Followers

Tuesday, December 30, 2008

Dulu dan Sekarang

Alamak dowww... Terbengkalai je blog aku. Lama dah tak update... Saya kekeringan ideaaaa dan d tambah dgn malas menaip sebenarnya. hihi... ^_^ tp tak apalah, mlm ni aku nak rajin sikit. Walaupun aku tak tahu nak merapu apa.

Dulu
Bangun pagi pukul 9, pukul 10 dan paling lewat pun pukul 11 (anak dara apa mcm ni???? kompem mak mentua rejek dow!!!)

Sekarang
Kerja punya pasal, pas subuh terus g mandi (nak siap cepat2, takut lambat masuk opis)

Dulu
Pas mandi siap pakai baju semua, aku terus capai rimot dan on tv --> astro kirana dowww, layan muvi... wakaka... (aku konker habis2an, pasal sepupu aku yg kecik mungil semua pegi sekolah menunaikan tanggungjawab terhadap masa depan masing2)

Sekarang
Pas siap2 pakai tudung, pekena air teh kejap pastu terus merempit naek moto g kerja (tak ada lesen keta dowww...!!! Ketulahan!!! --> dolok urg ruh laja keto, rombuok sik mok. Padan muko!). org lain bes pagi2 pegi keja naek kereta, aku pulak merempit sorg2 layan blues (jgn pulak yg naek moto ni rasa terkecik diri pulak, bukan naek moto ni tak bes, tp biasalah aku ni... tak cukup kalau setakat nk pakai beg kecik2 bawak brg ni --> teringat pulak ms zaman kat kampus dulu, sempoi bangang je bawak beg sekolah kat blkg g kelas. nk bawak mknn ke, kasut spare pun senang...masuk je semua dlm tu)

Dulu
Sambil layan tv, mak cik aku sedap2 masak nasik goreng kat dapur --> godaan toL (hancus diet aku!). So, jawab nya aku layan tv sambil sedap2 melantak depan tv... alahai, nikmatnyaaaa...

Sekarang
Terperap kat opis pastu lapik perut ngan 2 liter (aku agak2 je) air teh yg aku bawak bekal dr umah (teh mak cik aku buat sedap dowww...). Sambil2 tu, layan pc dgn windows yg ntah aku tak tahu kurun ke berapa dah...huhu... spoil mood aku jewww!! --> takde dah tv2 ngn nasik goreng segala

Dulu
Layan tv dari pagi sampai petang --> wakaka, walaupun terpaksa layan Adi & Ayah, Detective Conan, Fifi and the flowertots, power rangers segala ngn sepupu2 junior aku

Sekarang
Merayau/p2 mencari "ular2 jadian". Nanti tak pasal2 terima komplen, apa aku nk jawab???!! Sedap2 je korang jd "ular jadian" --> marah bukan apa, pasal aku sendiri takleh nak jadi "ular jadian"!!!

Dulu
Tak sibuk pun nak tengok jam pukul berapa (walaupun aku ni bukan pemakai jam yg tegar - pelupa doww nk pakai jam segala)

Sekarang
Rajin je mata aku tengok jam pukul berapa (kalau aku lupa pakai jam, mesti hati aku tak aman buat kerja) -- alahai.. Lillahita'ala

Dulu
Petang2 rilek je kat umah sambil menikmati juadah (wa..wa..wa.. kuey, cucur, keropok, mknn2 lain "sihat" yg sewaktu dgn nya) --> makan agik kohhh!!!

Sekarang
Petang2 aku merempit balik kerja balik umah terus layan penat letih segala

Dulu
Rajin layan blog dan hapdet blog

Sekarang
Nak layan & update gak!!! Tp aku sangat letih... time to sleep now... Selamat malam

Assalamualaikum


~Gambar tetap hapdet dow walaupun bz ngan "ular jadian" wakaka~


notes:
**walau mcm mana pun life aku dulu dan sekarang, tp aku tetap diri aku yg dulu dan jugak aku tetap bersyukur kerana kini aku bukan lagi seorang penganggur yg tegar. Alhamdulillah 8 bulan menganggur doww... Seksa hidup takde duit (walaupun duit bukan segalanya)

**Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t. ^_^

Wednesday, December 24, 2008

my 2nd & 3rd day...

Lantak la kalau org kata "MCM PERASAN JE UPLOAD GBR SENDIRI..."

aku jawab la balik... ---> SUKATI AKU LA...DAH NI BLOG AKU, SUKATI LA NAK LETAK DAN TULIS BENDA ALAH APA KAT DLM NI... wakaka...

Neway hari ni dah masuk hari ketiga aku membuka lembaran baru dlm hidup aku sebagai "pekerja". Entahlah, tak pandai buat ayat mi sedap mcm blogger2 lain (especially mcm blog bro onggon --> bes blog ktk ehss bro...) kredit juak nama bro onggon dlm entry kali tok...ekeke...

Kali ni aku upload gbr2 yg sempat d snap semasa aku tension2 ngan masa depan aku kat tempat kerja aku tu...wakaka... tension dowww...!!!
Byk kerja tension, tak ada kerja pun tension... manusia mmg mcm ni kan.. tak pernah puas dengan apa yg ada... Syukur la yarn oi...

pengakuan jujur la
utk 1st day, mmg aku tak snap apa2 gbr pun
aku tension dow...
mcm2 istilah staff2 kat situ guna
smpai aku blur tahap dewa sakti
so, utk entry kali ini...
aku persembahkan ekspresi 2nd day & 3rd day aku!!!
wakaka!! biarlah syok sendiri gempak sorg2
yg pntg aku dh boleh atasi masalah sikit demi sikit
(terima kasih kepada para blogger yg singgah d blog saya dan memberi komen yg amat +ve kepada saya. Saya amat menghargai semangat dan dorongan kalian. terima kasih lagi sekali)


+2nd day... ku bersama mu... (iklan digi kejap)+
kuning dowww...


bilik aku ni sangat la ngam ngan size aku yg tak berapa nak kecik ni
wakaka
aku ingat nak naik kan lagi la seri bilik aku ni
memandangkan bilik ni dah lama d kosongkan, so paham2 je la keadaan bilik tu mcm mana
tp tak tau lagi bila nk "rinobet" bilik ni
walaupun baru lagi kat sini, tp tak sedap ati pulak nak goyang kaki
bantu la apa yg aku boleh bantu
sementara tunggu job training from dis company
waaarrkkkk...saya budak baru belajar!!!



+3rd day pulokkk... dah boleh senyum ^_^+
serba merahhh dowww
(yaaaa...saya maxis user...wakaka apa kah itu? kerana merah itu maxis)
-abaikan yg tidak berkenaan-

Erm...bilik masih suam2 kelam... Oso kabut.. Kelam + Kabut = kelam kabut
aku tak tau nak stat "rinobet" dr mana
keja byk dowww... nak plan hias bilik pun aku tak larat
balik je umah, terus krroohhhh...
(tapi sempat pulak aku hapdet blog..wakaka)
-pasal esok HARI NATAL!!!-

So, Selamat Hari Natal kepada semua yg menyambut perayaan ni
semoga dapat hadiah besh2 dari santa klos...


p/s:

** dpt hadiah dr santa klos? erm... mak, nak N95 &
Nikon COOLPIX S210...!!! (hati aku meraung...tp cakap sopan santun je depan mak...tinggi suara dosa dowww...)

Monday, December 22, 2008

bila hati aku menanges

Entry kali ini aku tulis dgn rasa yg aku sendiri tak tahu apa yg aku rasa. Waras ke tak aku ni? hehe~~~ aku tak tahu nak gelak ke, nak nanges ke... Tp hari ni baru aku tahu betapa tidak kuat & kentalnya jiwa aku... 1st time aku rasa diri aku betul2 bongok! Siyesly, dlm entry aku yg sblm ni pun pernah jugak aku kutuk aku sendiri bongok, tp hari ni baru aku sedar diri... aku rasa aku sgt bongok! Aku tak tahu nak buat apa sekarang... sungguh aku tak tahu. hati aku menanges lagi...dan terus menanges...

Siapa nak tlg aku sekarang?!!

"TAK ADA ORG BOLEH TLG KO MELAINKAN KO SENDIRI YG BERUSAHA!!!"

aku kena plan!
aku kena tahu apa yg aku kena buat!
aku kena kuat!
aku kena usaha sehabis daya!


walaupun aku tak tahu apa yg bakal berlaku d depan aku, tp aku kena kuat!!!

BE STRONG YARN!!!
CHEERFULLLLLL!!!!!!!!!
U GO GURL!!!!

Saturday, December 20, 2008

No Title


Hari ni dah masuk hari baru
Setiap detik aku rasa cemas
Sampai aku tak tau nak buat apa

Tolong la aku
Bantu la aku
Tolong dan bantu aku utk kurangkan rasa cemas aku
Cemas utk masuk ke alam persekitaran yg baru

Ya Tuhan, bantulah aku
Munajat dan doa ku pohon tiada henti
Meminta yg terbaik utk diri aku
Dengan satu harapan
Melakukan yg terbaik utk tanggungjawab aku
LILLAHI TA'ALA...

...amin...

Wednesday, December 17, 2008

17 Disember 2008


Aku nak start dari mana eh? Sebenarnya aku ingat nak lunaskan hutang tagged, tp aku masih rasa malas nak membayar hutang2 aku... Tak banyak pun, satu tagged daripada 2 orang penge'tagged'. Dengan kata lain, diorang tagged aku utk benda yang sa
ma. So, nanti2 la setel utang tagged eh. ;p.

Hallamak...msh tak ada idea lagi nak start dari mana...!!! Kenapa aku ada blog? Kenapa aku perlu blog? Kenapa aku gatal nak memblog? Kenapa? Kenak? Why? Wei se ma? Aiiee... @_@ haha~~~ saya merapu lagi... xleh...xleh... x leh guna introduction yg stereotype mcm tu. Abes tu introduction mcm mana yg tak streotype? =======>> ENTAH!!!

17hb Disember 2008... Rasanya aku takkan lupa pada tarikh ni, maksud aku peristiwa yang ada pada tarikh keramat bagi aku. Actually, hari ini aku tak tahu sama ada aku rasa happy ataupun aku rasa tak happy... Aku rasa mcm "apsal aku BENGONG sangat hari ni arhh??" huhu... tensen2...

Pagi tadi aku dapat call dari Kuching... seorang amoi telah menelefon saya... "hello, may i speak to yarn?" ... bla..bala..bla...dan bla lagi... Lepas aku dapat call tu, aku happy kejap. Lepas tu, aku rasa bengong..eh bukan! BINGUNG okeyyy!!! Okeh, cukup! Aku tak nak teruskan cerita ni.. Aku dah bosan...!!! Tunggu saja dalam masa sebulan ni...apa pulak entry aku masa tu... hue3x

Dalam tensen2 fikir masalah tu kan, kebetulan mak saudara aku ajak makan beramai2 kat umah dia (maksud beramai2 kat sini, makan bersama fa
mily eh). So, untuk tidak menensenkan kepala yg telah sedia tensen, saya pun ke rumah beliau dan kami pun makan beramai2 satu family... aku tak tolong masak pun, aku cuma tolong makan jehh...hehe~~~


+pucuk ubi cicah sambal belacan+
= uihhh...enterprem jugak!!=



+sosej bersos+
= nama ni aku main letak je. wakaka=


ada lagi hidangan lain, tp aku tak sempat nak snap gbr...maleh..maleh..he3x


+ inilah ahli keluarga saya yg berada d saratok+
= tak semua ada dlm gbr ni. ada lagi yg lain =



+adip, lapar aiee..+

Sunday, December 14, 2008

Mini Reunion (Bahagian II)

--B.I.N.T.A.N.G.K.A.M.I--

Entry kali ni adalah berkenaan dengan reunion lagi... (x habes2 reunion...tp di sini saya highlight kan, MINI REUNION okey...). Sblm ni aku pernah jugak masukkan story pasal mini reunion ni, sbb tu entry ni kena letak bahagian II. hehe...

Ok, berkenaan dengan MINI reunion kali ni...memang tersangatlah mini aka kecik bilangannya.. Haha..nak tergelak pun ada, bukan tergelak apa. Kadang2 bila fikir balik, banyak ni je ke kawan aku sebenarnya...? Entahlorr...masing2 bz dengan komitmen masing2... dah tak nak nak join kumpul2 sama2 mcm ni semua.. Tak apalah, bukan susah sangat nak jadi seseorang yg memahami kan... Sekurang2nya kita tahu jugak, hidup ni umpama putaran roda... (apa maksudnya, fikirlah sendiri).

Alahhh...lari topik pulakkk! Kalau mini reunion yg 1st hari tu, ada 3 org peserta je...tp kali ni ada 5 org... (alahai, sedihnya aku nak sebut bilangan tu... tukar je la perkataan reunion tu dengan perkataan lain ehh... tja --> ho do cadangan kah??). Lokasi reunion kali ni pun, ofkos la kat SugarBun (SB) jugak (lenkali tak nak SB2 ni semua..tuka la pulak). Sambil2 melantak tu, sempat la tangan ni gatal2 mencari henpon saya... Ambik henpon bukan nak sms atau call sesiapa, tp nak snap gambar utk dijadikan kenangan... wakaka...(teringat saya muka jiejie tengah 'merinyak' manok goreng!!!). Atas desakan dan untuk tidak mengecewakan cik Jiejie yg tak habes2 suruh aku upload gbr petang tadi, kat sini aku upload la sikit (jie --> gbr selebih eh, ambik soft copy gmh tuk).


++antara makanan yg telah di 'order' oleh jiejie, tja, suria, ija & aku++


++melo, stoberi, kentang goreng, manok goreng, bla..bla..++


++bergambar lbh penting dr makan++
(sambil menggeleng2kan kepala...wakaka)



++muka kenyang++
(kesian adik yg kerja kat situ kena tlg amek gbr..tak apa, dah byr tax kan? wakaka)


++di mana ko ija??? sblh mata je nampak...wakaka++

Abes je sesi bergambar kat SB, rasa mcm tak puas lepak je (n ofkos tak puas hati nak penuhkan lagi memory henpon yg hampir2 nk full ni), kami pun lepak2 la kat taman permainan yg terletak kat belakang BSN Saratok.. yeahh..yeahh.. (walaupun awan hitam kat atas tu mcm tak berapa nak mengizinkan aktiviti yg terlebih pekdah --> nak hujan n baru pas hujan pun). Lepas setel semua kat taman tu, kami terus ke lokasi yg tak dirancang yg seterusnya...iaitu STADIUM saratok... (stadium okeyy).. tp ramai manusia pulak kat situ.. so, hasrat murni nak 'suting' gbr kat situ terpaksa dibatalkan... Maka, utk tidak mengecewakan CIK JIEJIE, saya mencadangkan satu lokasi yg sesuai sikit nak suting tanpa gangguan makhluk2 yg tak diundang... haha... Maka, lokasi seterusnya adalah d Prupok (aku x tau ejaan mcm mana).

Maka, d pendekkan cerita...dari SB lagi sampailah lokasi yg terakhir, sempatlah jugak snap gbr lebih kurang 150 keping... 150!!! utk tempoh 3 jam sahaja (termasuk gbr rumput, pokok, kereta, batu). Mungkin bagi org yg biasa bergambar ni semua, angka ni mmg la kecil. Tp bg aku, angka mcm ni adalah satu pencapaian yg tak berapa nak biasa bagi aku...hehe... Balik tadi, terus mandi...duduk depan laptop... internet lak takleh jalan...waaaa... (hajiejump tauk apo sbb eh)...wakaka... Aku sangat letih dan sampai sekarang masa aku tengah taip entry ni, migrain melanda diriku... (dah telan 2 bijik actifast...huhu...)

++LAYAN JE LA++


++ishh...mcm2 pesen. khusyuk tol amek gbr++


++budak yg mendagu tu namanya jijie...tengah bengang pasal tali sandal dia putus++
(isoke jie, next week pegi SIBU)



++posing plg "NGEGEH"++
(wakaka...hahaha...)


Sebelum aku lupa, dlm banyak2 gbr yg kami snap hari ni...aku dah pilih the best shot of today (betul ke bi aku ni) --> kira gbr terbaik utk hari ni...


~~TADAAAAAA~~

++ tong sampah pun entprem ++
--bukan tong sampah yg aku nak tonjolkan, tp kanak2 ribena tengah syok main buaian tu. sila perhatikan anak panah berwarna merah--



**jie, baruk perasan saya...sik byk gilak gbr awak dlm tuk...awak agak gmh jak, ambik soft copy semo gbr...sik mampu saya nak upload 150. kompem, urg pun menyampah angga muko kito mo lam blog tuk...wakaka!!!!!!

Saturday, December 13, 2008

Cinta Rasa Mocca

Aku baru abes layan telefilem indonesia yg bertajuk "Cinta Rasa Mocca"... Erm..ada apa dengan cerita ni sampai aku nk masukkan dlm blog aku? Sebenarnya tak adalah sampai aku tertunggu2 tercongok depan tv semata2 nak tengok cerita ni tadi, tp gara2 blackout tadi kejap aku shut down aku punya laptop then mula mencari makanan kat dapur. Eh2, tiba2 elektrik ada balik.. Tp malas pulak nak on laptop balik (pasal laptop aku skrg ni sgt2 lembap --> dh lama x format, pastu berat dan mulalah buat hal...sengal!). Boring2, aku on tv then tuka la channel 121 (astro). Tengok tajuk terpampang depan tv "Cinta Rasa Mocca" pastu baca info, erm...sinopsis cerita tu mcm x besh je...(hehehe...) tp aku layan je la cerita tu... Dan tak sangka, cerita tu berjaya memikat aku untuk terus setia ngan channel tu pada 10 minit yg pertama! Haha...bukannya ada magic apa pun kat cerita tu, cuma...cuma...ah, korang tengok la sendiri (tp aku dah check kat youtube, sehingga hari ni 13hb 12, tak ada siapa2 lagi yg upload cerita tu kat sana). Pada yg dah tengok tu, ok la tu. hehe...

Sebenarnya tak adalah apa yg bes sangat pasal cerita ni. Nak aku bagi preview tak? wakaka... korang cakap tak nak pun, sukati aku la... aku nak bagi preview ke tak... (n even tak ada yg menjawab pun, aku tetap taip gak kat sini...ekeke). Actually aku nk letak la gbr pelakon cerita tu kat sini, tp buat pertama kalinya saya gagal mendapatkan sebarang informasi mengenai pelakon mahupun gbr utk telefilem tu (aku tak ambik pot sangat masa awal2 cerita tu stat tadi, dats y aku tak tahu nama pelakon cerita ni).

INTRODUCTION
Cerita ni mengisahkan mengenai seorang gadis buta bernama Risa (digambarkan sebagai seorang gadis yg lawa dan comey) berkenalan dengan seorang lelaki yg bernama Krisna (digambarkan sbg seorang lelaki yg macho --> erkk dia tak macho sangat pun bagi aku [boleh ignore kalau tak setuju]). Perkenalan pertama mereka bermula d sebuah kedai roti/kek (smthg like dat larhh). Si Risa ni nk beli roti Mocca, tp dah tak ada stok..pastu kebetulan pulak Krisna ni ada kat kaunter nak bayar roti2 yg dia beli (roti Mocca yg last tu, Krisna yg beli). Atas dasar perikemanusiaan dan gentlemen nya, Krisna pun menawarkan roti Mocca yg ada kat dia tu kat Risa. Selepas perkenalan singkat tu, diorang pun mulalah berkawan, rapat n terus kapel...


Ok, kat sini aku masih rasa cerita ni biasa2 je...rasa mcm nak tuka channel pun ada lagi... tp sabar, tahan jiwa, tahan tangan supaya jgn tkr channel. Tp kan, tiba2 muka lelaki aka Krisna tadi jadi muka lelaki lain pulak (jadi tak hensem pulak --> gigi jongang, pastu ada parut besar gila kat atas kening) but still Risa mention his name as Krisna.. apa punya cerita ni? aku tak faham... Tak apa..tak apa, aku teruskan usaha aku utk terus tengok cerita ni... Beberapa minit kemudian.... LORHHHH... rupanya lelaki yg hensem tadi adalah bayangan yg Krisna (ori) bagi kat Risa supaya si Risa ni tak tahu yg sebenarnya dirinya huduh...huhuhu...

Cukup satu jam aku tengok cerita ni, pastu sampai la cerita ni tamat! wakaka...hebat cerita ni kerana berjaya membuatkan aku tak online tenet... Ok, sambung balik pasal cerita tadi. Pastu suatu hari, ditakdirkan si Risa ni dah dapat mata yg sesuai utk dia maka si Krisna ni risau tak mau2. Dia risau mcm mana nak berdepan ngan Risa bila Risa dah boleh melihat nanti. Dia risau sbb dia takut Risa ni tak boleh nak terima rupanya yang buruk tu.

Dipendekkan cerita, lepas je Risa operate mata, mmg si Krisna tak berani nak mengaku dirinya d depan Risa bahawasanya dirinya adalah Krisna sebaliknya menyamar jadi kawan kepada Krisna. Krisna lak bagitau kat Risa yg dia ke Bali atas urusan kerja. So, apa yg Risa boleh buat? tunggu je la Krisna balik (tunggu kucing bertanduk... wakaka... padahal org yg dia tunggu dah ada kat depan mata). Sepanjang tempoh tu, Krisna buat la plastic surgery baiki gigi jongang dan jugak parut huduh kat muka dia. Sampai suatu masa tu (muka Krisna dah elok), Krisna still tak nak mengaku yg dia adalah Krisna. Risa bengang terus mintak putus ngan Risa tp atas bantuan kawan diorang (which is this guy yg krisna ori imagine kan utk Risa ms Risa masih buta) ahernya Krisna bersama semula dengan Risa. Erm...ada beberapa perkara yg membuatkan aku BERFIKIR bila tengok cerita ni...

1. cinta tak kenal paras rupa (tp betul ke masih wujud istilah tu sekarang)
2. soalan ni utk lelaki kat luar sana --> kalau korang seburuk krisna, adakah korang akan buat plastic surgery jugak utk pmpuan yg korang syg semata2 nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ngan pmpuan tu?
3. aku percaya cinta sejati mmg wujud dalam setiap diri manusia...tp ingat, cinta pada yg maha Esa jgn sesekali kita lupa ;)
4. kalau dah sayang + cinta, muka buruk mana pun tetap lawa + hensem jugak kan...

OK, kat sini aku nak hightlight kan beberapa baris ayat dlm cerita ni yg aku rasa, AKU SUKA... (jiwang bagai gak aku ni) ---> dari dulu2 lagi mmg mcm ni...wakaka... tp aku edit sikit2 la ayat dia pasal aku dah ingat2 lupa ayat tu mcm mana.

1. "....aku sudah terbiasa mencintai kamu..."
2. "...seperti Mocca, kalau kita tak betul2 menyukainya maka kita takkan suka terhadap rasa mocca, dan begitu jugalah cinta..." (smthg like dat la, sungguh aku tak ingat...--> yg penting, maksud sampai)
3. "...aku terima kamu apa adanya..."

wahhh...jiwang..jiwang... (wakakaka...!!!!)

okeh, sekian terima kasih...

Friday, December 12, 2008

saya telah d tag...sekarang giliran anda...

Rule 1
People who have been tagged must write their answer on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

Rule 2
Tag 7 peoples to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.

LIST THESE RULES ON YOUR BLOG

Share 7 facts about yourself on your blog
Tell 7 unspectacular quirks on yours
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
Link the person who tagged you
Leave a comment for each blogger

+saya lemah bi, jadi saya akan menjawab dalam bm...wakaka+

++ Share 7 facts about yourself on your blog++
1. saya manusia, ada hati dan perasaan (waahhhhh)
2. suka layan blog (especially yg bergambar walaupun blog aku tak banyak gbr)
3. seorang penganggur
4. aku suka mcD & kerepok leko
5. layan raja lawak
6. aku suka HIJAU
7. download drama series & movies (especially jepun)

++ Tell unspectacular quirks on yours ++
1. suka tengok tv sambil melantak
2. kadang2 terpaksa hipokrit
3. cepat bosan
4. suka mengeluh
5. tak suka buat kek tapi suka makan kek (cheezcake & choclate cake)
6. tak pandai masak (sekarang tengah usaha belajar masak)
7. kuat makan

++ Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs ++
1. through the purplish sight of my eyes - tja
2. and i shine on *wink* - syfazidawaty aka ogiey
3. my life, my way, my corner - not
4. beautiful life - atiey
5. santubong gurl - nuwen
6. ava_kadabra - dark
7. vision on earth - bro kamil

++ Link the person who tagged you ++
aku yg bernama Gadiz - nonoybruno86

++ Leave a comment for each blogger ++
1. tja - ur turn to tag now
2. ogiey - jgn malas utk tag even u donno wat kind of tag thingy okies (keskeskes..jgn mara)
3. not - try tag pulak
4. atiey - tag nektuk
5. wen - jgn x tag
6. dark - tag yg ni pulak
7. bro kamil - sambil molah mknn ikan, mari kita menge'tag'

Thursday, December 11, 2008

iklan baju

Dari semalam aku asyik merayap2 ke satu blog ke blog yg lain. Mcm2 jenis cerita yg blogger ceritakan kat blog diorang. Ada yg suka merapu, ada yg jadi motivator, ada yg bagi tazkirah, dan macam2 lagi. Hehe...byk jugak ilmu yg aku dapat bila menjenguk satu blog ke blog yg lain. Salah satu daripadanya adalah mengenai penularan berleluasa virus melalui facebook. Waaa...sungguh bahaya itu... Sblm ni, mmg aku ada akaun facebook jugak, tp kekerapan aku gunakan facebook tak mcm aku layan frenster. Maka, jarang2 la aku bukak facebook ni semua dan bila semalam aku singgah kat satu blog tu, rupa2nya sekarang pengguna facebook berdepan ngan masalah virus... Erm, nk komen banyak pun aku tak reti kalau pasal virus2 ni semua. Pandai2 korang la dan hati2 dengan link2 dan msg yg masuk dalam inbox korang semua. jgn nanti, putih biji mata bila semua maklumat dlm komputer kena curi.

Neway, pagi tadi masa aku belek2 gbr dlm kom aku ni (belek2 ke?) aku terjumpa la gambar2 kenangan semasa buat tugasan pengiklanan utk sbjek ekonomi industri sekali gus mrkh utk tugasan ni dimasukkan dalam carry mark dan satu lagi bonus utk kami semua, iklan ni akan dipertandingkan! Kami satu kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat satu iklan produk sama ada barangan ataupun perkhidmatan. Iklan tu pulak terbahagi kepada 3 skop lagi iaitu iklan multimedia, suratkhabar dan jugak packaging. Ketiga2 elemen tu kami kena buat semua. Dipendekkan cerita, kumpulan aku yg terdiri daripada mei hui, li fong, peipei, yan ting, kak jun, not, eira, chik dan aku telah memilih untuk mengiklankan satu t-shirt yang agak2 sporty tp sesuai digunakan di mana2 sahaja (kecuali utk majlis formal. kalau guna gak, mmg korang nak kena balun dari majlis kot :p) hasil buatan tempatan iaitu t-shirt designer dari kuala terengganu. Kami ni mmg tak reti langsung mengenai pengiklanan ni...tak penah buat benda2 mcm ni apatah lagi buat iklan multimedia. Setakat buat poster utk suratkhabar dan packaging tu kami boleh gagah buat lagi tp multimedia...? Hancur!!! haha... tak apalah, kami try shooting dulu...ambik gambar semua pastu record video. Konsep kami ringkas je, kami ambik gambar orang tengah main futsal dan badminton (siap sewa court futsal tengah2 mlm semata2 nak shoot gbr... - pasal kos tak payah cakap la...masing2 sesak tp tu la orang kata, mesti usaha jugak sampai habis dan puas hati).

So, bila siap semua gbr2 tu kami blur...mana reti nak buat editing video tu semua. Nak tak nak, tanya member lain...diorang buat!!! terkejut...!!! pandainya diorang buat guna movie maker (bagi yg pandai sangat2 ngan movie maker tu, jgn la gelak pulak kat kami...tau la senang mcm kcg goreng tp mmg kami bingung..hue3x). Mcm mana ni? mmg sungguh2 kami tak pandai nak edit semua gambar tu...susah woo nk wat editing gambar diorang tengah main futsal tu semua. Lepas tu pulak, kebetulan masa tu eira nak buat survey kat Pulau Redang...bayangkanlah nak pergi pulau redang buat survey pastu kena buat iklan tu lagi...mak aiee..dugaan...dugaan.. Due date tugasan tu dah semakin dekat... Akhirnya kami pun dengan rasa rendah diri mintak tolong daripada member aku yg pandai dan arif sangat2 bab komputer, multimedia ni semua (boleh dikatakan kebanyakan group yg buat iklan tu jugak menggunakan khidmat en. Cat - coursemate aku yg plg pemalu di kalangan student lelaki kelas aku...hahaha~~ (jgn marah cat). Setel pasal Pulau Redang, setel pasal iklan multimedia... tp yg sedihnya Cat cakap gbr yg kami ambik tu kebanyakannya takleh pakai....waaaa!!! bygkan...berapa banyak snap yg kami ambik, berapa byk video kami ambik, dia cakap tak boleh guna... Tp tu la aku cakap, coursemate aku ni baik2 belaka... diorg jenis suka lepak2 main badminton kat sports centre (aku tak ingat nama la...lebih kurang tu kot nama tempat tu), so En. Cat and the geng pun tlg shoot video masa diorang main kat sana. Terima kasih kawan2. hue3x... Dan kali ni baru betul2 setel pasal iklan dan jugak Pulau Redang.

Aku sangat suka dengan hasil iklan multimedia tu...siap masukkan effect, visual dan ntah apa2 lagi istilah multimedia tu semua. Kami pun present la apa yg ptt pada hari kami kena buat presentation, dan pemenang pulak akan akan diumumkan pada mlm anugerah yg dinamai sbg "mlm anugerah skrin" (wah, mcm anugerah kat tv3 pulak...hehe~~). Walaupun tak dapat menggondol sebarang anugerah, tp bagi aku (pandangan peribadi saya), ini adalah pengalaman paling manis sepanjang aku buat assignment.

--Dalam kenangan--

+ produk kami (baju tu la) +
BRAND: STEADI
--baju tu terdapat dalam 4 warna > merah, kuning, hitam dan putih--


++ watak utama ++
--model import SM Ekonomi (Sumber Alam) Tahun Akhir--

++ original ++
--gbr ni aku guna utk buat poster--

++ edit oredi ++
--en. Cat tlg editkan utk aku buat poster (iklan suratkhabar)--


++ packaging utk our product ++
--kerja tangan li fong & mei hui--


++ group aku tengah present ++
--cuba teka aku kat mana? hahaha~~--


++ kami ++
--ira, aku, not--


++ semua muka letih [walaupun x main lagi..haha~~] ++

++ group yg menang utk iklan multimedia ++
-- Tahniah!!!--


++ group yg menang utk packaging ++
--Tahniah!!!--


++ harap maaf, iklan multimedia tu tak boleh nak dipertontonkan kat sini...hehe~~ ++
++ kalau nak jugak video tu, mintak dari Cik Shila Ahmad...ekeke ++
++ setinggi penghargaan utk semua yg telah terlibat dalam menyiapkan iklan ni... group aku, EN. NAJIT selaku lecturer utk sbjek ni yg byk membantu, en. Cat, en. husni, en. hassan, en. solo, en. zaki, en. zharif, en. jojo, en. beng dan semua yg terlibat. Terima kasih...

Tuesday, December 9, 2008

aku yang tak pandai akaun

Bila last aku update blog eh? 7hb lepas kan? A'ah...betul... Actually sblm ni ada post Trip To Sarikei (Bahagian I), kan aku cakap aku nak wat bahagian II pulak. Tp kenapa ek, rasa macam malas pulak nak buat yg bahagian II tu.. Wawawa.. Saya diselimuti kemalasan utk 'menyetori' pasal trip tu. bukan pasal tak bes, tp rasa macam cerita tu dah basi (walaupun saya yg mengalaminya masih merasa 'kemanisan' sepanjang masa trip tu). So, buat masa sekarang aku dah nekad, tak mau sambung Trip To Sarikei (Bahagian II)... close case!

Dari semalam sampai la malam ni, tak abis2 lagi dengan kira2 yg mak saya suh buat tu.... Adoyai, apsal kepala aku bongok sampai jadi mcm ni... Aku kalau bab2 akaun mengakaun ni, aku mmg b**g*p sikit. Teringat pulak masa belajar basic akaun sem 2 dulu. Ya Allah, Tuhan je la tahu betapa bongok nya aku. Bayangkan, baru belajar basic aku lambat sungguh nak pickup! (utk pgthn bersama, saya mmg langsung tak ada asas akaun masa sekolah dulu). Memang la, mungkin ramai lagi yg kat luar sana tak ada basic akaun, tp dah jadi genius sekarang. Tp aku ni lain sikit...kalau belajar benda baru mmg sangat2 lambat nak pickup. Sampai kena telaah lebih dari orang lain..hue3x.. Tp alhamdulillah, roomate saya byk membantu dan menyokong saya supaya pandai akaun --terima kasih kawan2-- Akhirnya saya dapat mengcover subjek akaun saya masa sem tu. Tak pernah aku rasa terharu macam tu bila dapat result, sebab hasil daripada usaha keras aku, akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yg berbaloi walaupun bukan A..(hahaha). --siapa la tak frust tak dapat skor A, tp tu la...dah syukur sangat aku dapat skor ...tut... utk akaun...wowo...susah akaun tu-- Siapa2 yg pandai akaun tu, aku memang salute la kat korang. Rasanya cukuplah kot aku belajar yg basic je, utk bekalan masa depan je...kalu nk belajar yg complicated tu semua, aku rasa aku tak mampu.. (malas ke tak mampu cik yarn?).. ye la..ye la..aku ngaku aku malas. haha~~~ Buat masa sekarang ni, aku lebih suka nak buat perkara yang aku minat berbanding dengan akaun..hehe..~~~ Apa perkara yg aku minat tu? Smthing yg tak boleh nk d beritahu sekarang. Pasal susah nak realisasikan benda tu... Yang penting, KEJA..KEJA..KEJA..!!! haha~~~

--meja study bersepah aku yg paling aku rindu--
^_^


Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pelawat blog aku ni (ada ke pelawat? hue3x) apa2 je la... Di sini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh muka bumi ni. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Erm...mintak maaf kalau sepanjang aku ber'blog' ni tertaip perkataan yg kurang enak d baca... me oso manusia biasa --> nobody is perfect!

~~Ikhlas daripada budak ni~~


Di malam raya ni, tak ada satu pun rancangan bes. Erm, rendang dan kari ayam semua mak cik aku dah siapkan petang tadi. So, malam2 ni layan tv sambil buat rekod perbelanjaan bla..bla... Pening pulak kepala aku buat benda tu. Alahai, kalau tak kerana mengenangkan ibu saya yg menyuruh saya membuat rekod itu, mmg mahu saja saya ingkar tp she's my mom (n i love her so much!), aku buat je la walaupun pening. haha~~ Pening2 tadi sambil layan takbir raya kat tv, tiba2 perut lapar. Nak mkn kari/rendang, alahai...takleh jadi kalau aku mkn mknn tu...td aku dah melantak dengan banyaknya...takleh2... Kena tinggalkan utk esok pulak. Aku searching2 makanan lain pulak... Jeng..jeng..aku terjumpa instant fries... Sip!!! Tanpa berlengah lagi, aku pun goreng la jugak fries tu.

~~Tadaaa...Inilah hasilnya~~
--jom makan--


Apa nak jadi la aku ni...malam raya pun 'ngegeh' jd minah salleh celup (bukan perasan aku ni mcm minah salleh). yg aku maksudkan minah salleh tu, pasal makan fries d mlm raya aidil adha ni. huhu...org lain bes je mkn rendang, aku pulak layan fries...

--ni tugasan yg mak saya bagi, memandangkan saya terlalu byk masa free--
~~hue3x parah2~~

++Happy Sokmo Di Hari Raya Haji!!++

Trip To Sarikei (Bahagian I)

Sebernarnya kisah ni boleh dikatakan kesinambungan daripada kisah semalam. Masa aku dan tiga org lagi kawan aku (yg dlm gambar utk post sblm ni) tengah makan kat kenduri tu, tiba2 kawan aku yg sorg tu memulakan bicara. Dialog kami lebih kurang mcm ni:

**utk kemudahan bersama (kemudahan ke? ntah, tak tau nk guna perkataan apa yg sesuai), aku masukkan dialog versi asal dan jugak yg telah siap d translate ke BM standard (bukan standard sepenuhnya, tp BM campur2 --> ada tak BM campur2? haha~~ gasaklah, janji paham)***

jijie: eh, nakpo d polah kito kastuk? (weh, lepas ni nak buat apa?)
yarn: molah nakpo? plg gmh la (nak buat apa lagi? Balik umah la)
jijie: eh, mok kto 4 pegi CK (weh, nak tak kalau kita pergi sarikei?)
(kema, tija, yarn menunjukkan reaksi suka) --> yg ni semua paham...hahaha~~
yarn: aoklah, juh kito pegi ck. boring tuk...mpetik ujung mggu tuk, kto pegi2..jln2..hehe... (a'ah, jom kita pegi sarikei. tengah boring ni. Sementara time hujung minggu ni, bolehlah kita pegi jln2...hehe...)

++lepas tu, mulalah sorg2 bagi cadangan & buat plan ke Sarikei++

++dialog tamat++

Al-kisahnya, lebih kurang pukul 2.00 petang smlm kami empat org pun terus pegi ke sarikei. Bingit gila kami dlm kereta sepanjang perjalanan tu..haha.. Dah semua perangai gila2.. Gelak sampai nak terburai isi perut... (pmpuan apakah itu? saya sendiri pun tak tahu..haha) Sampai je kat Sarikei, kami terus ke tapak Pesta Nanas dan Regatta Sarikei 2008. Mula2 tu aku aku suh kawan2 aku give-up je cari parking (bayangkan, parking penuh gila kat kawasan tu). Last2 jumpa gak parking tp kena jalan jauh sikit (sikit je la..hehe). Kat bawah ni ada gambar yg hajiejump snap, dan tugas saya adalah mencilok gbr beliau utk dimasukkan d dalam blog saya (kerana saya tak pandai ambik gambar mcm beliau..hihi)

--semua gambar kat bawah ni credit to hajiejump--
(utk lebih gambar, sila klik
link ni --> hajiejump)


~~tadaaa... ni la krew2 yg plg sibuk bergambar, tp bukan ambik gambar org ramai ataupun event tu, tp sebok ambik gambar sendiri..wakaka... Inilah kami...!!!
~~


Bergambar kat pintu masuk/keluar tu, maknaynya kami dah nak chow sin dari tapak regatta tu... Lokasi kami yg seterusnya akan bersambung dalam Trip To Sarikei (Bahagian II)...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin