Followers

Saturday, November 15, 2008

UPSR dah kuar!!! Tahniah untuk .........

Hari ini dah masuk 15hb. Erm...apa yang bes hari ni? A'ah dua hari lepas keputusan UPSR dah pun diumumkan...hehe...teringat balik masa aku sendiri UPSR dulu. Betapa buruknya result aku dan baru aku terfikir betapa bongoknya aku masa aku sekolah rendah...haha...erm, sebenarnya aku cerita pasal pengumuman UPSR ni bukannya apa, sepupu kecik aku dah selamat dapat keputusan UPSR dia...Memang hari keramat & hari bahagia dia la kiranya dua hari lepas. Aku rasa, kalau dia request apa2 pun, mesti dia dapat. Tahniah buat Zainul Adha kerana mendapat keputusan UPSR yang cemerlang 5A...sepupu kecik aku yang sangat agresif & aktif dalam semua bidang. Komputer pun dia, badminton pun dia, wrestling pun dia, pendek kata semuanya 'makanan' dia lah...


~~Ad yang super ektip~~
--TAHNIAH--


Tak dilupakan, ucapan tahniah jugak untuk Syazwani atas keputusan cemerlang dalam UPSR...she's oso got 5A's...congrataz sis...!!!

~~Meen, Wani, Erin~~
--TAHNIAH WANI--


Sambung balik ngan cerita Ad, entah kenapa lepas aku dapat tahu je dia dapat 5A, tubir mata aku memberat dan air mata aku merembes keluar (wekkk...mana aku dapat ayat ni...???!!!). Alah, pendek kata aku menangis...aku menangis sebab aku gembira sangat2. Dia sebelum ni punya la risau ngan paper penulisan dia, risau terkeluar tajuk. Dengar cerita mmg tajuk penulisan diorang susah gilosssss...tapi alhamdulillah, dia dapat jugak skor A untuk penulisan dia.

Kalau nak dibandingkan dengan diri aku sendiri yang dulu, rasa betapa bongoknya diri aku yang dulu. Tak pernah stress & tension nak fikir dapat markah elok & skor 5A untuk UPSR. Masa tu memang aku tak ada kesedaran langsung betapa pentingnya ilmu penuh di dada. Sebenarnya aku merupakan salah seorang yang tergolong dalam golongan yang lambat sedar pentingnya kaya ilmu dalam diri. Tapi itu la, menyesal selalu datang kemudian...dan menyesal sekarang pun tak guna jugak kan...hehehe...


Sekarang ni, kalau aku tengok sepupu2 aku tu malas belajar, mulalah hati ni panas...rasa nak marah pun ada. Tapi aku tahu, nak marah2 pun tak guna jugak. Nanti lagilah diorang tak suka dan tak minat nak belajar. So, baik gunakan pendekatan yang lebih gentle org kata...jgn paksa tp tegas. Entahlah, sekarang ni pandai pulak aku nak marah2 org kalau malas belajar, tp masa zaman2 aku sendiri dulu, tak pernah2 nye aku nak sedar2...tak apalah, yang penting aku tahu aku sayang diorang. Aku tak nak diorang leka, jangan jadi macam aku yang tak pandai ni...huhu...

~~Anis, Deera, Afiqah~~
--GOOD LUCK--


Buat Nadeera, Ty nak ucapkan tahniah jugak sebab dapat 4A walaupun UPSR Nadeera dah 2 tahun yang lepas. Masa tu blog ni tak ada lagi, so tak boleh nak letak ucapan tahniah kat sini..hehe... Buat Anis & Afiqah, korang kena la ambik teladan dan ikut jejak langkah abang dan kakak korang. Jangan lalai, terutamanya Afiqah...tahun dpan dah nak UPSR jugak. Usahalah semaksima yang mungkin. Kita usaha pun bukan untuk orang lain, tp untuk masa depan kita sendiri dan menggembirakan hati kedua orang tua kita yang telah banyak berkorban untuk kita...Alamak, tiba2 teringat kat mak aku ---> Terima kasih mak untuk segalanya...sayang mak...muahhsss!!!


Sebelum aku 'mupok', sekali lagi ucapan tahniah buat kazen aku yang 'mancai' n hyper ektip --> zainul adha dan tak lupa buat Wani jugak kerana dapat 5A. This is not the ending of ur life, but this is the starting to colour ur life especially in ur education. Good luck for every way that u choose and i'll give my full support for both of u to achieve it! Good luck!!!

** Kalaulah paper UPSR boleh repeat, nak je aku repeat paper tu...hahaha..buruk sangat result aku...hahaha~~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin