Followers

Sunday, June 14, 2009

9 Jun 2009, malam s*al aku...

Ngam2 seminggu aku tak update blog. Dalam tempoh masa tak berblog ni, mcm2 hal yg berlaku. Ada manis, dan opkos pahit pun ada. Rasa2nya, kejadian yang berlaku tanggal 9 Jun 2009 merupakan kejadian yang takkan aku lupakan sampai bila2 pun.

Banyak sebenarnya kejadian yang aku tak boleh nak lupakan termasuk la sakitkan hati seorang guru masa aku darjah 2 dulu (huhu...tak nak ingat dah kejadian tu...mamposss! ptt la dulu belajar tak pandai --> subjek yg beliau ajar la..hehe >>> maafkan saya cikgu -_- )

Tapi malam 9 Jun lepas benar-benar berjaya membuatkan lemak2 dlm badan aku terbakar 30 kg (walaupun tak kurus sampai sekarang.... lemak je terbakar, kurusnye tak.. occaayyy!!!). Siyes dohhh kelajuan denyutan jantung aku mmg capai 120 km/h (matinye tak).



"Apakah kejadian itu?"



Rumah saya telah diceroboh oleh sang pencuri!!! Tp yang tak bes nya, pencuri tu TERLEPAS! kalau aku dapat pencuri tu, siyes aku nak hentak kepala dia dengan pasu bunga mak cik aku kat luar umah. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30 mlm (awal lagi bukannn...?) sebab tu la aku cakap pencurik tu mmg cukup berani. Ekceli yang ada kat umah ni cuma aku, mak cik aku dan sepupu aku yg umo 12 tahun (kebetulan my mummy pulak ke Sibu atas urusan kerja). Mak cik aku ngan sepupu aku dah tdo...sedap dohh tdo di malam yang syahdu itu. Aku pulak, entah macam mana ati tu mcm tak nak tdo dulu... even mata dah ngantokss tp masih nak berjaga jugak layan DVD.

Tengah syok2 layan DVD, tiba2 terdengar bunyi pintu dapur dihentak kuat. Aku tak puas hati, aku jenguk la sikit2 kat luar bilik aku... Kot2 HANTU main2kan aku... ala biasa la... main ketuk2 pintu... haha~~~ --> dasar penakut. Tiba-tiba aku ternampak dari tingkap ada sebatang kayu tengah berusaha bukak kunci pintu dapur tu. Yaraviiii....mak tengok kayu tu bukan men lagi menggagahkan usaha nak bukak pintu tu....

Dipendekkan cerita, pak cik aku dan sepupu sebelah umah aku pun kejar mengejar ngan pencuri aka penceroboh tu. Sayang nya manusia durjana itu tidak berjaya ditangkap.


Sebelum ni aku selalu tengok kat tv kejadian macam tu dan selalu pulak aku cakap dengan riak nya... "ape la yang nak ditakutkan dengan pencuri tu...?"



SIYES DOHH, AKU RIAK CAKAP MCM TU!




dan pada malam 9hb Jun 2009, PADAN MUKA AKU!!!


tak pernah aku rasa jantung mcm nak terkeluar... (haha...even it sounds silly and stupid, tp itu sahaja word yg paling sesuai utk menggambarkan keadaan jantung aku masa tu). Selepas 10 minit kejadian tu, aku rasa mual2 nak muntah. Macam ni kot bila kita dah jadi terlalu takut dan neves, ia akan efek fikiran dan seluruh anggota badan kita. aku tak tau la istilah2 psikologi, dan tindak balas kimia tubuh badan ni semua.

Masa2 cemas mcm tu la kita akan fikir mcm2... haha... kalaulah pencuri tu berjaya masuk aku tak tahu la nak buat apa... nak hentak dengan pasu bunga? aku dah tak ada kekuatan...

Tp yang pasti, masa tu aku fikir orang2 tersayang di sisi aku... Mak, apak, mak cik aku dan sepupu aku yang tengah tdo tu...dan orang2 sekeliling yang rapat dengan aku (YANG RAPAT SAHAJA OCCAYYY)




P/S:
--> jagalah rumah anda. kunci elok2. kalau ada alarm tu, lagi la elok...dan yang plg elok2 nya ada CCTV pun sangat la cantekkkk!!!
--> sediakan sebatang kayu yang besar (sesuai dengan size dan lengan korang nak hentak) sebagai persediaan utk menyelematkan diri
--> kalau la kata pencuri/penceroboh tu berjaya ditangkap, jangan la segan silu HENTAK KEPALA BELIAU DENGAN PASU BUNGA!!! (siyes dohhh, aku kempunan!!!)
--> mati aku malam tu kerana engkoo wahai pencuri/penceroboh, aku jadik hantu balas dendam ngan engkooo!!! PULANGKAN kata nyaaa!!!
--> tak ada gambar2 segala... aku tak hingin dah nak snap gambar yang berkaitan ngan malam tu. TRAUMA kot... hesh ow.. hesh ow...

1 comment:

Kamil L said...

fuh..biar betui...kat saratok pun dah ada org nak pecah umah...bahaya tok eh..huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin