Followers

Tuesday, January 18, 2011

Kemitingan bersama mereka yang pertama...~

Assalamualaikum...

lama benar tidak meninggalkan cerita 'bulak' di sini...yerrrrr....
azam baru katanya sebelum ni nak berbelog segala
tapi no action...~ hehehhehe....~ maafkan saya Encik Belog

Btw, hari ni 18 Januari 2011 banyak perkara bermakna berlaku pada hari ini iaitu pada tarikh tersebut...~ ada yg manis, ada yg pahit.... semua rasa ada....~ ;)

pagi tadi kemitingan
hmmm....sangat teruja sebenarnya
kerana bakal menerima pelbagai arahan dan tugasan
sungguh saya teruja
bekerja dengan mereka aka senior yg sememangnya otai
dalam bidang ni menyebabkan aku berusaha nak dapatkan ilmu yg bermanfaat daripada mereka
apa yg terkurang, jadikan tauladan dan pengajaran

walaupun agak lambat sampai ke kemitingan tu
tp ada lg yg datang lambat daripada aku
huhuhu...
aku risau nah kalu sungguh aku yg paling lewat
alhamdulillah, banyak ilmu yg aku dapat hari ni
yg dipelajari dan perlu diperbaiki utk meningkatkan kualiti diri sendiri
tidak mengecewakan dan rasa berbangga kerana berpeluang bekerja bersama mereka

respect dengan budaya yg cuba diterapkan oleh Ketua aku
both of them excellent!
mereka berusaha utk mempelbagaikan usaha berbanding menjadi pak turut spt sesetengah org
yakin dengan keputusan dan penilaian yg dibuat sendiri
akhirnya sebulat suara bersetuju dgn pendapat beliau
walaupun pada permulaannya idea dan pandangan beliau kurang dipersetujui oleh yg lain
beliau tetap mempertahankan apa yang dia rasa yakin dan betul dan patut dilakukan
biarkan yg lain membuat perkara yg mereka dah terbiasa buat
biar kita buat yg luar biasa dari yg lain
biar semua belajar dan dapat ini adalah utk kebaikan anak didik kita dan juga diri kita sendiri


bukan satu tugas yg mudah
walaupun mula2 rasa neves, tp mereka-mereka banyak membantu
walaupun menerima tugasan pelbagai
tp kena sentiasa POSITIF dan OPTIMIS
kerap berlatih dan dilakukan secara berterusan
insyaAllah, aku akan terbiasa melakukan tugas2 tersebut
tanpa rasa janggal
dan
tidak perlu menyusahkan kawan yg banyak membantu dan terkadang
beliau boleh suda digelar sebagai KAUNTER PERTANYAAN aku...
wakakaka....~

TERIMA KASIH TEMAN KERANA BANYAK MEMBANTU!


 belajar la teman2 sehingga ke liang lahad
tidak rugi ilmu dituntut ikhlas dari hati
kerana ia bekalan satu-satunya yg kita tinggalkan dan sebarkan utk dikongsi dengan yg lain
tp tuntutlah dgn ikhlas bukan dari rasa takbur dan riak
kerana keberkatan suatu ilmu itu penting
untuk masa sekarang dan juga masa depan

tamat suda masa utk ngerepak
mahu selesaikan tugasan yg masih belum selesai
^_^

selebihnya perkara yg aku maksudkan awal2 tadi
esok lusa la pulak eh
hehe...~

sekadar perkongsian ilmu utk d sharing mereng
ambil iktibar

memang sesetengah org sukar utk menerima sesuatu pembaharuan
belum mencuba tp sudah berputus asa
kerana sering melakukan perkara yg sudah biasa dilakukan
terkadang nikmat yg diperolehi tidak akan datang bergolek
kerana apa yg penting ada PROSES dan PENGALAMAN sepanjang perubahan tersebut sedang dilakukan
sekiranya dapat outcomes +ve, alhamdulillah..teruskan pelaksanaan...
tp sekiranya dapat outcomes yg -ve, ambil iktibar, cari punca silapnya dan cari jalan penyelesaian mengenai perkara tersebut agar sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa... ^^

USAHA, DOA dan TAWAKAL tanpa jemu pasti membuahkan hasil...insyaAllah...~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin