Followers

Saturday, November 29, 2008

~Mini Reunion di SugarBun~

Selamat petang dan salam sejahtera... Di petang yang berbahagia tetapi agak keboringan ini, saya terasa ingin memblog pulak.. hihi... Beberapa jam yg lepas aku baru balik daripada menghadiri "Mini Reunion di Sugarbun" bersama Suria dan Jijie. Haha... Aku sajeje letak tajuk Mini Reunion tu, boleh la kot d anggap as a mini reunion pasal kami ni mmg tinggal satu kampung tp both of them masing2 bz dengan keje masing2. So, nk jumpa pun mmg susah (wpun tak susah mana pun...LOL). Macam biasa la, kalau tak ambik gambar, bukan kami la tu...haha.. Apa daaa...mmg xleh jauh dari cam. Sebelum aku lupa, nk ucap the very very tenkiu to my fwen, SURIA sbb jd penyeponser aku dan jijie a.k.a 'pengepau tahap power rangers' (mentang2 gaji baru masuk tu..hihi). InsyaAllah, next time jijie pulak yg akan sponser aku dan suria (turn aku lambat lagi...uhukk..uhukk...).

Walaupun kami cuma 3 orang, tp tetap bes..hehe... Erm, mungkin pasni ada lagi kot kitorang posing kat sini pasal ada member2 aku yg msh study kat over the sea (bukan oversea, okeeyyy...LOL) nk wat mini reunion lagi sekali (maklumlah, satu sem tak jumpa..ekeke...@_@). Kalau betul jadi, ada la aku letak gambar kat blog aku ni (even tak ada sapa yg layan pun..wakaka). Apa pun...LAYANNZZZZ....~~~

~~jijie posing ala2 gedikss. aku ngan suria rilek je~~
--jijie, yarn, suria--



~~maintain dgn posing gediks nya..hahaha~~


~~Penyeponser aku dan jijie...wakaka~~
--Suria--



[CANDID]
--Click..click...--








--Selipar brand BATA tu penting!!--

Cukup kot setakat ni... Nanti2 aku memblog lagi. Neway, until this tuesday no updates bcoz i'll go to kuching.. (me oso need to cuti2 malaysia even this is not real vacation for me cuz i'm doing smthg there ---> aku merepek apa ni? mcm la reti english...hahaha~~). Kenapa aku ke kuching? adala...hihi... Got to go now...take care my dear blog...i'm gonna miss u this few days..muahhsss!!!

Olivia dah abesss...

Akhirnya Sinetron Olivia telah melabuhkan tirai penamatnya dengan jayanya...!!! Tak tahulah kot2 korang pun layan ke tak sinetron ni...tp aku suka sangat ngan sinetron ni sbb storyline sinetron ni lain daripada sinetron lain kot... Ala, korang layan la sendiri, baru korang tau lain macam mana yang aku cakap tadi. Actually, sinetron ni dikatakan dikatakan sama/mirip dengan salah satu movie emputeh ---> she's the man (aku donlod dah, tp x sempat nk layan lagi..hehe), tp aku ada view sikit2 dan mmg sinetron ni mirip ngan movie tu... Aku tak nak komen lebih2 pasal tu, nnti korang tengok la sendiri (tu pun kalu korang nak ar..hihi)

Aku preview sikit la sinetron Olivia ni kat sini... Sinetron ni mengisahkan tentang seorang pmpuan yang bernama Olivia, dia ni suka sangat ngan bola sepak. Dah namanya pmpuan pastu minat bola pulak tu, kaum lelaki yg mental dia tak berapa nak penuh, telah memandang rendah terhadap kemampuan pmpuan untuk main bola sepak dan Olivia merupakan salah seorang daripada mangsa diskriminasi jantina dalam game tu... Even balak dia sendiri meremehkan bakat Olivia dalam bola sepak...bla..bla..bla... Bermulalah episod penyamaran Olivia menjadi cowok a.k.a lelaki yang bernama Ruben (nama abang kembar dia dlm sinetron ni) untuk menyertai team bola sepak Justine. Kebetulan pulak, si Olivia dah tangkap cintun dengan si Justine tu... Macam2 kejadian yang berlaku sepanjang Olivia menyamar sebagai Ruben dan sinetron ni berakhir dengan happy ending...

Selama aku layan sinetron ni, mmg kepala aku biol tahap power rangers la..haha... Gelak, marah, bengong, sengal, geram, semua perasaan tu ada la... Sebab tu kena layan sendiri cerita ni. Aku rasa aku suka sinetron ni, 1st pasal cerita ni love story (jiwang aku ni..). Sebab yg kedua pulak, pasal cerita ni tak ada sangat campur tangan mak bapak hero dan heroin. Kalau kita tengok sinetron indon sekarang, majoriti mesti ada kisah mak bapak yg masuk campur dalam kisah percintaan anak2 diorang. Kalau masuk campur suka kat hero/heroin tu tak apa, aku boleh terima lagi...ni tak, hasad dengki, materialistik dan semua yg jahat sewaktu dengan nya la.. Pastu sedap2 pulak buat mcm2 plan nk pisahkan hero/heroin then jodohkan ngan lelaki/pmpuan yg diorang suka... hissshhhh... Aku fed~up sangat disogokkan dengan jln cerita yg mcm tu... Letih mulut ni mengutuk diorang (hahaha...bongok kan, padahal tu cerita je...LOL). Sebab yg ketiga pulak, cerita ni tak dimasukkan unsur2 tahyul, ala yg ada pari2 tu semua, jin dan ntah apa2 lagi ntah. Eiii...aku tak leh la...bosan dengan cerita yg macam tu...!!! Sebab yg seterusnyaaa....korang pk la sendiri...haha...

Kat bawah ni aku upload kan sikit ending sinetron ni.. Video ni aku donlod dari youtube tp tak tahu nak bagi credit kat siapa pasal diorang pun upload from peng'uploader' yg lain jugak...hehe... Tak apalah, bagi credit kat 1st peng'uploader' yg upload sinetron ni la.

Ending Sinetron OLIVIA

video
--this video credited to caremz--
(4shared & youtube)

Nak layan episod lain? Rajin2 la search kat youtube...hehe... ^_^

Friday, November 28, 2008

merepek corner ^_^

wmode="transparent" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" >

Wednesday, November 26, 2008

Selamat Pagi Dunia!!!

Aku baru pas balik dari joging...waaaa...joging tuuuu...hahaha!!! Aku rasa tahap ke'ringan'an badan aku ni dah semakin berkurang (guna ayat lain sikit, paham tak paham...gasak je la korang). Sebenarnya sabtu lepas lagi aku dah stat joging ni, so aku terpaksa mengurangkan aktiviti "burung hantu" yg aku amalkan selama 6 bulan ni. Alah, jd burung hantu bukannya buat dajal kat org, tp layan tenet je...'frenster'ing, 'utube'ing dan blogging...hehe...

Bercerita mengenai joging ni kan, member aku yg ajak aku jogging ni semua. Aku pun tak tau macam mana aku boleh terbukak ati nak joging moging ni semua (actually merianti sendiri yg heran bila aku setuju nk ikut dia joging). Mungkin pasal boring duk kat umah je kot.. bukan boring apa, "bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan mandi..." (song mode). haha... itulah aktiviti harian seorang penganggur mcm aku ni... Tido, bangun, makan, tv...korang bayangkan, kalu aktiviti ni dijalankan selama setahun...bleh kena diabetis peringkat aher aku mcm ni...hahaha~~~

Bes tau joging pagi2 ni...haha... Dah la sejuk, peluh pun ala kadar je keluar...(padahal, berjoging ni nak kuarkan peluh). tp tak apa, joging sikit2...lama2 ok la kot... 2 hari pertama aku joging, mak aiee...pangkal peha aku rasa mcm nak tercabut...kalau boleh, mmg aku nak cabut peha ni..tak mau guna dah.. Sakit yang teramat!!! Mcm ni la resam orang yang tak pernah jalan jauh...ishh..ishh..

Bila bercakap pasal jalan jauh ni kan, teringat pulak masa tinggal kat hostel dulu. Pagi2 pegi kelas jalan kaki je ke kampus.. Sebenarnya kalau difikirkan dan diingat balik, jarak hostel aku ngan kampus aku dekat je...masa 1st time aku jalan kaki ke hostel dulu (actually dari kecik sampai la ke form 6, aku ke skewL n balik umah ada kemudahan transport... Aku tumpang kereta kawan aku, nek beskal, nek moto dll ---> nak detail, tanya aku sendiri..haha) mmg kaki aku sakit gila2.. Sampai aku siap ngadu ngan mak aku, aku tak mau jalan kaki, aku nak beli beskal (huduh nya perangai aku... childish!! sikit2 ngadu --> jgn tiru perangai mcm ni yea murid2). Even aku cakap nk beli beskal pun, ahernya smpai ke sudah 2 sem a.k.a. setahun aku jalan kaki je ke kampus... Hehe... x beli pun beskal tu... Selama setahun jalan kaki ke kampus, jauh tu dah tak rasa. Alah, boleh je sebenarnya jalan kaki tu..cuma bagi yang jarang berjalan n jenis terkurang ringan macam aku ni mmg la rasa berat sikit nk jalan jauh untuk mula2 tu... Dah lama2, ok jugak.

Actually banyak lagi pengalaman bes masa jalan kaki ke kampus dulu...hihi.. InsyaAllah, akan aku kongsikan jugak cerita tu kat blog aku ni nanti.. Tunggu masa aku terlebih rajin, aku share ar... Bagi seorang penganggur mcm aku ni, life kat kampus la yang aku sentiasa ingat dan rindukan selalu...kengkawan, lecture hall, lecturer, asgnment...bla..bla...

Okla, aku nak mengundur diri dulu...nak mandi dulu, busyukk n masam gara2 peluh tadi...hihi... Lenkali kita sembang lagi ya blog...wakaka....

--Imagine tengah joging mcm ni (walaupun saiz tak sama...) errkkk...~~~~ @_@--
(hihi...bukan kutuk diri sendiri, tp kena sedar diri...wakaka)

ps: Majulah joging utk negara!!!

Wednesday, November 19, 2008

Kek "Mpalet" yg yummy....!! Sedap hingga menjilat acuan kek...

Hari ni aku bangun tdo lewat sikit...hehe... (anak dara apa daa aku ni???) mlm td aku tdo lewat pasal ter'ralit' YM ngan Mr. A aku...haha... Sebenarnya malam tadi lagi mak aku dah cakap, pagi ni dia ajak aku pegi kedai, nak beli barang sikit. Mak aku nak buat kek...hehe... Bila dah lambat bangun tdo, terpaksa la gi kedai lewat sikit...(bukan lewat sikit, tp lewat banyak...huhu..sorry mama). Dah tengah hari, sampai2 je kat umah balik dari gi kedai mak cik aku suh aku buat kek pulak...huhu... Takpe, bukan susah pun nak buat. Setakat nak gaul sampai kembang & rata, mmg itu sudah kerja aku time raya dulu... (teringat mlm akhir2 bulan puasa, aku dan mak aku berjaga sampai pukul 5.00 pagi nak buat kek punya pasal...tempahan banyak gila... Nak tak nak, aku gagah jugak tak tdo malam...sebenarnya, tu satu pengalaman yang bes bagi aku).

Kek yg mak cik aku suh buat tu kek simple je (bukan macam kek lapis sarawak yang mak aku buat tu)...kek simple ni boleh la aku tlg sikit2...apa eh nama kek ni? Mak cik aku panggil kek ni kek 'mpalet'...maksud mpalet lebih kurang macam 'simple' kot...hihi... Walaupun simple, tp sedap woooo... Korang kena rasa sendiri kek ni. Kat bawah ni, step by step cara kek ni dibuat sampailah kek tu masak dan siap untuk dihidang dan dimakan...hehe

~~gula, mentega, telur, tepung, bla..bla..~~

~~Pukul sampai kembang & rata~~

~~Dah sebati....seterusnya...~~

~~Masukkan adunan dalam acuan yea murid2~~

~~Buat sampai jadi macam ni...~~

~~Proses membakar kek~~

~~Tadaaaaa....dah siap pun....~~


Senang je kan? Tak susah pun...hihi... yg penting kaler hijau tuuuu...hihi... Blog aku ni ajar buat kek ke? Alignment lari ke ni?? Tak kot...haha... Alaaa, blog aku ni universal... Semua bleh cerita...semua bleh masuk... (yang halal je) lagipun ni blog aku, so sukati aku la nak tulis apa...hehe.. yang penting kita mesti enjoy!!!

K la, itu sahaja untuk hari ni... Selamat mencuba dan semoga maju jaya...~~~




**lenkali nak buat kek apa pulak eh...?? Kek lapis sarawak aku tak pandai nak susun...cheese cake!!! yeaahhh...aku buat tak sedap pun (tak sama dgn yg kat kedai)....nanti2 la aku pk lain...

Sehari Bersama Not & Eira di Kuantan...

Semalam masa aku bukak album lama, banyak gila perkara bes yang aku imbas balik...huhu... Banyak sangat kenangan bes dengan kawan2, sedih, gembira, pressure, tension, pahit, masam, manis...semua ada...Ini kot yang orang kata perisa dalam kehidupan. Semua perasaan tu kita akan rasa...Sebenarnya bukan aku nak cita pasal asam garam kehidupan (topik ni bes, aku rasa lain kali aku akan sambung topik ni la). Dalam banyak2 gambar yang aku dapat tu, aku ingin pulak nak share story semasa aku dan housemate aku pegi jalan2 ke Kuantan, Pahang...mmg kitorang spend masa satu hari tu untuk jln2 kat Kuantan. Sebenarnya kitorang tak ambik masa yang lama pun buat planning nak jalan2 ni..pasal kitorang ni mmg jenis kaki jalan semua... Haha... Di tambah pulak dengan tension ngan study n asaimen, so apa salahnya kalu kitorang g jalan2 kat Kuantan. Kenapa Kuantan? Ntah, aku tak ingat apa reason nya kami memilih Kuantan sebagai lokasi perjalanan kami, tp yg penting modus operandi kami adalah utk jalan2 cuci mata... (mcm biasa dengan je ayat tu...hahaha). Actually kami sebenarnya tak tahu pun jalan kat Kuantan tu, kami main redah je...haha... Berbekalkan smgt yg berkobar2 nk jalan2 kat Kuantan tu, kami tetap pegi jugak dan nasib bek Eyo ada (coursemate kami)... He oso went to kuantan dat day, so bleh la mintak tlg dia tunjuk jalan nak pegi Kuantan Parade. Kami window shopping kat situ je la...haha... Nak g jalan2 tempat lain pun, kami 3 orang mmg tak tau jalan... Tak apalah, yg penting dah tengok gak tempat orang sikit2 kan... Kat bawah ni ada bbrp keping gambar yg sempat d abadikan sebagai kenangan. Kualiti gambar ni kureng pasal aku scan gbr yg ada kat aku...hihi...layan ar dulu sikit gambar2 ni...

~~Holla, kami on the way nk kek Kuantan!!~~
--Not, eira, yarn--


~~Smileeeee ^_^ walaupun letih~~
--Sian not kena drive sorang2, pasal dia sorg reti driving--


~~Borong time!!!~~
--Tilam sapa tu?? hihi--


~~Letih memborong, kitorang nak blahh dah~~

~~Sempat lagi tu~~
--Dah..dah..jom balik--


~~Sebelum balik, sempat singgah Awana Kijal~~
--Baju budak sblh kanan tu tak sesuai langsung nk g pantai...ish..ish... (LOL)--


~~posing muka letih~~
--Dah letih dah, jom balik--


Balik dari Kuantan, kami lepak kejap kat Awana Kijal...ala, eira suka la tuuu...hehe.. Kami pun sempat singgah umah Abg Lan (abang eira)...kami singgah tengok umah baru dia... Pastu, selesai semua kami terus balik semula ke Kuala Terengganu... Semua muka letih, muka toya, muka apa tah lagi aku pun tak tau..haha... Mau tak letih, dari pagi sampai ke malam aktiviti jalan2 hari tu...huhu... Tak apa, yg penting puas hati kan boleh layan tebiat macam tu...

Selepas hari tu, mmg kami ada perancangan nak pegi jln2 kat Kuantan lagi. Tp disebabkan oleh kekangan masa dan wang ringgit, plan kami terkubur mcm tu je..hehe... Siyesly, kalau ada kesempatan lain mmg aku nak jln2 d Kuantan lagi...InsyaAllah... Kuantan tu aku tak abes explore lagi. So, tunggu saja kedatangan aku Kuantan!!! har..har..har.. ^_^

Notes:
**Sorg lagi housemate aku xde dalam ni --> Chik. kalu x silap, Chik dah balik Kltn ms ni...
**Aku rindu korang!!! Muuaahhhsss!!!

Tuesday, November 18, 2008

Koleksi Perfume

Apakah koleksi peribadi kesayangan anda? Soalan cepu yg tak berapa nak cemas untuk hari ini...hehe...Aku ada ke koleksi peribadi kesayangan? Byk gak la sebenarnya...kalau tak, mana tak aku sanggup berabis beli box tingkat2 nak simpan semua koleksi cd movie @ drama indon/korea/jepun/cina & lain2 tu... Huhu... Ada lagi koleksi yang lain sebenarnya, tp kat sini aku letakkan gambar2 perfume yg aku guna... Herm...actually aku bukanlah pengguna perfume yg mahal2 smpai harga RM100 ke atas... huhhu... (aku x mampu...hihi). Cukup la aku guna perfume Avon & Silkygirl... alah, yg pnting wangi dan aku suka...hehe...

~~Perfume ni besday gift drpd besfwen aku...(tq noi)~~
--WISH Silkygirl--

~~Dalam byk2 perfume, aku suka yang ni...botol pun lawa --> green karer lagi (LOL)~~
--Surreal Garden from AVON--


~~Walaupun bunga2 tp perfume ni x berapa kena ngan peluh aku (+ve vs -ve = m****m) haha~~
(tak apa, salah peluh aku...bukan pasal produk ni)
--Urban Flowers from AVON--


~~sweet sangat bau perfume ni...aku bli masa wat praktikal dulu... Dah setahun lebih~~
(tinggal sikit je lagi...uhuk3x)
--Oceanus from BODY SHOP--


~~Fevret perfum masa aku sekolah menengah dulu~~
--Sweet Honesty from AVON--

~~salah satu perfum fevret aku~~
--sorry, aku tak ingat nama perfume ni...tp oso from AVON's collection--

Cukuplah la kot aku letak koleksi ni je...bukannya aku nak tonjolkan apa2 pun, tp sekadar utk halwa mata je... Walaupun aku bukan pengguna dari jenama pewangi2 terkemuka seperti Gucci, Estee Lauder, Prada, Christian Dior, etc...yg penting aku suka koleksi2 perfum yg aku pakai sekarang...hehe... LUV IT~~ ;-)

Monday, November 17, 2008

apa aku buat hari ni?

Apa aku buat hari ini? Apsal aku ulang balik soalan tu...? hihi...di hujung minggu yang berbahagia ni, ape je aktiviti aku...duduk kat umah, berada kat depan laptop kesayangan aku dan layan blog para bloggers...quite boring kan aktiviti hujung minggu aku? Tak ada topik besh nak ku share kan hari ni...tp aku nak share satu pic ngan korang...


~~Gambar ni aku tak tahu nak bagi cred kat sape pasal aku dapat gbr ni dari member aku~~

--Dragon origami...lawa tak?--

Apa rasional nya aku letak gambar tu kat sini? hehe...tak ada apa2 motif pun...(LOL). Member aku cakap origami ni lawa. Aku setuju ke ngan pendapat dia? hihi...

Sunday, November 16, 2008

...Pengalaman Temuduga...Bes keww...??

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bosannya hari ni....!! Masuk hari ini, dah 3 hari friendster meragam! Bosan!!! Sebenarnya tiba2 aku teringat pasal kegagalan temuduga aku sebelum ni. So, hari ini aku nak share pengalaman temududa aku sebelum ni je lah....ehh..temuduga, bukan temududa tau...hehe...pengalaman temuduga yang aku nak ceritakan ni mengenai temuduga pertama aku sehinggalah yang paling latest aku pernah hadir. Tapi kan, seumur hidup aku ni aku pernah tiga kali sahaja menghadiri temuduga...alahai, tak lakunya aku....apa daaa...


Sebenarnya, temuduga pertama aku adalah bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Masa tu, aku temuduga untuk Latihan Separa Perubatan dan kalau tak silap aku, aku hadir temuduga ni selepas tamat SPM. Seperti biasalah, sebelum dapat temuduga aku kenalah menduduki table test (peperiksaan meja kata kita2). Hehe...waaa, berlagak gila feel aku jawab soalan2 tu...mmg ar soalan dia ratusan, tp soalan dia saikologi je (kot...). kira macam nak kita imbas kembali je...(ye ke aku ni?). tak adalah susah sangat, boleh jawab lagi. Pas lepas tapisan di peringkat table test, aku berjaya n dapat temuduga...nervous! itulah perkataan yang kuar dalam hati aku...hati? erm...apa2 je la...


Maka, tibalah hari temuduga aku...dulu biasalah, zaman budak2 mana reti interview ni macam mana. Mana ada wat research, membaca apa2 yang patut n bertanya apa2 kat org. Pergi macam tu je, pastu create soalan sendiri n aku jawab sendiri...hahaha...bongok tol...!!! Sampai je kat luar bilik temuduga tu, ramai gilozzz yang ada kat situ...mak aieee, dalam ramai2 yang pergi interview tu apsal seorang kawan aku pun tak ada...? ish...biarlah, tak ada kawan pun aku boleh survive gak sorang2 kan. Hehe...peduli hapa ngan orang lain...so, semasa menunggu tu aku buat bongok je...a’ah, sebelum lupa, masa tu aku hafal nama Menteri Kesihatan dan nama Perdana Menteri sahaja...hahaha~~~ tak cukup bongok lagi ke tu? Hahaha.... Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran aku...Aku masuk je la seperti biasa, ikut adab orang kata. Lepas tu diorang tanya soalan. Soalan mereka adalah berkaitan ngn post yang aku dapat tu. Tapi tu la, kalau aku ni dah namanya budak yang tak berapa nak matang dari segi pemikiran, jawapan yang aku bagi pun jawapan yang memang tak matang langsung....Last2, aku pun dapat jawapan yang tak matang gak...hahaha!!! aku tak dapat pun post tu... TETTT...KEGAGALAN TEMUDUGA PERTAMA...


Semasa aku tingkatan 6 rendah, sekali lagi aku dapat surat daripada SPA untuk interview jawatan yang sama (yang ni aku apply jawatan tu sekali lagi). Situasinya sama saja, time jawab table test, berlagak gila, dapat interview tu aku pergi je la...tapi kali ni lain sikit, pasal tiga orang member aku pun dapat interview SPA jugak cuma lain-lain post je. Lepas interview tu, antara kami 4 orang, Cuma 2 orang je yang dapat jawatan tu...Goi Guek Ling & Chew Lan, congratez 4 both of u...yang tak dapat pulak, aku dan ija...(hehe...sekarang ni, ija dah sambung belajar kat UPSI dan aku pulak 6 bulan menganggur pas tamat belajar kat UMT 3 tahun)...tu la orang kata, ada hikmah juga d sebalik kejadian. Tak dapat SPA, tapi dapat sambung belajar....alhamdulillah....(tak bes menganggur ni....seksaan jiwa yang maha dasyat...siapa2 yang berkaitan, jgn la menganggur lama2 macam aku even bukan aku yang mintak menganggur lama2 ni...coz i’m still trying my best to find my job until now)... TETTT...KEGAGALAN TEMUDUGA KEDUA....


Temuduga yang ketiga...erm, adalah temuduga aku selepas aku tamat belajar. Post tu aku main apply je..tp memenuhi syarat..okey....berlainan dengan temuduga aku yang pertama dan yang kedua, kalau sebelum ni kedua2 temuduga tu kat Sarikei, kali ni temuduga aku kat Kuching. Aku temuduga untuk post apa dan kat mana, biarlah rahsia (hanya orang2 yang rapat je tau..hehe). Kat situ, aku kenal beberapa budak lain yang sama interview untuk post yang sama ngan aku. Actually, kami ada 9 orang (termasuk aku). Aku rasa berlainan sangat suasana kali ini. mUngkin 1st, sebab yg pegi temuduga tu tak ramai macam SPA tu, pastu 2nd mungkin sebab yang hadir temuduga tu ‘matang’. Kenapa aku cakap macam tu? Hehe...masa aku pergi interview spa hari tu, aku budak2 lagi, tak pandai nak tegur2 atau sembang2 ngan cdidate len...tp temuduga kali ni bes pulak, semua bleh dikatakan sangat mesra alam. Sembang ngan diorang macam dah kenal lama...selesa...tp bila dah masuk bilik temuduga, masing2 sendiri la beb...hehe...kitorang ditemuduga secara group n dalam satu group ada 3 orang...walaupun temuduga kali ni adalah yang paling sempoi aku rasa (tak se’stres’ aku jawab temuduga SPA, tp...TETTT...KEGAGALAN TEMUDUGA KETIGA....tetap gak tak dapat job tu...


Sekarang ni, aku masih jadi seorang pengusaha ladang anggur yang terhormat kat sini...entah sampai bila aku jadi macam ni aku pun tak tahu...tp insyaAllah, aku takkan putus asa. Asal ada je iklan jawatan kosong, aku tetap mencuba dan mempertaruhkan nasib aku...mana tau sangkut satu, kita tak tau rezeki masing2...hehe....


**Bila nak dapat keja ni???!!!

blog aku yang bengong...!!!

Sebenarnya dari pagi tadi aku edit blog aku sampai la sekarang (pukul 1.46 am)...s akit jiwa jugak tak reti guna benda ni... mungkin bg sesetengah org, benda ni 'kacang rebus' je... tp bagi org yang buta IT mcm aku ni, kena mentelaah lebih sikit berbanding orang yg celik IT...huhu... entahlah, apsal la aku jadi bongok macam ni...haha~~~

erm...sebenarnya bukan blog aku yang bengong, tp owner dia yang 'sot'. Hopefully lepas ni, aku tak ada masalah apa2 lagi ngan setting dalam ni... kalu pblem gak, sah2 kebongokkan aku tak ada tandingannya...muekeke...

Saturday, November 15, 2008

UPSR dah kuar!!! Tahniah untuk .........

Hari ini dah masuk 15hb. Erm...apa yang bes hari ni? A'ah dua hari lepas keputusan UPSR dah pun diumumkan...hehe...teringat balik masa aku sendiri UPSR dulu. Betapa buruknya result aku dan baru aku terfikir betapa bongoknya aku masa aku sekolah rendah...haha...erm, sebenarnya aku cerita pasal pengumuman UPSR ni bukannya apa, sepupu kecik aku dah selamat dapat keputusan UPSR dia...Memang hari keramat & hari bahagia dia la kiranya dua hari lepas. Aku rasa, kalau dia request apa2 pun, mesti dia dapat. Tahniah buat Zainul Adha kerana mendapat keputusan UPSR yang cemerlang 5A...sepupu kecik aku yang sangat agresif & aktif dalam semua bidang. Komputer pun dia, badminton pun dia, wrestling pun dia, pendek kata semuanya 'makanan' dia lah...


~~Ad yang super ektip~~
--TAHNIAH--


Tak dilupakan, ucapan tahniah jugak untuk Syazwani atas keputusan cemerlang dalam UPSR...she's oso got 5A's...congrataz sis...!!!

~~Meen, Wani, Erin~~
--TAHNIAH WANI--


Sambung balik ngan cerita Ad, entah kenapa lepas aku dapat tahu je dia dapat 5A, tubir mata aku memberat dan air mata aku merembes keluar (wekkk...mana aku dapat ayat ni...???!!!). Alah, pendek kata aku menangis...aku menangis sebab aku gembira sangat2. Dia sebelum ni punya la risau ngan paper penulisan dia, risau terkeluar tajuk. Dengar cerita mmg tajuk penulisan diorang susah gilosssss...tapi alhamdulillah, dia dapat jugak skor A untuk penulisan dia.

Kalau nak dibandingkan dengan diri aku sendiri yang dulu, rasa betapa bongoknya diri aku yang dulu. Tak pernah stress & tension nak fikir dapat markah elok & skor 5A untuk UPSR. Masa tu memang aku tak ada kesedaran langsung betapa pentingnya ilmu penuh di dada. Sebenarnya aku merupakan salah seorang yang tergolong dalam golongan yang lambat sedar pentingnya kaya ilmu dalam diri. Tapi itu la, menyesal selalu datang kemudian...dan menyesal sekarang pun tak guna jugak kan...hehehe...


Sekarang ni, kalau aku tengok sepupu2 aku tu malas belajar, mulalah hati ni panas...rasa nak marah pun ada. Tapi aku tahu, nak marah2 pun tak guna jugak. Nanti lagilah diorang tak suka dan tak minat nak belajar. So, baik gunakan pendekatan yang lebih gentle org kata...jgn paksa tp tegas. Entahlah, sekarang ni pandai pulak aku nak marah2 org kalau malas belajar, tp masa zaman2 aku sendiri dulu, tak pernah2 nye aku nak sedar2...tak apalah, yang penting aku tahu aku sayang diorang. Aku tak nak diorang leka, jangan jadi macam aku yang tak pandai ni...huhu...

~~Anis, Deera, Afiqah~~
--GOOD LUCK--


Buat Nadeera, Ty nak ucapkan tahniah jugak sebab dapat 4A walaupun UPSR Nadeera dah 2 tahun yang lepas. Masa tu blog ni tak ada lagi, so tak boleh nak letak ucapan tahniah kat sini..hehe... Buat Anis & Afiqah, korang kena la ambik teladan dan ikut jejak langkah abang dan kakak korang. Jangan lalai, terutamanya Afiqah...tahun dpan dah nak UPSR jugak. Usahalah semaksima yang mungkin. Kita usaha pun bukan untuk orang lain, tp untuk masa depan kita sendiri dan menggembirakan hati kedua orang tua kita yang telah banyak berkorban untuk kita...Alamak, tiba2 teringat kat mak aku ---> Terima kasih mak untuk segalanya...sayang mak...muahhsss!!!


Sebelum aku 'mupok', sekali lagi ucapan tahniah buat kazen aku yang 'mancai' n hyper ektip --> zainul adha dan tak lupa buat Wani jugak kerana dapat 5A. This is not the ending of ur life, but this is the starting to colour ur life especially in ur education. Good luck for every way that u choose and i'll give my full support for both of u to achieve it! Good luck!!!

** Kalaulah paper UPSR boleh repeat, nak je aku repeat paper tu...hahaha..buruk sangat result aku...hahaha~~

my 1st time blogginkkk....blogging lorrhh....

Welcome to yarn's world!!! itu nama yang aku create untuk blog aku ni...actually, tak plan pun nak layan blog2 ni semua. Tapi lepas aku terbaca satu blog dari seseorang yang aku kenal...(siapa tu?? tak payah teka, korang takkan tahu... muekeke), tiba2 minat menulis yang telah lama terpendam tu datang balik... Tak macam blogger2 lain yang aku penah baca kat blog diorang, diorang create blog pasal member2 yang suh. tp aku lain pulak, hahaha... pasal boring, aku wat la blog ni... leh release tension sikit dalam blog ni... cakap sorang2 pun takpe...ekeke... bes ape...???

Memandangkan penulisan aku ni masih hijau, ayat pun macam suam2 kuku je...aku main redah ajelah ek..lagipun ni blog aku, sukati aku la nak guna ayat macam mana kan...alah, yang penting korang boleh faham, tu pun dah cukup baik...hehe...

~~This pic was credit to hajiejump~~

Kenapa aku letak gambar kat atas ni? Sebab aku rasa gambar ni cantik...entah, ada sentimetal value sendiri kot. tp honestly, aku suka sangat gambar ni...lebih2 lagi lokasi gambar ni kat Saratok.. hehe... tempat kelahiranku yang tercenta!!! Untuk hajiejump, "teruskan usaha ko ambik gambar gap2 gik...aku nak ngkah lam blog..hahaha... mun nantik kumpun, sikdo... hamek ado kamera henpon 3310 jak... wakaka"

Last but not least, harap2 lepas ni rajin2 la aku mem'blog'...haha...kenapa aku cakap macam tu? nnti2 la aku bagi jawapan..aku pun tengah mencari gak jawapan dia... k, enjoy ur reading... n welkam to my wol...!!!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin