semua ^_^


Thank to Wan Hazel aka Kedondong
(Selamat Hari Raya AidilFitri)
-mohon maaf mun ada terkasar bahasa-

Aku nak buat kad cenggini mmg aku tak reti. Apapun, kepada semua umat Islam yg berposa, berposa la ekkk... tinggal bbrp hari lagi nak posa... kalo nak posa selain bulan ramadhan tu, kompem sstengah org ade liat sikit nak posa kan...hehe~~ *pengalaman mendewasakan diri yea kawan2* haha~~~


.: Have A Nice Day :.

Saturday, August 29, 2009

Menu sungkei aka berbuka posa...

Aku puasa occayyy!!! Siapa tak puasa, sila angkat jari manis kaki anda!! hehe... Semalam, balik2 kelas aku dan bbrp orang lagi kawan aku bebuka posa kat luar (means luar dari area kampus dalam utan ni laa..hehe). Bukan saja2 nak berbuka kat luar, tp memandangkan nak hantar cik Ella naek bas pukul 8.15pm, alang2 kami terus berbuka kat luar...

So, menu semalam...

tadaaaa....


(kuetiaw goreng, telur dadar & air barli suam)



Dan menu untuk hari ni pulak.... takde la pulak kalerful mcm menu semalam (kalerful ekk? at least mcm2 kaler la jugak) sebaliknya menu aku hari ni pucat lesi sajork...

errkkk...alhamdulillah...

(oat, susu & soya gold CNI)
-soya ni sangat sodapppp!!!-
i loikeee!!!


At least dengan makan oat, perut boleh kenyang tahap gaban ye anak2. Sangat sodap hingga menjilat mangkok olsss!!!

Sebenarnya hari ni ujan...so, malas nak keluar beli makan kat pasar malam bawah tu so aku berbuka ngan oat sajork.. Rumet aku pulak kebetulan dapat "cuti free".

Tuesday, August 25, 2009

Rezeki datang lambat...

Alhamdulillah...hari ni dah 4 hari umat Islam berpuasa. Mcm biasa tiap2 hari pun aku ada kelas pukul 8 pagi, ekceli kelas pagi ni pun utk ganti kelas yg lecturer aku MC hari tu (mcm sorgaaa je tdo masa dia cakap kansel sblm ni...haha. tp tu la org cakap, sorga dunia ni mmg sementara cuma). Kalau tak ada kelas ganti ari ni, boleh layan tdo sampai pukul 9 pagi pasal ada kelas gak pukul 10 am.

Tp pagi ni kelas kami tak stat kul 8 am, sebaliknya 8.30 am (ekstra 30 mins jeww). Plan ngan kgkawan aku nak pegi kelas kul 8.15 am last2 8.15 am jd 8.45 am!!! Siot tol!!! (mana aku belajor bahasa siot nehh!!!). Tp lambat bersebab ekk.. Cik Qilah kurang sihat pagi ni, so takpe la... aku, cik Mimie dan Cik Ella meredah takot bawak keta Cik Qilah... Aku nak bawak? Mmg aku rasa ralat sangat pasal dah 2 bulan ngam2 tak bawak keta (alasan boleh blahhh!) tp siyes dowww, keta orang mahai2, sapa nak ganti kalau aku TERaniaya keta beliau? takdok..takdok! aku mana ada duit!!! hoho...

Last2 cik Mimie bawak la keta tu...kami masuk kelas lebih kurang dekat2 nak kul 9.00 am.. means kami lewat setengah jam. Masuk2 je kelas, rupa2nya budak2 ni tengah jawab soklan kuiz!!! Nasib baik la kami tadi gagah jugak pegi. Kalau tak, tak jawab kuiz la kami pagi ni... (Even tak skor full...wakaka.. mmg padan pun pasal tak studi..kui3x --> ampun mak..haha) Ini la namanya rezeki datang lambat... ada jugak member lain yg tak masuk kelas td pasal ramai yg lewat gi kelas.




Kuiz ni la kami jawab td...dengan tak prepare ape pun, lecturer tu buat kuiz mengejut yg tak berapa nak terkejut... cukup la sekadar nak segar kan mata aku mengantok yg amat time tuhhh.. very the blurry gambar d atas bukan? bagosss!!! *two thumbs up*. Kenapa? daripada seluruh soklan tu, aku dapat jawab 3 sajork...!!! hahahaha~~~ 3 over 10 olsss... bencik ahhh..!!!

Time dekat2 nak balik raya ni la lecturer makin banyak bagi asaimen. Apakah pendekatan yg beliau nak aplikasikan??? ---> problem based learning...katanyaaa... Ok la, apa2 ajorkk.. aku penat, loteh layan karenah beliau. Tak sookaaa..tak sookaaa... Dateline pulak time aku nek flyte pulak tu... itu yg tak tahan.. Wat ever it is, tiket saya udah dibeli bapak2...ibuk2... wahaha... sookaa..sookaaa...

Tak boleh nak pokus dgn asaimen lain, tak boleh nak pokus studi...gara2 asaimen beliau. Semoga beliau sentiasa bahagia selalu hendaknya...

keyhh..sblm aku undurkan diri...nak petik kata2 yg aku dapat daripada budak2 kelas aku masa diorang buat presentation hari tu...(aku tak tau diorang dapat mana la pulak)

"Kegagalan seorang doktor menyebabkan kehilangan satu nyawa
tetapi,
Kegagalan seorang guru menyebabkan kehancuran seluruh generasi"
(maaf...aku tak pasti betol ke tak...insyaAllah, sekiranya salah, akan d edit kemudian)



Itu ajaaa...
ajaa..ajaa fighting!!!



Notes:

==> how many days left back to Saratok ku yg tercenta...? wahahaha...

Thursday, August 20, 2009

Puzzles in my mind.....

I got something to say

BUT

Donno how to be said out

OR

To be written in the word

I need to finish the puzzles in my mind

Before i can say it

Thursday, August 6, 2009

pagi ini...

Pagi yg sangat bes, khusyuk dan tawaddhokkk ni... amatlah bes kalau tdo sampai pukul 1.20pm... kenapa ada extra 20 menit? suka suki saya laaa... ngeh3x

Tp kena jugak bangun... pegi kelas punya pasal... tp kan... ada tp lagi... Punya la kami ni terkejar-kejar nak masuk kelas pasal dah lewat, pastu dengan parking lak, jauh nye yarabiii... (alah, mcm tak biasa.... tak kose aku!) sampai je depan kelas budak2 ni pulak bagitau KELAS CANCEL!!! tak ke mei_ngong!!! alohhhh... sabar jak laaaa... Gap utk next class pulak lambat lagi... 12.30 pm nanti.. so, we ol pun decide balik bilik...

Means, ai dah ada masa utk upload gamba dohhhh...!!! Wakaka...



BROADBAND TIME NOW!!!!




FIRE!!!!!

Koleksi Gambar sepanjang cuti H1N1

Update seringkas yg mungkin (aku cobaaaa...) Ini je sempat diupload dan jangan pandai2 nak download pulak... Penyalahgunaan kata nyaaa... nak download, silalah download gambar bunga matahari ke, gambar air terjun ke dan lain-lain lagiii.. (ayat skema kooo!!!).


26hb Julai 2009 (lebih kurang 6.45 pm)
Masing-masing tengah tunggu bas kat luar kampus. Tak boleh nak bayangkan mereka angkut semua barang2 dalam tempoh masa yg singkat kat depan kampus ni... kolej jauh bebenor dari area depan kampus ni... Nek mara liner kot.

Ni baru gambar kat kawasan luar kampus, tak tengok lagi mcm mane rupa kat changlun & alor setar.. Tak ada la pulak gambar nye pasal aku tak ke tempat kejadian. Tapi dengar ceritanya, mmg jalan jammed nak ke changlun dan a.setar.




Bila dapat cuti mengejut mcm ni, dalam kepala aku dah kosong. Tak tahu nak menyinggah dan berteduh kat mana. Aku ngaku, mmg ramai kengkawan yang ajak balik umah diorang, tp tu laaa...kepala ni asyik dok teringat dekat sepupu aku yg ada kat Kuala Terengganu... Terengganu tuuu...kenangan sungguh!!! Hihi...

Terima kasih utk kawan2 semua yang sudi ajak aku stay umah korang... Budi korang tak tau nak balas mcm mana. Walaupun terpaksa ditolak dengan baik, insyaAllah, sampai jugak kat umah korang nanti. Thanks to Cik Qilah sbb bagi bermalam kat umah semalam...hehe... sementara nak cari tiket ke KT kan... ;) pasal mlm 26hb tu semua tiket ke KT sold out kalau naik dari Kangar. Saja je tak naik dari A.Setar & Changlun, kompem abis nye... pasal semua serbu kat situ (dah yang tu paling dekat ngan UUM) Mau tak sold out, semua UiTM cuti pastu UUM pastu ada la jugak tempat lain yg cuti. Dengan reaksi yg sangat kuciwa, otw ke umah cik Qilah tu mmg frust gila2 lorr..


27hb Julai 2009 (9.45 am)
Sampai je kat alor setar, terus pegi kaunter tiket SP Bumi... aku nampak SP Bumi je waktu tu...haha pasal dulu cik Not selalu nek bas tu kalu balik belah utara ni. Pastu pulak, seat bas tu sangat la sodap dan luas... muahaha.. padan ngan kehendak pasaran aku lor...

Awal2 tu cuma tanya tiket pegi malam je... Tiba2 diorang cakap pagi tu ada bas!!! SYOK!!! SUPERB! MANTOPPP!!! Bes sehhhh dapat pegi!!! Lebih kurang kul 10.00 am mcm tu, bas tu memulakan perjalanannya... dengan tak sarapan dan beli air/makanan, masuk bas terus... padahnya, aku lapo dan sangat dahaga (kalu posa pun tak pa hari tu...haha)

+
+
+
+
+
+
+

Tadaaa!!!! Ini lah cousin cik Yarn yang ada kat Kuala Terengganu tu...
Cik apah atau Usu...


31hb Julai 2009
Masa ni kami kat Kuantan, East Cost Mall kata nyaaa... Besss!!! Memang jamu mata semata-mata. Maklumlah, elaun tak lepas lagi 3 bulan ni... Mampos tahap gaban tak ada duit ni..




Makan Time!!!!

Hohh!! Saat menaip entry ni, mengidam gila2 tengok gambar kat bawah ni.
Ada sesiapa alami perkara yg sama tak? Muahaha...korang tak rasa lagi.
sangat sedap sehhh!!!
Chicken Chop Black Pepper (RM 10.90)
Lokasi: Noodles ...... (sorry, aku tak ingat nama...haha tp mmg kat dalam EC Mall tu jugak)



Sila pokus pada gambar air gelas tinggi tersebut!!! Sangat sedapppp!!! Padan dengan hargaa..
Ice Age RM 6.++ (tak hengat jugakkk..)




Mama usu pulak order kuetiaw goreng RM 6.++
Sila pokus pada pinggan yg digunakan. Mmg sangat luas occayyy! Pinggan luas, kuetiaw pun harus luas sehhh!!!
Lupa la pulak nak snap gambar air mama usu ni...hehe..
dengar cerita mmg sodap air beliau...



Okeehhh...
ni pulak menu usu...
tak tau la pulak nama air tu... mi tu pun tak tau nama apa..
haiyohhh...how come me!!! lupa..lupa...
berapa kilo semut aku telan, aku pun tak tau!

[usu semakin kurusss... usu, mintak resipi maintain slim... ;)]


Cakap pasal kenangan pulakkk.. 1hb Ogos 2009, ai jejak kan kaki ai balik kat UMT!!!!
Waaaa...setahun sudehhh selepas selamat bergraduat tanggal 14 Julai 2008.
Gambar bawah ni kat depan library.. dulu tak ada logo UMT ni kat sini rasanya.. tu yg snap gak tu. Snap dalam keta je.




2hb Ogos 2009 (3.00 pm)
Siap sedia nak ke rumah Cik Eyra pulak... Jerteh!! Here i come!!!
Kenangan lagi sehhh!! MBKT, tempat salu merayau2 shopping kain n tudung...
hehehe...




Dari KT ke Jerteh, kos lebih kurang RM 10.80 (tidak termasuk tambang teksi)
haha...



4hb Ogos 2009
Selamat sampai kat UUM pagi tu lebih kurang pukul 5.30 am
Naik dari Jerteh pastu turun kat Changlun
Dengan tak cukup tido dalam bas, tp maintain boleh snap gambar dalam kelas...
siyes sehhh...ngantok!!!

(haippp zira...senyum sikettt....!!!)

^_^


Di kesempatan ini, aku nak ucap berbanyak terima kasih kat Usu sefamily banyak sapot cik yarn...hehe... Setahun sik temu ngan usu, at last...temu juak gara2 cuti H1N1... terimak kasih utk segalanya ^_^
Terima kasih jugak buat Cik Eyra (tak ada la pulak gambar beliau d snap...lupa lagik) sbb sudi sponser tiket balik, KFC dan kenalkan geng baru kat cik Yarn... sama pesen ngan aku lak tu... ^_^
Terima kasih utk Cik Qilah, Cik Ella dan Cik Cheetah kerana susah payah teman aku cari tiket ke terengganu hari tu. Tak ada korang, tak tahu la aku mcm mana...



Notes:
==> Inilah paling ringkas aku boleh buat...wakaka...
==> Masa ngerepak tamat sudehhh...nak siap2 g kelas la pulak... (kompem ngantok ah pasni!)

tata

Wednesday, August 5, 2009

H1N1 dan hari-hari cuti aku....

Assalamualaikum...

Sebenarnya...banyak jugak benda nak d story dalam blog yang tak berapa nak peribadi ni... (hoho...) tp aku malas sangat nak update bila gambar tak boleh nak di transfer ke dalam lappy kesayangan hamba ini... entahlaaa, aher2 ni selalu meragam, padahal dah beli mcm2 utk "dia" (encik Lappy laaa...). Tadi, masa PC Fair aku dah beli "sehelai" beg spesel utk "dia", mahai pulak tu... lepas utk makan 4 hari.. tp tetap aku beli.. sayang punye pasal... RM18.. Lepas waddd utk 4 hari...hahaha... Ok, then aku lengkapkan lagi alatan tambahan.. sebijik tetikus yg sangat comel... rasa nya inilah tetikus yg paling mahal aku beli & sanggup beli... --RM29... hahaha... bukan setakat makan 4 hari, sminggu pun lepas dohhh...!!! Fine!!! Ko nak merajuk, ko merajuk Encik Lappy. Ikut la sesoka hati muuu... (p/s: tiada niat utk riak apabila mempamerkan tanda harga di sini. sekadar berkongsi "figur" semata-mata) wakaka...

Errr...minggu lepas UUM cuti seminggu... Darurat pasal H1N1.. dikatakan ada saspek H1N1 kat sini... Sabor je laaa.. balik kelas pukul 5.00 pm mcm tu, kami d suruh mengosongkan kolej ni. Kes aniaya sudah ini.. so, start ahad tu UUM cuti, Isnin tu aku sampai la kat Terengganu aka Kuala Terengganu... utk "berambeh" di rumah cousin aku sehingga la hari Ahad (seminggu aku d umah beliau).. Ahad tu pulak sehingga la hari Isnin, aku "berambeh" pulak umah ex-kosmet/ex-hosmet UMT dulu...cik Eyra... huhu... means, ai dah burn kelas dua hari iaitu kelas hari Ahad dan Isnin.. Well, balik lambat pun bukan soka2 nak balik lambat, tp takdo tiket..

Walaupun cuti H1N1, tp cuti aku tetap bes!! Thanks Usu & mama usu...!!! Mun sikdo usu dan mama usu, ibuk sik tauk la nak besaduk sini gik... hehe ;)


Notes:
==> aku nak jugak upload gbr masa kat terengganu ari tu... takpe, mlm ni aku try transfer lain... InsyaAllah, akan d upload kemudian.
==> yeppp!! aku mok pulang rayoooo!!!!! ;( tulun...tulunnnn!!!

Tuesday, August 4, 2009

sikdo papo...

-- lamak sik berblog aihhh...--

akan di update sebentar lagi... ;)

insyaAllah...

Wednesday, July 22, 2009

Ntah aPa-aPa

Maaf, tak boleh nak sambung Final Stage utk entry Padang BesaQ tu. Hari ni mmg hari yg amat stress!!! Stress yg menggila. Kali ni bukan ngantok atau bizi dengan lecture... Tp kerana penangan Medical Check Up result aku sblm ni... Tak hengat ke aku penah masukkan dalam entry sblm ni? Tak hengat takpe, klik je kat sini --> MEDICAL CHECK UP

Ekceli bukan aku sorang je yg stress... Ada jugak budak lain yg stress tp tak menggila kot.. Kui3x... Si A ni siap cakap lagi, "aku risau kalau doktor tu tulis !@#$%^&*()(*&^^%$#?><, bila2 masa boleh kena tendang." Apa kejadah nya sampai ko kena takutkan aku macam tu sekali?? ishhh...ishhh... Tobat, tak nak dah sembang perkara tu ngan ko lagi. Bek aku sembang ngan Ketua Penyelaras... Setel semua! Thanks encik sbb bagi penjelasan yg saya harapkan dan bukan seperti yg budak tu harapkan... hehe...

Tp migrain tetap menyerang kepala aku yg dah setengah hari biol sebab tension fikirkan pasal result tu. Okehhh, enuff la dulu kot. Aku nak clearkan kepala yg tengah berdenyut nyanyi lagu ntah apa2... Olssss...time to sleep!!! Kui3x

Tata!!!
^_^

Tuesday, July 21, 2009

Medical Check Up...

Jumaat lepas, lebih kurang 2.00 petang mcm tu... budak2 "perdeg" kena buat medical check up dekat klinik UUM ni... Ekceli dari pagi lagi dah ramai berpusu-pusu ke klinik tu, tp kami kena giliran petang --> sajeje bagi aku bangun lambat... Errr, dgr cerita pagi tu mmg teramat kebizian kat klinik tu pasal kos perdeg bisnes dan sivik buat med.check up sekali ngan budak palapes. Huhuhu..yg petang tu pun tak sampai seratus orang boleh buat aku darah tinggi, apa lagi kalau aku buat pagi tu dengan 3 penjuru sekali gus... Siyes doh, masa doktor cek darah aku, mmg bawah dia 100. atas tu tak yah cakap la kan ;) So, dijadikan cerita... doktor buat apoimen lain kat aku hari Rabu ni --> esok ye tuan2 dan puan2. (pasal apa la aku boleh kena darah tinggi ni...!!).



Ni je la gambar yg sempat d snap pada hari kejadian. Tak kosa aku nak snap gambar segala... tensen nak wat urine test (opsss...!!!) pastu x-ray lagi...haiyohhhhh... tak sukaaaaa!!! ---> cik Jot, saya komplen lagi!!!


Pek Biru...

Sebenarnya, sampai je kat dunia UUM ni kan... perkara pertama yg harus dan mesti aku teropong adalah wireless FREE.. Ofkos nak yg free maaa... byr2 ni kira dah last choice mmg tak ada pilihan langsung. On sajork lappy ni, puihhhh...kemain vangga lagi bila tengok ada signal wireless!!! Tp tu la, sorga dunia tu mmg sementara cuma... aku telah dikuciwakan.... Boleh connect tp server tak jalan dohhh!!!

Merana mmg merana... Bukan setakat tak boleh nak hapdet blog dan cet2 ngan sepupu aku yg sangat "mancai". Opss, siapakah sepupu aku yg sangat mancai itu? Beliau adalah john ejump. Bukan setakat cet dengan beliau sahaja, tetapi cet dgn cik kbieng, cik jot dan juga rakan2 yg lain... nak cari rujukan dlm tenet pun teramatlah payah. Ekceli, apa yg aku belajo kat sini lebih byk perlukan tenet daripada buku kat library. Lecturer sendiri yg cakap, mmg tak ada rujukan utk kos ni...

Nak tak nak, terpaksa la buat pilihan terakhir.... beli la juga benda alah ni.......



Kebetulan kat sini ada buat ekspo lebih kurang mcm PC Fair gitu la... Dapat la jumpa yg harga promotion ni... Student price la katanya... Berapa kah harga beliau ini? biarlah saya sendiri yg tahu... Nasib baik tak beli dekat Penang yg harga RM 179 utk modem sahaja plus RM 68 utk byr bulan pertama (even diorang kata free, tu la bayor nye kot...kui3x)... aku beli yg dekat ekspo ni RM 200 pun tak sampai utk modem dan RM 68 tu... huhu... mur...mur... la tu kot kalu leh jumpa harga tu ;) --> bertuahnya saya!!!



Apapun, sediakanlah duit RM 68 ye cik yarn... Nanti tak pasal2 ko nanges sentap segala pasal tak bayor bil broadband cantek ni.... kui3x...

Bye dulu... Cik Mimi merangkap rumet Cik Yarn dah ajak kuar beli makan... Lapoooo... huhu... Selamat Menjamu Selera semua... ;)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin