Followers

Monday, January 18, 2010

Muhasabah Diri seketika....

Aku bukan pandai sangat berkias-kias segala... tapi sekurang-kurangnya masih tahu nak jaga perasaan tanpa menyakiti hati orang lain... itu namanya masih ada rasa hormat dari aku utk seseorang... Tapi apabila orang lain dah tak tahu nak hormat hati dan perasaan kita, apa pulak tindakan kita? hurmm...terpulanglah.. masing-masing punya pendapat sendiri.


Tak sangka hubungan ukhwah persahabatan yang terbina boleh hancur sebegitu sahaja tanpa alasan yang munasabah... Aku tak heran kalau ia hancur kerana diri sendiri dan orang yang kedua yang menghancurkan nya... cuma yang aku pelik, kenapa orang lain yang tak terlibat turut terhegeh-hegeh nak melibatkan diri dalam hal orang lain? hahaha~~~ kadang-kadang lucu bila mengenangkan semua perkara kembali. Dia yang mengenali kita terlebih dahulu lebih mempercayai orang yang hanya tahu "take advantage" (kata omputeh...kakaka..) terhadap dirinya... Rasa kesian pun ada kerana beliau menjadi mangsa keadaan... Tersepit (ye ke tersepit...? hahaha). Tapi itu la orang kata, dah itu jalan pilihannya takkan kita nak menyibuk pulak...


Alhamdulillah, syukur Ya Allah... Kau berikan dan kurniakan di sekeliling ku insan-insan yang boleh menerima diriku seadanya. Semoga ukhwah persahabatan yang ada antara kita kekal hingga akhir hayat. Kenali hati budi dalam diri masing-masing setulusnya.. Kepada insan-insan yang PERNAH bertakhta di hati ini, kalian pernah menjadi yang terhebat di hati aku suatu ketika dahulu. Kemanisan persahabatan dahulu tak mampu kita kekalkan seperti yang diharapkan. Namun aku tak pernah lupa, kemanisan persahabatan kita akan terus menjadi KENANGAN yang takkan dilupakan.. insyaAllah... Apa sahaja yang bakal kita hadapi, siapa sahaja sahabat yang bakal kita kenali, cambahlah ia dengan baja kejujuran dan keikhlasan yang hakiki...

JANGAN NAK TAKE ADVANTAGE SEMATA-MATA EA KAWAN-KAWAN...


^_^

Semoga kita sentiasa dilimpahi dengan sahabat-sahabat yang memahami dan boleh menerima diri kita seadanya oleh Allah swt...insyaAllah...


Nota Kaki:
--> fwens di Saratok...i miss n love ya all!!!

2 comments:

hajiejump said...

hai tkc..!!i kembali ke dunio blog dh..huhuh

CikYarn said...

hohoho..welkam back! welkam back!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin