Followers

Monday, January 18, 2010

Muhasabah Diri seketika....

Aku bukan pandai sangat berkias-kias segala... tapi sekurang-kurangnya masih tahu nak jaga perasaan tanpa menyakiti hati orang lain... itu namanya masih ada rasa hormat dari aku utk seseorang... Tapi apabila orang lain dah tak tahu nak hormat hati dan perasaan kita, apa pulak tindakan kita? hurmm...terpulanglah.. masing-masing punya pendapat sendiri.


Tak sangka hubungan ukhwah persahabatan yang terbina boleh hancur sebegitu sahaja tanpa alasan yang munasabah... Aku tak heran kalau ia hancur kerana diri sendiri dan orang yang kedua yang menghancurkan nya... cuma yang aku pelik, kenapa orang lain yang tak terlibat turut terhegeh-hegeh nak melibatkan diri dalam hal orang lain? hahaha~~~ kadang-kadang lucu bila mengenangkan semua perkara kembali. Dia yang mengenali kita terlebih dahulu lebih mempercayai orang yang hanya tahu "take advantage" (kata omputeh...kakaka..) terhadap dirinya... Rasa kesian pun ada kerana beliau menjadi mangsa keadaan... Tersepit (ye ke tersepit...? hahaha). Tapi itu la orang kata, dah itu jalan pilihannya takkan kita nak menyibuk pulak...


Alhamdulillah, syukur Ya Allah... Kau berikan dan kurniakan di sekeliling ku insan-insan yang boleh menerima diriku seadanya. Semoga ukhwah persahabatan yang ada antara kita kekal hingga akhir hayat. Kenali hati budi dalam diri masing-masing setulusnya.. Kepada insan-insan yang PERNAH bertakhta di hati ini, kalian pernah menjadi yang terhebat di hati aku suatu ketika dahulu. Kemanisan persahabatan dahulu tak mampu kita kekalkan seperti yang diharapkan. Namun aku tak pernah lupa, kemanisan persahabatan kita akan terus menjadi KENANGAN yang takkan dilupakan.. insyaAllah... Apa sahaja yang bakal kita hadapi, siapa sahaja sahabat yang bakal kita kenali, cambahlah ia dengan baja kejujuran dan keikhlasan yang hakiki...

JANGAN NAK TAKE ADVANTAGE SEMATA-MATA EA KAWAN-KAWAN...


^_^

Semoga kita sentiasa dilimpahi dengan sahabat-sahabat yang memahami dan boleh menerima diri kita seadanya oleh Allah swt...insyaAllah...


Nota Kaki:
--> fwens di Saratok...i miss n love ya all!!!

Sunday, January 17, 2010

Tamat fasa 1...

Lama sangat tak berblog...maaf kepada diri sendiri kerana saya bukan saja sibuk, malah sangat malas untuk mengupdate... Tak sangka, dah 6 bulan berlalu. Alhamdulillah, satu per satu semua selesai seperti yang dirancang... Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa diharungi. Kadang-kadang ada di antara peristiwa yang menuntut pengorbanan air mata. Syukur kerana ia berjaya menguatkan semangatku utk terus maju ke depan, insyaAllah...

Selesai dengan kuliah, final exam, kursus B.I.G dan sekarang tiba giliran praktikum di sekolah pulak... Kalau sebelum ni asyik belajar teori dalam bilik darjah, sekarang kena kuatkan semangat kerana akan berdepan dengan realiti alam persekolahan yang sebenar... Teringat kata-kata rakan aku masa buat persembahan untuk kursus BIG beberapa hari lepas...


"Seandainya pelajar merangkak, guru perlulah berjalan..."
"Seandainya pelajar berjalan, guru perlulah berlari..."
(ada lagi sambungannya, tp aku tak ingat daaa...yg ni pun aku ingat2 lupa...hehe)


satu lagi kata-kata yang kawan aku sentiasa pesan


"seorang guru tidak boleh terlalu pandai dan terlalu bodoh"
"sekiranya guru terlalu pandai, guru akan sukar untuk memahami pelajar-pelajar yg kurang pandai"
"sekiranya guru terlalu bodoh, guru akan lebih senang untuk diperbodohkan oleh pelajar pandai..."


Fikir-fikirkanlah sendiri...


erm...apa sahaja yang bakal berlaku di masa hadapan, harap2 semuanya berjalan dengan baik dan lancar...biar semua ni cepat-cepat berlalu dan aku boleh balik segera ke kampung halaman ku yg tercenta... ^_^

aiyoooo...miss my home oredi!!!
omsick!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin