Followers

Saturday, June 2, 2012

Senyum sampai ke telinga :))

Seharian tersenyum.. Amboi... Comel kan kalau hari2 boleh senyum mcm gini kan? Kakaka... Baiklah, gambar menceritakan segala-galanya ;) alhamdulillah :)

Thursday, May 31, 2012

Sarapan Petang

Tadi masa melayari TL twitter, ada yg tuit pasal Sarapan hanya sinonim dgn Pagi sahaja. Hehe... Sengih kentut jugak aku baca. Betul lettew.. Ada eh Sarapan Tengah Hari? Ada eh Sarapan Petang? Kakaka... Yg ada cuma Sarapan Pagi sahaja. Hihhi

Petang2 mcm gini aku makan makanan berat jugak. Mana janji diet dulu mana? Haha... Aku pause kejap bole? ;P dah mak aku beli, kesian pulak aku nengok cucur hot dog ni kalo tak dimakan. Membazir namanya. Kakaka.. Meh temankan kita makan ;)

Wednesday, May 30, 2012

Semangkuk Laksa

Amboi tajuk... Suka makan laksa? Ada mcm2 jenis laksa ikut negeri masing2 kan. Tp yg aku tahu laksa penang, laksa sarawak, laksa johor, laksa terengganu... Banyak betei jenis2 laksa tp satu pun aku tak reti buat. Kakakaa...

Aku reti makan adjer. So utk hari ni, mak cik aku masak special laksa penang utk weols... Kikiki. Petang2 begini molek la pekena semangkuk laksa penang sambil layan sinetron Nada Cinta. Eh? Kbai. ;P

Princess!!!

Aku ni sebenarnya penyayang dengan haiwan.. Tp kalau disua ke aku, mmg aku takmo pegang! Kakaka penggeli nombor 1... =="

Cuma aku tak boleh nak menipu aku sukaaaaaaaaa sangat tengok kecomelan Princess! Amboi... Menda apa ntah Princess? Kakaka... Ya, Princess adalah seekor kucing miawww...miawww..!! ;))

Mau aku tak geram?? Comel gils babs! Kannn???!!! Owner kucing ni kazen aku bersama isteri beliau. :)

Btw, tak rugi sayang haiwan ni tau.. Cuma aku ni mmg penakot sgt nak pegang benda2 yg berbulu bersisik mahupun yg bercengkerang. Kakaka...

Sarapan Pagi Rutin :)

Oh ya... Pagi syg2 semua... ;) seperti biasa pagi2 harus bersarapan dengan 3 benda alah ni.

1. Vco Catalyst : 2 biji
2. Ex Radiance Activator : 1 paket
3. SosV6 : 1 paket

Haha... Ada 3 fungsi berbeza tp pengambilannya amat baik utk kesihatan keseluruhan fizikal dan mental sepanjang hari!! ;) amboi... Promote? Ya! Saya promote utk menjalani kehidupan yg sihat!!! Kikiki

iPhone tak boleh hidup

Amboi tajuk entry kemahen...!!! Kakaka... Tp serius selepas misi men'jailbreak' dilaksanakan, mcm2 benda aku sumbat dlm hp. Akhirnya ada la benda yg aku instol tu mengganggu sistem dlm hp.

Sepanjang hp tak boleh dihidupkan, mmg agak berduka lara la jugak kan. Maklumlah kan, hari2 melungu dgn benda alah ni, sudden2 benda ni takleh dihidupkan.

Nak tak nak bawak gi kedai, restore la menjawabnya.

**nota kaki: lenkali jgn gegatai sumbat mcm2 dlm iPhone tanpa panduan drpd org yg pandai erkkk. Kakaka

Sunday, May 27, 2012

Pagi Ahad!!!

Morning everyone!! Amboi... Update belog mcm dah hapdet twitter kan? Kakaka...

Ada twitter? Jum follow kita... Nanti kita follow back, janji tlg jgn mencarut kat TL baru kita akan betul2 jd follower awak yg setia. Kakaka...

Pagi Ahad yg agak suam2 bes ni kan... Saja la nk highlight bahawasanya cuti sekolah dah setat!!! Ngko hado? NAN HADO!!! Wakaka... Bes jugak jd cikgu yedak? Tak perlu apply cuti dah dpt cuti free2 2 minggu... Kikiki 💅

Kpd bebudak yg dpt masuk matrix arini, kita ucapkan selamat menempuh alam "OMSICK"! Belajar sungguh2 nanti dah keja elok2 tak ada la homesick segala, mcm kita skarang. Siapa sangka dulu homesick bgai nak rak sekarang tempat keja 5 minit adjer da sampai umah balik. Kakaka... Alhamdulillah...

Last but not least, semoga semuanya melalui hari yg indah bersama yg tersayang!!! Pd yg akan dan baru berkawen masa cuti sekolah ni, Selamat Pengantin Baru!! Semoga jodoh berkekalan hingga ke hembusan nafas yg terakhir. Amin...

Nota 👣: bila lagi giliran saya? Kbai. 💩

Update ringkas via iPhorn kakaka

Salam everyone... Amboi, tak sangka tersengguk2 aku log in akhirnya dpt jugak berblogging dgn benda alah ni. Kakaka...

Okei aku baru try google application blogger ni rupa2nya ada kat apps. Mujur ada kan? Hihihi

Bagi pengguna iPhorn yg gemar berblogging, adalah menjadi suatu keharusan utk anda mendonlot application ini ya. Mudah la nak berblogging d mana2 sajork. ;)

Thursday, May 10, 2012

Last Day Di Betong ;)

Salam semuanya ;)

Alhamdulillah
pagi ni selesai sudah berkursus
Sekejap adjer
Terus sambung beronline katanya
kakaka...~
Rasanya ni la kursus paling sempoi aku rasa
;) barulah seronot
tak stress
dan tak ada la terkejar-kejar dengan masa

Sekarang cuma tunggu cukup masa utk balik
tak sabar mahu balik ke Saratok tersayang...~ <3
baru sekejap dah rindu balik kat kampung kita
awwww...~~
haha...~

Okei2..~
Jum twittering

Wednesday, May 9, 2012

Kursus yeay!!!

Salam yuwols!

Selama 3 pagi yang gevvu ini
bermula 08 - 10 Mei 2012
hari hari meroket ke Betong


Nak attend Kursus Penataran PBS punyo pasal
untuk matapelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
bulan 11 lepas attend utk matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu P&K
menyebabkan terkorban Encik Sitam saya
kikiki...~

Bes nau 2 kali attend kursus PBS ni
Macam macam halangan dan dugaan
Tapi berkat kesabaran alhamdulillah
hari ni dah hari kedua

Padahal hari ni buat instrumen pentaksiran sahaja
dah siap pun
tp dengar dengar, kena present pulak petang ni
malassss tahuuuuu...~

balik awal tak salah kan? 
kakaka...~

btw, feel free to follow me on Twitter
lebih kerap kita bicara di sana
lebih rapat ukhwah kita
ekeke...~

okies, jaga diri baik2 yuwolsss ;)


Saturday, May 5, 2012

Sabtuday di rumah lagi

Salam dan selamat sejahtera everyone!!! ;)

Whoaaa.. 
ujong minggu biasanya aku jarang jugak stay kat umah
buhsan katanya 
padahal kerja mencanak

tp hari ni aku buat keputusan 
better duduk kat umah
sambil layan satu kitab

yerrr...~
kitab apakah?



Seharian aku mengadap buku ni adjer
Serius aku tak layan dah benda lain
semua perasaan ada masa baca buku ni
hahaha..~

kiranya pakej lengkap!
yg pasti
Kitab Terfaktab 2
REALISTIK!

Tak rugi RM20 aku tahu!

Nak tahu kandungan buku ni, sila review kat blog dorang
klik link kat bawah ni hoccay! ;)


Have a blast wiken yuwols!!! ;)

Monday, April 30, 2012

Pestime tak merungut tentang hari Isnin :)

Salam dan selamat yuwols!

Hari ni Cuti Peristiwa kat sekolah tempat aku mengajar!!
peaceee yawww!!! ;)

tak semestinya cuti akan tercongok kan? 
bagi aku setakat aku bergelar pengajar ni
tak ada lagi yg namanya cuti adalah cuti
haha
cuti tetap bekerja
tak cukup syarat kalau tak siapkan abm utk anak2 kat sekolah :)

so, di hari cuti mcm gini
byk urusan yg masih tertunggak:

1. Rekod mengajar
2. Kertas soalan KHB (60 soalan)
3. Kertas soalan PSV (50 soalan)
4. Nota edaran KHB Ting. 1
5. Nota edaran KHB Ting. 2
6. Jahitan Kerja Kursus
7. Kemaskini fail PBS
8. Semak paper PBS Ting. 1A/B dan 1C/D
9. Key in markah PBS
10. Facebooking & twittering (eh??)

haha..~

Aku buat senarai tu utk reminder aku sendiri
aku ni selalu lupa daratan
so, kena rajin buat senarai mcm gini

ntah nak mulakan yg mana satu
kertas soalan pereksa Ting. 2 masih on progress
proses mengeditkan gambar dan memasukkan gambar ke soalan yg sptt nya
whoaaa... 
wat a bizi day on Monday..~

kbai ;)
have a blast Monday everyone...!!!




**Latest updated on 2nd May at 10.26am :)

Sunday, April 29, 2012

Terfaktab: Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal - Buku Kedua

Terfaktab: Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal - Buku Kedua: Nakal tapi halal. Frasa ini dipilih bagi menjelas tentang misi skuad Terfaktab yang mahu menengahkan; seronoknya berkahwin. Seronoknya berni...

Buku Bes Dibaca

Salam dan selamat semuanya :)

Nak berkongsi satu buku bes utk dibaca
nak kata aku hardcore punya reader
tak kot
bila ada masa aku akan baca buku
hehe...~

tipu la kalau nak cakap tak ada masa utk baca buku kan?

Tajuk Buku: Awek Chuck Taylor
Penulis: Nami Cob Nobbler
Twitter: @comradenami 


Sekali dengan link twitter aku bagi
haha...~

okei, novel ni bes!
awal awal nya aku beli sbb cover chantek
plus, tajuk bukan main stylo aku nengok
haha
(okei, jujur tak salah kan?)

aku tak nak bagi sinopsis
nak sinopsis bole view kat belog lejenpress.com
ada lagi buku lain yg bes
umpamanya Sperma Cinta, Sengih Kerang, Hero dll

Okei, next entry nak share satu belog harus singgah
hehe...~ 


Nota Kaki:
minat aku sekarang dah tak sama macam dulu. so, terkadang lost jugak nak taip benda apa. haizzzz..~


Selamat Pagi Cinta

Selamat pagi sayang sayang seme
^^

Hujung minggu pun harus bangun awal
jgn tido lelama
sehingga membawak ke angka 10 pagi

kenapa?
mcm aku sendiri yg pernah alami
(for sure zaman menganggur dulu)
mudah sakit sakit badan tahu
percuma ko akan jd malas
sbb saraf saraf kerajinan dalam badan
sudah dibiasakan terlalu banyak rehat

yaaa!! banyak tidur itu memalaskan yuwols! ;)

kalau bole lepas Subuh tu
molek la kiranya bangkit terus
dan sbb tu orang suh tido awal
jgn suka suki nak tdo taim subuh
haish!

"Mencegah lebih baik daripada merawat"

Jaga kesihatan sebelum terlambat
jgn jd mcm aku
dah dihinggap bermacam macam penyakit
mula la sibuk amalkan macam macam produk kesihatan jugak

Jadi
pagi pagi hujung minggu ni tak salah mulakan hari dengan bersenam
atau pun lakukan aktiviti yg berpekdah
untuk melatih urat dlm bdn
biar rajin
jgn memalas

haha...~


Nota Kaki:
Amalan pemakanan yang seimbang dan bersenam secukupnya itu penting utk kecergasan seharian ;)

Saturday, April 28, 2012

Spagheti Yummy!

Tajuk yg agak drama!
haha

Semalam singgah makan kat Sugarbun
lama tak singgah sana since melantak di Wadira adjer


Ni menu yg mak aku order
Spagheti kuah kacang namanya

rasanya so-so
to be honest aku tak pandai sangat makan benda alah ni
tp kuah nya sedap

dulu masa masih belajo
duk umah sewa dulu
pernah belajar dari kawan aku mcm mana nak masak kuah spagheti ni
simple dan senang nak ingat
berlagak gila boleh ingat gitu gitu tanpa menyalin apa apa
sekarang ni aku lupa mcm mana tah nak buat
 bole ja nak buat
tp aku main masuk ja semua
(okei, berlagak lebei)

so semalam aku sudu la dua tiga kali dlm pinggan mak aku
mmg tak boleh blah makan benda ni
then aku bedal kuah dan ayam goreng dalam tu

btw, orang kata spagheti adalah salah satu contoh masakan org malas? erkk?
rilekk.. chill... chill...
jgn marah
haha...~
orang yg kata tu, bukan akulah...

lariiiiiii...~

Manusia akan berubah! Bukan janji, tapi pasti! ;)

Salam dan selamat everyone ;)

Tajuk ujong tu aku pinjam tagline penerbit filim terkenal Mr. David Teo
jgn la pulak ada yg mintak royalti pas ni 
gara gara pinjam tagline kan?
haha...~

Manusia berubah? 
no big deal
konsep simple dan mudah nak ingat
tp bukan semua org akan faham
perubahan apa yg dibawakan
dan perubahan mcm mana yg org lain alami

tp bagi aku
as long as perubahan tu tak membawa kpd kemudaratan
mengapa takut utk berubah kan?

well
mengenali seseorang juga akan menyebabkan kita akan berubah
Okei, ini aku tak tipu!
aku sendiri mengalami nya 

manusia mungkin boleh bersikap dan membuat keputusan dgn mudah
menghakimi org lain umpama diri sendiri tu sempurna sangat
tolonglah eh..~

kalau sempurna sangat
KITA TAKKAN PUNYA MASALAH DENGAN ORG LAIN
itu kesimpulan yg aku boleh buat

perubahan yg mematangkan diri dan pemikiran itu penting
kematangan itu bukan diukur dr segi bilangan umur
tp diukur melalui pengalaman dan pemahaman seseorang
(okei, itu pendapat aku)

bukan nak kata aku ni matang
tp aku terkadang meluat, menyampah sampai nak termuntah tercirit pun ada
mengaku diri tu matang sangat

oh HELLow..

berhenti membenci orang
dan belajar menyayangi orang di sekeliling itu boleh dianggap matang
mula belajar menilai diri sendiri berbanding mengata org itu juga satu kematangan
menerima hakikat belajar dr kesilapan itu juga satu kematangan
mencarut? depends on the situation kot.. haha

ada yg carut itu matang
tp ada carut itu sangat menunjukkan kebudak budakan

to be honest
berhenti terlalu mudah menghakimi org lain
kita bukan bagus sangat sampai nak kata semua org sukakan kita
kalau la aku boleh berhenti dr muntah tercirit dgn mereka yg perasan bgs dan matang ni kan bes? hehe

aku bukan nak berkongsi tentang teori kematangan
sekadar cakap kosong ja kot
haha

baiklah
aku paling tak reti buat penutup karangan
serius!
yg aku tahu ada word "KESIMPULANNYA"
itu dah kira penutup la
tp aku tak ada kesimpulan utk entry ni

ada kesinambungan barangkali?
entah.
babai :)

Life must go on... Blog juga perlu diteruskan...

Salam everyone!
wah, norway sangat emputeh bagai

Sebelum ni ada yg tanya
kenapa nak tutup blog segala
aku bagi jawapan retis
homai..~

cukuplah
blogging mmg dah jd full time job aku masa menganggur dulu
sekali pun aku cuba buat blog baru
aura nya tak sama dengan blog lama ni
serius!

rasa rasanya jadi seperti diri yg asal dulu kan bagus
lebih jujur
kalaupun sering jujur tu banyak org salah menilai
dan terkadang tak hargai langsung nilai jujur yg kita berikan

^^

hidup ini singkat
kenapa nak stress kan kepala dengan hal hal yg tidak enak
Hadapi semuanya dengan senyuman
bukan ka itu lebih molek

happy happy olwes!

and have a blast wiken!



Pesanan Penaja: lama tak buat update bergamba...~ ;) kesabaran yuwols!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin