Followers

Saturday, December 13, 2008

Cinta Rasa Mocca

Aku baru abes layan telefilem indonesia yg bertajuk "Cinta Rasa Mocca"... Erm..ada apa dengan cerita ni sampai aku nk masukkan dlm blog aku? Sebenarnya tak adalah sampai aku tertunggu2 tercongok depan tv semata2 nak tengok cerita ni tadi, tp gara2 blackout tadi kejap aku shut down aku punya laptop then mula mencari makanan kat dapur. Eh2, tiba2 elektrik ada balik.. Tp malas pulak nak on laptop balik (pasal laptop aku skrg ni sgt2 lembap --> dh lama x format, pastu berat dan mulalah buat hal...sengal!). Boring2, aku on tv then tuka la channel 121 (astro). Tengok tajuk terpampang depan tv "Cinta Rasa Mocca" pastu baca info, erm...sinopsis cerita tu mcm x besh je...(hehehe...) tp aku layan je la cerita tu... Dan tak sangka, cerita tu berjaya memikat aku untuk terus setia ngan channel tu pada 10 minit yg pertama! Haha...bukannya ada magic apa pun kat cerita tu, cuma...cuma...ah, korang tengok la sendiri (tp aku dah check kat youtube, sehingga hari ni 13hb 12, tak ada siapa2 lagi yg upload cerita tu kat sana). Pada yg dah tengok tu, ok la tu. hehe...

Sebenarnya tak adalah apa yg bes sangat pasal cerita ni. Nak aku bagi preview tak? wakaka... korang cakap tak nak pun, sukati aku la... aku nak bagi preview ke tak... (n even tak ada yg menjawab pun, aku tetap taip gak kat sini...ekeke). Actually aku nk letak la gbr pelakon cerita tu kat sini, tp buat pertama kalinya saya gagal mendapatkan sebarang informasi mengenai pelakon mahupun gbr utk telefilem tu (aku tak ambik pot sangat masa awal2 cerita tu stat tadi, dats y aku tak tahu nama pelakon cerita ni).

INTRODUCTION
Cerita ni mengisahkan mengenai seorang gadis buta bernama Risa (digambarkan sebagai seorang gadis yg lawa dan comey) berkenalan dengan seorang lelaki yg bernama Krisna (digambarkan sbg seorang lelaki yg macho --> erkk dia tak macho sangat pun bagi aku [boleh ignore kalau tak setuju]). Perkenalan pertama mereka bermula d sebuah kedai roti/kek (smthg like dat larhh). Si Risa ni nk beli roti Mocca, tp dah tak ada stok..pastu kebetulan pulak Krisna ni ada kat kaunter nak bayar roti2 yg dia beli (roti Mocca yg last tu, Krisna yg beli). Atas dasar perikemanusiaan dan gentlemen nya, Krisna pun menawarkan roti Mocca yg ada kat dia tu kat Risa. Selepas perkenalan singkat tu, diorang pun mulalah berkawan, rapat n terus kapel...


Ok, kat sini aku masih rasa cerita ni biasa2 je...rasa mcm nak tuka channel pun ada lagi... tp sabar, tahan jiwa, tahan tangan supaya jgn tkr channel. Tp kan, tiba2 muka lelaki aka Krisna tadi jadi muka lelaki lain pulak (jadi tak hensem pulak --> gigi jongang, pastu ada parut besar gila kat atas kening) but still Risa mention his name as Krisna.. apa punya cerita ni? aku tak faham... Tak apa..tak apa, aku teruskan usaha aku utk terus tengok cerita ni... Beberapa minit kemudian.... LORHHHH... rupanya lelaki yg hensem tadi adalah bayangan yg Krisna (ori) bagi kat Risa supaya si Risa ni tak tahu yg sebenarnya dirinya huduh...huhuhu...

Cukup satu jam aku tengok cerita ni, pastu sampai la cerita ni tamat! wakaka...hebat cerita ni kerana berjaya membuatkan aku tak online tenet... Ok, sambung balik pasal cerita tadi. Pastu suatu hari, ditakdirkan si Risa ni dah dapat mata yg sesuai utk dia maka si Krisna ni risau tak mau2. Dia risau mcm mana nak berdepan ngan Risa bila Risa dah boleh melihat nanti. Dia risau sbb dia takut Risa ni tak boleh nak terima rupanya yang buruk tu.

Dipendekkan cerita, lepas je Risa operate mata, mmg si Krisna tak berani nak mengaku dirinya d depan Risa bahawasanya dirinya adalah Krisna sebaliknya menyamar jadi kawan kepada Krisna. Krisna lak bagitau kat Risa yg dia ke Bali atas urusan kerja. So, apa yg Risa boleh buat? tunggu je la Krisna balik (tunggu kucing bertanduk... wakaka... padahal org yg dia tunggu dah ada kat depan mata). Sepanjang tempoh tu, Krisna buat la plastic surgery baiki gigi jongang dan jugak parut huduh kat muka dia. Sampai suatu masa tu (muka Krisna dah elok), Krisna still tak nak mengaku yg dia adalah Krisna. Risa bengang terus mintak putus ngan Risa tp atas bantuan kawan diorang (which is this guy yg krisna ori imagine kan utk Risa ms Risa masih buta) ahernya Krisna bersama semula dengan Risa. Erm...ada beberapa perkara yg membuatkan aku BERFIKIR bila tengok cerita ni...

1. cinta tak kenal paras rupa (tp betul ke masih wujud istilah tu sekarang)
2. soalan ni utk lelaki kat luar sana --> kalau korang seburuk krisna, adakah korang akan buat plastic surgery jugak utk pmpuan yg korang syg semata2 nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ngan pmpuan tu?
3. aku percaya cinta sejati mmg wujud dalam setiap diri manusia...tp ingat, cinta pada yg maha Esa jgn sesekali kita lupa ;)
4. kalau dah sayang + cinta, muka buruk mana pun tetap lawa + hensem jugak kan...

OK, kat sini aku nak hightlight kan beberapa baris ayat dlm cerita ni yg aku rasa, AKU SUKA... (jiwang bagai gak aku ni) ---> dari dulu2 lagi mmg mcm ni...wakaka... tp aku edit sikit2 la ayat dia pasal aku dah ingat2 lupa ayat tu mcm mana.

1. "....aku sudah terbiasa mencintai kamu..."
2. "...seperti Mocca, kalau kita tak betul2 menyukainya maka kita takkan suka terhadap rasa mocca, dan begitu jugalah cinta..." (smthg like dat la, sungguh aku tak ingat...--> yg penting, maksud sampai)
3. "...aku terima kamu apa adanya..."

wahhh...jiwang..jiwang... (wakakaka...!!!!)

okeh, sekian terima kasih...

4 comments:

darkk25 said...

stylo gak name filem tui

yarn said...

dark-nama stylo takpe, yg pntg jgn jiwang...wakaka

chinta said...

stylo-mylo leh......nak blajar mekap eh?kn sistem barter ni......edda ajar mekap.yarn kn ajar edda klakar srawak.apamacam??

yarn said...

hallamak...
very da easy ni...
x kuar duwet ni pun dah cantek sgt..wakaka

okeh,stakat nk ajar klakar sarawak xde hal... ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin