Followers

Tuesday, January 27, 2009

Kawan, Teman dan Sahabat

Salam ukhwah...

"Berkawan biar beribu, berkasih biar satu..."

Erm, entah kenapa aku rasa mcm nak sembang pasal topik KAWAN, TEMAN dan SAHABAT. Sejauh mana pentingnya seorang kawan atau sahabat atau teman dalam hidup seseorang manusia? Erm...apa pendapat aku ehhhh..?


Mungkin ada d kalangan korang yg baca blog ni dah ada jawapan kepada soalan tu td. dan mungkin jugak ada yang masih menggaru kepala korang yg x berapa nk gatal tu memikirkan jawapan soalan tu. So, kat sini masing2 dah ada pendapat & pandangan korang masing2 kan.

Ok, kalau soalan tu diajukan kepada aku, rasanya aku akan ambik masa yg lama jugak nak fikir jawapannya. penting sangat ke kawan atau teman atau sahabat dalam hidup ni? Ishhh...nk ulang berapa kali soalan ni sebenarnya. aku sendiri pun tak tahu. kenapa eh perkataan "atau" perlu diletakkan d antara perkataan kawan - teman - sahabat? Erm...byk soal lak aku ni...

"Pada pendapat aku, seorang kawan tak sama dengan seoran
g teman dan teman takkan sama dengan seorang sahabat. kenapa aku cakap mcm tu? erm....kenapa ehhhh?"

Kita mungkin lebih ramai kawan...kawan sekolah, kawan satu kuliah, kawan jarak jauh, kawan d alam maya (internet-ala yg chatting2 tu) dan mcm2 lagi la. kawan ni la yg sembang2, lepak2 jln2 kat pasaraya, buat keje sekolah/asgment sama2...

Lepas tu, kita jugak mungkin ramai teman. mungkin teman yg satu bilik dgn kita, teman g kedai beli barang, teman yg dgr masalah kita...

"Erm...sahabat? bila masuk bab ni, aku jd susah sikit nk jawab. apa ciri2 yg ada pada seorg sahabat? ok, bagi aku...ssorg yg bergelar sahabat mampu menerima diri kita seadanya. Buruk baik sama ada dari segi zahir & batin kita, dia boleh terima. itulah namanya sahabat. Sahabat takkan membeza2kan kita dengan org lain kerana dia tahu, itu adalah diri kita. bukan hipokrit atau sengaja dibuat2, tp itu adalah kita. Bila kita senang, dia akan gembira utk kita, dan apabila kita susah, dia masih rapatkan dirinya utk kita dan sama2 bersedih utk kita. Bukan bersedih utk semakin menjatuhkan kita, tp bagi dorongan dan sokongan utk kita. Walaupun kadang2 dia x boleh nak bagi solution kpd pblem kita, tp mngkin dia boleh menjadi pendengar kita yg terbaik. Seorang sahabat jugak lebih banyak memberi daripada menerima. Dan yg paling penting, seorang sahabat akan sentiasa dan saling mengingatkan kita sekiranya kita terlupa dan membetulkan di mana silapnya kita."

Erm...apa lagi ciri2 yg ptt ada pd seorg sahabat eh? Ala, susahnya nk fikir! Mungkin byk lagi kot ciri2 yg ada pada seorang yg bergelar sahabat, tp cukup la aku senaraikan yg ni je. lain2 korang fikir la sendiri.

So kat sini, penting ke tak penting ke seorang kawan atau teman atau sahabat bagi korang, korang fikir la sendiri. tp bagi aku, aku sangat memerlukan ketiga2nya, bukan tamak, tp inilah kehidupan. hidup akan sunyi kalau kita hilang salah satu daripadanya...

Oklah, suka aku nk ingatkan kat sini...dah nama pun pendapat, so tak ada siapa yg betul siapa yg salah. yg penting kita tau apa yg betul dan baik utk diri kita. segala yang baik tu, kita jadikan teladan dan yg buruk tu kita jadikan tauladan & iktibar, utk kita betulkan diri kita, biar kita berpijak di bumi yg nyata.


"Kalian yg aku rindu..."


Sebelum undur diri, aku mohon maaf kepada kawan, teman dan sahabat aku sekiranya aku ada terguris hati korang. aku ni pun manusia biasa jugak, tak sempurna mana pun. jd kalau TERkecik hati korang, TERmarah ke, ape ke, yg aku sendiri tak sedar. Lagipun susah sebenarnya nak puaskan hati org ni. Ermmm...lagi satu, mungkin kadang2 aku x ingat korg, tp insyaAllah, aku takkan pernah nak lupakan korang. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.


Notes:
++ ini adalah entry ulangan dlm blog fs aku
++ bukan kerana tiada idea, tp kerana teringat pasal ssorg. so, entry ini sangat berkait rapat dgn apa yg aku alami hari ini...

++ aku pun manusia biasa jugak, kalau boleh aku nk ingat semua kawan, teman dan sahabat aku. tp mungkin kadang2 aku bz dgn rutin harian, maka...TERlupa salah satu daripada korang. maafkan aku...
++sekadar entry boring lagi utk hari ini...sekian

10 comments:

Kamil L said...

fuh...rasa cam baca sajak jak..ayat memang power :) nang alu garuk palak sik ngegat mek tek..hehe.... tapi ulasan yg menarik tentang maksud 3 ayat yo... kamek 80% setuju ngan kitak :) 20% lagi berbeza mungkin disebabkan pengalaman kita yg lain2 kan :)

CikYarn said...

+Kamil L+
hahahahahahaha~~~~
baca sajak ktk bro?? adoohhh..sakit perut mek tetak kohhh...
tedah ktk baca sajak senget tuk aiee..

bena kato ktk, pglmn yg membezakan pdpt kito...tp sigie la "susah nk puaskan hati org lain" hehe~~~

Kamil L said...

a.a...bena yo....nang susah nak puaskan hati org..tpi kena ingat juak, jgn kerna nak jaga hati org, hati kito empun sakit :D Kekadang berterus terang lagi baik wlpun menyakitkan (cam ayat jiwang jak..haha)

CikYarn said...

+Kamil L+
xhai, entry tuk spesel kes kit. sajak boleh, jiwang pun boleh...hehe~~~

nang bena kato ktk, berterus terang yo penting. tp sstgh urg yg susah gilak nerimak teguran kito, alu ngato kito carik salah nyo. aieee hehhh...ndak ku...!!! hehe...~~~

depend on ourself sbnr eh, how to handle n carik solution. dats y kmk teringin nk jd seorg yg KALIS MAKI. (hue3x i'm not dat strong)

p/s: pjg na juak komen ku tek...

Khairul Onggon said...

Sapa nak sesorang ya?? ahaks.. bila nangga gambar old skol ktk ya, alu teringat kmk jaman kmk sekolah.. teringat seseorang juak hehehe.. huhh.. andai kata ku dapat undurkan putaran dunia.. cheewahhh..

CikYarn said...

+Khairul Onggon+
siapa2 pun boleh bro...hue3x ngiluk ati ngenang org d sekeliling perlu d jaga hati segala...

gbr ol skul kmk ya mmg da very classic (even blom masuk evergreen pun..hehehe) tp terlalu byk kenangan bes masa ya mmg sik kan dpt kmk lupak...

p/s: bro, kmk pun terfikir mcm ya..."andai kata ku dapat undurkan putaran dunia" waaahhhhh!!!

**sah2 entry tok ada spesel kes...hehe

uSu iJamm said...

Nak puaskan ati smo urang bukan stakat SUSAH, tapi MUSTAHIL..

CikYarn said...

+Su iJamm+
nang bena kato ktk Su iJamm... *sigh*

Khairul Onggon said...

Yarn.. ktk kenak tag.. iboh lupak menuntut tag ya lam blog kmk pasya ambik award kiut ado butterfly yo hehehe..

CikYarn said...

+khairul onggon+
okeh bro...kmk bok jak pas singgah d blog ktk tek...hehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin