Followers

Monday, May 25, 2009

Senarai masalah semasa ditemuduga

Antara kelemahan-kelemahan/kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan semasa ditemuduga:


1. Tidak menjawab kehendak soalan panel penemuduga


Jujurnya, saya sendiri kerap melalukan kesalahan sebegini. Pengalaman occayyy..!!! (haha...) penemuduga tanya pasal Dato' CT aku pulak jawab pasal Datuk K. Memang cari pasal bukan? Dengan beranggapan bahawa mereka berdua memang saling berkait antara satu sama lain, namun sekiranya soalan bertanyakan mengenai karier Dato' CT, tolong la jgn pulak sengaja nak cover line atau pun nak tunjuk diri memang tau sangat2 pasal kehidupan rumahtangga mereka berdua. Dah sah2 anda langsung tidak menjawab soalan. (nama sekadar hiasan sajorkkk)


2. Gagap

Sebenarnya perkara ini anda sendiri pasti tidak mengenali dan tahu bahawasanya diri anda gagap. Jelas sekali kelemahan sebegini kerap dilakukan oleh kita tanpa kita sedari. Tidak segan kah anda apabila penemuduga bertanya soalan sebegini kepada anda:


"daripada apa yang saya lihat sepanjang sesi ini, anda mempunyai masalah gagap. Untuk menjadi salah seorang daripada ahli kami, sekiranya anda menghadapi masalah sebegini, bagaimanakah cara untuk anda meyakinkan pengguna terhadap produk yg kami perkenalkan?"


Memang ayat pertama daripada kenyataan tersebut agak kejam, tetapi itulah hakikatnya. Sekiranya anda sendiri sebagai penemuduga ataupun pengarah bagi sesuatu firma, pasti anda tidak memerlukan seseorang yang tidak mampu meyakinkan kepada pengguna mengenai produk yg anda hasilkan di pasaran. Tahap keyakinan seseorang boleh dilihat melalui cara percakapan dan kelemahan paling besar kita yang ditemuduga adalah masalah gagap menjawab soalan daripada panel penemuduga.


3. Ungkapan "Maaf tuan/puan/cik/datuk/daten, saya tak tahu/saya tak ingat"


Sudah terang lagi bersuluh! Nampak sangat tak buat ulangkaji, tak buat rujukan dan tak buat homwerk. Main hentam sajorkk. Datang2 temuduga, kompiden la penemuduga tu takkan tanya pasal Rukun Negara. Alaaa...kacang dowww! Takkan Rukun Negara tak tahu beb! Aku bukan anak Malaysia kalu tak tahu...

Ikut suka hati korang la nak kompiden gila2 agak2 soalan yg mcm tu. Tak sedar kah anda bahawa diri anda terlalu bongok utk teka2 soalan yg bakal ditanya oleh panel penemuduga. TAK SALAH nak observe dan select soalan2 tertentu, tp jgn fikir terlalu mudah. Ya memang benar, tak mustahil untuk penemuduga bertanya mengenai Rukun Negara, tp fikirlah dgn lbh realistik supaya tidak mengambil terlalu mudah mengenai soalan2 yang bakal mereka ajukan. Sentiasa set kan di kepala, penemuduga pasti boleh bertanya apa jua jenis soalan yang kadang2 mmg tak tercapai akalmu utk difikir dan dijawab. Maka, harus la kita observe dan buat homwerk bukan sahaja utk benda2 simple, tp cuba utk berfikir sehingga tak tercapai akal ku... (wahh!!! fikirlah sendiri. kalau rasa tak sesuai, boleh amend sendiri apa tindakan yg harus dibuat).


4. Kurang Yakin

Betul! Ini pengalaman! Apabila penemuduga dapat mengenalpasti bahawa anda nampak seperti kurang yakin (postur badan membongkok je, gelak asyik tutup mulut kontrol cun, asyik dok ulang2 PARDON), mau nye tak penemuduga kenakan korang. Yaaa!!! Sampai diorang suh nyanyi lagu. Dalam hati korang mesti akan kata "aku ni nak jadi pengarah syarikat ni, tp apsal dia macam nak buat audition akademi fantasia pulakkk??!! ah, aku memang cun. peduli hape, aku nyanyi ala2 Dato' Siti gitewww!!! <-- ini unsur hiperbola sahaja".

So, sekadar berkongsi tips hasil daripada pembacaan dalam sumber maklumat alam maya ni, masuk2 je korang dalam bilik temuduga tu, tegur la penemuduga dengan kompiden tetapi beradab. Duduklah di kerusi yang disediakan di hadapan panel apabila disuruh dan jangan lupa utk mengucapkan terima kasih. Setiap kali panel bertanya soalan, jangan tergopoh gapah menjawab soalan yang diajukan semata-mata utk menunjukkan betapa terer nya dan berpengetahuannya diri kita. Ambik masa sejenak utk memikirkan jawapan yang kepada soalan yang diajukan.

Dah nama pun fikir utk tempoh sejenak, jd jangan la korang fikir sampai sejam dua jam ataupun tak keluar2 langsung daripada bilik tu. Walaupun sudah berfikir utk tempoh masa tertentu namun masih tidak kompiden dengan jawapan tu betul ke tak, perkara yang perlu dilakukan... jawab la soalan panel tersebut dengan penuh yakin tanpa memikirkan dan menunjukkan bahawa jawapan anda itu adalah salah dan tidak masuk akal langsung. Selain daripada jawapan yg betul/tepat, sebenarnya panel penemuduga lebih banyak mengambil poin sejauh manakah keyakinan anda utk menjawab soalan tersebut. Penemuduga mahu melihat kita yang lebih banyak bercakap berbanding daripada mereka bertanya sepuluh soalan tp korang jawab satu sajorkkk... Cekadak bebenor la kalau dah sampai tahap tu.


5. Menipu

Sah2 neraka jahanam la tempat mu! wakaka... okey2, tak payah la nak menipu kalau kamu dah ada kilang belacan sendiri siap buat francais lagi. haaaa... berkata jujurlah kerana sesungguhnya panel penemuduga ni, tengok korang gagap2 jo nak jawab soklan, pastu tengok mata korang yg "keceng-keceng" (wakaka...sumpah sume mesti tahu perkataan ni) diorang dah tahu dah korang BULAK a.k.a KACAK. hehe...


6. Lemah berbahasa Inggeris

Yang ni aku rasa paling KEJI occayyy!!! Setakat nyanyi lagu Britney Spears, Lady Gaga, PCD, Akon tu aku tau laaaa... tp kalau suh cakap on the spot, mati laaaaa.....

Belajar la speaking london everyday ye anak2. masa ni la aku rasa sangat2 rugi masa aku sekolah dulu tak ada PPSMI. Sebab tu la sekarang ni aku sangat menyokong PPSMI, sbb tak nak budak2 nanti bila dah besar jadi mcm aku...wakaka... tak reti ah speaking london nihhh...

Tak ada ulasan panjang2 untuk yg ni. Bab ni tak ada sesiapa yang boleh bantu melainkan diri kita sendiri yang nak berubah utk menjadi lebih pandai dan lebih berilmu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku cuma senaraikan ni je la dulu, kerana antara 6 list ni ada di antaranya berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga melalui pembacaan daripada blog2 blogger2 yang sedia ada. Tapi itu la, manusia bukannya perfect sangat. Dalam kesempurnaan tu, pasti ada silap yang kadang2 kita sendiri tak sedar kita telah buat. Apepun, beware of yourself laaaa...hihi...

RAJIN-RAJIN BUAT HOMEWORK SEBELUM PEGI INTERVIEW


GOOD LUCK!



Notes:
** Sekiranya bercanggah daripada pemahaman saya, sila betulkan. Kita berkongsi sama-sama apa yang kita tahu dan apa yang orang lain patut tahu. SHARING IS CARING maaaa.... Terima kasih. ^_^




PEACE NO WAR!!!


4 comments:

f.i.e.z.a said...

lamak mek sik g interview eh!
part speaking la mek lemah ko.alu tercampo2 bahasa alu lucu bunyi.haha
good luck for u too for ur next2 intvw kelak2..

CikYarn said...

+f.i.e.z.a+
haha...sama la kita. kmk paling lemah nyawa bila stat speaking...nang alu nampak terus kelemahan kmk...huhu...

makaseh and gud luck to u too... have a nice day sis!! ;)

Kamil L said...

Temuduga... hehe..memang menyeronokkan, mendebarkan dan merupakan pengalaman yang sik akan didapat di mana2. Tp mun bg kamek, yang penting masa temuduga ialah keyakinan dalam dirik. Mun sik ada keyakinan, akan bermulalah masalah gagap dan ilang idea. Mun sik tauk jawapan, kelentong jak, asalkan jawapan yo logik :D
Tapi yg paling penting ialah kena banyak membaca.. Bukan membaca hanya untuk temuduga, tapi jadikan membaca sebagai keperluan harian.. Sb soalan yg ditanya masa temuduga kekadang terlalu umum dan memerlukan kita tau banyak perkara untuk menjawab. dan untuk tau banyak perkara, kena banyak membaca :) Jadi, bersedialah dari sekarang mun rasa2 dirik ada temuduga di masa hadapan :D

CikYarn said...

+Kamil L+
tq foe sharing very da nice info. bak kato urg, jadikan membaco sbg amalan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin