Followers

Sunday, June 28, 2009

Bye bye home....

Ok Selesai sudah packing beg. Berat dohh! Mau tak lebih dari 15kg... Erm, akan di update kemudian mengenai ni semua.

Esok akan ke Kuching dan lusa akan fly ke destinasi yg dituju.. ke mana? alaaa...eksyen ar tak tahu tu. haha.... ok2, aku assume tak ada yg tahu. Ok, me akan ke Alor Setar. Lepas ni mungkin akan terbengkalai la blog ni utk tempoh masa yg aku sendiri tak tahu sampai bila. Tunggu dan lihat sahaja.. Mintak2 la dapat on9 kat sana nanti. So, kepada semua blogger2 yg rajin singgah blog aku yg tak seberapa ni, doa2kan aku, semoga semua berjalan dengan lancar nanti. ===> mintak2 la setahun ni cepat abes yeee... ^_^ hoho...


Notes:
==> olsss, kita jumpa di Kedah occayyy..!!!
==> wish me ol da bes!
==> gonna miss my mom, ol my family, umah ku sorga ku ini, n opkos Encik Sitam!!!



GOOD LUCK CIK YARN!!!

Nak packing barang...tapi..... hati tak kompiden neyyyy...

Otak kosong... @_@
barang2 aku semua tak packing lagi. Huhu... kemalasan melanda diriku lagi. Yeppp, aku la manusia paling-paling-paling-.....-paling malas nak packing barang. Ekceli ikut situasi la... Kalu nak ke tempat lain, mmg aku liat sangat2 nak packing baju tu semua. Tp kalu nak balik ke tanah tumpahnya darahku...huhu... jgn kan sehari sblm fly, 2 mnggu sblm balik pun aku dah stat packing barang. SUNGGUH! INI BUKAN COBAAN! INI BETOL2!


Hari ni mak cik aku masak kari sotong... urm, sodapppp... biasa nya kalu nak pegi jauh & pegi utk tempoh masa yg lama mmg mak cik aku suka masak makanan sodap2...! siyes dohhh, tak tipu. Ini la yg buat aku sentiasa rindu kat umah. Makanan jugak yg aku ingat... hoho...

Setahun otak ni tak ngadap buku2, nota2 tu semua... alih2, kena ngadap balik. Hehe... sbnr nya aku rasa mcm tak kompiden dgn diri aku sendiri. Aku risau aku tak boleh buat... tak kompiden nak duduk kat meja exam balik... hadoihhh..mati la makkkk..!!!

Kena carik kaset2 motivasi la kalu mcm ni.... mintak2 semua berjalan dengan baik... okeh, yg baek2 aje ye anak2 sekalian.


Erm, sblm packing barang kena ambek mood elok2 dulu...
jom mari jom kita tdo!!!





Notes:
==> jd student balik ke aku? hihi... tua sudah diriku... (tiba2 terasa diriku begitu evergreen...) wakaka...
==> psstt... psstt..tengah hot ngan cikgu2 yg menyewa kat atas umah ni... Suka buat bising, jalan hentak2 kaki semua. Menci! Menci! Menci! Balun ngan penyapu kang baru tau!!! Siyes doh aku nak buat! ingat aku suka kooo2 sekalian??!!!

Saturday, June 27, 2009

DPLI vs KPLI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari ni aku dok sibuk canang2 kat dlm blog ni pasal nak melencong melancong ke negeri Kedah. Erm, kenapa Kedah? Ada apa dengan Kedah? Okeh, dlm borang mmg aku isi universiti yg terletak di Kedah. Makanya, harus saya dihantar ke Kedah kerana itu yg saya pilih. ^_^

Pasal nak pegi Kedah ni kan, mcm2 proses aku kena jalani. Dari mintak pengesahan sampai la jumpa amoi kedai tiket toto flyte dan mcm2 lagi... One of the la kiranya yang buat kepala aku sampai terbelit berpusing2 360 darjah celcius, ada la manusia di sekeliling yang asek bertanya bermcm2 soklan. Macam jakun dan terlalu sakai mempertikaikan DPLI ni mcm ni la....macam tu la... pastu KPLI tu ini la, itu la.... hadoi, mereka tu pening, aku lagi la pening dengan mereka itu. Ada yg tak reti saja buat2 reti dan buat2 pandai. apa la salahnya kalau sekali sekala tu tunjukkan yg diri kita tu bodo tapi pandai dan berilmu.

Sebenarnya semua bermula daripada sifat dan sikap dengki sesetengah manusia. Entahlah...aku sendiri pun tak tahu nak cakap perangai manusia ni. Bila org tu dapat DPLI, dia pulak dapat KPLI, mula canangkan kat satu daerah bahawasanya DPLI ni tuttt... pastu KPLI ni lagi bagus... Lepas tu pulak, ada org ni dpt KPLI dan org lagi satu pulak dapat DPLI, pandai la pulak canangkan KPLI ni tutttt.. DPLI ni lagi bagus... Entahlah.... Ikut suka korang la. Biarkan aku belajar dengan tenang.... SUDEHHHH!!!

Ok, tadi punya la tak puas hati, aku buat la sikit research pasal DPLI dan KPLI ni. Erm, cukup kot informasi ni. Bagi aku, dua2 pun baik. Dua2 pun peluang. Terpulang kepada kita bagaimana nak gunakan peluang dan kesempatan yang telah diberi. Jgn la terlalu nak saiko orang lain, last2 nampak sangat kelemahan diri sendiri tu aka bodo dan bang*ng.


Sila skroll bawah..........



Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:


* Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
* Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Latihan Pra Perguruan

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.

Profesion Perguruan

Diploma pendidikan lepasan ijazah diwujudkan selaras Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 bersetuju bahawa pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga mulai Sesi Akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang dilahirkan oleh kedua-dua kementerian berdasarkan Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Tempoh pengajian Diploma Pendidikan (ISMP) di IPTA ialah 1 tahun (2 semester). Calon yang terpilih wajib memenuhi tempoh pengajian yang ditetapkan dan lulus dengan jayanya untuk membolehkan penempatan sama ada di sekolah Menengah/ Kolej Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) atau di Politeknik atau Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).


PENAJAAN

*KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi guru di sekolah Menengah dan Kolej Matrikulasi di KPM.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menaja yuran Pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti di KPTM.ATAU

individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:

* Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.

* Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI.






Notes:
==> aku kopipes je la...malas sudah ku mahu menaip...
==> rasa2 aku dapat DPLI atau KPLI? erm.....
==> sekiranya aku tersalah info, sila maklumkan...terima kasih.
==> rindu nya kat umah dan encik Sitam... don wan to crying so keras di Kedah nanti.... ;(

Wednesday, June 24, 2009

Tiket mahal...

Lebih kurang kul 10 setengah mcm tu cuaca mendung semacam sajork. aku mmg bajet akan hujan la sepanjang perjalanan nanti. Yeppp...i went to Sarikei semata-mata mau beli itu tiket... tiket pegi mana? pegi mana lagi kalu tidak ke Kedah. Wahhh...aku dok canang2 nak pegi Kedah. Ala...pomot la negeri2 dlm malaysia ni.. hihi..

Pagi yg suam2 kuku tu, kalu tdo mesti bes! Tp kena jugak teruskan perjalanan... Memang semestinya otw ke Sarikei tu, mmg hujan sangat2 lebat occayyy! Nasib baik bawak bfF sekali...sapa lagi kalu bukan dgn Cik Jot. Tima kasih kepada Cik Jot kerana sudi menemankan saya ke Sarikei... walaupun anda sendiri yang terpaksa belanja KFC gara-gara Encik Sapi... (LOL).. Kena double tenkiu la kalu mcm ni...


- Menu utk 2 orang-
(Snake Plate, Milo, Fries, Wedges)
Siyes nokkksss...mak lapaaa... driving dari pagi dgn tak bekfes nya
mau mak tak lapa noksss!!!



Okehhh...here my BFF...
cik Jot!!!
(special name for the special fwen)
boleh la hoh cik Jot




Ofkos ini adalah Cik Yarn...dengan menu beliau....
haha..
mmg sangat sinonim
ada yg tersenyum?
terima kasih....



Okeh, kembali ke asal... Kata nak beli tiket. mana gambar tiket nya? OKeh, sbnrnya aku tak ada selera nak snap gbr tiket tu... Kalu gbr tiket tu mcm tiket ...tuttt... sblm zaman gelapnya sblm ni, sah2 aku akan snap sekarang walaupun kondisi K770i dah mula menunjukkan reaksi -ve. Hehe... skrg ni sume print out guna paper A4 je. Jimat katanya... APa2 saje la labuuuu... yg penting aku sampai ke destinasi, sudahhh...


%
%
%
%


Aku: Amoi, boleh tlg check flight dari Kch ke Alor Setar. Err...MAS okay
Amoi: (!@#$%^&*(()_+/><;'}{) <---- dia dok tekan2 keyboard. mcm2 dia taip...cepat dohhh....
20 saat kemudian......

Amoi: Dari kch pagi....bla...blaa... dari KL ke alor setar....blaa..bla.....
Aku: Ok, berapa harga semua?
Amoi: tolak, campur, kos, tangen, punca kuasa.....okeh, semua RM 725
Aku: (dlm hati: Matilahhhh!!! Aku bawak pat ratos. mana nak carik lagi tiga ratos! Lahan*t tol! aku check aritu ada lagi yg hg promotion)
10 saat selepas bermonolog.......

Aku: tak ada yg paling murah ke amoi? saya orang susah...kais pg mkn pg <--- ayat mengada ni aku tak cakap doh
Amoi: semua harga promosi sudah habis. ini saja yg tinggal oooo....
Aku: Try check air asia pls (cuak tol ahhh!!! kang tak dapat satu tiket pun ari ni...mampossss! Belagak sgt nak naik MAS!) <-- aku naik MAS pun bukan suka suki....!!!
Amoi: (!@#$%^&*(()_+/><;'}{) <---- dia dok tekan2 keyboard mcm tadi..lagi laju...
20 saat kemudian......

Amoi: ada...ada... semua RM 297




Dalam hati byk legaaaa....
^_^



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$





Monday, June 22, 2009

Belum apa-apa aku dah mula merindu....


Ada lebih kurang seminggu lagi aku stay umah, pastu terus berangkat ke Kedah. Yepp...bumi Kedah la pulak. See, masih kat umah tp kenapa aku dah mula rasa rindu ngan umah dan sume family aku. Byk nye benda nak kena aku fikirkan. Aiyooooo....apsal la keji sangat ni cik yarn... sekejap sajorkk. Setahun cuma...dlm tempoh setahun tu bukan nye ko tak balik raya (itu harussss!!!)


"Home Sweet Home"
"Rumah ku Sorga ku"

Sunday, June 21, 2009

Jiwa Kaco!

2 hari ni mcm ada je yg tak kena. asek nak marah2. sampaikan ngan mak aku pun aku nak marah2 (durhaka neraka jahanam jawabnya). tp aku control.. aku tak tahu apa yg tak kena ngan diri aku ni. Stress pasal benti keja? Stress pasal lbh kurang dlm seminggu lagi aku dah blah dr umah ku yg tercenta ni? Entah! Entah! aku tak tau!

Aku: mak, kenak aku mok lak aso marah2 aher2 tuk kah?
Mak: marah2? kenak eh? marah2 nipo?
Aku: ndak ku hauk nak aso tuk mak. dikit hai jak, mesti aso nak marah2.
Mak: ndak la mak hauk wak
Aku: nak bendero jepon li...

Honestly, aku rasa mcm sangat down. tp aku tak tau, down pasal apa. Mintak2 la esok aku tak mcm ni lagi... jiwa kaco sangat memenatkan minda!!!

Friday, June 19, 2009

Terima kasih... Selamat Tinggal...

22hb Disember 2008 lepas tamatlah perkhidmatan aku sebagai seorang penganggur tegar. ^_^

22hb Jun 2009, hari ini... tamatlah sudah perkhidmatan aku di SITU.

Aku pilih jln dan peluang yg lagi satu utk menjadi lebih baik

Setiap hari pasti ada yg ingin menjad lebih baik dan lebih...lebih baik
Aku rindukan semua staf aku

mereka...

yang kadang-kadang buat aku marah
yang kadang-kadang buat geram
yang kadang-kadang buat aku nanges

tp kadang-kadang...

mereka buat aku senyum
mereka juga buat aku bangga
mereka juga buat aku gembira
mereka buat aku terharu


Apapun, kalian tetap yang terbaik di hati aku
Terima kasih utk kalian

kerana membuatkan aku belajar utk menjadi lebih kuat
kerana menjadikan aku lebih sabar

"I LOVE MANAGEMENT!"
i said that words to the interviewers before dis

tp "now sekarang"...
saya sedar sesuatu

management bukanlah semudah yg disangka
dan bukan serumit yg difikirkan


Buka dan tutup lembaran lama...

1 Julai, pengembaraan baru akan bermula

GOOD LUCK FOR MYSELF
^_^



notes:

==> sajak? puisi? cuma terjiwangs sikit malam ni...
==> i'm crying so keras dari tadi.. gonna miss u ol!! Kejo manah2 aukk!!!

Sunday, June 14, 2009

9 Jun 2009, malam s*al aku...

Ngam2 seminggu aku tak update blog. Dalam tempoh masa tak berblog ni, mcm2 hal yg berlaku. Ada manis, dan opkos pahit pun ada. Rasa2nya, kejadian yang berlaku tanggal 9 Jun 2009 merupakan kejadian yang takkan aku lupakan sampai bila2 pun.

Banyak sebenarnya kejadian yang aku tak boleh nak lupakan termasuk la sakitkan hati seorang guru masa aku darjah 2 dulu (huhu...tak nak ingat dah kejadian tu...mamposss! ptt la dulu belajar tak pandai --> subjek yg beliau ajar la..hehe >>> maafkan saya cikgu -_- )

Tapi malam 9 Jun lepas benar-benar berjaya membuatkan lemak2 dlm badan aku terbakar 30 kg (walaupun tak kurus sampai sekarang.... lemak je terbakar, kurusnye tak.. occaayyy!!!). Siyes dohhh kelajuan denyutan jantung aku mmg capai 120 km/h (matinye tak).



"Apakah kejadian itu?"



Rumah saya telah diceroboh oleh sang pencuri!!! Tp yang tak bes nya, pencuri tu TERLEPAS! kalau aku dapat pencuri tu, siyes aku nak hentak kepala dia dengan pasu bunga mak cik aku kat luar umah. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30 mlm (awal lagi bukannn...?) sebab tu la aku cakap pencurik tu mmg cukup berani. Ekceli yang ada kat umah ni cuma aku, mak cik aku dan sepupu aku yg umo 12 tahun (kebetulan my mummy pulak ke Sibu atas urusan kerja). Mak cik aku ngan sepupu aku dah tdo...sedap dohh tdo di malam yang syahdu itu. Aku pulak, entah macam mana ati tu mcm tak nak tdo dulu... even mata dah ngantokss tp masih nak berjaga jugak layan DVD.

Tengah syok2 layan DVD, tiba2 terdengar bunyi pintu dapur dihentak kuat. Aku tak puas hati, aku jenguk la sikit2 kat luar bilik aku... Kot2 HANTU main2kan aku... ala biasa la... main ketuk2 pintu... haha~~~ --> dasar penakut. Tiba-tiba aku ternampak dari tingkap ada sebatang kayu tengah berusaha bukak kunci pintu dapur tu. Yaraviiii....mak tengok kayu tu bukan men lagi menggagahkan usaha nak bukak pintu tu....

Dipendekkan cerita, pak cik aku dan sepupu sebelah umah aku pun kejar mengejar ngan pencuri aka penceroboh tu. Sayang nya manusia durjana itu tidak berjaya ditangkap.


Sebelum ni aku selalu tengok kat tv kejadian macam tu dan selalu pulak aku cakap dengan riak nya... "ape la yang nak ditakutkan dengan pencuri tu...?"



SIYES DOHH, AKU RIAK CAKAP MCM TU!




dan pada malam 9hb Jun 2009, PADAN MUKA AKU!!!


tak pernah aku rasa jantung mcm nak terkeluar... (haha...even it sounds silly and stupid, tp itu sahaja word yg paling sesuai utk menggambarkan keadaan jantung aku masa tu). Selepas 10 minit kejadian tu, aku rasa mual2 nak muntah. Macam ni kot bila kita dah jadi terlalu takut dan neves, ia akan efek fikiran dan seluruh anggota badan kita. aku tak tau la istilah2 psikologi, dan tindak balas kimia tubuh badan ni semua.

Masa2 cemas mcm tu la kita akan fikir mcm2... haha... kalaulah pencuri tu berjaya masuk aku tak tahu la nak buat apa... nak hentak dengan pasu bunga? aku dah tak ada kekuatan...

Tp yang pasti, masa tu aku fikir orang2 tersayang di sisi aku... Mak, apak, mak cik aku dan sepupu aku yang tengah tdo tu...dan orang2 sekeliling yang rapat dengan aku (YANG RAPAT SAHAJA OCCAYYY)




P/S:
--> jagalah rumah anda. kunci elok2. kalau ada alarm tu, lagi la elok...dan yang plg elok2 nya ada CCTV pun sangat la cantekkkk!!!
--> sediakan sebatang kayu yang besar (sesuai dengan size dan lengan korang nak hentak) sebagai persediaan utk menyelematkan diri
--> kalau la kata pencuri/penceroboh tu berjaya ditangkap, jangan la segan silu HENTAK KEPALA BELIAU DENGAN PASU BUNGA!!! (siyes dohhh, aku kempunan!!!)
--> mati aku malam tu kerana engkoo wahai pencuri/penceroboh, aku jadik hantu balas dendam ngan engkooo!!! PULANGKAN kata nyaaa!!!
--> tak ada gambar2 segala... aku tak hingin dah nak snap gambar yang berkaitan ngan malam tu. TRAUMA kot... hesh ow.. hesh ow...

Saturday, June 6, 2009

3 hari selepas Gawai

Mak tak larat nokkkk!!! Keletihan kemelandaan kediriku... Yupe, 3 days working afta gawai saya sangat la bz. tp syukur ya Tuhan, submission report utk "eksten" sudah mendapat kelulusan daripada pihak2 yg berkenaan. Terima kasih. Tidak perlulah saya pecut 120 km/h utk prepare semua documentation. Honestly, dis 3 days mmg aku tersangat la kebizian... Bukan kerana saya bz dengan kerja2 yang sepatutnya saya buat, tp bz kerana terpaksa menyambung kerja2 yang TIDAK DISIAPKAN dan DATA YANG D KEY IN TIDAK BETUL! Bukan aku nak berkira, tp kerja ni my assistant yang harus buat. Ai ofkos oso bz wif my own work yang berlambak2. tp ......... too malas to stori da moli. buat aku sakit hati sajork.


(Pagi)
~30 minit sampai ofis~


Dis pic was taken early dis morning when i arrived at office.
sangat messy dan tidak selesa occayyy!!!

no pc (sbb dah dipindahkan ofis sebelah, sbb aku jenis tak suka duduk sorang2 dlm bilik...hehe.. sangat sunyi. tak bes! aku suka kerja sambil sembang2 --> pssttt..ngumpatsss...ahaksss

no internet ofkos (mmg tak disediakan internet, yg ada pun cuma local internet for office use. dgr cerita ada kes penyalahgunaan --> ofkos not at our site yg buat hal!!! bcoz of other site, the whole site tak boleh guna internet! hampehhh!!! dats y takleh berblog segala time keja. wakaka... (PENYALAHGUNAAN) isn't it?? nope!!! hahaha

no tray! awal2 aku dah letak tempat lain. menyemak meja aku sajork. dah la kertas belambak.


(Petang)
~30 minit sblm balik~



Well, as ai said dlm entry sblm ni (wah, mak guna bahsa mat salleh noksss...even mak tak reti guna sepatah haram sblm ni...hihi..)...hujung bulan mmg masa utk sain menyain (bak kato pok kiki). Bz with the data dlm sistem, but oso manually sign all this paper...!!! (manually kah urang nyebut eh?)
Setiap awal bulan mcm ni la meja aku. Bersepah dan sangat tidak sedap mata memandang. Mood nak buat kerja pun hilang (hilang2 pun kena buat jugak!)

Nak balik umah,
nak mamam,
Nak "mengular" pun tak menyempat.
.SIYES DOHHH.

BZ apa kah ini?

bz kerana semua tugas2 member aku yg maternity leave aku terpaksa buat sendiri
huhuuhuhu....




PEACE NO WAR!!!

Tuesday, June 2, 2009

Bizi.. biasalah.. awal bulan mcm ni...

What to do? (03/06/2009)

1. Prepare Deduction Report
2. Key in daily weight of bla..bla..
3. Check data dlm sistem (tally or not)
4. Recheck inspection rating (system & hard copy)
5. Sign kertas belambak!
6. Monitoring (staff & site)
7. Jumpa ngan orang g**a kose...wakaka
8. BERPERANG!!! PANG! PANG! PANG! ASHYUM!!! (erkk..alhamdulillah)




Notes:
* alamak, paper tu tak submit lagi!!! Mamposssss!!! By tomorrow kena hantar gak sblm "orang itu" dapat tau!!!
* ah, esok si Pingu masih coti... *sigh* aku pun nak coti2 gakkkkkk!!!

Pheweettt...Rilek...Rilekkkk..

Rilek nya sayaaa... Saya sangat rilekkk...
Sampai sekarang tak tdo lagi
tp aku duk rilek...rilek...sahaja

ada sesiapa kat sini kawen tak masa cuti sekolah ni?
hantar la kad jemputan sehelai kat aku
aku rilek je ni
boleh gak pekena kari ayam ka, sayur campur ka, ikan masin goreng ka
apa ka...???

ah takpe...
biar aku rilek2 saja
sebelum berjuang di medan perang Rabu ni

Semoga Allah s.w.t. merahmati saya
aminnn...

Notes:
++ baru abes layan cita SPEED lakonan Keanu Reeves & Sandra Bullock. Meroyan tiba2 nak layan cita ni.. Bes! Meroyan punya pasal, terpaksa la meroyan donlod cita ni pakai torrent berjam-jam... (tak sangka begitu penyabar nya saya.... *pheeww*)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin