Followers

Thursday, December 11, 2008

iklan baju

Dari semalam aku asyik merayap2 ke satu blog ke blog yg lain. Mcm2 jenis cerita yg blogger ceritakan kat blog diorang. Ada yg suka merapu, ada yg jadi motivator, ada yg bagi tazkirah, dan macam2 lagi. Hehe...byk jugak ilmu yg aku dapat bila menjenguk satu blog ke blog yg lain. Salah satu daripadanya adalah mengenai penularan berleluasa virus melalui facebook. Waaa...sungguh bahaya itu... Sblm ni, mmg aku ada akaun facebook jugak, tp kekerapan aku gunakan facebook tak mcm aku layan frenster. Maka, jarang2 la aku bukak facebook ni semua dan bila semalam aku singgah kat satu blog tu, rupa2nya sekarang pengguna facebook berdepan ngan masalah virus... Erm, nk komen banyak pun aku tak reti kalau pasal virus2 ni semua. Pandai2 korang la dan hati2 dengan link2 dan msg yg masuk dalam inbox korang semua. jgn nanti, putih biji mata bila semua maklumat dlm komputer kena curi.

Neway, pagi tadi masa aku belek2 gbr dlm kom aku ni (belek2 ke?) aku terjumpa la gambar2 kenangan semasa buat tugasan pengiklanan utk sbjek ekonomi industri sekali gus mrkh utk tugasan ni dimasukkan dalam carry mark dan satu lagi bonus utk kami semua, iklan ni akan dipertandingkan! Kami satu kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat satu iklan produk sama ada barangan ataupun perkhidmatan. Iklan tu pulak terbahagi kepada 3 skop lagi iaitu iklan multimedia, suratkhabar dan jugak packaging. Ketiga2 elemen tu kami kena buat semua. Dipendekkan cerita, kumpulan aku yg terdiri daripada mei hui, li fong, peipei, yan ting, kak jun, not, eira, chik dan aku telah memilih untuk mengiklankan satu t-shirt yang agak2 sporty tp sesuai digunakan di mana2 sahaja (kecuali utk majlis formal. kalau guna gak, mmg korang nak kena balun dari majlis kot :p) hasil buatan tempatan iaitu t-shirt designer dari kuala terengganu. Kami ni mmg tak reti langsung mengenai pengiklanan ni...tak penah buat benda2 mcm ni apatah lagi buat iklan multimedia. Setakat buat poster utk suratkhabar dan packaging tu kami boleh gagah buat lagi tp multimedia...? Hancur!!! haha... tak apalah, kami try shooting dulu...ambik gambar semua pastu record video. Konsep kami ringkas je, kami ambik gambar orang tengah main futsal dan badminton (siap sewa court futsal tengah2 mlm semata2 nak shoot gbr... - pasal kos tak payah cakap la...masing2 sesak tp tu la orang kata, mesti usaha jugak sampai habis dan puas hati).

So, bila siap semua gbr2 tu kami blur...mana reti nak buat editing video tu semua. Nak tak nak, tanya member lain...diorang buat!!! terkejut...!!! pandainya diorang buat guna movie maker (bagi yg pandai sangat2 ngan movie maker tu, jgn la gelak pulak kat kami...tau la senang mcm kcg goreng tp mmg kami bingung..hue3x). Mcm mana ni? mmg sungguh2 kami tak pandai nak edit semua gambar tu...susah woo nk wat editing gambar diorang tengah main futsal tu semua. Lepas tu pulak, kebetulan masa tu eira nak buat survey kat Pulau Redang...bayangkanlah nak pergi pulau redang buat survey pastu kena buat iklan tu lagi...mak aiee..dugaan...dugaan.. Due date tugasan tu dah semakin dekat... Akhirnya kami pun dengan rasa rendah diri mintak tolong daripada member aku yg pandai dan arif sangat2 bab komputer, multimedia ni semua (boleh dikatakan kebanyakan group yg buat iklan tu jugak menggunakan khidmat en. Cat - coursemate aku yg plg pemalu di kalangan student lelaki kelas aku...hahaha~~ (jgn marah cat). Setel pasal Pulau Redang, setel pasal iklan multimedia... tp yg sedihnya Cat cakap gbr yg kami ambik tu kebanyakannya takleh pakai....waaaa!!! bygkan...berapa banyak snap yg kami ambik, berapa byk video kami ambik, dia cakap tak boleh guna... Tp tu la aku cakap, coursemate aku ni baik2 belaka... diorg jenis suka lepak2 main badminton kat sports centre (aku tak ingat nama la...lebih kurang tu kot nama tempat tu), so En. Cat and the geng pun tlg shoot video masa diorang main kat sana. Terima kasih kawan2. hue3x... Dan kali ni baru betul2 setel pasal iklan dan jugak Pulau Redang.

Aku sangat suka dengan hasil iklan multimedia tu...siap masukkan effect, visual dan ntah apa2 lagi istilah multimedia tu semua. Kami pun present la apa yg ptt pada hari kami kena buat presentation, dan pemenang pulak akan akan diumumkan pada mlm anugerah yg dinamai sbg "mlm anugerah skrin" (wah, mcm anugerah kat tv3 pulak...hehe~~). Walaupun tak dapat menggondol sebarang anugerah, tp bagi aku (pandangan peribadi saya), ini adalah pengalaman paling manis sepanjang aku buat assignment.

--Dalam kenangan--

+ produk kami (baju tu la) +
BRAND: STEADI
--baju tu terdapat dalam 4 warna > merah, kuning, hitam dan putih--


++ watak utama ++
--model import SM Ekonomi (Sumber Alam) Tahun Akhir--

++ original ++
--gbr ni aku guna utk buat poster--

++ edit oredi ++
--en. Cat tlg editkan utk aku buat poster (iklan suratkhabar)--


++ packaging utk our product ++
--kerja tangan li fong & mei hui--


++ group aku tengah present ++
--cuba teka aku kat mana? hahaha~~--


++ kami ++
--ira, aku, not--


++ semua muka letih [walaupun x main lagi..haha~~] ++

++ group yg menang utk iklan multimedia ++
-- Tahniah!!!--


++ group yg menang utk packaging ++
--Tahniah!!!--


++ harap maaf, iklan multimedia tu tak boleh nak dipertontonkan kat sini...hehe~~ ++
++ kalau nak jugak video tu, mintak dari Cik Shila Ahmad...ekeke ++
++ setinggi penghargaan utk semua yg telah terlibat dalam menyiapkan iklan ni... group aku, EN. NAJIT selaku lecturer utk sbjek ni yg byk membantu, en. Cat, en. husni, en. hassan, en. solo, en. zaki, en. zharif, en. jojo, en. beng dan semua yg terlibat. Terima kasih...

6 comments:

shila said...

huhu..hang tertinggal lg 1 nama iaitu... kak junnnnnnnn

yarn said...

hehe...
aku dah boh la not...
alert...alert...

masa bgn pg td, baru aku teringat pasal kita g payang pastu singgah mkn kfc sekali ngan kak jun...hehe...besss wooo...

++bila nk lepak kfc mcm tu lagi? tangkap gambaq plisss!!!++

darkk25 said...

auww..
teringin nak belajar semua2 ne..

yarn said...

dark-nak belajar? boleh jew... x susah mane pun...tp bkn bljr ngan yarn ar. bljr ngn en.cat eh.. ;p

Kamil L said...

kacak juak jenama baju ya :)

yarn said...

kamil-kacak kah bro? biasalah, local brand jak gik..hehe..mun x salah ingt kmk la, owner yo mdh STEADI stand 4 State of Terengganu Darul Iman & AE yo ado kaitan ngan namo owner nk mpun brand yo..

++ not, betulkan kalau aku salah..aku ingat2 lupa lak not. hehe ++

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin