Followers

Saturday, May 15, 2010

Untuk mu C.I.K.G.U

Assalamualaikum w.b.t

"Buat semua insan yang bergelar guru di Malaysia"


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapu pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

(Dipetik dari karya Allahyarham Usman Awang 1979)


Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik aku sehingga aku menjadi seperti hari ini. Istimewa buat mak tersayang, galakan dan 'paksaan' mu agar aku mengikut jejak langkahmu adalah hadiah teristimewa daripada mu untuk ku...hehe~~~

kepada guru-guru aku dari sekolah rendah sehingga la menengah, terima kasih untuk segalanya. Untuk kawan-kawan satu sekolah yg dah jd warga pendidik, dan kawan2 dpli Julai/09 UUM, jd la guru yang baik erkkk...heheheh~~~


"Selamat Menyambut Hari Guru"
16 Mei 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati semuanya

amin


wassalam

3 comments:

Felicia F. Ramzi said...

selamat hari guru.. :)

CikYarn said...

FELICIA F. RAMZI

Selamat hari guru Cikgu Felicia ^_^

Kamil L said...

Selamat hari guru Yarn :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin