Walaupun kami cuma 3 orang, tp tetap bes..hehe... Erm, mungkin pasni ada lagi kot kitorang posing kat sini pasal ada member2 aku yg msh study kat over the sea (bukan oversea, okeeyyy...LOL) nk wat mini reunion lagi sekali (maklumlah, satu sem tak jumpa..ekeke...@_@). Kalau betul jadi, ada la aku letak gambar kat blog aku ni (even tak ada sapa yg layan pun..wakaka). Apa pun...LAYANNZZZZ....~~~
Saturday, November 29, 2008
~Mini Reunion di SugarBun~
Walaupun kami cuma 3 orang, tp tetap bes..hehe... Erm, mungkin pasni ada lagi kot kitorang posing kat sini pasal ada member2 aku yg msh study kat over the sea (bukan oversea, okeeyyy...LOL) nk wat mini reunion lagi sekali (maklumlah, satu sem tak jumpa..ekeke...@_@). Kalau betul jadi, ada la aku letak gambar kat blog aku ni (even tak ada sapa yg layan pun..wakaka). Apa pun...LAYANNZZZZ....~~~
Olivia dah abesss...
Aku preview sikit la sinetron Olivia ni kat sini... Sinetron ni mengisahkan tentang seorang pmpuan yang bernama Olivia, dia ni suka sangat ngan bola sepak. Dah namanya pmpuan pastu minat bola pulak tu, kaum lelaki yg mental dia tak berapa nak penuh, telah memandang rendah terhadap kemampuan pmpuan untuk main bola sepak dan Olivia merupakan salah seorang daripada mangsa diskriminasi jantina dalam game tu... Even balak dia sendiri meremehkan bakat Olivia dalam bola sepak...bla..bla..bla... Bermulalah episod penyamaran Olivia menjadi cowok a.k.a lelaki yang bernama Ruben (nama abang kembar dia dlm sinetron ni) untuk menyertai team bola sepak Justine. Kebetulan pulak, si Olivia dah tangkap cintun dengan si Justine tu... Macam2 kejadian yang berlaku sepanjang Olivia menyamar sebagai Ruben dan sinetron ni berakhir dengan happy ending...
Selama aku layan sinetron ni, mmg kepala aku biol tahap power rangers la..haha... Gelak, marah, bengong, sengal, geram, semua perasaan tu ada la... Sebab tu kena layan sendiri cerita ni. Aku rasa aku suka sinetron ni, 1st pasal cerita ni love story (jiwang aku ni..). Sebab yg kedua pulak, pasal cerita ni tak ada sangat campur tangan mak bapak hero dan heroin. Kalau kita tengok sinetron indon sekarang, majoriti mesti ada kisah mak bapak yg masuk campur dalam kisah percintaan anak2 diorang. Kalau masuk campur suka kat hero/heroin tu tak apa, aku boleh terima lagi...ni tak, hasad dengki, materialistik dan semua yg jahat sewaktu dengan nya la.. Pastu sedap2 pulak buat mcm2 plan nk pisahkan hero/heroin then jodohkan ngan lelaki/pmpuan yg diorang suka... hissshhhh... Aku fed~up sangat disogokkan dengan jln cerita yg mcm tu... Letih mulut ni mengutuk diorang (hahaha...bongok kan, padahal tu cerita je...LOL). Sebab yg ketiga pulak, cerita ni tak dimasukkan unsur2 tahyul, ala yg ada pari2 tu semua, jin dan ntah apa2 lagi ntah. Eiii...aku tak leh la...bosan dengan cerita yg macam tu...!!! Sebab yg seterusnyaaa....korang pk la sendiri...haha...
Kat bawah ni aku upload kan sikit ending sinetron ni.. Video ni aku donlod dari youtube tp tak tahu nak bagi credit kat siapa pasal diorang pun upload from peng'uploader' yg lain jugak...hehe... Tak apalah, bagi credit kat 1st peng'uploader' yg upload sinetron ni la.
--this video credited to caremz--
(4shared & youtube)
Friday, November 28, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Selamat Pagi Dunia!!!
Bercerita mengenai joging ni kan, member aku yg ajak aku jogging ni semua. Aku pun tak tau macam mana aku boleh terbukak ati nak joging moging ni semua (actually merianti sendiri yg heran bila aku setuju nk ikut dia joging). Mungkin pasal boring duk kat umah je kot.. bukan boring apa, "bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan mandi..." (song mode). haha... itulah aktiviti harian seorang penganggur mcm aku ni... Tido, bangun, makan, tv...korang bayangkan, kalu aktiviti ni dijalankan selama setahun...bleh kena diabetis peringkat aher aku mcm ni...hahaha~~~
Bes tau joging pagi2 ni...haha... Dah la sejuk, peluh pun ala kadar je keluar...(padahal, berjoging ni nak kuarkan peluh). tp tak apa, joging sikit2...lama2 ok la kot... 2 hari pertama aku joging, mak aiee...pangkal peha aku rasa mcm nak tercabut...kalau boleh, mmg aku nak cabut peha ni..tak mau guna dah.. Sakit yang teramat!!! Mcm ni la resam orang yang tak pernah jalan jauh...ishh..ishh..
Bila bercakap pasal jalan jauh ni kan, teringat pulak masa tinggal kat hostel dulu. Pagi2 pegi kelas jalan kaki je ke kampus.. Sebenarnya kalau difikirkan dan diingat balik, jarak hostel aku ngan kampus aku dekat je...masa 1st time aku jalan kaki ke hostel dulu (actually dari kecik sampai la ke form 6, aku ke skewL n balik umah ada kemudahan transport... Aku tumpang kereta kawan aku, nek beskal, nek moto dll ---> nak detail, tanya aku sendiri..haha) mmg kaki aku sakit gila2.. Sampai aku siap ngadu ngan mak aku, aku tak mau jalan kaki, aku nak beli beskal (huduh nya perangai aku... childish!! sikit2 ngadu --> jgn tiru perangai mcm ni yea murid2). Even aku cakap nk beli beskal pun, ahernya smpai ke sudah 2 sem a.k.a. setahun aku jalan kaki je ke kampus... Hehe... x beli pun beskal tu... Selama setahun jalan kaki ke kampus, jauh tu dah tak rasa. Alah, boleh je sebenarnya jalan kaki tu..cuma bagi yang jarang berjalan n jenis terkurang ringan macam aku ni mmg la rasa berat sikit nk jalan jauh untuk mula2 tu... Dah lama2, ok jugak.
Actually banyak lagi pengalaman bes masa jalan kaki ke kampus dulu...hihi.. InsyaAllah, akan aku kongsikan jugak cerita tu kat blog aku ni nanti.. Tunggu masa aku terlebih rajin, aku share ar... Bagi seorang penganggur mcm aku ni, life kat kampus la yang aku sentiasa ingat dan rindukan selalu...kengkawan, lecture hall, lecturer, asgnment...bla..bla...
Okla, aku nak mengundur diri dulu...nak mandi dulu, busyukk n masam gara2 peluh tadi...hihi... Lenkali kita sembang lagi ya blog...wakaka....
ps: Majulah joging utk negara!!!
Wednesday, November 19, 2008
Kek "Mpalet" yg yummy....!! Sedap hingga menjilat acuan kek...
Kek yg mak cik aku suh buat tu kek simple je (bukan macam kek lapis sarawak yang mak aku buat tu)...kek simple ni boleh la aku tlg sikit2...apa eh nama kek ni? Mak cik aku panggil kek ni kek 'mpalet'...maksud mpalet lebih kurang macam 'simple' kot...hihi... Walaupun simple, tp sedap woooo... Korang kena rasa sendiri kek ni. Kat bawah ni, step by step cara kek ni dibuat sampailah kek tu masak dan siap untuk dihidang dan dimakan...hehe
Senang je kan? Tak susah pun...hihi... yg penting kaler hijau tuuuu...hihi... Blog aku ni ajar buat kek ke? Alignment lari ke ni?? Tak kot...haha... Alaaa, blog aku ni universal... Semua bleh cerita...semua bleh masuk... (yang halal je) lagipun ni blog aku, so sukati aku la nak tulis apa...hehe.. yang penting kita mesti enjoy!!!
K la, itu sahaja untuk hari ni... Selamat mencuba dan semoga maju jaya...~~~
**lenkali nak buat kek apa pulak eh...?? Kek lapis sarawak aku tak pandai nak susun...cheese cake!!! yeaahhh...aku buat tak sedap pun (tak sama dgn yg kat kedai)....nanti2 la aku pk lain...
Sehari Bersama Not & Eira di Kuantan...
--Sian not kena drive sorang2, pasal dia sorg reti driving--
~~Borong time!!!~~
--Tilam sapa tu?? hihi--
~~Letih memborong, kitorang nak blahh dah~~
~~Sempat lagi tu~~
--Dah..dah..jom balik--
~~Sebelum balik, sempat singgah Awana Kijal~~
--Baju budak sblh kanan tu tak sesuai langsung nk g pantai...ish..ish... (LOL)--
~~posing muka letih~~
--Dah letih dah, jom balik--
Selepas hari tu, mmg kami ada perancangan nak pegi jln2 kat Kuantan lagi. Tp disebabkan oleh kekangan masa dan wang ringgit, plan kami terkubur mcm tu je..hehe... Siyesly, kalau ada kesempatan lain mmg aku nak jln2 d Kuantan lagi...InsyaAllah... Kuantan tu aku tak abes explore lagi. So, tunggu saja kedatangan aku Kuantan!!! har..har..har.. ^_^
Notes:
**Sorg lagi housemate aku xde dalam ni --> Chik. kalu x silap, Chik dah balik Kltn ms ni...
**Aku rindu korang!!! Muuaahhhsss!!!
Tuesday, November 18, 2008
Koleksi Perfume
--Surreal Garden from AVON--
(tinggal sikit je lagi...uhuk3x)
--Oceanus from BODY SHOP--
--Sweet Honesty from AVON--
~~salah satu perfum fevret aku~~
--sorry, aku tak ingat nama perfume ni...tp oso from AVON's collection--
Monday, November 17, 2008
apa aku buat hari ni?
Sunday, November 16, 2008
...Pengalaman Temuduga...Bes keww...??
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bosannya hari ni....!! Masuk hari ini, dah 3 hari friendster meragam! Bosan!!! Sebenarnya tiba2 aku teringat pasal kegagalan temuduga aku sebelum ni. So, hari ini aku nak share pengalaman temududa aku sebelum ni je lah....ehh..temuduga, bukan temududa tau...hehe...pengalaman temuduga yang aku nak ceritakan ni mengenai temuduga pertama aku sehinggalah yang paling latest aku pernah hadir. Tapi kan, seumur hidup aku ni aku pernah tiga kali sahaja menghadiri temuduga...alahai, tak lakunya aku....apa daaa...
Sebenarnya, temuduga pertama aku adalah bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Masa tu, aku temuduga untuk Latihan Separa Perubatan dan kalau tak silap aku, aku hadir temuduga ni selepas tamat SPM. Seperti biasalah, sebelum dapat temuduga aku kenalah menduduki table test (peperiksaan meja kata kita2). Hehe...waaa, berlagak gila feel aku jawab soalan2 tu...mmg ar soalan dia ratusan, tp soalan dia saikologi je (kot...). kira macam nak kita imbas kembali je...(ye ke aku ni?). tak adalah susah sangat, boleh jawab lagi. Pas lepas tapisan di peringkat table test, aku berjaya n dapat temuduga...nervous! itulah perkataan yang kuar dalam hati aku...hati? erm...apa2 je la...
Maka, tibalah hari temuduga aku...dulu biasalah, zaman budak2 mana reti interview ni macam mana. Mana ada wat research, membaca apa2 yang patut n bertanya apa2 kat org. Pergi macam tu je, pastu create soalan sendiri n aku jawab sendiri...hahaha...bongok tol...!!! Sampai je kat luar bilik temuduga tu, ramai gilozzz yang ada kat situ...mak aieee, dalam ramai2 yang pergi interview tu apsal seorang kawan aku pun tak ada...? ish...biarlah, tak ada kawan pun aku boleh survive gak sorang2 kan. Hehe...peduli hapa ngan orang lain...so, semasa menunggu tu aku buat bongok je...a’ah, sebelum lupa, masa tu aku hafal nama Menteri Kesihatan dan nama Perdana Menteri sahaja...hahaha~~~ tak cukup bongok lagi ke tu? Hahaha.... Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran aku...Aku masuk je la seperti biasa, ikut adab orang kata. Lepas tu diorang tanya soalan. Soalan mereka adalah berkaitan ngn post yang aku dapat tu. Tapi tu la, kalau aku ni dah namanya budak yang tak berapa nak matang dari segi pemikiran, jawapan yang aku bagi pun jawapan yang memang tak matang langsung....Last2, aku pun dapat jawapan yang tak matang gak...hahaha!!! aku tak dapat pun post tu... TETTT...KEGAGALAN TEMUDUGA PERTAMA...
Semasa aku tingkatan 6 rendah, sekali lagi aku dapat surat daripada SPA untuk interview jawatan yang sama (yang ni aku apply jawatan tu sekali lagi). Situasinya sama saja, time jawab table test, berlagak gila, dapat interview tu aku pergi je la...tapi kali ni lain sikit, pasal tiga orang member aku pun dapat interview SPA jugak cuma lain-lain post je. Lepas interview tu, antara kami 4 orang, Cuma 2 orang je yang dapat jawatan tu...Goi Guek Ling & Chew Lan, congratez 4 both of u...yang tak dapat pulak, aku dan ija...(hehe...sekarang ni, ija dah sambung belajar kat UPSI dan aku pulak 6 bulan menganggur pas tamat belajar kat UMT 3 tahun)...tu la orang kata, ada hikmah juga d sebalik kejadian. Tak dapat SPA, tapi dapat sambung belajar....alhamdulillah....(tak bes menganggur ni....seksaan jiwa yang maha dasyat...siapa2 yang berkaitan, jgn la menganggur lama2 macam aku even bukan aku yang mintak menganggur lama2 ni...coz i’m still trying my best to find my job until now)... TETTT...KEGAGALAN TEMUDUGA KEDUA....
Temuduga yang ketiga...erm, adalah temuduga aku selepas aku tamat belajar. Post tu aku main apply je..tp memenuhi syarat..okey....berlainan dengan temuduga aku yang pertama dan yang kedua, kalau sebelum ni kedua2 temuduga tu kat Sarikei, kali ni temuduga aku kat Kuching. Aku temuduga untuk post apa dan kat mana, biarlah rahsia (hanya orang2 yang rapat je tau..hehe). Kat situ, aku kenal beberapa budak lain yang sama interview untuk post yang sama ngan aku. Actually, kami ada 9 orang (termasuk aku). Aku rasa berlainan sangat suasana kali ini. mUngkin 1st, sebab yg pegi temuduga tu tak ramai macam SPA tu, pastu 2nd mungkin sebab yang hadir temuduga tu ‘matang’. Kenapa aku cakap macam tu? Hehe...masa aku pergi interview spa hari tu, aku budak2 lagi, tak pandai nak tegur2 atau sembang2 ngan cdidate len...tp temuduga kali ni bes pulak, semua bleh dikatakan sangat mesra alam. Sembang ngan diorang macam dah kenal lama...selesa...tp bila dah masuk bilik temuduga, masing2 sendiri la beb...hehe...kitorang ditemuduga secara group n dalam satu group ada 3 orang...walaupun temuduga kali ni adalah yang paling sempoi aku rasa (tak se’stres’ aku jawab temuduga SPA, tp...TETTT...KEGAGALAN TEMUDUGA KETIGA....tetap gak tak dapat job tu...
Sekarang ni, aku masih jadi seorang pengusaha ladang anggur yang terhormat kat sini...entah sampai bila aku jadi macam ni aku pun tak tahu...tp insyaAllah, aku takkan putus asa. Asal ada je iklan jawatan kosong, aku tetap mencuba dan mempertaruhkan nasib aku...mana tau sangkut satu, kita tak tau rezeki masing2...hehe....
blog aku yang bengong...!!!
erm...sebenarnya bukan blog aku yang bengong, tp owner dia yang 'sot'. Hopefully lepas ni, aku tak ada masalah apa2 lagi ngan setting dalam ni... kalu pblem gak, sah2 kebongokkan aku tak ada tandingannya...muekeke...
Saturday, November 15, 2008
UPSR dah kuar!!! Tahniah untuk .........
~~Ad yang super ektip~~
--TAHNIAH--
~~Meen, Wani, Erin~~
--TAHNIAH WANI--
Sambung balik ngan cerita Ad, entah kenapa lepas aku dapat tahu je dia dapat 5A, tubir mata aku memberat dan air mata aku merembes keluar (wekkk...mana aku dapat ayat ni...???!!!). Alah, pendek kata aku menangis...aku menangis sebab aku gembira sangat2. Dia sebelum ni punya la risau ngan paper penulisan dia, risau terkeluar tajuk. Dengar cerita mmg tajuk penulisan diorang susah gilosssss...tapi alhamdulillah, dia dapat jugak skor A untuk penulisan dia.
Kalau nak dibandingkan dengan diri aku sendiri yang dulu, rasa betapa bongoknya diri aku yang dulu. Tak pernah stress & tension nak fikir dapat markah elok & skor 5A untuk UPSR. Masa tu memang aku tak ada kesedaran langsung betapa pentingnya ilmu penuh di dada. Sebenarnya aku merupakan salah seorang yang tergolong dalam golongan yang lambat sedar pentingnya kaya ilmu dalam diri. Tapi itu la, menyesal selalu datang kemudian...dan menyesal sekarang pun tak guna jugak kan...hehehe...
~~Anis, Deera, Afiqah~~
--GOOD LUCK--
Buat Nadeera, Ty nak ucapkan tahniah jugak sebab dapat 4A walaupun UPSR Nadeera dah 2 tahun yang lepas. Masa tu blog ni tak ada lagi, so tak boleh nak letak ucapan tahniah kat sini..hehe... Buat Anis & Afiqah, korang kena la ambik teladan dan ikut jejak langkah abang dan kakak korang. Jangan lalai, terutamanya Afiqah...tahun dpan dah nak UPSR jugak. Usahalah semaksima yang mungkin. Kita usaha pun bukan untuk orang lain, tp untuk masa depan kita sendiri dan menggembirakan hati kedua orang tua kita yang telah banyak berkorban untuk kita...Alamak, tiba2 teringat kat mak aku ---> Terima kasih mak untuk segalanya...sayang mak...muahhsss!!!
** Kalaulah paper UPSR boleh repeat, nak je aku repeat paper tu...hahaha..buruk sangat result aku...hahaha~~
my 1st time blogginkkk....blogging lorrhh....
Memandangkan penulisan aku ni masih hijau, ayat pun macam suam2 kuku je...aku main redah ajelah ek..lagipun ni blog aku, sukati aku la nak guna ayat macam mana kan...alah, yang penting korang boleh faham, tu pun dah cukup baik...hehe...
Last but not least, harap2 lepas ni rajin2 la aku mem'blog'...haha...kenapa aku cakap macam tu? nnti2 la aku bagi jawapan..aku pun tengah mencari gak jawapan dia... k, enjoy ur reading... n welkam to my wol...!!!