Followers

Saturday, June 27, 2009

DPLI vs KPLI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari ni aku dok sibuk canang2 kat dlm blog ni pasal nak melencong melancong ke negeri Kedah. Erm, kenapa Kedah? Ada apa dengan Kedah? Okeh, dlm borang mmg aku isi universiti yg terletak di Kedah. Makanya, harus saya dihantar ke Kedah kerana itu yg saya pilih. ^_^

Pasal nak pegi Kedah ni kan, mcm2 proses aku kena jalani. Dari mintak pengesahan sampai la jumpa amoi kedai tiket toto flyte dan mcm2 lagi... One of the la kiranya yang buat kepala aku sampai terbelit berpusing2 360 darjah celcius, ada la manusia di sekeliling yang asek bertanya bermcm2 soklan. Macam jakun dan terlalu sakai mempertikaikan DPLI ni mcm ni la....macam tu la... pastu KPLI tu ini la, itu la.... hadoi, mereka tu pening, aku lagi la pening dengan mereka itu. Ada yg tak reti saja buat2 reti dan buat2 pandai. apa la salahnya kalau sekali sekala tu tunjukkan yg diri kita tu bodo tapi pandai dan berilmu.

Sebenarnya semua bermula daripada sifat dan sikap dengki sesetengah manusia. Entahlah...aku sendiri pun tak tahu nak cakap perangai manusia ni. Bila org tu dapat DPLI, dia pulak dapat KPLI, mula canangkan kat satu daerah bahawasanya DPLI ni tuttt... pastu KPLI ni lagi bagus... Lepas tu pulak, ada org ni dpt KPLI dan org lagi satu pulak dapat DPLI, pandai la pulak canangkan KPLI ni tutttt.. DPLI ni lagi bagus... Entahlah.... Ikut suka korang la. Biarkan aku belajar dengan tenang.... SUDEHHHH!!!

Ok, tadi punya la tak puas hati, aku buat la sikit research pasal DPLI dan KPLI ni. Erm, cukup kot informasi ni. Bagi aku, dua2 pun baik. Dua2 pun peluang. Terpulang kepada kita bagaimana nak gunakan peluang dan kesempatan yang telah diberi. Jgn la terlalu nak saiko orang lain, last2 nampak sangat kelemahan diri sendiri tu aka bodo dan bang*ng.


Sila skroll bawah..........



Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:


* Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
* Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Latihan Pra Perguruan

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.

Profesion Perguruan

Diploma pendidikan lepasan ijazah diwujudkan selaras Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 bersetuju bahawa pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga mulai Sesi Akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang dilahirkan oleh kedua-dua kementerian berdasarkan Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Tempoh pengajian Diploma Pendidikan (ISMP) di IPTA ialah 1 tahun (2 semester). Calon yang terpilih wajib memenuhi tempoh pengajian yang ditetapkan dan lulus dengan jayanya untuk membolehkan penempatan sama ada di sekolah Menengah/ Kolej Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) atau di Politeknik atau Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).


PENAJAAN

*KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi guru di sekolah Menengah dan Kolej Matrikulasi di KPM.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menaja yuran Pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti di KPTM.ATAU

individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:

* Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.

* Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI.






Notes:
==> aku kopipes je la...malas sudah ku mahu menaip...
==> rasa2 aku dapat DPLI atau KPLI? erm.....
==> sekiranya aku tersalah info, sila maklumkan...terima kasih.
==> rindu nya kat umah dan encik Sitam... don wan to crying so keras di Kedah nanti.... ;(

4 comments:

Kamil L said...

sik perlu peduli kato urang lah kan..urang2, kito2.. so what..urang sik berhak ngantor hidup kito... bak kato urang swk, kotikupun lah kan :p

CikYarn said...

+to Kamil L+
yahhh...nang bena kato ktk. pelik lak mek pemikiran sstengah urg. suko mempertikaikan bendo yg sik perlu dipertikai. yg nampak kelak2 adolah kebodohan urg yo mpun.

wot ever it is ==> kotikumpun!!! oteh bro!!! ;P

Anonymous said...

dpli @ kpli sama-sama ada kelebihan & kekurangan.. namun berdasarkan pengalaman bg yg pohon dpli apabila sudah habis belajar, tunggu konvo & dpt skrol bru pegi pohon temuduga..kalau x, sia2 kena halau keluar oleh penemuduga yg kebanyakkannya berpangkat datuk, datin & pengarah jbtan..bg kpli, x dpt skrol boleh temuduga..

CikYarn said...

to anonymous
a'ah, kpli & dpli mmg sama2 ada kelebihan & kekurangan...yg penting hargai setiap peluang yg telah diberikan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin