Followers

Showing posts with label uum. Show all posts
Showing posts with label uum. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

1 Julai 2010 sesi berkenang-kenang...(entry emosi, sila abaikan) sekali sekala buat tajuk panjang2 pun bes jugak...

Assalamualaikum wbt


1 Julai 2009
yerrr...tarikh keramat tu uols

memulakan kehidupan baru
tak boleh toleh belakang lagi
status sebagai seorang pekerja?
tamat sudeh d situ
ehek

bermula episod baru
perjalanan cik yarn
=)

bukan senang nak buat keputusan merantau lagi sekali
otak dah beku + tepu
kena bukak balek buku2
duduk exam yg terkadang buat aku "senget"


tadaaaa...





touch
klik
agagaga

dah jadi pelajar semula
setelah puas diterengak, dianok dan dimarahi oleh bunda saya
ahernya saya ridhoo
hihihi...
kat uni ni
ada 5 subjek/program yg dikendalikan
ada la lebih kurang dua ratus tujuh puluh lebih
jumlah pelajar yg mendaftar kat sini


(nota atas ni salah satu subjek killer utk sem 2)


neway banyak nau onak duri nak skor subjek ni
wallahualam
hanya aku dan Dia yg tahu
Alhamdulillah, berbaloi nah ngan dugaan yg ditempuhi
skor berapa tek? paham2 uols lorrrr...
agagaga~~~


maka bermulalah pengembaraan cik yarn
hermmm...mentelaah, belajo dan belajo
kenangan tol
malam2 buat nota segala
konon study
padahal dalam kelas
aku mcm hampeh
terhangguk2 nahan ngantok




gambar kat atas ni pulak subjek fevret
(^_^)v
still, subjek utk sem 2 jugak yg aku hylite kat sini
alhamdulillah dapat skor baek punye utk sbjek ni


ekceli
subjek utk sem 1 aku tak berapa nak catch up sangat
result pun ala kadar je la jawab nya
sem 1 adalah sem yg agak2 TAF bagi aku
pressure sangat tak ada la jugak
kalau nak d bandingkan dgn pressure ms sem 2

lagipun masa sem 1 study utk final pun mmg sangat2 pasif
tertonggeng sana
tertonggeng sini
sakit kepala kena hafal fakta
(otak aku ni lemb*p sket)
hihihi


dan utk kesekian kali nya masa sem 2
aku buat study grup dgn kawan2
teknik belaja seumur idup aku tak penah aplikasikan
yarabi...
Tuhan je tau betapa bersyukur nya aku
dapat grup study yg mcm diorang


Mina
Kak sue
izzah
kak yana
kak shafiqah
kak miem
jah
along
leanna

"terima kasih buat kalian"



tadaaaaa



gambar kat atas ni
menu malam terakhir kitorang study grup rasanya
bes sangat2
happening
walaupun saat aher, kepala ni dah rase biol
tp tetap bes
agagaga



tamat kisah exam, belaja, tension segala
masuk pulak alam latihan mengajar



mcm gini la ghoper nye buku rekod persediaan mengaja nyerrr
sekarang ni elok je atas almari aku sebelah ni
(hihihi)
rosak + punah dah
tebal dohhh!!!


sblm menjalani latihan mengajar d sekolah
dan menamatkan sesi pembelajaran di uni
kursus BIG telah dijalankan dengan jayanya
di Lake Bris Resort
rasanya itu adalah aktiviti terakhir kami berkumpul beramai-ramai
kerjasama dan sikap positif waima negatif
semua ada
but
i juz love u olssss...!!!

here sum pics to share
momen yg takkan dapat luput dari ingatan
setahun yang lalu




(rindu mau outing bersama kalian lagi)


(1 Malaysia gitu)
malay, iban & chinese
ketiga2 nya asal dari sarawak
masa ni kenangan main bowling
my 1st time eva
mak tak penah pegang bola bowling tu noksss
agagaga
tak masuk sini, tak merasa la nak join aktiviti cenggini





I MISS U GURLS!!!

bab snap gambo
mereka ini adalah champion
(jangan marah cik mai)
wakaka





tamat sudah pembelajaran di sini


bermula pulak episod baru
sekali lagi dalam hidup cik yarn


wat a life

kenangan di sana
bila d ingat kembali
banyak sangat pahit manis
rasanya cukup la kot kenangan tu semua
tak salah utk dikenang semula
tp biarlah kenangan yang manis
yg pahit2 tu...sakit oh!

1 Julai 2010

harap2 lepas ni semua perkara akan jd lebih baik dari tahun sebelumnya
insyaAllah

Ya Tuhan
TERIMA KASIH ATAZ JALAN HIDUP


wassalam

Saturday, May 15, 2010

Untuk mu C.I.K.G.U

Assalamualaikum w.b.t

"Buat semua insan yang bergelar guru di Malaysia"


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapu pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

(Dipetik dari karya Allahyarham Usman Awang 1979)


Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik aku sehingga aku menjadi seperti hari ini. Istimewa buat mak tersayang, galakan dan 'paksaan' mu agar aku mengikut jejak langkahmu adalah hadiah teristimewa daripada mu untuk ku...hehe~~~

kepada guru-guru aku dari sekolah rendah sehingga la menengah, terima kasih untuk segalanya. Untuk kawan-kawan satu sekolah yg dah jd warga pendidik, dan kawan2 dpli Julai/09 UUM, jd la guru yang baik erkkk...heheheh~~~


"Selamat Menyambut Hari Guru"
16 Mei 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati semuanya

amin


wassalam

Wednesday, October 7, 2009

Cerita Raya tak abes lagi...

Raya tahun ni byk benda yg aku biasa buat tp tak buat...erm, mungkin cerita ni dah lapuk pasal masih berkenaan ngan raya... Blog orang lain penuh je ngan cerita terkini hiburan sensasi, tp memandangkan aku tak hapdet ape2 pun entry raya, dan memandangkan raya selama sebulan, maka haruslah aku hapdet jugak sikit2 entry pasal raya (n_n)

Siyesly, tahun2 sblm ni...rajin jek tangan ni snap2 gbr, lebih2 lagi pernah menjadi blogger tegar suatu ketika dulu (tegar kew??). Tp raya tahun ni sangat2 tak ada mood nak snap gambar segala. Masa aku pulak lebih banyak spend masa utk hangin' out ngan family aku berbanding sblm2 ni masa aku lebih banyak dihabiskan ngan kengkawan. Ngabang aka jalan beraya pun ala kadar jek.. Entahlah...semacam jek raya tahun ni. Apsal ea??? adakah kerana 1st time raya balik kampung dari Kedah??? kalo balik raya dari K. Terengganu ari tu pun, ok jew..tak ada apa2 pun... Raya kali ni mmg tak berenggang dari family sungguh2..huhu.. wat eva it is.. home sweet home.. dah nama alik kampung, so spend la masa ngan family sepuas-puasnya. ^_^

Err...tp rasanya raya ni spesel sket kot. dah nak hampir setahun berkecimpung dalam dunia blog ni, mcm2 jenis blog dan blogger yang dikenali... Alhamdulillah, dari seorang yg zero.. dah jd bukan orang yg zero lagi...ngeh3x.. Dipendekkan cerita, dari orang yg tak pernah kenal antara satu sama lain, leh jd kawan ^_^ heheh...ajaib dunia blog bukan ^_- wakaka...ajaib tak ajaib, raya tahun ni aku dapat kunjungan daripada tetamu istimewa ^_^

siapakah beliau2 itu??? tak ramai mana pun...dua org jekkk...kui3x (sajork2 bikin gempak bah)
+
=
+
=
+
=


tadaaaa...


(Encik Kamil dan Cik Seripah Pejidawaty)


pagi2 24hb cik Seripah dah msg kat aku...gtau nak datang beraya kat umah
ngam2 25hb tu aku dah nak ke UUM semula...huhu...dgn packing beg dan yg sewaktu dengan nya... sempat lagi terima tetamu istimewa ni. Tp kan, malam2 last ni ramai pulak yg beraya kat umah... hehe..

TERIMA KASIH PADA YANG DATANG
maaf tak boleh nak beraya umah semua. Ada umur panjang, insyaAllah, raya tahun depan aku bertandang ke rumah yg tak sempat nak singgah... ^_^


Sebelum kedua-dua blogger ni balik, dapat buah tangan daripada Abg Kamil...

+
=
+
=

nampak tak yg aku circle kan dgn kaler merah tu....
jeng..jeng..
siap bawak ke UUM tu...gantung kat meja study lagi
(abaikan latar belakang meja study tersebut)
haha...
sangat bersepahhhh!!! (neh time study last seminit ari tuhhh..)



Makseh bg kamil...sgt tomeitoooo...
mlm yo ktk berik, alu terus masuk dlm luggage kmk
hehe...terus di mbak ke kedah juak

(dah puas kangaroo tuk melancong ngan ktk, melancong dalam malaysia gik eaa..)


To Cik Seripah, thanks atas gambar nyaaa.... sangat sweet okeyhh ^_^



Mlm 24hb tu bes jumpa ramai2 ngan kawan2 lain, 25hb teros mood aku spoiled!!!
kerana aku terpaksa terima kenyataan
kembali ke dalam utan belukar

tak sookaaa...tak soookaaa!!!



Tuesday, October 6, 2009

update entry dgn cerita lama...???

Sangat lama sudah tidak menghapdet blog!!! haihhhh...byk story nak D story kan...tp bila fikir cerita dah basi walaupun mood masih baru jek....kemalasan sentiasa berada di tahap teratas (ahh, aku sooka ayat itu).

Tanggal 25hb September aku berangkat semula ke UUM membawa ilmu yg kosong di dada....wakaka...mana ada study time raya2 ni!!! FYI, 27hb tu, aku dan cikgu cekgi seangkatan yg lain akan menduduki peperiksaan sem pertama (wahhhhh...tamat sudah sem pertama ku). Mmg sangat tragis bila ilmu kosong d dada... merasa la study last seminit...huhu.. selanjutnya pasal exam dalam next entry (itupun kalo aku rajin nak update)

So, on 25th Sept aku pun memulakan perjalanan ke UUM semula...




(bosan2, aku snap la gbr ntah apa2 ni)
- Location: Sibu Airport -


Sangat tak suka okeyhhh bila berhadapan dengan semua ni... tp sangat suka bila nak balik ke kampung halamanku yang tercenta...huhu...bila la baru boleh balik lagi...???? aku tak nampak cahaya pun dalam masa terdekat ni aku balik atau tidak... cahaya cuma nampak masa bulan Mei nanti...huhuhu...sangat sedihhhhh...

Sebenarnya aku baru balik dari ikut sepupu aku pegi team building utk student2 dia kat lata tembakah, jertih. Sangat letih sehhhh!!! walaupun bukan aku jd facilitator ataupun jd student dia, tp aku letih sebab sampai je sana, aku teros demam...uhuhuhu... idong tersumbat mcm s*tan!!! jumpa lak aku yg jenis malas nak pegi klinik (tp rajin mam obat occayyy!!!)

Sampai sana sempat jugak kuar makan ngan cik Eyra (ex-hosmet & ex-kosmet) masa umt dulu. Thanx atas KFC nye ea yuyunkkk...!!! ^_^ Semoga cik Eyra kawen cepat2 ea... (sorry, no pics taken dere...sangat bz melantak dinner plate okehhh.. --> drumstick & wings i tak layan... imejin la sendiri mcm mana ropa dinner plate tuhhh...ngeh3x...

Harap2 dapat update next entry lepas ni secepat mungkin...



Notes:

==> tajuk sikdo kaitan alu juakkk...

Wednesday, August 19, 2009

prizentesen yang sot

Sebelum ni masa YM, status kat atas tu kerap pulak menunjuk "tengah buat slide prizentesen". Ahhh, tidak... saya tidak menunjuk2 saya tunjuk rajin buat keja, itu tandanya saya betul2 tengah buat keja. Nak menunjuk apa kejadahnyaaa... orang lain pun bz jugak buat slide prizentesen, dan ada jugak yg sedang sibuk dgn final year project masing2 (azab aku pasal tu dah lepasss...)

So, minggu ni sajork aku ada 2 prizentesen...slide semua fully edited by me.. grup members cuma buat part masing2 then selebihnya keja aku. fine, its ok...no pblem.. smol d pises.. ;)

tp tu la...aku rasa kedua2 prizentesen ni is the worst ever performance i had... (a'ah, lebih kurang mcm tu la bunyi nya...maafla, inglis berterabur...wakaka...) --> tp baru tadi lecturer kami cakap BM kami semua SANGAT TERUK!

Nothing more to say...saya frust tahap gabannn... Sekian, terima kasih...





-Errr...nervous yg memperkotak katikkan aku!!!-




-Ai promot CNI tu...dapat komisen takkk??? wakaka...-





Opss...sebelum aku lupak, tahniah utk Cik Inaee...
beliau baru konvo ahad lepas (bena ka ari minggu tuk tek bieng? aku sik ingat...hehe)
sekarang beliau bertugas sbg GSTT di salah sebuah sekolah kat C-la-tokss
CONGRATEZ!!!



Notes:

==> i lack of kemahiran insaniah...so how to be a teacher??? donno...i need to berguru wif my mum... :(

Wednesday, August 12, 2009

Satey Radix...sila cuba try test... ;)

Errr...pertama sekali, apo kabar urang saratok kohh??? hoho..mak bagitau sekarang ni sejarah Saratok dilanda kemarau...tak ada air... Kesian dengar cerita mak terpaksa berebut2 nak amek air dari lori JKR. Dah lama tak hujan kat sana.. harap2 la hal ni tak berpanjangan... Semoga mak aku sihat dari demam cepat2... (amin 40x)

Kat sana berlaku krisis air, aku kat Kedah ni pulak tetap jalan2 cuci mata... ;) *steady jak anak mak tuk jalan waima nyo tauk kampung nun sikdo air, sik juak mok nolong ngangkut air...hehe... --> nipo ngan eh, aku d Kedah, beliau di Saratokku yg tercenta...*


Mcm biasa la, aktiviti lepas kelas CIk yarn, cik Qilah, Cik Cheetah, cik Ella dan Cik Mimi mula la meronda2 kat area varsity Mall... pasal kat situ ada ekspo... lebih kurang seminggu kot ekspo tu. Letih la konon nya kelas dari pagi sehingga la ke petang. Dalam kelas tetap maintain ngantok walaupun tdo 8 jam lebih... ngeh3x... sampai kat Mall, singgah la gerai Radix atau HPA... alaaa...mana2 la korang suka nak panggei apa pun.. yg penting, kenal Radix pun dah ok...kenal HPA pun ok... ^_^. Plan awal nya cuma nak rasa satey Radix tu je... Ekceli semalam dah sampai pun gerai Radix tu, tp tak beli apa pun pasal dah makan siap sebelum ke Mall. So, keinginan utk merasa ayam goreng RFC yang diwar2kan amat la kaw2 dan mantop itu terbantot dek kerana kekenyangan melanda diri kami. Tp tu la...org kata...kalau dah lidah tu tetap nak rasa jugak, hari ni kami pun buat keputusan pegi jalan2 lagi kat mall then nak rasa satey Radix...ayam goreng tak nak dah... rasa lebih terlior kat satey dia yg sangat gumok ituuu... ngeh3x.

Sebelum sempat nengok satey tu, Cik Cheetah pulak beli kordial Roselle HPA tu... Entah mcm mana, mulut ni gatal tanya kat Cik Cheetah "Sedap tak air tu??" last2 aku rembat la sebotol. Dengar cerita, khasiat herba yg ada dlm air tu bagus utk penyakit asma, dan yg penting siap promot utk H1N1 gituuu...ngehh3x



-Ahaaa...gini la rupa Kordial Roselle tu...aku tak snap sendiri. Mintak kat Encik Google je, senang...-



Lepas tu, baru stat lepak kat gerai Radix tu sambil pekena satey dengan Sarsi Radix (Cola dah abes -_-)


Harga Encik Satey tu adalah RM 1.00/cucuk (minimum boleh d beli adalah 5 cucuk occayyy!!! dan harga utk Sarsi Radix satu gelas tu RM 2.00. Sangat mahal occayyyy (pasal tak ada duit. tp teringin punya pasal, ada je duit..wakaka) tp agak berbaloi bayar RM 1.00 utk satu cucuk satey tu... kerana beliau SANGAT SODAPPP!!!

Tak rasa lagi ayam panggang Radix tu...tengok kat situ, huhu...nampak mcm sedap. tp memandangkan elaun tak masuk lagi, so jangan la tamak... takde rezeki nak rasa ayam panggang Radix tu... InsyaAllah..next time kot ;)



-Tengok la muka sorgaaa pasal dapat makan satey yang sangat sodap itu...lunakkkk...lemak berkrim... nyummm..-






ni pulak selendang yg aku beli masa ekspo semalam... cantek tak? alaahhhh...tau, korang nak cakap cantek...miahaha.. tak ada yg puji, aku puji sendiri la iyeee... sehelai RM 8, beli 3 helai dapat RM 20. Cik Cheetah cakap dia nak beli sehelai, aku pulak beli sehelai... dah alang2, aku teringat pulak kat mak aku... hehe... So, yg kaler ijau tu utk bondaku, dan yg black with red tu hak milik saya...hihi... so, dapat la 3 helai utk RM 20...

ok lorr...nak berenti sudehhhh...sesi mengabeskan "duwet" sudah tamat...wakaka
masa utk rehat
dan yg penting, buat slide utk prizentesen.. ;)


Take care olsss..!!!

salam

Thursday, August 6, 2009

Koleksi Gambar sepanjang cuti H1N1

Update seringkas yg mungkin (aku cobaaaa...) Ini je sempat diupload dan jangan pandai2 nak download pulak... Penyalahgunaan kata nyaaa... nak download, silalah download gambar bunga matahari ke, gambar air terjun ke dan lain-lain lagiii.. (ayat skema kooo!!!).


26hb Julai 2009 (lebih kurang 6.45 pm)
Masing-masing tengah tunggu bas kat luar kampus. Tak boleh nak bayangkan mereka angkut semua barang2 dalam tempoh masa yg singkat kat depan kampus ni... kolej jauh bebenor dari area depan kampus ni... Nek mara liner kot.

Ni baru gambar kat kawasan luar kampus, tak tengok lagi mcm mane rupa kat changlun & alor setar.. Tak ada la pulak gambar nye pasal aku tak ke tempat kejadian. Tapi dengar ceritanya, mmg jalan jammed nak ke changlun dan a.setar.




Bila dapat cuti mengejut mcm ni, dalam kepala aku dah kosong. Tak tahu nak menyinggah dan berteduh kat mana. Aku ngaku, mmg ramai kengkawan yang ajak balik umah diorang, tp tu laaa...kepala ni asyik dok teringat dekat sepupu aku yg ada kat Kuala Terengganu... Terengganu tuuu...kenangan sungguh!!! Hihi...

Terima kasih utk kawan2 semua yang sudi ajak aku stay umah korang... Budi korang tak tau nak balas mcm mana. Walaupun terpaksa ditolak dengan baik, insyaAllah, sampai jugak kat umah korang nanti. Thanks to Cik Qilah sbb bagi bermalam kat umah semalam...hehe... sementara nak cari tiket ke KT kan... ;) pasal mlm 26hb tu semua tiket ke KT sold out kalau naik dari Kangar. Saja je tak naik dari A.Setar & Changlun, kompem abis nye... pasal semua serbu kat situ (dah yang tu paling dekat ngan UUM) Mau tak sold out, semua UiTM cuti pastu UUM pastu ada la jugak tempat lain yg cuti. Dengan reaksi yg sangat kuciwa, otw ke umah cik Qilah tu mmg frust gila2 lorr..


27hb Julai 2009 (9.45 am)
Sampai je kat alor setar, terus pegi kaunter tiket SP Bumi... aku nampak SP Bumi je waktu tu...haha pasal dulu cik Not selalu nek bas tu kalu balik belah utara ni. Pastu pulak, seat bas tu sangat la sodap dan luas... muahaha.. padan ngan kehendak pasaran aku lor...

Awal2 tu cuma tanya tiket pegi malam je... Tiba2 diorang cakap pagi tu ada bas!!! SYOK!!! SUPERB! MANTOPPP!!! Bes sehhhh dapat pegi!!! Lebih kurang kul 10.00 am mcm tu, bas tu memulakan perjalanannya... dengan tak sarapan dan beli air/makanan, masuk bas terus... padahnya, aku lapo dan sangat dahaga (kalu posa pun tak pa hari tu...haha)

+
+
+
+
+
+
+

Tadaaa!!!! Ini lah cousin cik Yarn yang ada kat Kuala Terengganu tu...
Cik apah atau Usu...


31hb Julai 2009
Masa ni kami kat Kuantan, East Cost Mall kata nyaaa... Besss!!! Memang jamu mata semata-mata. Maklumlah, elaun tak lepas lagi 3 bulan ni... Mampos tahap gaban tak ada duit ni..




Makan Time!!!!

Hohh!! Saat menaip entry ni, mengidam gila2 tengok gambar kat bawah ni.
Ada sesiapa alami perkara yg sama tak? Muahaha...korang tak rasa lagi.
sangat sedap sehhh!!!
Chicken Chop Black Pepper (RM 10.90)
Lokasi: Noodles ...... (sorry, aku tak ingat nama...haha tp mmg kat dalam EC Mall tu jugak)



Sila pokus pada gambar air gelas tinggi tersebut!!! Sangat sedapppp!!! Padan dengan hargaa..
Ice Age RM 6.++ (tak hengat jugakkk..)




Mama usu pulak order kuetiaw goreng RM 6.++
Sila pokus pada pinggan yg digunakan. Mmg sangat luas occayyy! Pinggan luas, kuetiaw pun harus luas sehhh!!!
Lupa la pulak nak snap gambar air mama usu ni...hehe..
dengar cerita mmg sodap air beliau...



Okeehhh...
ni pulak menu usu...
tak tau la pulak nama air tu... mi tu pun tak tau nama apa..
haiyohhh...how come me!!! lupa..lupa...
berapa kilo semut aku telan, aku pun tak tau!

[usu semakin kurusss... usu, mintak resipi maintain slim... ;)]


Cakap pasal kenangan pulakkk.. 1hb Ogos 2009, ai jejak kan kaki ai balik kat UMT!!!!
Waaaa...setahun sudehhh selepas selamat bergraduat tanggal 14 Julai 2008.
Gambar bawah ni kat depan library.. dulu tak ada logo UMT ni kat sini rasanya.. tu yg snap gak tu. Snap dalam keta je.




2hb Ogos 2009 (3.00 pm)
Siap sedia nak ke rumah Cik Eyra pulak... Jerteh!! Here i come!!!
Kenangan lagi sehhh!! MBKT, tempat salu merayau2 shopping kain n tudung...
hehehe...




Dari KT ke Jerteh, kos lebih kurang RM 10.80 (tidak termasuk tambang teksi)
haha...



4hb Ogos 2009
Selamat sampai kat UUM pagi tu lebih kurang pukul 5.30 am
Naik dari Jerteh pastu turun kat Changlun
Dengan tak cukup tido dalam bas, tp maintain boleh snap gambar dalam kelas...
siyes sehhh...ngantok!!!

(haippp zira...senyum sikettt....!!!)

^_^


Di kesempatan ini, aku nak ucap berbanyak terima kasih kat Usu sefamily banyak sapot cik yarn...hehe... Setahun sik temu ngan usu, at last...temu juak gara2 cuti H1N1... terimak kasih utk segalanya ^_^
Terima kasih jugak buat Cik Eyra (tak ada la pulak gambar beliau d snap...lupa lagik) sbb sudi sponser tiket balik, KFC dan kenalkan geng baru kat cik Yarn... sama pesen ngan aku lak tu... ^_^
Terima kasih utk Cik Qilah, Cik Ella dan Cik Cheetah kerana susah payah teman aku cari tiket ke terengganu hari tu. Tak ada korang, tak tahu la aku mcm mana...



Notes:
==> Inilah paling ringkas aku boleh buat...wakaka...
==> Masa ngerepak tamat sudehhh...nak siap2 g kelas la pulak... (kompem ngantok ah pasni!)

tata

Wednesday, August 5, 2009

H1N1 dan hari-hari cuti aku....

Assalamualaikum...

Sebenarnya...banyak jugak benda nak d story dalam blog yang tak berapa nak peribadi ni... (hoho...) tp aku malas sangat nak update bila gambar tak boleh nak di transfer ke dalam lappy kesayangan hamba ini... entahlaaa, aher2 ni selalu meragam, padahal dah beli mcm2 utk "dia" (encik Lappy laaa...). Tadi, masa PC Fair aku dah beli "sehelai" beg spesel utk "dia", mahai pulak tu... lepas utk makan 4 hari.. tp tetap aku beli.. sayang punye pasal... RM18.. Lepas waddd utk 4 hari...hahaha... Ok, then aku lengkapkan lagi alatan tambahan.. sebijik tetikus yg sangat comel... rasa nya inilah tetikus yg paling mahal aku beli & sanggup beli... --RM29... hahaha... bukan setakat makan 4 hari, sminggu pun lepas dohhh...!!! Fine!!! Ko nak merajuk, ko merajuk Encik Lappy. Ikut la sesoka hati muuu... (p/s: tiada niat utk riak apabila mempamerkan tanda harga di sini. sekadar berkongsi "figur" semata-mata) wakaka...

Errr...minggu lepas UUM cuti seminggu... Darurat pasal H1N1.. dikatakan ada saspek H1N1 kat sini... Sabor je laaa.. balik kelas pukul 5.00 pm mcm tu, kami d suruh mengosongkan kolej ni. Kes aniaya sudah ini.. so, start ahad tu UUM cuti, Isnin tu aku sampai la kat Terengganu aka Kuala Terengganu... utk "berambeh" di rumah cousin aku sehingga la hari Ahad (seminggu aku d umah beliau).. Ahad tu pulak sehingga la hari Isnin, aku "berambeh" pulak umah ex-kosmet/ex-hosmet UMT dulu...cik Eyra... huhu... means, ai dah burn kelas dua hari iaitu kelas hari Ahad dan Isnin.. Well, balik lambat pun bukan soka2 nak balik lambat, tp takdo tiket..

Walaupun cuti H1N1, tp cuti aku tetap bes!! Thanks Usu & mama usu...!!! Mun sikdo usu dan mama usu, ibuk sik tauk la nak besaduk sini gik... hehe ;)


Notes:
==> aku nak jugak upload gbr masa kat terengganu ari tu... takpe, mlm ni aku try transfer lain... InsyaAllah, akan d upload kemudian.
==> yeppp!! aku mok pulang rayoooo!!!!! ;( tulun...tulunnnn!!!

Tuesday, July 21, 2009

Medical Check Up...

Jumaat lepas, lebih kurang 2.00 petang mcm tu... budak2 "perdeg" kena buat medical check up dekat klinik UUM ni... Ekceli dari pagi lagi dah ramai berpusu-pusu ke klinik tu, tp kami kena giliran petang --> sajeje bagi aku bangun lambat... Errr, dgr cerita pagi tu mmg teramat kebizian kat klinik tu pasal kos perdeg bisnes dan sivik buat med.check up sekali ngan budak palapes. Huhuhu..yg petang tu pun tak sampai seratus orang boleh buat aku darah tinggi, apa lagi kalau aku buat pagi tu dengan 3 penjuru sekali gus... Siyes doh, masa doktor cek darah aku, mmg bawah dia 100. atas tu tak yah cakap la kan ;) So, dijadikan cerita... doktor buat apoimen lain kat aku hari Rabu ni --> esok ye tuan2 dan puan2. (pasal apa la aku boleh kena darah tinggi ni...!!).



Ni je la gambar yg sempat d snap pada hari kejadian. Tak kosa aku nak snap gambar segala... tensen nak wat urine test (opsss...!!!) pastu x-ray lagi...haiyohhhhh... tak sukaaaaa!!! ---> cik Jot, saya komplen lagi!!!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin